Memaparkan catatan dengan label Diari Mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari Mengandung. Papar semua catatan

Selasa, 12 September 2017

rezeki tak diduga

Assalamualaikum, bismillah...

Lama dah rasanya tak bersiaran kat blog ni...rasa nya start dari resign keje dulu kot dalam bulan 11 last year...bila dah resign susah nak update blog...hihi

So far lepas je resign terus busy jadi fully housewife...besar kan anak depan mata sendiri lebih puas hati...dapat jaga makan pakai suami dan anak sendiri rasa senang hati sangat...alhamdulillah sepanjang tempoh jadi fully housewife ni tanggungjawab tu dapat lah dilakukan dengan sempurna walau banyak benda masih belajar dari setiap sudut...

Malaika Dhia Damia sekarang ni dah pun masuk 1tahun 3bulan..alhamdulillah membesar dengan sihat sejahtera..makin bijak makin pandai makin aktif...makin comel..macam-macam ragam dan keletah dia selalu buat aku geram..😂 Nahhh belanja sikit gambar damia..



Actually damia tak lama lagi nak jadi kakak dah...20hb ogos aritu cakap kat hubby badan rasa sakit2 rasa bengkak2...tak sedap sgt hati..kebetulan memang perasan period macam dah lewat sgt...so try lah buat UPT (urine pregnancy test) sendiri...berdebar jugak dada ni rasa tak sanggup nak tengok result..hihi..sekali tu naik laju je line..dapat 2 line terang...time tu ucap syukur tapi tak tau nak nangis ke nak ketawa ke nk senyum  sebab gembira..tapi dalam masa yang sama teringat kat damia..dia masih kecik lagi..takut dia kurang kasih sayang..takut aku tak mampu nak tumpukan perhatian kat dia sepanjang tempoh kehamilan....belom puas nk jaga dia masa kecik ni...haihhhh...macam2 rasa ada waktu test tu...ermmmm



Rasa tak terduga sangat dengan rezeki yang Allah bagi untuk kali kedua merasa nikmat tempoh kehamilan...actually hubby asyik cakap je nak tambah anak...aku pulak risau kalau boleh biar lah damia tu besar sikit...tapi Allah dengar doa hubby..Dia kurniakan kami rezeki anak lagi...alhamdulillah syukur sangat...

Harap aku dapat lah jaga kandungan aku ni dan damia dengan sempurna...dan harap aku diberikan kekuatan dalam tempoh 9bulan ni...insyaAllah... Doa kan aku dan kandungan aku ni ea..😂

REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT.
ALHAMDULILLAH, SYUKUR.

Its me
mass-naim

Ahad, 13 November 2016

yang mana satu papa damia?

ada yang dah tau tu, tau lah kan...

hubby ni dia kembar... seiras betul... semua sama... suara sama... cara ketawa sama... kekadang pakai baju keluar dari bilik pun boleh sama warna... corak je yang berlainan... kekadang cara posisi duduk pun boleh sama...

mula-mula aku kenal hubby dulu pun gitu jugak... time nak keluar pergi dating... masuk kereta mesti jauh kan dulu posisi duduk aku sambil pandang muka hubby dengan pelik sebab nak telitikan betul-betul adakah itu boyfriend i... ahahaha lepastu kene jerkah dengan hubby... dan selalu cakap kat dia tak ada pape just nak pastikan sebelah kita tu betul ke boyfriend kita... pastu dia cakap mengarut... ahahaha... aku slumber lah jawab "yelah, mana tau nak menguji kita ke apa kan..." hurmmm...

teringat waktu mula kawin dulu... malam tu hubby pakai baju warna kuning seluar jdt... nampak kembar dia pun pakai yang sama... corak pada baju je lain... esok pagi bangun nak kejut hubby ajak pergi beli sarapan... nampak hubby tidur tiarap kat depan pintu rumah atas kerusi panjang... aku pun menonong lah pergi ke arah pintu tu... dah sampai betul-betul sebelah hubby tetiba batalkan niat nak kejut dia... aku pun masok lah rumah semula... sekali tu ya Allah... nasib baik aku tak kejut orang yang dekat luar tu sebab aku pusing kan badan nak masuk rumah tengok hubby aku terlentang kat hall depan rumah... korang rase?? malu weiii kalau salah kejut... hihi...

hari yang sama jugak MIL nampak anak kembar dia tengah bukak ice box dari arah belakang... MIL panggil lah nama kembar hubby, sekali tu yang toleh hubby... pastu yang ada kat dapur tu semua tergelak termasuk aku... MIL cakap "eh aku ingat kan wan..apet rupanya...baju seluar pakai nak sama..."aku jawab kat MIL aku "aiii mak pun keliru ke?" masing-masing gelak...

now turn damia pulak... ada satu malam tu hubby ada keje kejap,,,malam tu kembar dia satu family balik rumah MIL... kembar ni kehulur kehilir lah kat depan damia... aku perati je si damia ni tiap kali cik wan dia lalu mesti dia toleh-toleh... mesti dia cakap kenapa la papa lalu je depan dia tapi tak angkat dia... ahahaha kesian damia... kalau hubby dokong damia pastu duduk berbual dengan kembar dia mulut si damia ni memang melopong lah... mata terkebil-kebil... (tak ada pulak icon mata kat sini..hihi)

bawah ni ada satu gambar aku sempat snap...hihi...

cuba teka mana satu papa damia??

tapi ada la part-part yang dapat membezakan mereka berdua ni... so boleh lah kenal/cam diorang... hihi

doa kan aku dikurniakan baby kembar lepas ni ye... hihi... teringin... dah lama berdoa... dah lama simpan hasrat dari sebelum kenal hubby lagi... 

its me
mass-naim

Rabu, 9 November 2016

Malaika Dhia Damia 5 bulan


3 haribulan hari tu genap Malaika 5 bulan... pejam celik pejam celik sekejap je rasa masa ni berlalu... dah makin besar dah Malaika ni... time ni lah terasa rindu dengan bau syurga, terasa rindu tengok dia tenang tido waktu masih merah lagi... hihi... tapi masa yang lalu tak dapat nak dipusing kan semula kan... hurmmm

hari yang sama jugak aku balik kampung, keesokkan malam nya masa kat rumah parents aku, tengah-tengah sedap dia tido tetiba dia tergaja sambil menangis macam orang kene pukul... aku rasa badan dia panas... Malaika demam... satu malam tu aku dan hubby tak dapat nak tido... kitaorang gilir-gilir jaga dia... meragam satu malam tu... musim demam mungkin sebab hubby pun demam, aku pun nak start demam... kali ni Malaika demam complete siap selsema semua ada... menangis je... sampai hilang suara... letak tak nak dokong tak nak... bagi susu dah bagi... pampers pun dah tukar... sapu cream herba kat perut, badan dan kaki dia pun still jugak x ok... aku dan hubby buntu... ibu pegang dia baru dia diam... tido kat pangkuan ibu (nenek)... lepastu aku angkat dia baringkan dekat tilam bagi dia selesa... eh eh sekejap je dia lelap lepastu menangis semula... last-last aku dah pengsan dulu so hubby yang jaga dia sampai ke pagi... dah pagi tu baru dia lena tido sampai ke tengah hari...

ibu cakap dia demam sebab beralih bulan... mungkin lah kot... tak pernah dia meragam macam malam tu... kusut jugak lah nak handle... ahahaha... 1st pengalaman kan, so biasa lah... 

Rabu, 19 Oktober 2016

kisah susu untuk malaika

Salam semua,

aku tak tau macam mana nak mula kan cerita... apa yang aku tau ini berkenaan dengan malaika dan susu FM yang dia minum...

Sesungguhnya susu ibu itu lebih banyak khasiatnya daripada susu FM... semua ibu-ibu tau tentang itu... sama jugak dengan aku... malaika dah start minum susu FM masa umur dia seawal 3 minggu disebab kan waktu tu aku demam panas dan bengkak susu... kesihatan aku untuk nak BF malaika agak merosot... malaika menangis-nangis bila dia lapar... ibu (nenek) mana yang tak kesian kan tengok cucu meraung-raung menangis kelaparan... ibu ajak hubby pergi kedai untuk beli susu... kebetulan waktu tu aku kene injection antibiotik selama 3 hari berturut2... so doktor pun advise kat aku kalau boleh jangan bagi baby susu kat breast yang bengkak tu... so terpaksa lah aku bagi sebelah je kat malaika... tapi tu lah dia x cukup... malaika jenis memang kuat menyusu... sebab kesian kan cucu ibu pun tolong pergi belikan susu FM...

