Memaparkan catatan dengan label Jerit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jerit. Papar semua catatan

Rabu, 16 November 2016

keep calm & counting days


wahhhhh tak sabar nya rasa... sekarang ni tengah counting days... kurang dari 5 hari je lagi tolak jumaat & sabtu (hari minggu untuk JB), ahad & isnin (amik cuti untuk checkup malaika 5 bulan) dan naik keje kejap 2,3 hari dan selebihnya habis kan terus cuti sampai hujung bulan aku akan meninggalkan office ni... meninggalkan kawan-kawan yang baik-baik kat office ni... terasa sedih pun ada ni...

tapi bila dah tau nak resign, masa-masa sekarang ni nak pergi kerja pun terasa malas... bagun pagi tengok malaika tidur terasa macam nak sambung tidur semula... hihihi... ni lah masa yang aku tunggu-tunggu sekain lama... cepat lah 5 hari tu berlalu... hurmmm...

its me
mass-naim

Jumaat, 25 Disember 2015

Tahun Dua

Tahun pertama dah berlalu
Kini masuk pula tahun dua
25 Disember 15 genap usia 2 tahun perkahwinan kami
Macam-macam dah kami tempuhi bersama
Macam-macam dugaan dah datang pada kami
Itu tandanya Allah nak menguji kami
Itu tandanya Allah sayang pada kami

Alhamdulillah kasih sayang kami berdua masih utuh berdiri
Walau terpisah jauh setiap hari
Rasa rindu saban hari tak terhitung oleh jari
Hanya gambar, pesanan ringkas dan panggilan menjadi pengubat rindu kami
Hanya minggu atau bulan menjadi pertemuan kami
Aku bersyukur kerana kami bersama berusaha bersabar menempuh setiap hari-hari kami

Tahun pertama bulan Mac berita gembira dari kami
Tahun pertama bulan Mac juga menjadi berita sedih buat kami
Hanya dua minggu dapat bersama kami
Akhirnya "anak syurga" pergi meninggalkan kami
Kami redha kerana dah tertulis itu ujian untuk kami
Itu lah berita gembira dan sedih yang pertama buat kami

Kini bulan September 2015 ada berita gembira lagi buat kami
Alhamdulillah syukur kepada ilahi
Akhirnya Allah tunaikan permintaan kami lagi
Allah dengar doa dan rintihan kami
Aku disahkan hamil lagi buat yang kedua kali
Hubby gembira dengan kehadiran "anak syurga" ini
Akan kami jaga dan tatang sepenuh hati kami

5 bulan sudah usia kandungan ku ini
Kami berdoa semoga sihat sejahtera lah "anak syurga" kami sehingga dia dapat dilahirkan nanti
Semoga dengan kehadiran "anak syurga" ini akan utuhkan lagi ikatan kami suami isteri
Semoga "anak syurga" ini menjadi penyeri hidup kami
Bahagia hingga ke hujung nafas kami

Semoga kami dapat menjadi ibu dan ayah yang penyayang serta prihatin buat "anak syurga" kami
Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kami
Semoga kami sentiasa dalam keredhaan serta rahmat ilahi
Semoga kami dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi
Semoga tahun-tahun akan datang ada keberkatan buat kami

Terima kasih kerana jadi suami penyayang buat saya
Terima kasih kerana tahan dengan kebiolan saya
Terima kasih kerana memahami saya
Terima kasih kerana sabar dengan saya
Terima kasih kerana sabar dengan hubungan jarak jauh yang kita cipta
Terima kasih kerana sudi terima baik, buruk, busuk serta comotnya diri saya

Cinta, kasih dan sayang saya untuk awak seorang Mr. Suami

Semoga hubungan kita akan terus kekal bahagia hingga ke jannah
Moga saya dapat lagi untuk :-
- bergurau
- menjerit
- menangis
- ketawa
- bergaduh
- bertengkar lagi dengan awak macam selalu -- itu cara kita **bahagia dengan cara kita

Jangan pernah tinggalkan saya kerana saya masih lagi belum puas hidup dengan awak Mr. Suami

Terima kasih atas curahan kasih sayang dan perhatian yang awak diberikan pada saya
Akan saya ingat sehingga nafas terakhir saya setiap detik memori yang kita ada bersama

