Khamis, 24 Julai 2014

Selamat Hari Raya - Kosong-Kosong Ye !!!!!

Salam,,,,

Dikesempatan ini dan di last day hari bekerja ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua followers yang sudi follow blog aku yang tak seberapa ni..... Mohon maaf andai ada yang terkurang dan mohon maaf andai ada yang aku terkasar bahasa bila aku komen entry korang... Maaf sangat-sangat ye kawan-kawan.... Hihi =) 

Hurmmmmmm korang semua dah balik kampung ke??? Aku balik kampung maybe Jumaat or Sabtu bergantung pada hubby bila dia boleh sampai JB ni jemput aku.... Hiihihi.... Mood raya dah memuncak dah ni..... So pada siapa-siapa yang nak balik kampung tu,,, Berhati-hati ye di jalan raya.... Ingat lah pada yang tersayang..... Pandu cermat biar selamat ye kawan-kawan.... Ingat tu...... =) Ok Byeeeeee semua....



SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

kosong-kosong ye !!!!!!  


its me
mass-naim

Isnin, 21 Julai 2014

Excited Raya

Salam.....

Sejak-sejak tinggal lagi seminggu nak raya ni.... Kemain lagi masing-masing kat opis nih..... Excited kemain siap anyam ketupat lagi untuk hias kat opis nih.... Gigih semalam masing-masing mencari reben..... Buat ketupan siap pasang lagu raya lagi...... Baru lah ada show nak buat.... Laju tangan memasing menganyam.... Huhu..... Jom view gambar yang ado nih...... =)

Projek Bubur Lambuk & Iftar

Haiii kali ni nak story tentang Projek Bubur Lambuk pada hari Khamis lepas 17/7/2014......

Projek Bubur Lambuk nih hasil usaha sama 4 Konsesi Lebuhraya Wilayah Selatan..... Antara konsesi yang terlibat ialah semestinya daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Selatan, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Senai-Desaru Expressway (SDE), dan jugak Eastern Dispersal Link (EDL) Expressway.... Program ni dibuat di LLM Senai....

Program dimulakan pada awal pagi Khamis tu.... Aku antara wakil dari admin office yang hadir untuk program tersebut selain daripada kawan-kawan aku yang lain wakil daripada BSI jugak dari EDL Expressway... =) Jom layan gambar.... Biar gambar menceritakan segalanya ye... Hihi !!!

Giveaway Souvenir from Holland by Cherish Every Cherry

klik banner untuk join
tarikh tamat GA : 07/08/2014

GOOD LUCK !!!!

its me
mass-naim

GiveAway Ramadhan Syawal by Jaja Sutera

klik banner untuk join
tamat pada 7/8/2014
Hadiah 5 botol perfume bakal anda menangi untuk join GA ni... Good Luck !!!!

its me
mass-naim

Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk


Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

HADIAH-HADIAH AWESOME :-
TOPUP RM 5 - 6 PEMENANG
TOPUP RM 10 - 2 PEMENANG
PASHMINA - 3 PEMENANG
**Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta**

Tarikh Tamat :- 01.08.2014

its me
mass-naim

Ahad, 20 Julai 2014

Cuti Raya

Hoyehhhh hoyehhhh excited nak raya nih... Cuti pun dah apply..... This year cuti agak panjang kot.... Aku apply untuk 3 hari... Yang jadi panjang cuti sebabnya campur sekali dengan hari Jummat-Sabtu (Public Holiday for Johorean)... Last kerja Khamis nih.... Yeeehaaaaa


Tak sabar nak tunggu hubby datang amik aku kat JB ni seperti tahun-tahun lepas... Memang rutin hubby akan turun JB pickup aku dan after that shopping-shopping jap cari keperluan lain yang belum lengkap kat sini... Lepas 2 tengah malam baru gerak balik kampung sama-sama... Sampai kampung time-time orang baru tengah nak bersahur... Macam last year... Sampai rumah hubby pukol 5.00 pagi dan sampai rumah aku pulak pukul 5.45 pagi.... Walaupun setakat JB-Tangkak-Muar jerk dengan perjalanan dalam 2 jam,,tapi kami gerak agak slow dan berhati-hati.... Orang cakap biar lambat asal selamat... Lagi pun waktu tu kami stop jap kat RnR Pagoh.... Time tu hubby mengantuk sangat katanya.... Tu yang sampai rumah subuh2 tuh... Hihi... Best tau kalau orang masih ada kampung lagi.... Bila balik raya tu balik sama-sama dengan umat islam yang lain-lain.... Kat highway pun penuh dengan kereta.... Bila singgah RnR pun ramai yang amat yang berenti untuk hilangkan rasa penat memandu sebelum meneruskan pemanduan ke destinasi masing-masing.... Hihihihi.....

