Memaparkan catatan dengan label Rapuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rapuh. Papar semua catatan

Isnin, 24 November 2014

zuriat

semua orang soal aku n suami tentang zuriat
dah mengandung?
bini kau dah ada isi belum?
berapa lama korang kawin?
kenapa tak mengandung lagi?
korang merancang ke?
tak cuba ea?

satu tahap aku fedup
apa harus aku jawab?

*stress*

jangan disoal tentang sensitif seorang manusia
senyum diluar dihati siapa peduli?

zuriat dan rezeki itu kerja Tuhan
Dia yang catat perjalanan hidup aku dari aku masih merah lagi --
siapa yang menidakkan kuasa Tuhan?
fikir-fikirkan lah bawakkan mengucap banyak-banyak kali
apa yang Dia nak bagi pada setiap umat Nya cuma dengan petik jari

kun faya kun -- jadi maka jadilah

aku mungkin diberikan nikmat untuk rasai naluri seorang ibu cuma seketika
Allah tarik balik nikmat tu bersebab bukan kosong
bukan masanya lagi Allah nak bagi aku nikmat tu semula

tapi....
mungkin esok mungkin lusa atau mungkin tulat siapa sangka?
kuasa Allah kita tak jangka

tersiat hati aku bila ramai manusia sibuk bertanyakan itu dan ini
bukan tak boleh langsung bertanya
cuma bait soalan perlu ada lapik

tengok insan lain gembira dengan khabar kedatangan orang baru
aku cuma senyum dan berdoa syukur mereka diberi peluang rasai nikmat itu
sedangkan aku masih lagi berusaha sebaik mungkin

soal rezeki manusia berbeza
ada dikurniakan zuriat tapi kurang dari segi kebahagiaan
ada dikurniakan kehidupan mewah tapi kosong didalamnya
ada dikurniakan kesusahan tapi mewah dengan zuriat dan kebahagiaan
ada dikurniakan zuriat sihat walafiat
ada dikurniakan zuriat tapi diduga dengan kedatangan penyakit

ada yang kawin bertahun masih tidak berzuriat
adakah mereka tidak berusaha berdoa?
sampai satu tahap mereka redha dan tawakal
insyaAllah masanya akan tiba
tapi bila itu belum pasti

jangan dipersoalkan urusan Allah
itu semua kerja Allah

bila disoal aku lagi tentang zuriat
diam.
bangun.
pusing.
senyum.
jalan.

tak banyak cakap jangan cakap aku biadap.

its me
mass-naim

Ahad, 24 Ogos 2014

Sakit Itu Penghapus Dosa


Setiap segala sakit yang datang adalah ujian dari Allah untuk setiap hambanya..... Harini aku diuji dengan demam batuk dan selsema tekak pun rasa perit badan pun rasa macam gelisah.... Tadi dah pergi klinik dengan 3 orang staff yang lain.... Semua demam batuk dan selsema.... Dah dapat ubat hope semua cepat sembuh..... Amin.... 

"Sesungguhnya sakit itu penghapus segala dosa"

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :-

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN / KETAMPANAN WAJAH (pucat)
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang Allah tetapkan untuk hambanNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut.

Subhanalla, betapa Mulia dan Baiknya Allah terhadap kita. Janganlah kita bersangka buruk terhadap Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

Rasulullah S.W.T bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

its me
mass-naim

Rabu, 12 Februari 2014

Rapuh Dalam Langkah


Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkan lah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
DiriMu yang bertakhta
Ya Allah adakala aku sebagai hambaMu lalai melunaskan tanggungjawab aku terhadapNya...... Alpa dengan duniawi..... Hati terkadang terumbang ambing tanpa arah tanpa tujuan....... Adakala tersasar dari jalanNya..... Setiap sujud aku sentiasa berdoa agar diri ini diberikan petunjuk dan hidayah dariNya agar hati aku kuat untuk sentiasa mengingatkanNya..... Agar aku dipandu ke arah jalan yang diredhai olehNya...... Setiap manusia ada kekhilafannya yang tersendiri..... Sama jugak dengan aku.....

Setiap manusia masih diberikan ruang dan waktu olehNya untuk berubah kepada yang lebih baik..... Sama jugak dengan aku...... Dalam usaha untuk berubah menjadi yang lebih baik..... Dalam usaha untuk lebih dekat denganNya Maha Pencipta...... Lupakan segala kisah kenakalan aku..... Itu semua masa lampau dan masa silam aku...... Sekarang aku cuba memulakan kehidupan baru setelah bergelar isteri kepada hubby..... Bina hidup baru bersamanya..... In sya Allah i will..... Aku nak jadi seorang isteri yang taat kepada hubby... Aku nak jadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak aku suatu hari nanti (andai kami dikurniakan zuriat) in sya Allah dengan izinNya.......

its me
mass-naim

Jumaat, 17 Jun 2011

harapan



Ya Allah tetapkan lah hati kami untuk saling m'cintai, biarkan kami saling sayang menyayangi di dunia dan di akhirat.. Ya Allah bawa lah kami ke Syurga mu agar kami dapat meneruskan cinta ini bersama selama2 nya...
AMIN......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)