Selamat Tahun Dua Jodoh ku, Imam ku, Suami ku

its me
mass-naim

Ahad, 19 April 2015

Luahan Hati (Aku Sedih)

Aku tak tau nak mula kan dari mana dulu cerita ni... Hurmmm macam ni lah,,,, Aku ada suggest kat budak-budak rumah pasal nak kemas rumah yang kiteorang duduk paling penting ruang dapur dan ruang luar dapur... Nak clearkan apa yang patut... Kalau nak kemas sama-sama macam tak dapat lah sebab waktu kerja masing-masing yang halang untuk kiteorang kemas sama-sama... So aku bagi cadangan aku panggil orang datang kemas... Then kita bagi upah... Kebetulan aku ada tanya cleaner kat tempat aku,,, So semua setuju dengan cadangan aku....


So semalam harinya,,, Aku pergi sendiri amik budak-budak cleaner opis bawak balik rumah aku,,, Sampai-sampai dorang terus jer buat kerja tanpa disuruh... Aku pun tolong-tolong lah apa yang patut... Cara diorang buat kerja sangat pantas.... diaorang tak bagi aku buat kerja,,, Its ok aku tak buat,, Aku cuma memantau cara kerja diaorang... aku tengok dorang siap basuh semula semua pinggan, mangkuk, periuk, kuali yang belum digunakan... Aku cakap tak payah basuh... Dia jawab tak apa kak saya basuh aja,,, Ok lah aku biarkan... Then aku tengok  diorang berus dapur aku sental pintu kat dapur basuh beranda luar sental cermin tingkap dan dinding dapur... Dan buang sampah sekali...


Lepas settle bahagian dapur diorang ke ruang tengah rumah... Sapu dan mengemop lantai dan bersihkan beranda luar tempat sidai baju sekali..... Tak lupa jugak siap basoh sliding door kat depan tu.... Kalau orang tengok pun memang rasa tak sia-sia amik dan upah diorang.... Lagi sorang pulak basoh toilet pertama rumah tu.... Berus bagai sental apa yang patut... Bila dah siap semuanya hasilnya sangat tip-top... Lepas ni boleh panggil diaorang lagi if rumah bersepah maybe sebulan sekali... =)


Lepas settle semua aku hantar diorang balik... Apa yang aku nak luahkan ni sebenarnya aku sedih sangat bila usaha aku panggil orang untuk bersihkan rumah untuk kesenangan bersama tetiba dapat marah dari sorang housemate ni... Malam-malam buta dalam 1.30 pagi wasap aku marah-marah tanya siapa basuh toilet dia lah apa lah... Tak perlu lah aku mention siapa sedangkan dah tau siapa yang aku panggil untuk mengemas kan.. Ye tak?? Hurmmmm dia tak puas hati sebab baju dia cleaner tu hempap kan dengan baldi... Actually benda tu bukan disengajakan pun... Adat lah bagi aku benda ni boleh lebih kurang tak payah lah nak melalak malam-malam buta tanda protes sebab baju kotor dia yang ada dalam toilet makin kotor... Aku balas simple je kalau dah tau baju tu kotor nak basuh baru bawak masuk toilet basuh... Belum nak basuh letak longgokkan dulu dalam bilik sendiri.. So senang orang tak fikir baju tu kain buruk ke atau baju memang ko nak pakai lagi... Dan puas aku slow talk cakap apa susah kalau dah kotor basuh jerk bagi bersih... Pas tu bagi aku alasan dia basuh baju pakai tangan... Aku dah mula fedup dengan manusia macam ni... So nak stopkan dia bercakap melalak malam buta... Aku tanya dia berapa harga baju dia biar aku bayar biar aku ganti... Bila aku cakap macam tu dia cakap tak mintak aku ganti... Bukan pasal duit... So apa sebenarnya yang ko nak?? Aku nak gantikan dengan rela hati tak nak terima tapi tak habis-hais nak melalak... Tak reti ke aku nak tidur esok pagi nak bangun pergi kerja... Huh!!!! Bila aku tak layan nak mintak no fon cleaner tu pulak... Memang aku tak akan bagi lah.... Kalau aku bagi bodoh lah aku... Bagi kau semata-mata untuk ko marah cleaner tu... Abis air muka aku nak letak mana pulak..??  Aku betul tak faham dengan manusia jenis macam ni... Kalau aku lebih kurang jerk dah lah tak payah panjang lebar cerita.... Baju kotor amik basoh kasi bersih... Senang je prinsip aku,,,, Hati memang geram tengok baju kita orang buat macam tu.. Tapi kalau ada otak fikir logik fikir positif maybe orang tu tak sengaja benda boleh settle tepi... Ini tak... Nak melalak jugak malam-malam buta ganggu orang tidur... Sedih sangat aku orang marah-marah aku malam-malam... Dan tak hargai usaha aku untuk buat rumah tu bersih.... Adat orang bekerja lah mesti ada cuai bukan semua nya nak perfect.... Diri kau pun tak perfect... Ko buat kerja pun belum tentu ada yang perfect... Ada otak tu fikir lah... Jangan ada otak simpan kat lutut... Nasib baik lah malam tadi jugak hubby sampai dari BP... Dia lah yang tenangkan perasaan bengang aku yang kene hentam malam-malam buta oleh manusia yang tak da otak... Dia jugak lah yang lembutkan hati aku yang tetiba panas.... Thanks sayang sebab ada disisi untuk buat hati ni sejuk... =)


