Selasa, 17 Februari 2015

mood kelaut...woot woot

Ok fine!!! dekat-dekat nak CNY ni kat office semua mood kelaut... Termasuk aku sekali itu aku mengaku.... Maklum lah mood nak bercuti dah datang... Ihihi... Hikhik.... Buktinya cuba tengok gambar kat bawah ni....

V
V
V


Sempat melayan "The Lego" movie.... Yang lain-lain pun sama macam-macam cerita diorang layan.... Kecuali cerita censored memang tak dibenarkan.... Oppssss!!!! hihi.... Ada yang siap pakai headphone menyanyi macam dia sorang jerk yang ada dalam office ni.... Macam-macam ragam dah.... Yang mengantuk lain... Yang kacau orang lain.... Ahahaha.... Rupa dah macam orang merdeka lepas habis exam.... Teruk.... 

Hurmmmmm esok aku start balik kampung.... Khamis nak pergi jemput ibu dan adik-adik aku kat airport... Tak sabar rasanya.... So far diaorang whatsapp kat aku macam-macam gambar nak bagi aku jeles.... Shopping jangan kata lah... Ibu kaki shopping lagi lah layan kepala aku ni yang mintak macam-macam lagi lah menjadi... Aku order dari sini jerk... Search gambar apa yang aku nak aku send thru whatsapp kat ibu... Ibu balik shopping tunjuk gambar jerk menandakan barang-barang aku dia dah beli kan.... Hikhik happy nya.... Ok cuti kali ni aku tak sure nak kemana... Tak fikir kan pun sebab badan aku kurang stabil... Tak sure kenapa... Hihi.. Ok byeee....

Opssss terlupa..
Untuk yang sambut CNY aku ucapkan Selamat Tahun Baru untuk korang... Nak Ang Pao sekeping dua boleh??? Nak yang ada isi tau...Yang tak ada isi tak nak... Ahahaha... Peace =)

Ok jom balik....

its me
mass-naim

Ahad, 15 Februari 2015

Kota Bandung Mereka Datang

Empat hari lepas sebelum masuk waktu maghrib ibu whatsapp aku bagi tau yang dia dan yang lain-lain nak ke Bandung Ahad ni seminggu kat sana makan angin,,, Aku dengar sungguh happy sebab ada chance lah aku nak ikut hikhik... Tapi ibu cakap tiket flight adik ipar aku dah beli... Kalau aku nak ikot ibu suruh adik ipar tengok kan tiket... Dia check tiket dah naik harga sorang RM600 pergi balik.... Wahhhh kecewa.... bukan tak boleh kalau setakat tiket harga gitu untuk aku dan hubby gedebak gedebuk RM1500 dalam tangan ok lah tu..... Tapi bila aku fikir-fikir kan balik kalau harga tiket mcm tu xpe lah mahal.... Sedangkan diaorang dapat tiket murah.... Huhuhu..... Kecewa memang kecewa... Diorang pergi rupa nya tak plan apa-apa.... Kebetulan adik ipar aku ada kerja kat sana... So dia nak bawak adik aku dan anak-anak dia sekali... Dah alang-alang bawak lah ibu dan adik bujang aku tu sekali.... Huntung lahhhhhh..... Ayah aku tak pergi sebab katanya ada meeting kene attend kat JB dan lagi satu kalau nak keluar negara kene report dulu kat pihak atasan semua... Maklum lah kerja gomen memang macam tu prosedur nya kalau siapa-siapa nak keluar negara... Huhu... Ibu pujuk aku then cakap next time memang ibu dan ayah ada plan nak ke Bandung lagi dengan seluruh family lengkap tak ada seorang pun yang terkecuali kata ibu.... Aku dengar yess ada chance.... Ahahahaha... Ok stop..

