Memaparkan catatan dengan label My Recipe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Recipe. Papar semua catatan

Isnin, 1 September 2014

Jom masak =)

Hye semua... Hari ni aku kembali untuk mengarang membebel yang ntah apa-apa kat blog aku nih setelah beberapa hari menyepikan diri disebab kan faktor kesihatan.... So far alhamdulillah aku kembali sihat walaupun sometimes aku muntah-muntah sampai keluar muntah hijau..... Ada masa tu pukul 3 pagi aku masih lagi muntah..... Huhuhu..... Tapi insyaAllah aku masih lagi kuat untuk melakukan rutin harian aku seperti biasa..... Rasa loya nak muntah cuma ada masa-masa yang tertentu sahaja..... Doakan aku kembali sihat macam selalu ye =)

Ok...... Last week aku ada share resepi ini kan (KERANG MASAK HIJAU)..... Ok aku balik kampung Khamis hari tu.... Sampai dah malam.... Malam tu jugak hubby cakap dia ada beli kerang, sotong dan ikan siakap petang tu... So aku cakap kat hubby macam tau-tau jerk esok aku nak masak kerang... So tak payah lah nak pergi pasar cari kerang.... Weeeee =) Hubby cakap ye lah dah boleh baca apa yang ada dalam fikiran aku..... Wahhhhh laki aku nih.... Kemain lagi boleh x-ray apa yang ada dalam fikiran aku.... Terorrrr Ahahahaha.....

So esok pagi-pagi bangun tanya mak mertua nak pergi kedai tak... Hikhik ofcoz lah nak kan.... So mak mertua aku follow aku g kedai cari lah sayur-sayur ke apa ke kan... Aku pulak cari bahan-bahan untuk aku masak kerang masak hijau aku tu... Memang gila excited nak makan kerang tu..... Dah tak boleh nak tunda-tunda lagi masak kerang tu... Ahahahaha.... Terukkkk......

Balik dari kedai terus sediakan bahan-bahan nya,,,, Lepas tu terus masak.... Lagi pun aku kene masak awal sebab sebelah petang nak pergi tengok bola kat Stadium Selayang ATM vs JDT.... Pergi dengan bos hubby dan wife dia dan anak-anak dia.... Hukhuk...... Mereka-mereka tu memang fanatic bola.... Ikotkan hubby dia malas nak pergi.... Tapi wife bos dia mintak no.fon aku sebab nak pujuk aku konon kalau dia ajak aku confirm aku nak pergi so hubby mesti tak boleh nak elak.... Hahahaha..... Trick wife bos dia... Nampak tak permainan nya di situ..... Ahahahaha.....

Ok berbalik pada cerita kerang masak hijau tadi tu..... Bila dah siap mak mertua pulak excited nak makan... Tak sabar masing-masing.... Sambil masak lauk lain sambil ratah kerang... Huhuhuhu..... Tapi still lagi ingat orang belakang.... Hasilnya :-



Lepas sembahyang Jumaat baru lah kami semua makan.... Hubby siap puji lagi sedap katanya..... Dia cakap tak boleh makan kerang banyak sangat takut sakit kaki tapi masalahnya dia kata makan kerang aku masak ni tak boleh berhenti.... Sedap sangat-sangat.... (Wahhhhhh kembang kejap rasanya...merah pipi tahan malu kene puji masakan sedap) =) Mak mertua pun puji sedap katanya siap tanya apa bahan-bahan nya.... Hikhik..... (^______^) Ok itu jerk nak membebel setakan ni.... Pada siapa-siapa yang nak cuba resepi KERANG MASAK HIJAU ni.... Korang boleh tengok resepinya DEKAT SINI ye..... k bye.....

its me
mass-naim

Isnin, 25 Ogos 2014

Kerang Masak Hijau

Demam-demam macam ni tetibe tekak aku rasa macam nak makan lauk kerang masak hijau lah pulak...... Harus masak hujung minggu nih... Memandangkan hujung minggu ni cuti agak lama sikit lah sebab 31 Ogos jatuh pada hari Ahad... Hikhik... Boleh stay lama sikit kat kampung..... Wahhhhhh Excited sungguh aku nih....

Kerang masak hijau ni aku pernah kongsikan entry nya dulu kat sini.... Tapi entry tu masa tu aku takda taip pasal resepi pun..... Hikhik.... So memandangkan hujung minggu ni aku nak masak lauk Kerang Masak Hijau tu.... So aku kongsikan kat sini resepinya ok.... Ni resepi aku sendiri tau.... =) Jom usha ===>>

Selasa, 8 Julai 2014

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ha,,,,, Nak cerita nih.... Petang-petang macam ni time-time nak balik keje harus lah fikir apa nak masak for berbuka puasa petang nih kan.... Hokayy,,,, Ari ni aku nak kongsikan lah satu resepi air tangan aku sendiri Ayam Masak Lemak Cili Padi..... Semalam aku rajin plak nak masak lauk lemak tuh.... Lincah tengah hari keluar office jap g jusco beli barang... Wakakakaka.... Ok jom usha resepi yang aku nak kongsikan nih.... =)

hasil nya

Ayam - Ikot suka korang nak masak berapa ketol
Kentang - 2 biji di potong 4
Bawang merah - 3 biji
Bawang putih - 3 biji
Cili padi - Ikot korang nak pedas tahap mana... (Aku semalam guna 20 batang cili padi)
Kunyit hidup 
Daun kunyit - 1 helai di potong urat tengah nya 
Belacan - sedikit sahaja
Serai - 2 batang di titik
Santan - 1 kotak kecik
Garam
Air - 1 1/2 cawan
Asam jawa - sedikit

Cara menyediakan bahan :-

1. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili padi dan belacan dengan sedikit air.

