Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Selasa, 8 Julai 2014

Tips : Percintaan @ Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Tips seperti dalam tajuk yang tersebut diatas.... (cehhh macam nak karang surat formal jerk kan..hikhik)

Sini aku nak sharekan serba sedikit tips Percintaan @ Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).... Aku pasti tak ada orang yang hendakkan situasi yang macam tu kan.... Sentiasa berjauhan dengan insan yang tercinta...?? Betul tak?? Contohnya macam diri aku sendiri.... Dari awal kenal hubby dulu sampai lah dah kahwin kami melalui percintaan jarak jauh dan perkahwinan jarak jauh.... Dulu kenal hubby dia kerja kat KL aku study kat Muar (masa tu aku F6 upper),,, Aku abis study dia still kat KL,, Aku kerja dai mula balik kampung kerja kat Tangkak,,, Muar-Tangkak bagi aku masih jauh lah juga... Makan masa 30minit kalau nak ke Tangkak tu... Akhir tahun 2011 aku pindah JB sebab dapat better offer kat JB hubby plak masa tu kat Tangkak,,, Sampai lah aku dah nak masuk 7 bulan kahwin still lagi jauh... Aku kat JB dan hubby kat Tangkak.... Macam-macam dugaan dah kami tempoh dari awal kami kenal sampailah bertunang dan sampai lah sekarang ni..... Alhamdulillah segala dugaan kami dapat atasi dengan akal dan fikiran yang waras...... Pokok pangkal hati..... Kalau hati kuat dan sentiasa berdoa insyaAllah Allah akan pelihara hubungan yang terjalin dengan mudah....

Ok panjang dah aku melalut.... Sekarang nak sharekan apa yang patut tentang PJJ ni ye.... =)

#1 SALING MEMPERCAYAI CINTA MASING-MASING

 Dalam setiap percintaan, kepercayaan antara anda dengan si dia amatlah penting. Tambah-tambah lagi sekiranya anda berdua terpaksa berjauhan. Akan ada ketika dan waktu anda dan si dia diuji bila berjauhan dan kekuatan cinta serta kepercayaanlah yang memainkan peranan yang besar pada waktu ini. Andainya sudah tiada kepercayaan dalam cinta, maka musnahlah sebuah perhubungan yang terbina.

p/s :- Ingat ye, jangan pernah ada wujud perasaan ragu akan cinta si dia.

Aku :- Ada kala hati tak sedap maybe sebab terlampau ikot kan perasaan ada jugak terasa ragu dengan hubby.. Tapi aku cepat-cepat buang perasaan ragu tu... Takut nanti perasaan ragu tersebut buat kan aku dan hubby bergaduh... Tak nak lah sampai macam tu kan... Ini semua demi keharmonian rumah tangga aku.... So far jarang nak ada perasaan ragu kat hubby sebab aku percaya akan keikhlasan hati dia terima aku seadanya... =)

Rabu, 5 Mac 2014

Test : Ujian Bahagian Otak Anda Yang Manakah Lebih Dominan???

Hikhikhik..... Tadi tengok-tengok facebook.... Scroll punya scroll terpandang 1 post ni tentang " Ujian Bahagian Otak Anda Yang Manakah Lebih Dominan....???" Aku pun try lah benda alah ni... Saje suka-suka....... Ujian nya senang je..... Cuma jawab beberapa soalan yang diberi... Simple.... And after jawab beberapa soalan yang diberikan dapat lah result nya time tu jugak sama ada korang-korang ni semua banyak menggunakan otak sebelah kanan atau sebelah kiri ataupun seimbang..... Simple kan.... =)

Ok kat bawah ni result yang aku dapat setelah menjalani ujian-ujian tersebut..... (^^,)

Ini result yang aku dapat....... Menggunakan Otak
secara sama rata...... =) Tapi lebih sikit pada
Otak sebelah Kanan....

Ermmmmmm pada korang-korang yang nak try........ Pergi lah lakukan ujian korang dekat SINI..... Selamat menjalani ujian ye................ Daaaaaaaa (^_______^) !!!!