Susu pertama yang ibu belikan ialah S-26 Gold SMA... terasa sangat ralat sebenarnya bila terpaksa bagi malaika susu FM... dari malaika dalam perut lagi aku dah niat nak bagi yang terbaik untuk malaika... nak cuba yang terbaik untuk BF malaika... tapi apakan daya aku... aku redha demi anak... tak kan aku nak tengok malaika meraung menangis kelaparan ye x... mama mana yang sanggup tengok anak menangis je... hurmmm pasrah...
So far susu ni sangat sesuai dengan malaika... ikut kan najis dia pun cantik... dia pun tak muntah.... setakat luek kan sikit tu aku rasa normal lah... lagi pun dari apa yang aku tau saluran makanan ke perut baby belum lagi tertutup rapat so normal bila susu yang dia minum akan terluek semula...

Dalam masa aku bagi malaika susu FM ni aku masih lagi BF dia macam biasa... Susu FM ni kadang-kadang je aku bagi macam kalau aku keluar berjalan ke, aku akan bagi dia minum susu FM... Tapi malaika BF sampai umur dia 3 bulan setengah.... Lepas tu dia dah tak nak lagi walaupun susu aku masih ada... Dia tak nak mungkin sebab x puas dan x kenyang kot aku rasa sebab nya walau aku dah try hard untuk banyak kan susu,,makan product itu ini tapi susu still tak banyak tak melimpah ruah... bayangkan lah malaika dah kene minum 4oz waktu dia umur 2 bulan setengah... tapi aku try pam susu nak tunggu 4oz pun susah... biasa aku akan dapat 3oz paling sikithh 2oz kalau aku pam... sedih sangat... last-last malaika dah tak nak lagi BF...

untuk susu S-26 Gold SMA ni aku teruskan sampai malaika 3 bulan setengah nak masuk 4 bulan... sampai lah satu hari tu dua minggu yang lepas kalau tak silap malaika tetiba muntah-muntah.... muntah yang macam air paip setiap kali dia abis minum susu... muntah yang tak berhenti... aku perasan tapi aku biar kan dulu konon nak tengok esok lusanya macam mana... tapi esok lusa aku tengok macam dah ok dah tak kerap muntah... tapi perut dia colic... aku tak sure kenapa dan macam mana dia boleh kene colic... perut dia kembung keras dan besar macam bola... seram tengok perut dia... akak sepupu aku yang jaga dia (mommy) cakap kat aku yang malaika ni kembung perut dia... bila try ketuk perut dia dah macam bunyi tong kosong... satu lagi dah kerap muntah balik...1 hari kain lap boleh tukar sampai 3,4 helai basah lencun...memang selambak dia muntahkan susu tu balik kata mommy...mommy cakap mungkin dia dah muak dengan susu S-26 tu kot... kene tukar susu lain kot kata mommy... Allah... aku discuss dengan hubby, ibu dan ayah... diorang mintak aku bawak balik malaika ke kampung... so aku EL untuk dua hari tu,,,

Kat kampung esok harinya try bawak malaika pergi berurut... mak bidan tu kata malaika ni banyak angin...sebab tu perut dia kembung... angin campur sejuk... sepanjang kene urut tu malaika asyik kentut je... agaknya dah lega lah kot perut dia tu... Ohhh terlupa... masa balik kampung malam tu mintak hubby belikan susu untuk malaika sebab susu S-26 dia last untuk sampai pagi esok je... So dah alang-alang susu dia habis,,teringatkan mommy cakap try tukar susu sebab dia kerap muntah dan colic... aku mintak hubby belikan susu Similac 1 (Rumusan Bayi)... beli yang kotak kecik 200mg twin pack... harga dalam RM49.50... boleh lah kot untuk cuba mana tau sesuai ke tak untuk malaika minum...

Tapi bila minum susu ni selama 4 hari aku notice yang malaika berak 2 hari sekali... berbeza dengan masa dia minum S-26 tu... masa minum S-26 setiap hari dia amakn berak... Dalam hati dah rasa mungkin tak sesuai... Dah terfikir nak beli semula S-26 tu... tapi takut dia colic semula dan muntah semula... so jalan penyelesaian aku ajak hubby pergi jumpa dctor mintak advice dari yang lebih pakar... kalau main suka-suka try susah jugak... sabtu pagi aku n hubby bawak malaika pergi jumpa doktor pakar kanak-kanak... 

Masa jumpa doktor tu aku inform doctor details tentang masalah malaika... so doktor cakap itu bukan pasal susu tak sesuai ke apa... sebab kata doktor, kalau betul susu S-26 tu tak sesuai untuk malaika, dari awal lagi malaika dah reject susu tu... bila fikirkan balik ada betul jugak apa doktor cakap kan tu... hurmmm... so doctor respond untuk yang kerap muntah bila setiap kali abis menyusu... doktor cakap salah satu sebab nya ialah kembung perut... dan satu lagi baby terlampau kenyang... bila baby terlampau kenyang saluran makanan ke perut ada satu rongga yang belum tertutup rapi... itu sebab nya boleh jadi muntah semula selepas menyusu,,, so doktor suggest untuk aku belikan malaika susu rumusan khas Enfalac A+ AR (khas untuk muntah susu)... 


Susu Enfalac A+ AR ni agak mahal lah bagi aku untuk 1 tin tu... Harga untuk 1 btin tu dalam rm104... tapi untuk nak kan yang terbaik untuk anak... mama ok je... asal anak mama sihat sejahtera...

Aku start bagi malaika susu ini hari ahad yang lepas... tapi aku perasan yang malaika masih berak 2 hari sekali... start bagi ahad lepas, isnin malaika tak berak tapi mommy dia cakap selasa (semalam) malaika berak sembelit... oh nooooo.... 3 kali berak 3 kali sembelit kata mommy... termenung kejap mama dengar report mommy... lain yang nak di elakkan lain pulak yang mendapat... kesian malaika... bila tengok pada carta penyusuan untuk susu Enfalac A+ AR ni umur macam malaika perlu minum 5scoop untuk 5oz... berbeza dengan S-26 n Similac masing-masing 2scoop 4oz... hurmmm kat sini aku dah pening kejap.... doktor aritu ada pesan... kalau macam susu S-26 tu scoop nya besar,,, so doctor mintak aku kurangkan ke 1scoop setengah untuk 3oz... tapi untuk Enfalac ni macam mana nak buat sebab scoop dia kecik... Aishhh.... mommy cakap buat je 4scoop 5oz...so aku follow je lah cakap mommy... tapi aku tak buat pun 4scoop.. aku buat 3scoop 5oz... cair sikit... kalau malaika dengan mommy dia je yang buat 4scoop 5oz... tu yang aku rasa malaika berak jadi sembelit kot... sebab nya susu terlampau pekat... susu Enfalac ni berkanji... so mungkin lah salah satu faktor kan... Hurmmmm pening mama...

So call ibu, mintak pendapat adik aku macam mana nak buat... so mereka suruh aku kurang kan susu dan lebihkan air... so aku buat lah 3scoop 5oz... try dulu tengok macam mana najis nya... kalau sama kene lah tukar susu lain lagi... hurmmm so far aku buat malam tadi untuk 3scoop 5oz, pagi tadi malaika berak najis nya tak keras dan dia tak smbelit... alhamdulillah... harap-harap menjadi lah formula kurangkan scoop lebihkan air tu... 

Mama sorry sayang sebab buat awak sembelit... tak dapat mama bayangkan masa mommy report kat mama muka awak waktu meneran tu... kesian nya lah hai dengan anak mama... sorry sangat-sangat ye sayang... 

  
malaika dhia damia anak yang tersangat manja...
mama doa kan malaika sihat, aktif, bijak, n stay comel selalu...

its me
mass-naim

Isnin, 17 Oktober 2016

Malaika Dhia Damia

Alhamdulillah 3 Oktober yang lepas anak mama genap 4 bulan... Syukur ya Allah...

Dalam tempoh selama 4 bulan anak mama membesar dengan sihat dan sempurna... segalanya sempurna dimata mama dan papa... Walaupun ada sekali masa anak mama genap 3 bulan, anak mama diserang batuk2 disebab kan jerebu kat JB sekejap haritu... Pernah dapatkan rawatan nebulizer... Alhamdulillah anak mama kuat untuk lawan sakit tu... Anak mama dan papa kene kuat macam mama dan papa nya jugak kan...hihi... Alhamdulillah mama syukur sangat sakit tu tak berpanjangan... Mama dan papa dah risau waktu tu... Papa tak sampai hati tengok Malaika menangis meronta waktu kene neb... Kalau nak tau masa Malaika kene neb, papa nangis tau... Mama nampak papa kesat air mata dia... Hihi... Papa datang kat mama cakap kesian kat Malaika... Papa pujuk Malaika sampai Malaika diam sampai ubat neb tu habis terus papa angkat Malaika... Hihihi...