Aku tak tau kenapa aku boleh jumpa orang jenis macam tu.... Tu satu hal lah pasal tak puas hati... Satu lagi hal selama ni aku tengok dan perhatikan perangai dia n akak dia.... Masing-masing besar kepala..... Memang buat hal sendiri-sendiri... Aku pun buat hal aku sendiri... Tapi kalau rasa tak friendly tak payah duduk rumah tu pun tak pe... Pergilah cari rumah sewa lain dan duduk lah korang adik beradik... Aku cakap macam ni sebab diorang memang sombong sangat.... Akak dia lagilah baru masuk rumah tu last year... Tegur kenalkan diri kat aku pun tak... Harap aku yang tegur dulu... Tapi bila tegur pun buat muka tak puas hati pandang aku atas bawah macam aku musuh..?? Masalahnya aku kenal kau ke sebelum ni yang ko nak pandang aku atas bawah macam tu?? Dah lah budak baru atleast hormatlah aku sikit sebagai orang paling lama yang menetap kat rumah tu tak boleh ke?? Atleast kalau terserempak pun tak nak tegur senyum pun dah cukup... Ni kalau keluar bilik lalu sebelah selisih bahu macam musuh... Lepas tu kalau bab bayar duit sewa rumah aku yang kumpumpul kan duit... Nak mintak duit rumah dari diorang ni macam mintak sedekah sangat... Ya Allah.... tak tau lah aku apa macam lah perangai manusia ni.... Sangat banyak bersabar.... Tak faham kenapa diorang perangai macam tu.... Satu lagi kalau masak dah lah boleh dikatakan hari-hari memasak... Tupun tak reti nak mengemas bersihkan dapur lap minyak yang percik lepas masak... Biarkan tonggang langgang dapur tu... Aku yang jarang masak sesekali nak masak bila hubby ada nak masuk dapur pun kekadang geli... Hubby sampai kadang marah cakap aku tak reti nak kemas dapur.... Orang lain kotorkan aku jugak yang kene... Puas dah explain kat hubby last-last dia faham sendiri perangai orang-orang dalam rumah tu... Hurmmm



Siyes aku rindu duduk dengan geng-geng lama... Yang satu kepala yang boleh tolak ansur yang boleh lebih kurang yang boleh kongsi masak sama-sama kemas sama-sama... Hujung minggu bersihan rumah sama-sama... Menjerit sama-sama.... Weekend ada masa keluar jalan-jalan sama-sama.... Siyes rindu diorang... 

Hurmmmm.... Ini semua sekadar luahan.... Bila dah luahkan rasa lega hati ni....

its me
mass-naim



Khamis, 8 Januari 2015

Cuti sempena anniversary "Tahun Satu" kami

Alhamdulillah apa yang di rancang menjadi jua.....