Selasa, 15 Julai 2014

Salam Nuzul Quran

Assalamualaikum,,,

Pertama sekali aku nak ucapkan salam Nuzul Quran kepada semua umat Islam di bumi Allah ni...... Hari baik bulan baik ni aku nak kongsikan sedikit info tentang Nuzul Al-Quran.... Info ni aku dapat dari hasil carian Google.... Aku tau tentang Nuzul Quran ni tapi tak reti nak ulaskan.... Biarlah apa yang aku tau aku faham sendiri untuk diri aku..... Tapi yang hasil carian Google ni aku kongsikan kat sini untuk tatapan semua.....

APA ITU NUZUL AL-QURAN ??
Peristiwa Nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kita Al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.
"Al-Quran" bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata "Al-Quran mukjizat akhir zaman" atau "Al-Quran yang mempunyai mukjizat". Malah ini sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran. Firman Allah :
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semua akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An'am : 38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan Al-Zikir pula bermaksud yang memberi peringatan.

Selasa, 8 Julai 2014

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ha,,,,, Nak cerita nih.... Petang-petang macam ni time-time nak balik keje harus lah fikir apa nak masak for berbuka puasa petang nih kan.... Hokayy,,,, Ari ni aku nak kongsikan lah satu resepi air tangan aku sendiri Ayam Masak Lemak Cili Padi..... Semalam aku rajin plak nak masak lauk lemak tuh.... Lincah tengah hari keluar office jap g jusco beli barang... Wakakakaka.... Ok jom usha resepi yang aku nak kongsikan nih.... =)

hasil nya

Ayam - Ikot suka korang nak masak berapa ketol
Kentang - 2 biji di potong 4
Bawang merah - 3 biji
Bawang putih - 3 biji
Cili padi - Ikot korang nak pedas tahap mana... (Aku semalam guna 20 batang cili padi)
Kunyit hidup 
Daun kunyit - 1 helai di potong urat tengah nya 
Belacan - sedikit sahaja
Serai - 2 batang di titik
Santan - 1 kotak kecik
Garam
Air - 1 1/2 cawan
Asam jawa - sedikit

Cara menyediakan bahan :-

1. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili padi dan belacan dengan sedikit air.

Cara memasak :-

1. Panas kan minyak.
2. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi dan kacaukan nya sehingga naik bau.
3. Masukkan serai yang telah dititikkan kemudian kacau dan biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan pula kentang, kacau dan biar kan seketika dengan api yang sederhana.
5. Masukkan daun kunyit beserta sedikit air supaya bahan yang ditumis tidak kering.
6. Setelah itu masukkan pula ayam, kacau sebati beserta 1 1/2 cawan air.
7. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan garam untuk sedapkan rasa dan biarkan seketika sehingga ayam betul-betul masak dan kentang menjadi empuk dan lembut.
8. Akhir sekali masuk kan santan 1 kotak kecil kemudian kacaukan nya dengan api sederhana besar... (ingat ye jangan sampai santan pecah dan naik minyak ye kawan-kawan).
9. Setelah kesemua bahan dah dimasak boleh lah dihidangkan untuk dijamu.

p/s :- Ayam masak lemak cili padi ni aku buat memang pekat.. Baru sedap nak makan siap hirup lagi tau.... Member aku siap tambah nasi 3 kali katanya sedap... Wallahualam lah dia yang cakap macam tu... Tapi tekak aku pun cakap sedap... Wakakakaka.... =)

Ok kawan-kawan selamat mencuba resepi dari saya ni ye... =) Bye...