1 Oktober dua hari sebelum Malaika genap 4 bulan, mama dan papa bawak Malaika pergi sunat... Hihi... Dalam kereta mama dah pesan siap-siap kat Malaika, nanti masa sunat Malaika kene kuat, jangan nangis-nangis, kene tahan sakit sikit sebab doktor nak gunting sikit... Dan alhamdulillah Malaika dengar kata mama... Masa doktor nak sunat Malaika, Malaika senyum-senyum gelak kan doktor... Sikit pun Malaika tak menangis... Senang hati mama dan papa... Waktu tu mama je yang dekat dengan Malaika... Tolong doktor pegang Malaika... Papa duduk jauh sikit... Kata papa tak sampai hati tengok... Hihi... Doktor siap puji lagi Malaika, kata doktor bagus Malaika ni.. Sikit pun tak menangis.. Gelak je.. Kuat budak ni... Hihi... Malaika kan anak mama dan papa harus lah kuat ye tak?? hihi...

Sepanjang tempoh ni, Malaika tak pernah menyusah kan mama dan papa... Jaga Malaika memang cukup senang... Malaika tak banyak ragam macam sesetengah baby... Mama dan papa bersyukur sangat... Mungkin Malaika faham situasi mama dan papa yang duduk berjauhan... Malaika pula duduk dengan mama berdua dari Malaika dalam perut mama lagi... Mungkin mama dah terbiasa berbual dengan Malaika dari dalam perut lagi untuk kita sama-sama behave... Kita kene jaga diri kita... Jangan menyusah kan orang lain... Mungkin sebab tu Malaika tak banyak ragam... Kot... Kot lah... Itu seingat mama lah... Nak dengar tangisan Malaika pun cukup susah... Malaika banyak senyum dan ketawa je...

Tidurkan Malaika sangat senang... Mama bukak kan alunan zikir dari handphone mama, mama popok Malaika kejap dan Malaika pun lena... Ada masa Malaika akan lena sendiri tanpa bantuan dari mama... Orang ramai suruh mama guna buai untuk tidurkan Malaika... Tapi mama tak nak... Malam Malaika cuma akan bangun untuk mintak susu jam 3pagi or 3.30pagi (waktu rutin) lepas tu Malaka akan sambung tidur... Pukul 6pagi atau 6.30pagi (waktu rutin) Malaika akan bangun sekali lagi untuk susu dan akan sambung tidur semula sampai mama dah pergi work... Syukur sangat mama tak  rasa stress untuk jaga awak sendirian kat sini tanpa papa disisi... Alhamdulillah sangat awak tak banyak ragam... Sesekali je mama akan hantar report kat papa tentang awak... Hihihi... Papa pun nak tau jugak perkembangan awak sayang... Antara mama dan papa, papa lah orang yang paling rindu kat Malaika... Banyak moment Malaika membesar papa terlepas peluang untuk melihat depan mata dia... Mama cuba untuk keluarga kita bersatu duduk dalam 1 rumah melihat awak membesar... Mama harap masa tu tak lama je lagi... Mama cuba ye sayang demi untuk anak mama kesayangan mama dan papa...

- I LOVE YOU SAYANG -

its me
mass-naim

Isnin, 29 Ogos 2016

Coretan : Pengalaman melahirkan secara induce

Ingin aku coret kan kisah kelahiran puteri sulong aku, Malaika Dhia Damia Binti Mohd Hafiz di blog agar aku dapat mengimbaunya semula dan dapat tunjuk pada bidadari aku satu hari nanti tentang perjalanan kelahiran nya...

Cebisan coretan disebalik kelahiran Malaika Dhia Damia :-

Malaika Dhia Damia dijangka bersalin pada 27 Mei 2016.. Aku amik cuti awal 2 minggu untuk sambut kelahiran dia sebab risau kalau aku lahirkan awal dari tarikh takut hubby tak sempat nak jemput aku last2 minute... Sudahnya 12 Mei aku last kerja, last handover keje-keje aku pada mereka-mereka yang baik hati..... 14 Mei aku dah balik Muar dan officially aku dah keluar dari rumah sewa aku... 

Last Day Kerja
12 Mei 2016

15 Mei 2016

Aku ada appointment dekat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar (HPSF) sebab HSA JB cakap aku boleh bawak buku pink tu pergi ke hospital muar untuk appointment dengan pakar bila aku cakap aku dah balik kampung pada tarikh tu... Dijadikan cerita 15 haribulan tu johor dapat cuti peristiwa sebab JDT menang bola... Tunda appointment tu ari Ahad 22 haribulan... 

22 Mei 2016

Awal pagi dah amik nombor untuk jumpa doctor... Rutin macam biasa... Doctor scan tengok kepala baby dah kat tempat yang betul... Alhamdulillah syukur... Hilang segala keresahan aku... Before this doctor kat KKIA JB scan bagitau aku baby songsang... Thats why lah aku kene reffer pada pakar tengok apa boleh buat... Time tu memang susah hati, risau, takut semua bercampur bila doctor bagitau baby songsang and aku tak ada choice lain melainkan kene czer... Allah... Keluar bilik doctor terus call hubby nangis-nangis... Time tu rasa kenapa hubby tak ada teman kat sisi... Rasa down sangat waktu tu... Dalam fon hubby tenangkan... Bagi kata-kata positif... Masih ada masa lagi baby tu berpusing dan bla bla bla.... Balik rumah terus tidur tak nak fikir lagi... 

Bila doctor cakap baby dah ada kat tempat yang betul, waktu tu hanya Tuhan yang tau betapa gembira nya rasa hati ni... Appointment kali kedua dekat HPSF pada 29 Mei..

Ahad, 28 Ogos 2016

Anugerah Terindah : Our First Permata Hati

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi diatas kelahiran permata hati puteri sulong kami pada 3 Jun 2016 yang diberi nama Malaika Dhia Damia Binti Mohd Hafiz yang bermaksud "Bidadari Sinar Kebijakan". Semoga dia sentiasa menjadi bidadari kami hingga ke hujung nafas kami serta menjadi sinar dalam keluarga kecil kami dan bijak seperti empunya diri... InsyaAllah jika dengan izin dari-Nya

Alhamdulillah setelah hampir 1 tahun 8 bulan menunggu lepas keguguran akhirnya penantian kami, doa kami, rintihan kami didengari oleh Allah S.W.T.... Syukur sangat... Gembira kami usah ditanya... Paling gembira adalah hubby... Penantian kelahiran yang sungguh mendebarkan kami... 

Akan kami jaga dan tatang bidadari permata kami ini dengan penuh kasih dan sayang... Akan kami corak kan nya menjadi insan yang solehah, baik budi pekertinya, mendengar kata, mentaati orang tua serta suruhan Allah dan berguna serta berjaya suatu hari nanti di mata masyarakat..

InsyaAllah, itu doa kami untuk bidadari kami

Inilah dia bidadari permata hati kami
Malaika Dhia Damia Binti Mohd Hafiz

Dilahirkan pada 3 Jun 2016 tepat pada pukul 10:26 malam secara induce... Kenapa kene induce....?
Alkisahnya nanti aku update pada next entry...


Sesungguhnya SABAR itu INDAH

ANUGERAH TERINDAH BUAT KAMI

its me
mass-naim

Rabu, 6 April 2016

trimester ke-3 : campur-campur

salam.... lama nya tak update blog ni kan....hikhik.... apa khabar korang semua...? insyaAllah korang semua sihat-sihat hendaknya lah ye...
Minggu ni kandungan aku dah 32weeks...bermakna aku sekarang dalam trimester ke-3.... Alhamdulillah syukur Allah masih pelihara kandungan aku...

Sekarang ni aku dah start kene checkup 2 kali dalam sebulan dekat KKIA...masa 22hb march aku datang checkup macam biasa lah...tapi nurse lain yang check aku...tetiba dia tanya aku dah amik ATT dose ke-2 belum? aku jawab belum then dia kata boleh lah cucuk hari ni...aku angguk...lepas tu dia tanya aku dah kene minum air gula belum? aku jawab nurse yang selalu check aku cakap aku tak perlu minum air gula...nurse tu cakap kene minum....danggggggggg telinga aku terus erkkkkk macam berdengung pun ada...benda yang aku nak elak kene minum last2 kene minum jugak...huh!! pasrah...balik rumah whatsup kawan-kawan yang ada pengalaman kene minum air gula...diorang cakap kene minum air gula pasir yang pekat tu...then kalau muntah kene minum lagi sekali...what?????? ohhh no....nak pitam dengar...huhuhu...

tarikh minum air gula 29hb march aritu..28hb malam start pukul 10mlm dah tak boleh makan (kene puasa)...esok pagi2 kene datang...orang cakap nak minum air gula kene datang awal pagi...gigih aku datang awal-awal...nama kene panggil...1st step kene amik darah dulu sebelum minum air gula...tapi nurse tu amik darah aku sampai 2 kali darah tak keluar...sabar je aku...waktu tu dia pakai jarum halus (jarum biru)...selama aku kerja klinik dulu amik darah orang pakai jarum hijau (besar sikit dari jarum biru) baru senang darah nak keluar...masuk kali ketiga dia mintak nurse yang lain tolong amik kan darah aku...sekali cucuk dah keluar darah nya...kan senang macam tu....aishhhh besar kecik besar kecik je aku tengok nurse yang mula2 amik darah aku tu...lepas amik darah kene minum air gula...waktu amik darah tu aku tengok nurse bancuh setengah gula dekat cawan teh tarik...aku tengok macam bukan gula pasir je...dia bagi aku minum....sekali teguh tanpa henti aku minum air gula tu...tiba dah hujung2 dah nak habis aku terasa macam nak mintak lagi minum air gula tu...sedap (bagi aku lah) ada yang aku google kata dapat minum air gula perisa oren dan anggur...tapi aku dapat perisa asli...sedap jugak...rupanya bukan air gula...bila dah lalu kat tekak tu baru tau tu air glukosa...hikhik...lepas minum air gula kene tunggu 2 jam untuk amik darah sekali lagi...jenuh menunggu sampai ngantuk-ngantuk...2jam dah berlalu, nurse yang mula2 amik darah aku tu panggil aku masuk bilik dan amik darah aku lagi kali ni dia pakai jarum hijau...senang je darah aku nak keluar...lepas tu dah boleh balik...tapi sebelum tu dia bagitau if keputusan tak cantik pihak klinik akan call...