Aku last kerja on 24 Dec 2014 sehari sebelum anniversary aku... So aku balik kampung pada 25 Dec 2014 iaitu pada hari 1st anniversary aku & hubby.... Aku balik hari pada tarikh tu sebab aku dapat invitation Tiket Wayang Free dari pihak Teras Tecknologi iaitu salah satu kontraktor kat company aku dan konsesi-konsesi lebuhraya lain di bawah Wilayah Selatan =) Kebetulan hubby pun kat Kajang lagi buat kerja untuk projek MRT... Dia dapat satu kerja kat dalam tu yang perlu dia siapkan.... =) So jumpa hubby khamis malam sejam selepas aku sampai kampung hubby pun sampai... Fuhhhh 2 minggu tak jumpa 2 minggu memang la rindu rindu jerk.... Ok dah ke laut aku cerita... Hikhik....


Nak dijadikan cerita sebulan sebelum anniversary kami... Hubby tanya aku nak sambut anniversary kat mana....??? Aku dengar wow.... Ahahahaha macam tak percaya hubby tanya soalan macam tu... Aku just say tak tau... Kihkih... So hubby terus suruh aku pilih mana tempat peranginan yang aku nak pergi.... 1st aku dalam kepala aku nak pergi Gambang Resort Water Park... Duduk sana 3H2M tapi masa nak dekat tarikh kiteorang nak pergi tu dapat tau Kuantan dah banjir,,,, Terus tukar plan aku bagitau hubby kita ke PD jerk... Hubby cakap ok... Tengok hubby macam hampa tapi nasib baik dia memahami keadaan cuaca yang melanda sekarang ni... Huhuhu...

Khamis, 25 Disember 2014

satu tahun.

dia seorang lelaki
pencuri hati
yang pernah aku benci satu ketika dulu
yang aku tak suka satu ketika dulu

eh !! bukan kau tak suka dia ke? (tanya kawan aku..)

peduli apa dengan pandangan keliling
peduli apa orang nak cakap

apa aku kesah --- suka aku lah
benci jadi suka semua kerja Tuhan
macam lah kau tak pernah benci dan suka orang kan..!!
haha --

dia yang aku panggil awak, sayang, yang, abang --

yang terima aku walau macam mana buruk dan busuk nya aku --
yang terima aku walau tahu aku gagal jaga zuriat dia --

dia lah seorang suami kepada aku

kau kawan aku
kau bff aku
kau lawan gaduh aku
kau tahan dengan kebiolan aku
kau teman gelak, tawa, sedih, nangis aku semuanya sampai mati -- insyaAllah

kau kebahagiaan aku yang tak pernah aku tahu dari dulu ianya ada untuk aku

*terima kasih*

saya tahu kita PJJ
saya tahu kita pernah kehilangan zuriat penyambung kasih
saya tahu itu dugaan kita
saya tahu Allah menguji kita
tak lama mana pun lagi --
sabar sikit hari mungkin -- kita sabar ea -- kejap je tak lama pun

*pujuk diri sendiri*

moga kita kekal bersama
menjerit, ketawa, menangis, bergaduh, bertengkar pun bersama
sampai mati --
** InsyaAllah itu semua kerja Tuhan -

*touching*
sob-sob--

tolong jangan pernah berhenti cintai aku
tolong jangan pernah benci aku
tolong jangan pernah rapuh hidup dengan aku

selamat tahun pertama jodohku
=)

ite me
mass-naim

Isnin, 24 November 2014

zuriat

semua orang soal aku n suami tentang zuriat
dah mengandung?
bini kau dah ada isi belum?
berapa lama korang kawin?
kenapa tak mengandung lagi?
korang merancang ke?
tak cuba ea?

satu tahap aku fedup
apa harus aku jawab?

