Memaparkan catatan dengan label vacation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vacation. Papar semua catatan

Isnin, 5 Oktober 2015

Review : Hotel Avillion Legacy Melaka

HOTEL AVILLION LEGACY MELAKA
Gambar depan hotel ihsan dari pak cik google...
Baru nak review tentang hotel ni... Hikhik... Masih ingat lagi tak entry ini ... 

Aku booking hotel ni melalui AGODA... Mula tu macam tak berapa nak confident lah sebab xsure dapat bilik yang macam mana... Hikhik.... Jarang nak booking hotel thru online ni... Biasa memang walk in terus... Tapi untuk kali ni sebab nak buat surprise birthday hubby so terpaksa lah booking online.... Pasrah jerk masa tu...

Mula-mula sampai biasa lah hubby asyik tanya je nak pergi mana lah hotel nya mana lah sebab bagi tau hubby nak jumpa orang je kat situ.... Aku turun sorang untuk check-in... hubby tunggu dalam kereta... Lepas check-in aku ke kereta mintak hubby pergi parking kereta kat sebelah atas hotel... Hikhik... Dia blur-blur masa tu...Dah parking dia pelik kenapa lah aku keluarkan semua beg baju... Aku senyum je.... Masa tu dia dah bebel-bebel yang ntah apa-apa ntah.... Kata nak jumpa orang tapi kenapa bawak turun beg semua lah apa lah... Ahahahaha sabar aje lah laki aku ni... Malas layan aku terus naik bilik... Hubby follow jerk kat belakang... 1st bilik aku dapat 2 katil single... Nak jadi apa kan dapat katil single... So aku decide nak mintak tukar bilik itu pun kalau ada bilik kosong yang katil size king ke queen ke xkisah lah... Kalau takde jugak pasrah lah duduk double single.... Hubby pula dah rasmikan dulu katilnya dok baring-baring.... Dia masih belum dapat tau lagi agenda aku kenapa aku bawak dia ke hotel ni... Aahahah.... Aku pulak dok review bilik tu... Not bad lah bilik besar.... Tetiba bell bunyi aku bukak pintu ada orang tanya nak tukar bilik kan?? Akhirnya dapat jugak aku tukar bilik.... So cepat-cepat amik beg semua g kat bilik 1 lagi... Jom review gambar biar gambar yang berbicara...

Rabu, 13 Mei 2015

Desaru

Cuti Hari Buruh hari tu aku dan family pergi bercuti kat Desaru.... Ayah yang plan semua.... Sehari sebelum hari buruh lagi hubby dah sampai JB naik lori udang hokay... Kebetulan ada lori amik udang kat kolam n nak bawak masuk ke Singapore so dia tumpang sekali n kebetulan pulak uncle tu memang drive lori sorang... So aku amik dia kat tol senai... Excited sangat nak jumpa dia since 3 minggu tak balik kampung n x bersua muka dengan hubby... So rindu yang teramat kat insan tu... =)  

Hari Buruh tu sebenarnya jatuh pada hari lahir yang ke-3 tahun anak buah aku... Anak adik aku Mohd Ikhwan.... Dia lahir tepat jam 0007 pagi... Kiteorang 1 family gelarkan dia anak 007... Ahahaha.... So Happy Birthday untuk dia... =) Sebab tu ayah plan nak sambut kat Desaru this year... Kebetulan cuti panjang campur dengan wesak day sekali kan.... Hurmmmm Ibu call pagi tu kata nak gerak dari Muar pukul 9.30 pagi.... So dalam perancangan aku akan gerak dari JB dalam pukul 11.30 pagi.... JB-Desaru dekat je kalau ikot highway Senai-Desaru (SDE)... Perjalanan amik masa dalam 1 jam jerk.... Tapi...... Masa aku nak gerak tu aku call ibu... Dia cakap dia still kat Muar lagi... Makkkk aii... Ingat kan dah separuh jalan... So aku ajak hubby keluar pergi cari hadiah untuk birthday boy.... Sempat lagi kau nak berjalan-jalan cari hadiah... Ahahaha... =) 


Aku gerak dari JB dalam pukul 2.00 ptg.... Terus naik Highway SDE.... Sampai kat tol Desaru dalam pukul 3.00 petang mcm tu... Aku yang drive sebab hubby tak berapa tau sangat jalannya... So tunggu ayah n lain-lain kat Petronas jalan masuk ke Desaru... Call ayah, ayah cakap dah sampai area Cahaya Baru Pasir Gudang.... Owhhh dah dekat.... Lagi 30minit sampai lah diaorang... Weeee.... Aku dah makin excited.... Excited nak main air.... Excited nak berenang.... Lama gila tak pergi swimming... Ihihihi..... 