its me
mass-naim

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html
klik banner untuk join

Hadiah menarik mungkin menanti anda... Mai pakat ramai-ramai join G.A ni... =)
1) Duit Raya Bernilai : RM50
2) Duit Raya Bernilai : RM30
3) Duit Raya Bernilai : RM20 

Tarikh penyertaan G.A ni bermula pada 4 Julai 2014 Hingga 21 Julai 2014
Tarikh Keputusan : 25 Julai 2014

Good Luck semua....

its me
mass-naim

Kerana Terpaksa Aku Relakan


" Orang kata cintaku ini hanyalah kisah dongeng..... 
Tapi aku tetap tega mengharap selagi kau masih ada disisi.... "

Bagi pencinta novel atau kaki novel mesti ramai yang dah tau tentang tajuk drama yang ditayangkan sekarang ini di TV3 setiap hari Isnin - Khamis pukul 7.00 malam kan..... Drama ni telah mendapat banyak sambutan dan disebut-sebut disana-sini oleh para peminat drama bersiri ini.... Aku jugak tak ketinggalan untuk bersedia depan tv pada setiap masa yang ditayangkan sejak dari episod 1 lagi..... Novelnya pulak??? Dah nak masuk 4 kali aku ulang baca..... Tak jemu.... Hihihi.... Selagi cerita nya masih ditayangkan selagi itulah aku ulang baca novelnya.... 

1st time baca novelnya aku dah jatuh cinta..... Jalan cerita yang cantik tu buat aku jatuh cinta pada novel tu dan harus tengok pula pada lakonan dalam drama.... Siyes bila tengok pada drama,, apa yang aku bayangkan bila baca novelnya sambil follow jalan ceritanya dalam drama memang sangat best..... Sebab dapat menghayati kedua-duanya sekali...... Dapat rasakan kesedihan yang Indah Halina terpaksa hadapi  seorang diri bila dibuang keluarga,,, Dapat rasakan betapa gila bayangnya Indah Halina pada Tajul Razin si "Merak Kayangan" dan sebaliknya,,, Dapat rasakan kekejaman ibu tiri dan kakak tiri Indah si Zawati dan Yazid orang suruhan Zawati serta Abang Saiful tunang tak jadinya buat pada Indah Halina,,, Dapat merasakan betapa Indah dihargai dan disayangi oleh Dato Sofiya dan tiga orang Tajul nya,, Iaitu Tajul Razin, Tajul Fahin dan Tajul Zahin.... Perebutan cinta antara Tajul Razin dan Tajul Fahin untuk mendapatkan Indah..... Dan macam-macam plot yang terpaksa Indah lalui..... Semua tu buat Indah jadi seorang perempuan yang kuat semangat......

Cerita yang diadaptasikan dari novel ke drama ni dilakonkan oleh Irzeen Azminda (Indah Halina), Amar Baharin (Tajul Razin a.k.a Abg Zin), Syafiq Kyle (Tajul Fahin), Ika Nabella (Hasma), Nadia Aqilah Bajuri (Zawati) dan ramai lagi.....

Now drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dah nak habis minggu depan..... Tinggal lagi beberapa episod jerk..... Rasa macam sedih pulak..... Huarghhhhhhh...... (T_T)" Rindu lah nanti dengan Tajul Razin dan Indah Halina..... Huhu.....
Ok lah,,,, Nak tacing-tacing plak.... Ngengada jerk kan... Ahahahaha..... Neway two thumbs up untuk novel dan drama nih.... =)

its me
mass-naim

Tips : Percintaan @ Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Tips seperti dalam tajuk yang tersebut diatas.... (cehhh macam nak karang surat formal jerk kan..hikhik)