*stress*

jangan disoal tentang sensitif seorang manusia
senyum diluar dihati siapa peduli?

zuriat dan rezeki itu kerja Tuhan
Dia yang catat perjalanan hidup aku dari aku masih merah lagi --
siapa yang menidakkan kuasa Tuhan?
fikir-fikirkan lah bawakkan mengucap banyak-banyak kali
apa yang Dia nak bagi pada setiap umat Nya cuma dengan petik jari

kun faya kun -- jadi maka jadilah

aku mungkin diberikan nikmat untuk rasai naluri seorang ibu cuma seketika
Allah tarik balik nikmat tu bersebab bukan kosong
bukan masanya lagi Allah nak bagi aku nikmat tu semula

tapi....
mungkin esok mungkin lusa atau mungkin tulat siapa sangka?
kuasa Allah kita tak jangka

tersiat hati aku bila ramai manusia sibuk bertanyakan itu dan ini
bukan tak boleh langsung bertanya
cuma bait soalan perlu ada lapik

tengok insan lain gembira dengan khabar kedatangan orang baru
aku cuma senyum dan berdoa syukur mereka diberi peluang rasai nikmat itu
sedangkan aku masih lagi berusaha sebaik mungkin

soal rezeki manusia berbeza
ada dikurniakan zuriat tapi kurang dari segi kebahagiaan
ada dikurniakan kehidupan mewah tapi kosong didalamnya
ada dikurniakan kesusahan tapi mewah dengan zuriat dan kebahagiaan
ada dikurniakan zuriat sihat walafiat
ada dikurniakan zuriat tapi diduga dengan kedatangan penyakit

ada yang kawin bertahun masih tidak berzuriat
adakah mereka tidak berusaha berdoa?
sampai satu tahap mereka redha dan tawakal
insyaAllah masanya akan tiba
tapi bila itu belum pasti

jangan dipersoalkan urusan Allah
itu semua kerja Allah

bila disoal aku lagi tentang zuriat
diam.
bangun.
pusing.
senyum.
jalan.

tak banyak cakap jangan cakap aku biadap.

its me
mass-naim

Rabu, 10 September 2014

otak tepu


Otak aku tepu..... Dah xdapat nak refresh semula.... Ini semua gara-gara last minutes dapat info pasal internal audit esok.... (>.<")

Hope esok mereka-mereka datang cuma untuk side visit tengok apa yang patut dan briefing jerk lah..

Cuakkk nya..... Errrrrrrrr

its me
mass-naim


Selasa, 24 Jun 2014

manusia

Orang itu kau pijak hencak
Pecah terburai isi dan otak
Apa nak heran untung nasibnya orang
Kalau nasib sendiri lintang pukang

Ada yang sudi ada yang kasihan
Entah gimana dia bertahan
Dalam hidup penuh dugaan
Jatuh bangun digagahkan sendirian

Biar tersiksa
Biar hancur nyawa
- tak duli

Biar satu dunia menghina
Biar apa orang nak kata
- persetankan


its me
mass-naim

Khamis, 12 Jun 2014

Pusing

Tiba masa aku susah . Tanpa mereka aku akan lebih pecah .

Buntu--

Uniknya aturan Allah . 

Tafakur lebih elok agar Allah perkenan segala doa.


its me
mass-naim

Isnin, 28 April 2014

Bodoh Tak Boleh Diajar, Sombong Tak Boleh Ditegur !!!

BODOH TAK BOLEH DIAJAR, SOMBONG TAK BOLEH DITEGUR!!!!!!!!! Sesuai sangat peribahasa ni pada orang yang tak boleh nak ditegur oleh orang lain....... Bunyi macam BODOH SOMBONG..... Geram aku dah ni....... Kita tegur dia kita kene balik...... Buat kerja setakat apa jerk pun..... Kerja yang simple just angkat fon dan transfer or received barang dan pas pada yang sepatutnya terima barang tu........ Bukan kerja yang kene perah otak pun..... Itu pun terasa macam susah kan..... Kau kat bawah tu buat apa jerk ek????? Mengular lepas tu asyik-asyik hilang.... Bila call bunyi tak sempat nak pickup..... What the hell....????? Lepas tu mula lah orang cakap kita tak da kat opis kita itu kita ini.... Lagi-lagi bila bos yang call nak cari orang tetiba call x pickup...... Yang kene balik semula dengan bos ni kita-kita yang kat atas tak pasal2 kene tuduh tak masuk kerja mengular macam-macam lah........ Yang kene hadap semua orang-orang atas..... Kau?????? Eiiiiiiiii GERAMMMMMMMMM........!!! Ko sebenarnya nak kerja ke tak nak..... Bila kene tegur ehhhhhhhh kita pulak yang kene balik..... Alasan kau konon yang boleh tegur kau cuma bos sorang je..... KAU SIAPA????? BESAR PANGKAT KAU EK...... Yang monitor ko bukan bos..... Kau tu banyak berurusan dengan staff lain2.... Senang cakap kau ni orang tengah antara staff dan orang luar..... So kerja tu kene lah alert......