Khamis, 3 Mac 2016

wajah berseri semasa hamil

lately ni ada yang tegur aku muka nampak berseri bila mengandung ni... aku?? ye ke berseri?? aku tengok muka aku dah macam serabai sangat adalah...macam mana lah pulak orang tengok aku boleh cakap muka berseri...pelik jugak...tang mana nya yang aku nampak berseri aku pun x sure...ahahahaha....tapi tu semua pandangan orang kat aku....

tapi aku dari dulu memang tak suka nak bermake-up...cuma guna pencuci muka je...tapi time tu belum mengandung....kali ni dah mengandung lagi la aku rasa makin serabai dengan muka aku ni....macam tak terurus je rasa....selekeh comot....ada masa aku tak suka tengok wajah aku sendiri....macam mak lampir pun ada...hakhakhak....sebab tu aku pelik orang ramai cakap muka aku berseri-seri time mengandung ni....ermm...tapi alhamdulillah dari dulu sampai mengandung ni aku tak pernah ada jerawat naik kat muka...rasa bersyukur sangat....kulit pun rasa lembut selembut sutera gitu....ahahaha...

ermmm dari hasil google orang cakap muka kalau berseri time mengandung ni berkemungkinan dapat baby boy....hikhik....tak kisah lah kan jantina apa pun baby aku ni...yang penting baby selamat kandungan aku sihat alhamdulillah....kalau orang cakap muka berseri tu bonus jer lah kot...hihihi....hari ni genap aku 28weeks maksudnya aku dah masuk 3rd trimester lah kan....fuhhhh kejap je masa tu berlalu...terasa macam baru je dapat tau diri ni tengah pregnant....pejam celik pejam celik tinggal beberapa minggu je lagi nak deliver....semoga Allah pelihara kandungan aku ni sehingga tiba waktu kelahirannya....semoga dipermudahkan...mekasih lah pada yang puji kata muka aku nampak berseri waktu mengandung ni walau hakikatnya aku rasa macam mak lampir....kahkahkahkah



- MY HEART -

its me
mass-naim

Isnin, 22 Februari 2016

Check-Up (25 weeks)

Minggu lepas pergi checkup lagi sekali sebelum bercuti panjang untuk short holiday bersama family in-law, besan and family dan adik-adik ipar ke Terengganu & Kelantan. Bab ni kalau aku rajin nanti aku story k...

Rutin macam biasa lah bila datang untuk checkup. Cek kencing, hb, bp, berat badan dan kali ni kene cek sekali kencing manis... Alhamdulillah semua bacaan normal kecuali berat badan aku hihi.... Untuk checkup kali ni nurse yang selalu cek aku pergi kursus dan ganti dengan nurse lain. So dia mintak aku baring untuk ukur tinggi rahim (kalau tak silap aku lah) dan dengar degupan jantung baby. Sekali letak je alat tu kat perut aku terus dengar bunyi heartbeat dia aku terasa teruja. Laju sangat heartbeat dia.. Hihi... Time dengar heartbeat dia, waktu tu dia tengah banyak bergerak dalam tummy ni... Agaknya dia tau orang nak cek dia kot... Seronok aku dengar... Lepas tu macam biasa lah nurse nasihat kan aku macam-macam.. Perut tak boleh kosong kene kerap makan mana tak nya berat aku untuk checkup ni cuma naik lagi 1kg je... Kalau campur dengan checkup yang sebelum ni kiranya baru 2kg berat badan aku naik selama kandungan aku 25weeks... Nurse cakap patutnya setiap bulan naik 2kg or 3kg sebulan tapi awak sebulan naik 1kg je... Siap nurse tanya aku lagi aku ni makan ke tidak?? Ahahahaha... Aku cerita lah aku ni kalau orang nampak macam kuat makan tapi sebenarnya tak kuat makan langsung pun.. Kalau makan pun kongsi 1 pinggan dengan hubby... Itu pun kalau hubby ada dengan aku... Kalau hubby xde aku makan 3,4 suap je tak pernah habis... Camana nak naik berat badan kalau gayanya macam tu kan... Aku dah cuba nak habiskan makanan 1 pinggan tapi sudahnya mesti aku akan muntah balik... Muntah sikit tak apa lah jugak... Ni sekali muntah semua keluar sampai kosong isi perut... Sudahnya lapar balik... Ermmmm Memang selalu rasa lapar  kadang tu 3, 4 pagi pun aku sanggup makan tapi makan macam main-main... Itu lah istilah cara pemakanan aku yang aku boleh cakap walaupun aku betul-betul tengah lapar tahap kebulur.... Tapi bila scan alhamdulillah baby sihat ikot apa kata doctor lah kan... Hurmmmm

Then lepas dia dah nasihat kan aku itu ini, aku kene amik injection kancing gigi (Injection ATT) untuk dose pertama pulak... Lenguh tangan aku lepas kene inject huhu... Lepas tu dia kata aku tak perlu minum air gula lagi buat masa ni... Dalam hati aku alhamdulillah... Kalau boleh memang tak nak minum pun air gula tu.... Lepas habis checkup aku terus gerak balik kampung... Maklum lah cuti kan... Hikhik.... 

Untuk next appointment 8 Mac nanti.. Time tu jumpa doctor.... Harap-harap tak ada apa-apa yang membimbangkan aku lah time tu... 

Aku doa tiap hari supaya baby aku sihat sejahtera dan membesar dengan sempurna sehingga dia selamat melihat dunia.... Tak sabar rasanya... =)


its me
mass-naim

Selasa, 19 Januari 2016

Check-Up kali ke-4 (20 weeks)

Salam semua...

Ini merupakan 1st entry aku untuk tahun baru 2016.... Hihihi... Ok nak cerita pasal check-up kali ke-4 aku minggu lepas 12/1/2016 hari tu..... Waktu tu kandungan dah masuk 20weeks...

Time nurse panggil masuk ke bilik check-up.. Nurse suruh aku baring kat katil... Then dia nak dengar bunyi degupan jantung baby.... Cari punya cari dalam 10 minit jugak lah tapi hampa sebab nurse cakap xdapat nak dengar lagi jantung baby,,,, Mungkin dia xdapat nak cari betul-betul kedudukan jantung baby kot dalam hati aku... Risau ye jugak.... Tapi nurse cakap kalau scan dah boleh nampak kan jantung berdegup-degup... Aku cuma jawab ye je lah.... Tapi still jugak risau... Risau takut-takut jadi pape kat baby.... Sepanjang jalan balik rumah aku dok fikir je... Tetiba tengah baring aku rasa ada satu dua tendangan kat perut aku.... Hihi... Rasa geli-geli gitu... Bila dah terasa tendangan macam tu cukup lah aku tau baby aku sihat sejahtera kat dalam.... Terus hilang rasa risau tu semua.... Cerita kat hubby... Dia pun berpendapat maybe nurse xdapat nak cari kedudukan jantung... 

Cuma sekarang ni dah masuk 21weeks...Aku dah ada start rasa tegang kulit aku kat sebelah kiri pinggang bahagian atas... Bila time nak bernafas tu terasa macam ada tarikan kulit.... Tidur pun agak susah sikit kali ni.... Payah nak tutup mata... Pusing-pusing 3,4 kali cari kesesuaian posisi baru lah dapat lena nak tidur... Itu pun aku lebih selesa tidur menghadap kesebelah kanan dari awal aku mengandung sampai sekarang... Rasa selesa dan tidur lena sampai ke pagi.... Alahan aku dah kurang berbanding sebelum ni... Yang best sebelum ni aku tak boleh langsung nak makan ayam atau pandang laok-laok berasaskan ayam... Tapi kali ni dah boleh... Cuma bau masakan aku still lagi tak boleh nak terima....