Sini aku nak sharekan serba sedikit tips Percintaan @ Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).... Aku pasti tak ada orang yang hendakkan situasi yang macam tu kan.... Sentiasa berjauhan dengan insan yang tercinta...?? Betul tak?? Contohnya macam diri aku sendiri.... Dari awal kenal hubby dulu sampai lah dah kahwin kami melalui percintaan jarak jauh dan perkahwinan jarak jauh.... Dulu kenal hubby dia kerja kat KL aku study kat Muar (masa tu aku F6 upper),,, Aku abis study dia still kat KL,, Aku kerja dai mula balik kampung kerja kat Tangkak,,, Muar-Tangkak bagi aku masih jauh lah juga... Makan masa 30minit kalau nak ke Tangkak tu... Akhir tahun 2011 aku pindah JB sebab dapat better offer kat JB hubby plak masa tu kat Tangkak,,, Sampai lah aku dah nak masuk 7 bulan kahwin still lagi jauh... Aku kat JB dan hubby kat Tangkak.... Macam-macam dugaan dah kami tempoh dari awal kami kenal sampailah bertunang dan sampai lah sekarang ni..... Alhamdulillah segala dugaan kami dapat atasi dengan akal dan fikiran yang waras...... Pokok pangkal hati..... Kalau hati kuat dan sentiasa berdoa insyaAllah Allah akan pelihara hubungan yang terjalin dengan mudah....

Ok panjang dah aku melalut.... Sekarang nak sharekan apa yang patut tentang PJJ ni ye.... =)

#1 SALING MEMPERCAYAI CINTA MASING-MASING

 Dalam setiap percintaan, kepercayaan antara anda dengan si dia amatlah penting. Tambah-tambah lagi sekiranya anda berdua terpaksa berjauhan. Akan ada ketika dan waktu anda dan si dia diuji bila berjauhan dan kekuatan cinta serta kepercayaanlah yang memainkan peranan yang besar pada waktu ini. Andainya sudah tiada kepercayaan dalam cinta, maka musnahlah sebuah perhubungan yang terbina.

p/s :- Ingat ye, jangan pernah ada wujud perasaan ragu akan cinta si dia.

Aku :- Ada kala hati tak sedap maybe sebab terlampau ikot kan perasaan ada jugak terasa ragu dengan hubby.. Tapi aku cepat-cepat buang perasaan ragu tu... Takut nanti perasaan ragu tersebut buat kan aku dan hubby bergaduh... Tak nak lah sampai macam tu kan... Ini semua demi keharmonian rumah tangga aku.... So far jarang nak ada perasaan ragu kat hubby sebab aku percaya akan keikhlasan hati dia terima aku seadanya... =)

Ahad, 6 Julai 2014

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 BY AINAA ROSBERRY



Click Banner Untuk Join!

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 | AINAA ROSEBERRY | Giveaway ini dianjurkan oleh Ainaa Roseberry dengan kerjasama Mawar Khayalan dan  Fero Music. Malah juga di sponsor oleh beberapa blogger yang terkemuka seperti:














Giveaway ini akan berlangsung dari 2 Julai 2014(Rabu) hingga 20 Julai 2014(Ahad). Pemenang akan diumumkan 3 hari selepas GA ini tamat iaitu pada 23 Julai 2014.

King's Char Kuew Teow

Salam dan salam ramadhan ye kawan-kawan semua....

Hurmmmmmm tengah-tengah puasa nih.... Cuaca kat luar pulak hujan tengah lebat... Perut krak kruk krak kruk macam-macam bunyi..... Dugaan bulan puasa kan orang cakap..... Hihi... Sabar jerk lah.....

Tadi aku tengah fikir-fikir petang nanti nak masak apa for berbuka.... Tetiba tekak terasa plak char kuew teow... Automatik kepala teringat kat char kuew teow yang aku penah makan dengan hubby dan anak jiran aku yang kat Port Dickson tuh.... Nama kedai tu King's Char Kuew Teow..... Aduiiiihhh meleleh lah kalau ingat kan rasa char kuew teow nya.... Super dupper sedap..... Astaghfirullahaladzim (boleh terbatal puasa aku macam nih tau....sabar mass) dan yang paling penting harganya untuk satu pinggan pun tidak lah mahal sangat.......

gambar hasil belas ihsan dari en.google
sebab masa aku makan kat situ... terlupa nak snap gambar...pasal dah lapar sangat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (66) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (38) Kesayangan (35) Soulmate (35) Miscellaneous (28) family (28) Jerit (24) Kelahiran (21) anugerah terindah (21) Diari Mengandung (20) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) Sahabat (11) kesihatan (9) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) HangOut (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) redha (1)