Dulu masa nak dapat kerja kemain lagi kau janji itu janji ini.... Cerita macam banyak sangat pengalaman kerja yang kau ada...... Bila dapat jawatan yang kau ada sekarang ni mula kau cerita "alaaahhhhh kerja ni senang da biasa da berurusan dengan orang just pickup fon je pun"....... So ..... Bila dah dapat kerja tu... Kerja lah dengan betul....... Bila orang tegur tu terima jerk lah...... Ni tak... Bila kene tegur kau sound orang yang tegur kau balik...... Apa cerita..... Mulut kau kalau bab cerita pengalaman mengalahkan kau dah hidup 50 tahun.... Padahal kau baru 30++ ........ Tolong lah weiiiiii terima lah teguran orang untuk perbaiki mutu kerja kau....... Bila orang cakap kau salah... Kau terima jerk lah dengan ikhlas...... Ini tak kau nak tegak kan benang yang basah jugak...... Nak bertikam lidah nak tunjuk cara kau betul....... Minah minah...... Kalau cara kau betul tak ada lah orang nak tegur kau itu dan ini...... Kalau cara kerja kau tip top kat bawah tu...... Orang pun tak bising...... Sebab cara kerja kau tak betul lah orang tegur...... Ada OTAK letak kat kepala jangan ada OTAK LETAK KAT LUTUT..... Belajar lah dari kesilapan..... Jangan jadi BODOH SOMBONG....... Aisssssssshhhhhhhhhhh ....... Sabar jerk lah aku..... Lantak kau lah minah oiiiii...... Diri kau sendiri nak terlungkup ke nak terbongkang ke lantak kau..... Malas nak kerja dengan orang macam kau ni.... Wat sakit ati aku jerk..... Tegur banyak kali pun ko tak alert kau sound balik ada lah..... Haaaa lepas ni lantak kau........ Orang macam kau tegur 1000x pun xguna.... Kau jerk yang betul dalam segala hal....... Susah orang macam ni...... Lepas ni kalau BOS yang tegur kau jangan pulak kau cakap kita orang tak ada cakap or tegur kau sebelum-sebelum ni ye puan minah...... Hidup sendiri lagi baik lah kalau orang jenis yang macam ni..... Tak payah campur orang lain kali....... Erghhhhhhhhhhhhhh ni semua gara-gara geram punya pasal lah ni....... Aku taip pun ntah apa-apa...... Laju jerk aku menaip nih...... K lah aku nak balik dah....... Nak cari makan lapar dah ni perut dah berkeroncong macam-macam..... Astaghfirullahhal'azim...Istighfar banyak-banyak....... Mintak dijauhkan lah perangai macam minah tu kat diri aku..... 


its me
mass-naim

Isnin, 10 Mac 2014

Tulisan Berdakwat

Merah???
Biru???
Hitam???
Hijau???
Purple???

Mana satu????

Itu tulisan siapa???

Suku kata silang bahasa....
Penuh puitis,,,,
Cantik tersusun rapi bait perkataan
Penuh tersurat dan tersirat isi sampaian nya....
Terkedu bila menghayati.....

Si dia yang kreatif.... Lalalalala~~~
Otak memain peranan
Hati berdetik....
Sedang jari masih menulis.....
Tulisan berdakwat siapakah????

Aku?
Kau?

Kau?
Aku?

Atau mungkinkah dia???

Siapa dia?