Movement baby pulak setakat ni dia sangat aktif kat dalam perut ni.... Rasa seronok main-main dengan dia.... Bila bercakap dengan dia usap dia,, dia boleh bagi reaksi dengan tendangan dan pergerakan dia..... Seronok sangat.... Bila jumpa hubby pulak baby ni macam tau-tau jerk dia tengah jumpa papa dia.... Mula lah dia tergedik-gedik dalam perut.... (Aku cakap macam tu sebab aku rasa dia gerak-gerak kat dalam)... Tapi kan bila hubby pegang kat perut aku... Dia duduk diam jer.... Hubby pulak memang hobby dia sejak aku mengandung ni suka sangat pegang perut aku kiss perut aku.... Nanti hubby cakap baby kenapa xgerak tapi abg ada rasa macam ada nadi laju je berdegup-degup... Aku senyum je.... Hihi... Kalau tidur dia akan peluk perut aku... Kata hubby dia bukan peluk aku tapi peluk baby... Dia suruh aku jangan perasan macam dia nak peluk aku... Sabar jerk lah... Ahahaha.... Bagi aku,, aku biarkan je lah diaorang anak beranak... Lagi pun baby jarang jumpa papa dia..... Sesekali jumpa apa salahnya kan... Hihihi.... Kalau keluar makan dengan hubby tetiba tekak dia nak makan yang sedap-sedap nanti dia kata baby abg nak makan itu ini.... hihihi,,,, Kelakar kekadang tengok gelagat hubby.... Kekadang bila dia tidur aku tenung muka dia dan teringat gelagat dia, aku tersenyum sendiri.... Gitu rupanya dia bila dah nak jadi papa pada anak aku... hikhik..



Pasal jantina baby.... Aku tak kisah kalau baby aku boy or girl.... Bagi aku cukup lah dia sihat sejahtera..... Tapi hubby nak sangat baby girl... Tapi kata dia kalau boy ke girl dia pun tak kisah jugak sebenarnya.... Sebab dia kalau boleh nak kan baby girl pasal dalam sejarah family dia... Anak-anak buah yang dia ada semua lelaki setakat ini... Yang adik ipar dia tengah mengandung dulu sebulan sebelum aku ni pun belum tau lagi jantina baby dia.... Sebab itu lah kalau boleh dia nak kan baby girl... Tiap kali kalau balik rumah family aku kalau anak adik aku ada dia akan pegang dan main dan melayan anak adik aku yang perempuan tu asywaq nama dia.... Pantang aku usik si asywaq tu nanti aku kene marah balik dengan hubby.... Hikhik... Kalau berjalan memang dia tak pernah lupa belikan barang untuk asywaq.... Tapi apa-apa pun bergantung pada rezeki yang Allah bagi... Ikut naluri keibuan aku ni biar lah apa yang aku rasa pasal jantina baby aku ni menjadi rahsia aku sorang.... Hihi..... Aku tak nak berharap.... Malam tadi berbual dengan hubby... Dia ajak pergi scan hujung bulan ni... Dulu dia cakap nak surprise tapi bila dah makin membesar baby dalam perut ni... Dia pulak over excited... Ahahahaha....

Apa-apa pun aku sentiasa berdoa Allah bagi kesejahteraan dalam hubungan kami sekeluarga..... Bahagianya sekarang ni hanya kami yang rasa.... Semoga dipermudahkan segala urusan kami.... Dan harap anak kami menjadi anak yang baik yang soleh dan solehah yang beriman pada Allah....

its me
mass-naim

Rabu, 23 Disember 2015

Diari Mengandung : Terserlah Keterujaannya

Sabtu hari tu balik JB dari kampung... Macam biasa lah hubby yang hantar... Memang rutin dia sejak-sejak dapat tau aku mengandung tiap kali aku nak balik kampung dia datang jemput dan hantar balik JB...

Ok back to the story, pagi tu aku pergi scan baby tengok entry yang lepas KAT SINI ... Petang tu kiteorang gerak lah balik ke JB... Dalam perjalanan nak sampai area exit senai tetiba dia ajak pergi jalan-jalan jusco... Aku terus je lah keluar exit senai pergi ke jusco bukit indah... Sebab rasanya situ je lah jusco yang tak berapa crowded...

Sampai-sampai je terus dia ajak pergi tingkat atas sekali... Aku ingat kan kenapa lah... Fikir time tu dia nak cari barang dia ke apa... Sekali dah sampai tingkat atas terus dia menonong pergi kat bahagian pakaian baby dan alat peralatan kelengkapan baby... Time tu aku tengok muka dia Ya Allah sangat teruja... Macam-macam di beleknya... Satu-satu barang dia pegang itu cantik ini cantik dia kata... Ada barang yang dia tanya mana perlu aku beli dan mana yang tak perlu aku beli... So kebetulan aku memang ada buat checklist untuk barang-barang baby ni... So aku ada bawak 1 salinan dalam handbag aku... Tunjukkan kan kat dia dan terangkan apa yang perlu dan apa yang tak perlu... Then dia cakap ok... Lepas tu dia pergi kat bahagian stroller n car seat baby pulak... Duduk kat situ belek satu per satu ada lah dekat setengah jam kat situ je... Macam biasa dia dah rambang mata... Dia cakap semua cantik-cantik... Macam nak beli time tu jugak kata dia... Duit dah ada bla bla bla dia cakap... Aku cakap sabar banyak tempat lain lagi kita boleh survey... Baru lah dia kata ok... Hubby aku ni jenis dia dah nampak barang yang dia berkenan terus je nak beli... Tak ada nak survey-survey tempat lain... Itu lah dia dari dulu aku kenal sampai sekarang...

Kat jusco tu nampak kedai jual barang baby semua kedai tu dia nak masuk... Excited dia kata... Dulu kalau pergi beli barang baby untuk hadiah kawan-kawan baru dapat anak tak ada lah terasa teruja sangat, biasa-biasa je... Tapi kali ni rasa tu lain macam sikit... Lagi-lagi dah nampak baby masa scan pagi tu dah lengkap anggota... Hikhik... Anak sendiri kan mau nya tak teruja mamat tu... Dah puas pusing-pusing dalam tu aku cakap aku lapar... Boleh ke dia pegang perut aku kat tengah-tengah ramai orang lepas tu tanya kat baby nak makan apa?? Sabar je lah aku... Terus blusher-blusher muka aku time tu... Tengah makan pun still bercerita tentang barang-barang baby... Aku harap hubby akan jadi seorang yang lebih penyayang dan prihatin dengan cara dia sendiri... 



its me
mass-naim

Isnin, 21 Disember 2015

Trimester Ke-Dua : Checkup

Salam,

15/12/2015, Selasa lepas aku ada appointment checkup untuk yang ke-3 kali... 5 minit sebelum pukul 8 dah sampai... Sangat lengang... Ada lah dalam 4,5 orang yang datang awal untuk checkup pagi tu... Hikhik... Macam biasa lah prosedur 1st cek urin & cek hb (hemoglobin)... Bacaan hb aku normal... Nurse cakap apa yang aku makan selama aku mengandung ni zat-zatnya cukup sampai kat baby... 2nd prosedur timbang dan amik bacaan bp (blood pressure)... Masa timbang tu aku takut sangat... Takut berat badan naik melampau-lampau... masa naik menimbang tu aku siap tutup mata lagi... ahahaha... Punya lah cuak... Takut kene marah pun ye... Mana tak nya kandungan baru masuk 4 bulan berat dah naik mendadak... Tapi syukur lah berat badan masih lagi maintain sama macam masa sebelum pregnant dan masa 2 kali pergi checkup sebelum ni... So far nurse tak ada cakap apa-apa... Bacaan bp pun cantik...

Lepas dah settle tu semua tak sampai 10 minit tunggu nama dah kene panggil... Masuk dalam terus disuruhnya aku baring... Nurse pegang-pegang perut aku... Then dia ukur tinggi rahim aku... Lepas tu dia cakap nak dengar degupan jantung baby tak dapat sebab dia tak dapat nak rasa kedudukan baby... Tapi dia pesan suruh aku pergi scan untuk cek degupan jantung baby... Untuk pasti kan baby sihat sejahtera kat dalam... Kebetulan pulak aku memang nak pergi scan baby bila aku kat kampung nanti...


Dalam pukul 9 appointment aku settle... Rasa macam sekejap sangat... Dah 2 kali aku datang selalu kene tunggu lama... Tapi kali ni terasa lega sebab tak payah nak tunggu lama-lama...