Cara memasak :-

1. Panas kan minyak.
2. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi dan kacaukan nya sehingga naik bau.
3. Masukkan serai yang telah dititikkan kemudian kacau dan biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan pula kentang, kacau dan biar kan seketika dengan api yang sederhana.
5. Masukkan daun kunyit beserta sedikit air supaya bahan yang ditumis tidak kering.
6. Setelah itu masukkan pula ayam, kacau sebati beserta 1 1/2 cawan air.
7. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan garam untuk sedapkan rasa dan biarkan seketika sehingga ayam betul-betul masak dan kentang menjadi empuk dan lembut.
8. Akhir sekali masuk kan santan 1 kotak kecil kemudian kacaukan nya dengan api sederhana besar... (ingat ye jangan sampai santan pecah dan naik minyak ye kawan-kawan).
9. Setelah kesemua bahan dah dimasak boleh lah dihidangkan untuk dijamu.

p/s :- Ayam masak lemak cili padi ni aku buat memang pekat.. Baru sedap nak makan siap hirup lagi tau.... Member aku siap tambah nasi 3 kali katanya sedap... Wallahualam lah dia yang cakap macam tu... Tapi tekak aku pun cakap sedap... Wakakakaka.... =)

Ok kawan-kawan selamat mencuba resepi dari saya ni ye... =) Bye...

its me
mass-naim

Isnin, 2 Jun 2014

Pavlova dan Resepi

Haaaaaa...... Assalamualaikum... Ehem ehem teruja nih nak hupdate blog berkenaan pavlova.... Ahahahahahah.... Kalau orang dah basi lah kot pasal pavlova ni... Tapi aku??? Ada aku kesah nak bercerita?????? Suka ati aku lew kan... Ihihihihi... =) 

Hokay cite nya begini... Ehem ehem (teruja lagi)... Last week aku balik kampung... Sebelum balik kampung aku dah niat nak buat Pavlova.... Sebab teringin sangat nak buat menggunakan air tangan sendiri kan.... Mihihhihihi... Memandangkan hubby pun suka makan pavlova... Ingat lagi masa bufday aku last year member aku celebrate untuk birthday aku d beli pavlova masa tu... Memang super sedap.... Dapat lah hubby rasa masa tu.... Ermmmmmm.......

Masa aku balik ari tu sebenarnya dah agak lewat nak buat pavlovanya sebab aku ada hadiri 1 karnival anjuran SPA hubby suruh aku pergi so kene ikot cakap lah kan.... =) Lepas balik dari karnival tu walaupun terasa dah terlewat sebab nak pergi amik hubby kononnya untuk balik rumah di Batu Pahat aku tetap berdegil nak jugak tunai kan hasrat hati yang dah seminggu pendam...... Ihihihi..... Hubby terpaksa tunggu sampai pavlova aku siap.... Hihi... =) Bahan-bahan suma dah aku beli siap2 sebelum aku nak ke karnival tuh.... Hurmmmmmm meh aku tunjuk kan bahan-bahan apa yang perlu untuk membuat pavlova nih dan cara-cara nya sekali ye... Jommmmmmm

Aku perlukan bahan-bahan ini ye kawan-kawan......


4 biji telur (ambil putihnya sahaja)
1 Cawan tepung jagung
1 @ 3/4 Cawan gula halus
1 sudu kecik aisin vanilla
1 sudu kecik cuka masakan
1 cawan @ 250 ml whipping cream Non Dairy (Bukan Tenusu)
Buah-buahan (ikot korang lah nak guna buah apa pun kan)

Selasa, 25 Februari 2014

Resepi Spaghetti

Ok aku nak shared dengan korang-korang Resepi Spaghetti yang aku buat khas untuk hubby last week... Hihihi... Actually resepi tu dari kawan satu office dengan aku..... Hari tu dia bawak spaghetti kat office.... Aku rase sedap.... So aku mintak dia resepi tu...... So lets shared :-

Bahan-bahan yang perlu ada :-
  • 3 biji bawang besar (ikot lah size bawang yang korang pakai ye) 
  • 4 biji bawang putih 
  • 20 batang cili padi (ikot lah pada korang nak pedas or kurang pedas)
  • 1 botol Sos Prego (aku guna sos prego mushroom yang label hijau)
  • 1 bungkus Spaghetti (aku guna yang jenama San-Remo yang halus)
  • 1 tin cendawan butang 
  • 400g daging kisar
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 1 cawan air kosong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)