Selasa, 19 Januari 2016

Check-Up kali ke-4 (20 weeks)

Salam semua...

Ini merupakan 1st entry aku untuk tahun baru 2016.... Hihihi... Ok nak cerita pasal check-up kali ke-4 aku minggu lepas 12/1/2016 hari tu..... Waktu tu kandungan dah masuk 20weeks...

Time nurse panggil masuk ke bilik check-up.. Nurse suruh aku baring kat katil... Then dia nak dengar bunyi degupan jantung baby.... Cari punya cari dalam 10 minit jugak lah tapi hampa sebab nurse cakap xdapat nak dengar lagi jantung baby,,,, Mungkin dia xdapat nak cari betul-betul kedudukan jantung baby kot dalam hati aku... Risau ye jugak.... Tapi nurse cakap kalau scan dah boleh nampak kan jantung berdegup-degup... Aku cuma jawab ye je lah.... Tapi still jugak risau... Risau takut-takut jadi pape kat baby.... Sepanjang jalan balik rumah aku dok fikir je... Tetiba tengah baring aku rasa ada satu dua tendangan kat perut aku.... Hihi... Rasa geli-geli gitu... Bila dah terasa tendangan macam tu cukup lah aku tau baby aku sihat sejahtera kat dalam.... Terus hilang rasa risau tu semua.... Cerita kat hubby... Dia pun berpendapat maybe nurse xdapat nak cari kedudukan jantung... 

Cuma sekarang ni dah masuk 21weeks...Aku dah ada start rasa tegang kulit aku kat sebelah kiri pinggang bahagian atas... Bila time nak bernafas tu terasa macam ada tarikan kulit.... Tidur pun agak susah sikit kali ni.... Payah nak tutup mata... Pusing-pusing 3,4 kali cari kesesuaian posisi baru lah dapat lena nak tidur... Itu pun aku lebih selesa tidur menghadap kesebelah kanan dari awal aku mengandung sampai sekarang... Rasa selesa dan tidur lena sampai ke pagi.... Alahan aku dah kurang berbanding sebelum ni... Yang best sebelum ni aku tak boleh langsung nak makan ayam atau pandang laok-laok berasaskan ayam... Tapi kali ni dah boleh... Cuma bau masakan aku still lagi tak boleh nak terima....

Movement baby pulak setakat ni dia sangat aktif kat dalam perut ni.... Rasa seronok main-main dengan dia.... Bila bercakap dengan dia usap dia,, dia boleh bagi reaksi dengan tendangan dan pergerakan dia..... Seronok sangat.... Bila jumpa hubby pulak baby ni macam tau-tau jerk dia tengah jumpa papa dia.... Mula lah dia tergedik-gedik dalam perut.... (Aku cakap macam tu sebab aku rasa dia gerak-gerak kat dalam)... Tapi kan bila hubby pegang kat perut aku... Dia duduk diam jer.... Hubby pulak memang hobby dia sejak aku mengandung ni suka sangat pegang perut aku kiss perut aku.... Nanti hubby cakap baby kenapa xgerak tapi abg ada rasa macam ada nadi laju je berdegup-degup... Aku senyum je.... Hihi... Kalau tidur dia akan peluk perut aku... Kata hubby dia bukan peluk aku tapi peluk baby... Dia suruh aku jangan perasan macam dia nak peluk aku... Sabar jerk lah... Ahahaha.... Bagi aku,, aku biarkan je lah diaorang anak beranak... Lagi pun baby jarang jumpa papa dia..... Sesekali jumpa apa salahnya kan... Hihihi.... Kalau keluar makan dengan hubby tetiba tekak dia nak makan yang sedap-sedap nanti dia kata baby abg nak makan itu ini.... hihihi,,,, Kelakar kekadang tengok gelagat hubby.... Kekadang bila dia tidur aku tenung muka dia dan teringat gelagat dia, aku tersenyum sendiri.... Gitu rupanya dia bila dah nak jadi papa pada anak aku... hikhik..



Pasal jantina baby.... Aku tak kisah kalau baby aku boy or girl.... Bagi aku cukup lah dia sihat sejahtera..... Tapi hubby nak sangat baby girl... Tapi kata dia kalau boy ke girl dia pun tak kisah jugak sebenarnya.... Sebab dia kalau boleh nak kan baby girl pasal dalam sejarah family dia... Anak-anak buah yang dia ada semua lelaki setakat ini... Yang adik ipar dia tengah mengandung dulu sebulan sebelum aku ni pun belum tau lagi jantina baby dia.... Sebab itu lah kalau boleh dia nak kan baby girl... Tiap kali kalau balik rumah family aku kalau anak adik aku ada dia akan pegang dan main dan melayan anak adik aku yang perempuan tu asywaq nama dia.... Pantang aku usik si asywaq tu nanti aku kene marah balik dengan hubby.... Hikhik... Kalau berjalan memang dia tak pernah lupa belikan barang untuk asywaq.... Tapi apa-apa pun bergantung pada rezeki yang Allah bagi... Ikut naluri keibuan aku ni biar lah apa yang aku rasa pasal jantina baby aku ni menjadi rahsia aku sorang.... Hihi..... Aku tak nak berharap.... Malam tadi berbual dengan hubby... Dia ajak pergi scan hujung bulan ni... Dulu dia cakap nak surprise tapi bila dah makin membesar baby dalam perut ni... Dia pulak over excited... Ahahahaha....

Apa-apa pun aku sentiasa berdoa Allah bagi kesejahteraan dalam hubungan kami sekeluarga..... Bahagianya sekarang ni hanya kami yang rasa.... Semoga dipermudahkan segala urusan kami.... Dan harap anak kami menjadi anak yang baik yang soleh dan solehah yang beriman pada Allah....

its me
mass-naim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (66) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (38) Kesayangan (35) Soulmate (35) Miscellaneous (28) family (28) Jerit (24) Kelahiran (21) anugerah terindah (21) Diari Mengandung (20) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) Sahabat (11) kesihatan (9) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) HangOut (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) redha (1)