Masa ibu whatsapp tu aku tengah tunggu hubby kat bengkel tempat dia buat kerja kat JB ni.... Hubby masuk kereta tanya aku kenapa mulut muncung sedepa nih??? Aku jawab merajuk dengan ibu sebab frust sangat-sangat pasal ibu nak ke Bandung tak bawak B... Huhuhu... Hubby ketawa katanya macam budak kecik tak dapat gula-gula dia punya merajuk tu... Huh.... Ada ke dia cakap macam tu.... Aishhhhh....

So hari ni hari yang dinanti kan oleh mereka semua... Ibu, adik dan adik ipar aku satu family dah pun berangkat ke Kota Bandung petang tadi.... Yang aku tau flight diaorang pukul 3.20 something..... Seronok kemain diaorang semua...... Aku merajuk.... Huh (-_-") Tapi sempat kirim macam-macam barang.... Hikhik..... Diorang sempat lah selfie-selfie kat KLIA2 tu.... Dan whatsapp gambar-gambar diaorang... Saje lah tu nak bagi aku jeles terlampau.... Huhuhu.....



Abang Ikhwan eksen sungguh nak jugak tarik
trolley beg angry bird dia yang aku belikan tu... kemain lagi




Dalam tengah hari tadi aku call ibu tanya dah sampai mana semua.... Ibu cakap baru sampai Cheras katanya... So dengar suara Ikhwan.... Tetiba nak bercakap dengan dia.... So dapat lah berbual kejap.... Lepas tu dia cakap Ikhwan kat dalam kereta,,, Ikhwan nak naik kapal terbang,,, Aunty Oya nak ikot?? Adussss.... Dah lah aku tengah kecewa tak dapat follow, anak buah aku boleh pulak cakap aunty Oya nak ikot??? Erkkkkkk nasib lah dia kecik lagi.... Ahahahaha....

Hurmmmm pape pun walau dimana diaorang berada sekarang.... Aku, hubby dan ayah tunggu diorang kat sini dan doakan semua selamat pergi dan selamat balik.... InsyaAllah.... Diorang balik sini 1st Raya Cina aku hubby dan ayah pergi jemput... Weeee.....

So Bandung please be nice with my family sepanjang diaorang berada kat sana hokayyy.... Huhuhu Daaaa....

its me
mass-naim 

Khamis, 12 Februari 2015

ALERT !! : Hadiah Pemenang 1st Giveaway by mass-naim dah di POS kan


Ok..... Pada empunya nama yang dia rasa barang-barang dalam gambar atas tu dia yang punya..... Haaaaaa.... Alert ok... Barang dah siap packing dan aku dah start pos kan juga pagi tadi after breakfast sebab hari ni aku breakfast kat luar hihi.... So amik kesempatan lah ye atas masa yang ada... Hihi.. So korang-korang semua start esok or lusa boleh lah get ready depan pintu rumah tunggu abang posmen datang hantar barang-barang korang ye..... =)

Pada siapa yang empunya diri yang dia rasa dia menang top up tu sila sudi-sudikan diri korang cek email korang tau... Aku dah email kan pada korang nombor top up tu semalam ( Rabu 11 Feb 2015)... So korang boleh lah tambah data internet korang guna top up yang aku bagi tu k.... Weeeee.... Seronok =)


Tracking Number untuk korang... Sila tolong cek kat sini....

Top Referral

No Penyertaan : 3
Tracking Number : EP 042502269 MY

3 x Pemenang Shawl

1. Pemenang yang Pertama
Nombor Penyertaan : 20
Tracking Number : EP 042502272 MY

2. Pemenang yang Kedua
Nombor Penyertaan : 45
Tracking Number : EP 042502286 MY

3. Pemenang yang Ketiga
Nombor Penyertaan : 22
Tracking Number : EP 042502290 MY

Ok cun.... Korang jangan lupa cek tau tracking number korang.... =) Hurmmmm next time insyaAllah kalau ada masa lapang dan rezeki lebih insyaAllah aku nak buat lagi simple giveaway... Hope korang dapat join dan support aku lagi.... =) Hikhik... Ok daaaaa

its me
mass-naim

Khamis, 5 Februari 2015

Details Pemenang : 1st Giveaway by Mass-Naim



Alhamdulillah details para pemenang dah pun diterima sepenuhnya oleh aku melalui email..... Dan email korang aku dah balas hokay..... Korang memang mengikut perintah.... Hikhik