Hanya sipolan yang tahu....

it's me
mass-naim

Khamis, 10 Oktober 2013

Detik waktu Ini

Detik waktu ini-- kosong
Berputar ligat membelah hari
Aku masih lagi disini
Menunggu yang belum pasti
Mengenang nasib sesudah ini

Detik waktu ini -- kosong - Dulu kini dan selamanya mungkinkah begini??


it's me
mass-naim

Rabu, 9 Oktober 2013

Aku bangkit

Dari sebuah kegagalan aku bangkit
Bangkit aku dengan satu tujuan
Bangkit aku mengejar impian

it's me
mass-naim

Senyum --

Senyum itu cantik
Senyum itu indah
Senyum itu menawan

Aku senyum dan senyum lagi--

Terkadang hati terluka
Terkadang kecewa dan berduka
Terkadang gembira tak terkata

Aku masih senyum dan senyum lagi--

Senyum itulah senjata ku...

it's me
mass-naim

Isnin, 22 April 2013

Detik Waktu

Detik Lampau
Menangis merengek
Meminta makanan ketika lapar sewaktu bayi
Didokong,dikendong,diusung kesana kemari
Tak mahu dilepaskan

Detik Kini
Masa berputar seperti bumi berputar alam
Siang berganti malam begitu sebaliknya
Manusia juga ingin berubah
Dari kecil menjadi besar
Berjinak-jinak memijak tanah disaluti lumpur bermain dilopak air
Tatkala sang mentari susut tenggelam dimakan awan beralih arah
Manusia-manusia ini berlari anak pulang ke perteduhan

Detik Dewasa Kini
Manusia mengenal erti berakal
Berdikari melawan arus kehidupan
Jerit perih manusia ini bangkit sendiri
Bukti dia tidak pernah kenal erti mengalah
Pedulikan cakap unggas pedulikan cakap lalang
Dia bangkit tanpa mengalah

Detik lampau, kini dan dewasa ini
Masa dan waktu telah merubah segalanya..


it's me
mass-naim

Isnin, 21 Januari 2013

rambut sama hitam..darah sama merah

Kita sama tapi tak serupa.. Aku seorang manusia.. Kau pun juga seorang manusia.. Tiada beza antara kita.. Manusia ada hati bukan?? Manusia juga ada perasaan bukan?? Dan manusia juga mempunyai akal fikiran bukan?? 
Akan tetapi kerana hati,perasaan dan akal fikiran buat kita tidak serupa.. Rambut sama hitam tetapi bila soal hati tak seorang pun tau apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati kita manusia kecuali diri manusia itu sendiri.. Begitu juga tentang soal perasaan dan juga akal fikiran..
Soal darah??   
Apa ada pada darah?? Sedangkan darah kita sama merah sama pekat nya.. Kenapa?? Adakah darah boleh membezakan kita setiap manusia?? Perbezaannya adakah dengan pangkatnya atau dengan keturunannya ataupun dengan darjatnya?? Dimanakah perbezaan itu wahai manusia??
Fikirlah sejenak..

it's me
mass-naim

Khamis, 13 Disember 2012

ini manusia

Lidah memang tiada bertulang....Bermacam jenis lidah yang kita dengar hanya perlu berhati-hati.....Pandai menutur percakapan....Omong kosong tidak henti dengan imaginasi akal fikiran yang polos turun ke hati menentukan niat yang entah kan baik entahkan tidak....Lidah tajam umpama pisau yang menusuk ke hati menembusi jantung lalu mati tidak percaya lagi.....Kerana lidah banyak mengkucar kacirkan manusia zaman kini yang sememangnya bijak menggunakan akal untuk berfikir tetapi tewas di tangan lidah dan bodoh menggunakan akal....Hanya manusia yang mempunyai akal berfikir dengan waras mampu menepis dan menangkis omong kosong lidah yang tajam lagi bercabang...Mereka mampu menggunakan akal dan lidah ciptaan Tuhan yang indah dengan sempurna lalu mereka berjaya menggapai impian sendiri menongkah arus mengejar kejayaan demi masa depan keturunan anak bangsa....Tanpa mempedulikan omong kosong lidah tajam lagi bercabang yang acapkali memberi impak yang negative....Kita manusia yang mempunyai akal dan fikiran positive mampu membuat anjakan paradigma dan terus maju menempa kejayaan tanpa ada sedikit pun sekatan....