it's me
mass-naim

Khamis, 6 Februari 2014

Faktor Untuk Mendapatkan Anak Kembar


Setiap manusia yang sudah berkahwin mesti mengangankan dan menginginkan zuriat mereka sendiri... Sama jugak dengan aku.... Selalu aku doa agar aku dikurniakan sepasang zuriat kembar.... In sya Allah,, ini semua kerja Tuhan..... Dia yang menentukan segalanya.... Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa je selagi mampu..... Lagi pulak hubby aku sendiri kembar..... Mana tau kan rezeki berpihak pada kami kan kalau genetik kembar pada hubby ni kuat kan......... =) Dulu mase belajar aku selalu harapkan dapat berkawan dengan pasangan kembar tak kira lah lelaki or perempuan.... Sampai satu masa aku pasang impian agar aku diketemukan jodoh dengan kembar jugak... One day aku dapat berkenalan dengan kembar (hubby)... Aku ingat mase tu hubby main-main kan aku yang dia ni kembar..... Sekali betul rupanya......Huhuhuhu...... Suka tak terkata masa tu.... Kawan dengan hubby lama dah... Tak taupun dan xjangka pun yang hubby ni lah jodoh aku sekarang in sya Allah till Jannah lah kan........ Sampai one day dia nak masuk minang.... And last kahwin.... Syukur pada Allah sebab apa yang aku impikan selama ni tertunai..... And now tengah pasang impian niat nak zuriat kembar pulak..... Hihihihi.... Haruslahkan kene usaha lebih dan yang paling penting is haruslah kene selalu berdoa semoga dimakbulkan niat tu.... Hihihihi.... Ok jommmmmm tengok Faktor Faktor Bagaimana Nak Dapatkan Anak Kembar..... Peace !!!!!!!!!!!!!!

Isnin, 27 Januari 2014

TIPS : Atasi Masalah Sering Keletihan Dan Kelesuan


Korang sering berasa KELETIHAN????? Korang sering berasa KELESUAN.....????? Ramai diantara kita sebagai manusia pasti ada rasa-rasa / gejala sebegini rupa....??? Sama jugak macam aku.... Sejak dua menjak ni aku rasa sangat letih,lesu,malas,kurang tidur dan kerap sakit/pening kepala.... Ntah kenapa virus ini terjadi pada aku.... Hari-hari yang aku lalui sejak dua menjak ni terasa serba serbi MALAS..... Ya Allah jauhkan lah diri aku ni daripada virus ni...... Sampai bila kan nak jadi malas???? So usaha aku untuk hilangkan gejala-gejala / virus ni aku pun tanya lah pada en. google tentang tips atasi masalah KELETIHAN & KELESUAN ni........ Dan akhirnya aku jumpa lah jugak serba sedikit info berkenaan PUNCA-PUNCA terjadinya masalah ni dan CARA MENGATASINYA..... Jom aku nak shared kan kat sini sebagai info bersama .... =)

Jumaat, 8 Februari 2013

Bagaimana perasaan cinta itu bermula??

 
"Tiba-tiba, terlihat wajah kekasih,
Tiada sepatah kata yang terucap daripada lidah,
Cinta mula membara daripada pandangan pertama."
 
Bila bercakap soal cinta mesti terasa indah belaka kan?? (^___^) Time tu mesti tergambar dalam fikiran tentang perasaan kasih dan sayang antara dua insan, tentang si suami dan si isteri, tentang anak-anak dan juga tentang ibu bapa kita... Betapa bahagianya mereka kan??!!! Ermmmmm tapi cinta ni sangat luas pengertiannya.... Setiap individu ada definisinya yang tersendiri tentang apa itu C.I.N.T.A.....

C.I.N.T.A secara umum nya menjelaskan tentang perasaan sayang yang tersimpan di dalam hati yang ingin dikongsikan bersama insan yang kita suka...=)

"Manusia pasti ada cinta,
Cinta melengkapkan hidup,
Dunia tandus tanpa cinta,
Hati pun beku dan mati"

Bagi aku cinta itu dapat mendorong dan memberikan kita semangat untuk menjadi insan yang baik kepada yang terbaik.. Besar kuasa cinta.. Dengan cinta manusia macam aku dan semua yang ada di luar sana akan menjadi lebih sempurna dan bijaksana apabila kita mencintai orang yang mempunyai kesempurnaan..... Dan kekurangan yang ada kita sama-sama perbaikinya demi mencari kebahagiaan dalam hubungan... (^________^)

Aku percaya yang cinta itu hadir atas kehendakNya.... Saat kita bertemu, maka Allah yang telah mempertemukan kita.. Saat kau memilih diriku.. Allah juga telah memilihkanku untuk dirimu dan saat aku menerimamu Allah juga lah yang megatur hatiku untuk setia kepadamu... Kerana semuanya telah diaturkan oleh Allah dan telah tercatat di dalam "Loh Mahfuz" andai kau adalah jodoh ku, aku terima seadanya dan sekiranya kau bukan jodoh untuk ku aku redha atas segala ketentuannya... Dan aku tidak boleh menolak takdir dari Allah... Kerana aku insan biasa.. =)

Nota kaki : - Untuk Mohd Hafiz @ Apet.. Aku berusaha dan berdoa agar jodoh kita kekal sehingga hujung nyawa sampai ke syurga.... InsyaAllah dengan izin dariNya.... Kita hanya mampu merancang.... hanya DIA yang menentukan segalanya...... Amin......


Pssttsssss :- Kepada yang sedang mencari cinta.... Carilah insan yang boleh membahagiakan anda dunia dan akhirat... Jangan terlalu mengejar cinta kerana cinta itu akan hadir tanpa kita sedari... Dan jangan memaksa cinta kerana itu tidak akan mendatangkan kebahagiaan.... Peace yalllllll !!!!!!!!! Salam semuanya..... (^________^)
 
 
it's me
mass-naim  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)