Terima kasih atas kesudian korang bagi kerjasama kat aku sebelum tarikh yang aku bagi.... Hikhik... Korang memang best.... Seriously korang memang best sangat-sangat sebab korang dah senangkan kerja aku.... So malam ni aku dah boleh packing-packing barang korang... Stanby awal-awal so nanti tak ada lah kelam kabut kan..... Hikhik.... 

Ok hadiah korang semua akan aku pos kan by next week... Hari dan waktu tak tau bila.... If aku dah pos aku akan update lagi untuk korang alert yang aku dah pos barang korang.... So korang boley lah tunggu pak posmen depan pintu.... hikhik.... =) Aishhhh ayat aku ni pun dah terbalik-terbalik.... Hurmmmmm.... Ok lah..... Sila alert tau.... Kbai....

its me
mass-naim

sundate story - Outing

Hai,,, baru laa ni sempat aku nak update story ahad lepas punya cerita...

Sabtu lepas adik aku datang JB bawak anak-anak dia jalan-jalan sementara suami dia ada kerja kat JB ni... So nak jadikan cerita mula2 diaorang nak tido satu malam kat rumah aku tapi sabtu malam tu aku balik JB dari KL hubby aku ikot.. So diaorang tak jadi nak stay... Pas tu hubby call adik ipar aku bagi tau tak payah balik... Hubby susun plan untuk diaorang mana diaorang nak tido malam tu... So hubby ckp adik aku n anak2 tido rumah aku,, hubby pulak ikot adik ipar aku balik rumah sewa dia... haaaa settle satu masalah...

Ahad tu aku g keje mcm biasa.. Pagi2 dah kene kacau dengan cenonet sorang tu... Comel je dia kejut aku dengan suara dia yang sengaja perlahan ikot rentak suara ibu dia " aunty oya bangun " hikhik... Ermmmm ahad kalau kerja mcm xde apa2 jerk nak buat... semua kerja main2... So aku amik 1/2 day nak pergi bawak diaorang jalan2... Mesti seronok... So jom usha gambar... biar gambar berbicara...




Lepas luncah sama-sama kiteorang pergi jalan kat JBCC... Memang plan nak bawak abang Ikhwan pergi Angry Bird Activity Park yang ada kat JBCC.... Seronok kemain.... Nampak gambar Angry Bird sebesar-besarnya kat dinding, dia punya tak keruan mcm nampak apa jerk.... Excited.... Jumpa Angry Bird siap pelok2.... Suka tengok gelagat anak buah aku yang sorang tu.... Hikkhik.... Last belikan dia souvenir satu beg troly angry bird set dengan color..... Kemain lagi dah dapat barang terus nak ajak balik dengan tarik paper beg berisi souvenir tu.... Comel jerk... Ada sekali tu kiteorang semua usik dia cakap kat dia beg angry bird dia hilang kat mana dia letak.... Dia punya cuak masa tu.... Gelak besar kiteorang... Sebab siap berlari tarik ibu ayah dia lagi pergi cari beg angry bird dia tu.... Ahahahaha.... Padahal benda tu ada pada aku... Hihi... Semua ketawakan dia... Bila aku tunjuk beg angry bird tu kat dia terus kejar aku peluk beg tu kuat-kuat.... Tak bagi orang pegang.... Aahahaha Ikhwan Ikhwan.... =) 




Budak dah penat berjalan mintak dokong..... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) Sahabat (11) kesihatan (9) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) HangOut (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)