Zaman kini buat kita berwaspada...


it's me
mass-naim

Isnin, 12 November 2012

~ hujan rintik-rintik ~

hai korang....
korang-korang aku nak tye cikit nih...korang ingat lagi x dengan lagu zaman kanak-kanak korang dulu pasal hujan rintik-rintik.......???

apa????masih ingat lagi?????
kk kalau masih ingat lagi jom kita nyanyi sesama nak x????

1,2,3...mula!!!!!!!!!

hujan rintik-rintik,
air bergelora,
emak bagi seposen, ayah bagi seposen,
adik pergi sekolah,
cikgu tanya 3 + 3,
adik jawab 6,
cikgu tanda right,
adik pun pulang...horayyyyyyy (^_^).....

k lah sekarang hari kat bumi Johor Bahru nih tengah hujan lebat actually.....so sementara tgh xde keje aku amik kesempatan r meng-update kan blog aku yang xseberapa nih....saje isi-isi mase kosong aku kat opis ni...since bos pon xde kan..welll....ehehehe.....(Boss mintak ampun ye.....)

keadaah hujan lebat di hadapat opis aku..kat jalan depan 2 lah highway aku..hehe (peransan plak)

since tengah hujan lebat nih perut pon terasa keroncong tetibe..padahal dah pelahap nasi ayam penyet dah td 1 pinggan mase lunch time.......

tengah-tengah lapar ni ada akk kat opis nih mcm tau2 jerk kan aku tgh nak mengunyah something...(agaknya d dengar kot bunyi perot aku nyanyikan lagu keroncong...ahahaha) d pon hulurkan kat aku kerepek sukun.....sebenarnya aku ada tye d ari 2 yang aku ngidam buah sukun n nak makan sukun goreng..d ckp kat kg d ada nanti d bawak kan....since d balik kg ri 2 d ckp d tgk buah sukun masih lagi comel2....so kebetulan mak d ada buat kerepek sukun ni....d pon amik bawak balik jb ni dan bg pada aku......hihi....

tak apa lah..xdapat makan buah sukun,dapat makan kerepek d pon jadi lah..yang penting ada rase buah sukun...xde r ngidam sangat kan...ngeeee :D

kerepek sukun pemberian kawan ku telah ku makan dgn staff yang len..tq ye kak


nota kaki :- jauh dari sudut hati ini berasa bersyukur kerana dia sentiasa berada disisi ku walau pon dia jauh dimata ku tetapi dia sentiasa berada dekat di dalam hati ku...i really miss him.....

lot of love
mass|apet

Sabtu, 15 Oktober 2011

kehidupan

" AKU NAK CUBA BELAJAR HIDUP TANPA DIRI DIA "

tanpa dia x bermakna hidup aku punah
tanpa dia x bermakna hidup aku kosong
tanpa dia x bermakna hidup aku sengsara
&
tanpa dia x bermakna hidup aku lemah

aku akan BUKTIKAN BAHAWA.....

tanpa dia aku boleh hidup berdikari sendiri
tanpa dia aku boleh hidup dengan gembira
tanpa dia aku boleh hidup bahagia
&
tanpa dia aku boleh hidup lebih tabah dan kuat

ketabahan lah yang menjadi kekuatan dalam diri aku untuk aku meneruskan langkah kehidupan ini........

akan aku buktikan bahawa tanpa dia aku boleh segala2nya kerana aku tau ada yang lebih menyayangi aku lebih dari d menyayangi aku iaitu ALLAH S.W.T......


lot of love
mass|apet


Jumaat, 17 Jun 2011

cinta

cinta..
mengenalkan aku erti menerima
mengenalkan aku erti perhubungan

cinta..
mengenalkan aku dengan perasaan
mengenalkan aku dengan kasih sayang
mengenalkan aku dengan kerinduan

cinta..
mengenalkan aku dengan kesabaran
mengenalkan aku dengan keikhlasan
mengenalkan aku dengan kejujuran

cinta..
mengenalkan aku dengan kehormatan
mengenalkan aku dengan kebahagiaan
mengenalkan aku dengan keyakinan

cinta juga telah menemukan aku dengan insan yang paling aku sayang
cinta juga telah mengajar aku segala-galanya

"TERIMA KASIH CINTA"


:: mass ::


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)