Isnin, 14 Disember 2015

emosi ibu mengandung : kecik hati

aku ni susah nak kecik hati dengan orang... apa lagi kalau kene mengata ke apa ke lantak kau lah nak kata apa kan... yang penat mulut korang bukan mulut aku pun... daripada dulu memang aku suka pekak kan telinga jer apa orang nak kata nak kutuk... so dah sangat terbiasa... bila dah terbiasa so xde lah istilah kecik ati ke termakan hati ke terasa hati ke...(ehhh sama je kan tu semua).. hihihi...

tapi yang kali ni aku sangat tak boleh nak pekak kan telinga... benda ni jadi memang betul-betul tegak someone yang "budget bagus" ni bagi kat aku... 

kisahnya macam ni... satu hari aku xde rasa nak keluar pun nak pergi beli breakfast... so aku dengar lah orang main order-order makan ni kat sorang ni... so aku pun selit lah order aku + dengan air 1... siap bagi duit semua yang amik order ni tanya aku nak air apa... aku jawab lah dengan tak ada rasa apa-apa kat tekak ni waktu tu... order makan pun main pulun je apa-apa menu... so aku order lah teh ais... tetiba someone "budget bagus" yang kat sebelah dia sampuk perbualan kita orang... 

Ahad, 13 Disember 2015

Diari Mengandung : Mengidam

Alhamdulillah minggu kandungan aku dah masuk 16 minggu... Syukur... Semoga bertahan lah wahai anak... =)

Aku nak cerita pasal mengidam...Biasa orang mengandung ni macam-macam dia punya mengidam kan... Ermmmmm sama lah jugak dengan aku.... Walaupun tekak aku masih rasa kosong lagi tak tau nak makan apa setiap hari... Tapi bila waktu mengidam aku sampai rasa macam nak dapatkan makanan tu time tu jugak... Tak boleh nak tunggu-tunggu... Kadang makanan yang perlu kita tunggu untuk dapat kan contoh tempat tu jauh ke kedai tu tutup ke time tu boleh jadi menangis tau.... Dia punya rasa sedih tu... Adoiii...  Sampai teresak-esak... Nampak macam mengada kan.. Hihihi... Tu lah realiti yang aku hadap sekarang ni... Kadang aku sendiri tak dapat nak faham diri aku... Tak kan pasal tak dapat nak makan apa yang aku nak makan pun boleh menangis kan... Padahal sebelum ni tak kisah pun nanti-nanti boleh dapat... Ermmmm tu lah dia emosi orang mengandung....

Senarai makanan yang aku mengidam buat setakat ni :-

1. Panini Carbonara - Pot's Kitchen (dah ditunaikan)
2. Chapati Kuah Kambing - Tehel Melaka (dah ditunaikan)
3. Satay Perut - Muar (dah ditunaikan
4. Ubi Rebus Sambal Bilis - Dari member (dah ditunaikan)
5. Ikan Goreng Selar Kuning Masak Sambal Hijau - Dari member (dah ditunaikan)
6. Satay Perut - Batu Pahat (belum ditunaikan)
7. Nasi Arab Damsyik - Senawang (belum ditunaikan)
8. Karipap Kentang - Air tangan ayah (belum ditunaikan)
9. Roti Canai Kambing 40 Hari - Yong Peng (belum ditunaikan)
10. Toffee Nut - Starbucks (dah ditunaikan)
11. Asam Pedas - Air tangan ibu (belum ditunaikan)
12. Ais Krim Malaysia Kacang Hijau - Air tangan ibu (dah ditunaikan)
13. Tempe Kacang dan Ikan Bilis Masak Sambal - Dari member (dah ditunaikan)
14. Nasi Ayam dan Kerabu Mangga - Chiken Rice Shop (dah ditunaikan)
15 &.......... belum lagi....

Yang mana ada tulisan merah tu masih belum berkesempatan nak dapat dan satu lagi jauh untuk dapatkan nya.... Tapi mesti dapat kan.... Kang tak pasal-pasal baby dalam peyut keluar ngences jerk... Hikhik...

Isnin, 23 November 2015

Diari Mengandung : Alahan

Salam.... Aku nak cerita sikit lah pengalaman aku menempuhi alam alahan pada awal kehamilan aku... Hikhik... Actually tak lah banyak sangat pengalaman yang aku lalui sehingga setakat ni... Tapi tak salah kan kalau nak cerita buat kenangan sendiri... =)

Tapi sebelum tu mai nak cerita apa itu alahan ketika hamil :-

Alahan ketika hamil ni sebenarnya adalah perubahan yang akan ibu alami semasa atau ketika mengandung tak kira untuk anak yang keberapa sekali pun. Setiap alahan ibu hamil ni berbeza-beza bagi setiap kandungannya. Alahan ni jugak ada berhubung kait juga dengan perubahan hormon ibu serta ada kaitannya juga dengan peningkatan selepas persenyawaan untuk menampung janin semasa peringkat awal pertumbuhan mereka.

Macam situasi aku... Aku dapat rasakan alahan ni seawal usia kandungan aku 6 minggu lagi... Rasa macam tak sedap sangat badan ni... Lain macam sangat... Tapi time tu aku dah tau dah aku preggy... Hihihi...

Alahan-alahan yang aku alami pada awal kehamilan :-

1. Morning Sikness : Morning sikness ni biasa lah rasa pada waktu awal pagi time nak mandi, time nak gosok gigi.. Mual nya nauzubillah... Kadang tu sampai tak suka bau ubat gigi... Hihi... Tapi masa awal-awal dulu jarang lah nak kene morning sikness ni... Cuma yang aku perasan bila kandungan aku dah ceceh 11weeks... Memang tiap pagi terasa mual nak muntah tapi tak keluar apa-apa pun... =)

2. Keletihan : Yang ini memang aku alami sejak dari awal dapat tau yang aku mengandung... Balik kerja memang terus cari bantal.. Terlepek je kat katil... Nak bangun terasa terhuyung hayang je badan ni... Bila dah baring nak bangun tu terasa macam siksanya sambil menangis... Sebabnya malas nak bangun dari katil hahaha...

 3. Alahan yang teruk : So far yang aku perasan aku kerap kali sakit gigi... Gusi bengkak... Gigi terasa macam nak tercabut... Makan pun tak boleh nak kunyah... Terpaksa makan bubur je... Itu kot aku rasa alahan aku yang paling teruk... Azab rasanya...

4. Alahan pada makanan : Ermmm yang ini aku rasa aku tak boleh makan makanan yang bergoreng macam ayam... Dulu aku paling suka ayam goreng, ayam kfc ayam masak lemak, ayam masak kicap or ayam masak apa-apa jerk lah... Tapi sekarang ni aku paling tak suka ayam... Dengar je ayam aku automatik akan jadi mual loya nak muntah... Tak kira lah masak apa... Kalau ikan goreng boleh terima lagi tekak ni... Kalau nampak aku makan ayam maknanya terpaksa makan lah sebab tak ada laok yang menarik.. Ahahaha... Kalau siapa-siapa ajak aku pergi kfc automatik aku tolak... Kalau terpaksa pergi pun aku tak order ayam... Aku order lah wedges ke kentang ke... Ahahaha..

5. Alahan pada masakan : Yang ini dari awal aku mengandung sampai sekarang ni aku jadi pemalas nauzubillah nak masak... Kalau pergi dapur tu nak kene panas kan laok ke apa ke kalau boleh tak nak duduk dapur tu lebih dari 15 minit... Memang sejak dari awal mengandung aku banyak makan luar atau beli bungkus makan kat rumah... Hubby pun terpaksa lah jugak melayan kan aku pasal aku malas nak masak... Sampai sekarang ni pun... Maybe terbalik kot... Apa yang aku suka buat dulu sebelum mengandung bila dah mengandung ni aku jadi tak suka pulak dengan apa yang aku suka sebelum ni... Sama macam ayam goreng lah dulu suka sekarang jadi tak suka... Hihi,,,

6. Alahan pada bau : Erm yang ni aku alah pada bau masakan... Automatik aku akan pening kepala dan aku nak muntah... Aku rasa bau masakan ni busuk sangat bila aku terbau... Walaupun aku tau makanan tu sedap bila dah siap masak... Kadang-kdang aku tak suka bau minyak wangi... Dan satu lagi aku tak suka pada bau asap rokok atau flavor-flavor vape yang pelik-pelik baunya... Memang aku pening rasa sampai nak tumbuk je muka orang yang isap rokok n vape... Tak terkecuali hubby jugak... 

7. Alahan pada suami : Yang ini so far tak ada pulah alahan pada suami... Sebab kita orang duduk jarak jaoh kot tu yang nak kata alahan pada dia tu kurang sikit... So far setakat ni ok jerk macam biasa... =)

8. Alahan pada emosi : Hurmmmm macam aku cite kat atas tentang alahan aku yang no.2 tu... Tiap hari memang terasa nak menangis jerk... Padahal tak ada apa pun hal yang nak dinangis kan... Kadang nak masuk toilet kat rumah tu pun boleh nak menangis... Time makan pun tetiba air mata mengalir... Mungkin sebab aku jaoh kot dengan hubby so tak ada siapa layan aku time aku mengandung... Hikhik...