Ahad, 15 Februari 2015

Kota Bandung Mereka Datang

Empat hari lepas sebelum masuk waktu maghrib ibu whatsapp aku bagi tau yang dia dan yang lain-lain nak ke Bandung Ahad ni seminggu kat sana makan angin,,, Aku dengar sungguh happy sebab ada chance lah aku nak ikut hikhik... Tapi ibu cakap tiket flight adik ipar aku dah beli... Kalau aku nak ikot ibu suruh adik ipar tengok kan tiket... Dia check tiket dah naik harga sorang RM600 pergi balik.... Wahhhh kecewa.... bukan tak boleh kalau setakat tiket harga gitu untuk aku dan hubby gedebak gedebuk RM1500 dalam tangan ok lah tu..... Tapi bila aku fikir-fikir kan balik kalau harga tiket mcm tu xpe lah mahal.... Sedangkan diaorang dapat tiket murah.... Huhuhu..... Kecewa memang kecewa... Diorang pergi rupa nya tak plan apa-apa.... Kebetulan adik ipar aku ada kerja kat sana... So dia nak bawak adik aku dan anak-anak dia sekali... Dah alang-alang bawak lah ibu dan adik bujang aku tu sekali.... Huntung lahhhhhh..... Ayah aku tak pergi sebab katanya ada meeting kene attend kat JB dan lagi satu kalau nak keluar negara kene report dulu kat pihak atasan semua... Maklum lah kerja gomen memang macam tu prosedur nya kalau siapa-siapa nak keluar negara... Huhu... Ibu pujuk aku then cakap next time memang ibu dan ayah ada plan nak ke Bandung lagi dengan seluruh family lengkap tak ada seorang pun yang terkecuali kata ibu.... Aku dengar yess ada chance.... Ahahahaha... Ok stop..

Masa ibu whatsapp tu aku tengah tunggu hubby kat bengkel tempat dia buat kerja kat JB ni.... Hubby masuk kereta tanya aku kenapa mulut muncung sedepa nih??? Aku jawab merajuk dengan ibu sebab frust sangat-sangat pasal ibu nak ke Bandung tak bawak B... Huhuhu... Hubby ketawa katanya macam budak kecik tak dapat gula-gula dia punya merajuk tu... Huh.... Ada ke dia cakap macam tu.... Aishhhhh....

So hari ni hari yang dinanti kan oleh mereka semua... Ibu, adik dan adik ipar aku satu family dah pun berangkat ke Kota Bandung petang tadi.... Yang aku tau flight diaorang pukul 3.20 something..... Seronok kemain diaorang semua...... Aku merajuk.... Huh (-_-") Tapi sempat kirim macam-macam barang.... Hikhik..... Diorang sempat lah selfie-selfie kat KLIA2 tu.... Dan whatsapp gambar-gambar diaorang... Saje lah tu nak bagi aku jeles terlampau.... Huhuhu.....



Abang Ikhwan eksen sungguh nak jugak tarik
trolley beg angry bird dia yang aku belikan tu... kemain lagi




Dalam tengah hari tadi aku call ibu tanya dah sampai mana semua.... Ibu cakap baru sampai Cheras katanya... So dengar suara Ikhwan.... Tetiba nak bercakap dengan dia.... So dapat lah berbual kejap.... Lepas tu dia cakap Ikhwan kat dalam kereta,,, Ikhwan nak naik kapal terbang,,, Aunty Oya nak ikot?? Adussss.... Dah lah aku tengah kecewa tak dapat follow, anak buah aku boleh pulak cakap aunty Oya nak ikot??? Erkkkkkk nasib lah dia kecik lagi.... Ahahahaha....

Hurmmmm pape pun walau dimana diaorang berada sekarang.... Aku, hubby dan ayah tunggu diorang kat sini dan doakan semua selamat pergi dan selamat balik.... InsyaAllah.... Diorang balik sini 1st Raya Cina aku hubby dan ayah pergi jemput... Weeee.....

So Bandung please be nice with my family sepanjang diaorang berada kat sana hokayyy.... Huhuhu Daaaa....

its me
mass-naim 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)