9. Alahan pening kepala : Yang ni ada lah tapi tak lama... Sejam dua lepas tu hilang... Pening tu datang macam main-main... Kadang tengah duduk-duduk ke baring-baring ke tetiba je pening kepala... =) Tapi under control lah pening ni...

10. Alahan muntah : Yang ini yes... Kadang lepas makan aku muntah... Sebab nya... Perut kosong tapi tekak tak de rasa nak makan apa-apa... Lepas tu main order jerk apa yang nak order... Ye lah kalau dah tekak tak rasa apa-apa nak makan tapi perut lapar mintak makan... So makan jerk lah apa-apa pun kan... Haaaa lepas makan confirm muntah balik... Kadang tu muntah sampai habis... Kadang tu muntah sikit jerk... Acane tu?? hihi... Tapi nak elak mual muntah ni aku akan cari coklat... =) 

11. Mengidam : Haaaaa.... Setakat ni apa yang aku nak aku dah dapat lah... Contoh nak sangat makan pasta panini... Sanggup tunggu hubby balik JB nak makan sama... Dah ditunaikan oleh hubby masa usia kandungan aku 8weeks kalau tak silap... Nasi Arab aku nak yang kat seremban tu... Belum dapat lagi sebab jaoh... Tapi memang kene pergi hubby dah janji... So far makan jugak lah nasi arab tapi kat jb je... Tak sedap... Aku makan xhabis... Chapati kuah kambing... Hubby dah tunai kan minggu lepas masa cuti panjang kat kampung... 3 keping terus aku makan... Satay perut pun dah ditunaikan oleh ayah ibu aku tapi satay kat muar lah... Satay perut kat batu pahat jerk belum dapat lagi.... Satu lagi hubby pulak dari start awal aku mengandung sampai lah ke hari semalam asyik sebut nak makan roti bakar n kopi kat railway kluang... Semalam on the way balik jb singgah kluang tapi hampa kedai railway tu tutup... Rupanya railway ni ada 3 branch... Aku pergi kat 1 tempat je... Dah nampak tutup terus gerak balik jb je... Nampak muka hubby kecewa habis... Ermmmm Roti canai kamping 40 hari aku belum dapat nak makan lagi... Nanti mesti kene singgah... Ahahaha... Itu lah alahan mengidam aku setakat ni... Tapi alahan mengidam ni aku yang makan hubby yang naik badan nya... Selera dia bukan main... Ahahahaha... 

Setakat ni tu je lah alahan yang aku alami... Ermmmm So far semua alahan tu aku cuba control lah... Sebab aku sorang-sorang kat jb ni... Kalau aku tak buat-buat kuat siapa nak tolong aku kan... Hubby jaoh... 

Aku harap baby dalam tummy baik-baik dan sihat aje keadaan dia... Sayang kat dia... Korang, tolong doakan untuk aku dan baby ea... Setiap doa korang aku ucap kan dengan ribuan terima kasih.... Aku sayang kat korang... =)

its me
mass-naim

Selasa, 17 November 2015

Trimester Pertama : 12 weeks 5 days

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur aku pada Allah sebab bagi aku peluang mengandung dan kini kandungan aku berusia 12 minggu 5 hari.... Gembira??? mesti lah gembira.... Hikhik... Syukur sangat-sangat...

Minggu lepas balik kampung mak tanya aku dah buat buku pink ke belum? aku cakap belum on the way nak buat hari ahad nanti dah booking dah... Mak pesan buat cepat-cepat dia risau sebab aku pernah gugur untuk 1st baby last year... So untuk yang ni mak kalau boleh tak nak risiko tu berulang lagi.... Sayang mak kat aku... Hikhik...

So seperti yang dijanjikan ahad 8/11/15 aku pergi lah ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kat Jalan Abdul Samad Johor Bahru.... Dalam 8.30 pagi aku sampai... Hubby teman waktu tu... Sampai-sampai je kat klinik kesihatan tu tetiba terimbas kembali waktu dulu-dulu ikot ibu pergi check-up adik-adik aku kat situ... Hikhik... Suasana kat klinik tu tak pernah berubah.... Sama macam 20 tahun yang dulu... Heeeee...

So prosedurnya macam biasalah... Nurse panggil mintak keterangan details tentang diri, tanya tentang sakit keturunan tanya dalam sejarah keluarga ada kembar atau x... Aku waktu tu jawab adalah husband saya kembar (sambil senyum).... Lepas tu nurse tanya aku ulang sampai 5 kali husband awak kembar ke? Yup aku jawab... Lepas tu dia cakap berkemungkinan awak boleh dapat baby kembar.... Hikhik... InsyaAllah yang aku perlu jawab waktu tu... Nurse kat situ semua baik-baik friendly sangat... Senyum je... Bila kita tanya diorang jawab dengan nada yang sangat baik.... Kadang tu ada nurse cakap sampai aku tak dengar lansung... Punya slow dia cakap... Ahahaha.. Sabar jerk lah...

Lepas amik keterangan dia panggil aku untuk amik darah (Blood Group,HIV,Talasemia 1 lagi lupa) nasib baik 3ml jerk dia amik... Lepas tu baru dia panggil aku masuk untuk jumpa nurse untuk cek perut, jari ajar aku untuk cek payudara and last dia bagi aku folic asid... Dekat pukul 11.30 jugak lah aku baru dapat masuk dalam tu... Hikhik kesian kat hubby tunggu lama... Nasib lah... Bukan selalu... =) 

So masa aku balik kampung hari tu ada lah aku pergi scan baby... Kebetulan memang ada appointment dengan doctor tempat kerja lama aku... Untuk confirmkan usia kandungan... So waktu tu scan dah 10 weeks+ dekat 11 weeks lah... =)

Date Scan : 06/11/2015
Usia kandungan : 10weeks+ (doc mintak ikut kiraan aku sendiri 11 weeks)
Ukuran janin : 3.21cm
** Kiraan doctor yang 1st tu abaikan je..
1st masa scan doctor tanya aku nampak tak heartbeat baby yang gerak-gerak tu... Time tu mata aku memang cari benda yang bergerak jerk lah... Hubby yang kat belakang doc terjengah-jengah nak tengok jugak... Hikhik... Last-last doc yang tunjuk kan mana jantung baby.... =) Alahaiii comel jerk dia duduk kat dalam tu.... Hubby sengih jer... =)

So atleast bila dah tgk kandungan aku melalui scan hati terdetik alhamdulillah cukup sekadar aku tau ada amanah Allah yang aku perlu jaga dengan baik... Anak syurga... Doctor cakap kedudukan janin dengan pintu rahim aku so far cantik... Senyum jerk aku walaupun ada kerisauan jugak dalam hati bila teringat kes keguguran dulu... Tapi bila doc dah cakap macam tu ada sedikit lega lah hati ni... =) Sebenarnya doctor yang terlebih excited tengok baby tu... Kemain suka lagi dia tengok kat scan tu... =)

Balik rumah tunjuk kat ibu gambar scan tu... Ibu pesan jaga elok-elok... Makan jaga n so on.... hikhik.... Dan aku asyik tenung je gambar scan tu sebab tengok dia comel je dalam gambar tu.... =)

Alhamdulillah semoga anak syurga ni berada dalam rahim aku dengan selamat dan sihat sejahtera... Gembira jangan kata lah tak terucap rasanya dengan kata-kata erti kegembiraan aku sekarang ni... Lama kami tunggu saat ni... Hikhik... Hubby sejak-sejak aku mengandung ni banyak sangat perubahan pada diri dia... Banyak sangat yang dia ingat kan aku kalau aku terlupa sesuatu.... 

Harapan aku semoga anak syurga ni membesar dengan sihat dan sempurna... InsyaAllah
Doa yang baik-baik...
Semoga segala yang di tunai kan akan tercapai oleh kami suami isteri...

Tak sabar nak tunggu dia membesar... Hikhik....

its me
mass-naim

Khamis, 15 Oktober 2015

Alhamdulillah : Sabar itu "INDAH" Wish me "POSITIVE"

"Apa yang kau dapat dengan MUDAH, takkan BERTAHAN LAMA... 
Apa yang BERTAHAN LAMA, tak boleh dapat dengan MUDAH..."

Alhamdulillah berkat doa, usaha, tawakal akhirnya aku disahkan mengandung... 

Actually sepatutnya period datang time 1st day raya haji ari tu... tunggu punya tunggu tak jugak kunjung tiba... bagitau hubby sekarang ni aku macam kene lebih berjaga-jaga sebab dah delay period... hubby cakap sabar jangan excited sangat... Aku ikot je lah kata hubby... masa balik jb hubby ikot balik... siap jalan-jalan tgk wayang shoping sana sini lagi dengan dia... tetibe teringat nak beli UPT untuk stanby... Time tu dah delay 4 hari dah period aku... hubby belikan aku 2 test UPT... time tu cakap dalam hati sabar je dulu tak nak test awal-awal sebab takut nanti test result negative aku yang kecewa... so aku cuba tenang kan hati minda semua... relax jerk... sebelum tu aku banyak kali lah jugak keluar masok toilet muntah... hubby tanya kenapa aku cuma jawab xde apa-apa perut ni angin je kot... nak tenangkan hati punya pasal taknak mengharap sangat yang konon diri aku ni preggy.. tiba time hari ke-6 hubby dah balik tangkak time tu... aku sabar lagi... petang tu keluar dengan member... dia suggest suruh test takut kalau jadi apa-apa lagi susah... sudahnya aku kira-kira masuk hari yang ketujuh boleh lah aku test... awal pagi bangun gigih nak test... lepas test aku buat tak tau je mandi macam biasa dan siap-siap nak pergi kerja... sebelum pergi kerja tu aku jenguk lah kejap UPT yang aku test tu... hasil nya...

kalau tengok betul-betul ada 1 line yang tak berapa nak clear kat bahagian huruf "T" tu

Lepas tengok result tu aku jadi macam confused negative ke positive?? sebab line satu lagi tu xberapa nak clear... line nya jernih...lama aku tenung UPT tu sampai lambat nak pergi kerja... sudahnya aku letak jerk UPT tu kat atas sinki n terus pergi kerja... harapan aku masa tu walau pun dalam keadaan confused hati aku terdetik cakap yes i'm pregnant... kat office kerja macam biasa... dah nak tengah hari sikit terasa macam nak balik rumah nak cek semula UPT tu.. kebetulan akak kat rumah tu dia nak bawak masuk barang dia dari kampung nak mintak aku tolong bukak kan pintu dulu sementara dia belum sampai... so aku balik... aku tgk UPT tu still sama... terdetik nak try sekali lagi... nekad lah kalau sama jugak result tak apa masih ada masa lagi untuk berusaha... sekali test sama jugak aku biarkan dulu result tu tak nak tengok... tapi lama-lama kene jugak tengok resultnya kan.. n hasil nya...

bila test petang terus naik clear bak hang line tu... 

Bila tengok result nya aku mengigil 1 badan... antara percaya dengan tak... tak tau nak describe macam mana keadaan aku waktu tu.... nak menangis nak menjerit nak meraung nak melompat semua ada.... terus je aku buat sujud syukur... gembira tak terkata...

bila tau result tu aku tak bagi tau hubby dulu... esok malam baru aku bagi gambar kat dia... aku cakap kat dia aku ada hadiah untuk dia... 1st gambar aku bagi gambar result pagi... hubby confused... dia tanya aku "preggy ke??cakap betul-betul abg mana tau..tak pandai nak tengok benda ni"... aku tanya dia.. "abg nampak 1 line ke 2 line? " dia jawab "1 line je..1 lagi tak clear.." aku send 1 lagi gambar yang clear... tanya kat dia sekarang nampak berapa line?" dia jawab " 2 line terang...b pregnant ke?? cakap betul-betul b pregnant ke??" aku cuma balas dengan senyuman... terus dia cakap alhamdulillah syukur... mula lah dia suruh aku jaga diri baik-baik dia pesan makan kene jaga... jangan buat kerja berat... kat office jangan stress.. bagi tau semua staff yang b preggy... aku yekan je... dia ingat kan aku, belajar dari pengalaman dulu macam mana aku boleh GUGUR... kes aku gugur aku akan ingat... dan aku ingat segala pesan hubby... nampak dia lebih amik berat pasal aku bila dia tau aku preggy... alhamdulillah... dua hari lepas tu baru aku cite kat ibu aku... dia pun pesan macam-macam... family mertua aku belum tau lagi kecuali kembar hubby... hubby bagitau kat kembar dia aku preggy... last week aku balik kampung lepas interview aku muntah-muntah... terasa sakit kat perut... msg hubby yang tengah kerja... dia balik terus bawak aku pergi klinik... kat klinik cek UPT lagi... result sama... doc senyum dan cakap aku dah mula rasa symptom-symptom trimester pertama.... balik tu mak tanya aku ok ke tidak?? baru lah aku cakap kat mak yang aku pregnant... mak senyum je...mak kata jaga elok-elok... mintak apet belikan roti n susu ke apa sebab orang pregnant tak boleh lapar nanti perut masuk angin... aku senyum jer...

itu lah orang tua-tua cakap kan... bersabar, berdoa, percaya pada Allah... rezeki Allah ada dimana-mana...
cepat atau lambat itu kerja Allah...

And now... alhamdulillah berkat sabar aku dan hubby... kami berusaha, berdoa, tawakal... alhamdulillah... rezeki berpihak pada kami... aku mohon pada semua... doa kan kandungan aku membesar dengan sihat dan sempurna ye kawan-kawan... semoga aku dapat lahirkan zuriat aku amanah Allah ni dengan sempurna tepat pada waktu nya...... more weeks to go... masih panjang perjalanan aku untuk menjaga amanah Allah ini... bersabar dan banyakkan beristighfar... Allah ada bersama aku... insyaAllah...

Sabar itu "INDAH"

its me
mass-naim

Ahad, 29 Mac 2015

Setahun Berlalu Pantas Tanpa Sedar

Pejam celik pejam celik semalam 28 March genap setahun aku gugur... baca sini Kejap jerk masa tu berlalu.... Terasa rindu saat preggy dulu walaupun hanya dapat bertahan selama dua bulan jerk dalam perut.... Tapi aku dapat rasa dah time tu morning sickness, pening-pening, terasa badan letih, malas semua tu aku dapat rasa... Tapi sayang rasa tu cuma seketika.... Aku rindu nak rasa saat macam tu lagi.... Sehingga ke hari ini aku masih lagi mencuba dan terus mencuba, berusaha dan terus berusaha.... Aku percaya janji Alah itu pasti.... Cepat atau lambat je perbezaan nya.... InsyaAllah Allah sentiasa menguji setiap hambaNya yang bersabar.... Rezeki itu jaminan Allah.... InsyaAllah masa nya akan tiba.... Amin.....

Setiap pasangan inginkan zuriat... InsyaAllah ada yang terbaik buat kami.... Smile =)


its me
mass-naim

Isnin, 7 April 2014

Keguguran : Aku REDHA kerana ini bukan rezeki aku.....

Allah hu akbar,,,,

Saat ni aku masih lagi bersedih atas kehilangan zuriat yang baru saja aku kandung kan selama 7 minggu di dalam rahim ku....

Kisah ni bermula pada hari rabu malam 26/3/2014 aku mula sakit perut terasa macam angin macam senggugut pun ada.... Yang pelik sakit tu hanya sebelah bahagian saja iaitu sebelah kanan bawa sehingga ke belakang pinggang aku.... Terasa macam nak tercabut pinggang waktu tu.... Aku tak boleh nak tahan sakit... Maklum lah aku sorang diri kat JB ni tanpa husband disisi,,,, Malam tu aku sempat pergi klinik... Doc cakap angin jerk... In sya Allah xde pape dan dia bg aku buscopan and syrup mmt jerk utk kurangkan sakit perut n angin utk preggy boleh makan.... Balik rumah aku makan lah jugak sebab dah tak tahan sakit sangat kan.... Malam tu aku tak boleh nak tidur.... Sakit nya nauzubillah hanya Allah yang tau.... :'(

Sakit aku berlarutan sehingga esoknya 27/03/2014.... Tapi aku still pergi kerja macam biasa sebab kat office mase tu ada nak kene ukur baju untuk buat uniform.... So terpaksa lah jugak datang.... Nasib baik aku that time keje half day jerk sebab nak balik kampung.... Sampai lah ke petang sakit still x kurang2.... Seingat aku dalam pukul 4.30 ptg baru lah aku rasa lega kat perut.... Terus siap2 packing barang2 utk bawak balik kampung,,,, Around 5 ptg aku gerak drive balik kampung,,,, Sepanjang perjalanan dah xde masalah dan dah xde terasa sakit2 kat perut.... Alhamdilillah aku fikir tak ada apa2 lah berlaku kat aku dan baby aku.... Aku sampai rumah mak mertua dalam pukul 7.30... Time tu singgah amik husband jerk untuk balik ke rumah aku... Memang malam tu nak balik ke rumah parents aku sebab hubby ada kursus pagi esok kat Muar.... So kalau dari uma parents aku dah senang lah dekat sikit nak balik rehat ke apa ke... Huhuhu... Malam tu hubby bawak pergi makan... Aku terasa nak makan sup panas2 untuk relaxkan perut aku.... Sebab aku terasa loya sangat2.... Hubby layan kan jerk kehendak aku,,,, Malam tu aku balik uma parents aku macam biasa cuma aku terasa sangat letih......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)