Isnin, 29 Jun 2015

Kuatkan diri ini

Lately ni keadaan kesihatan aku jatuh merundum..... Apakah ini dugaan untuk aku pada ramadhan kali ini?? Aku selalu berdoa Allah kuat kan diri aku.... Ye lah aku sorang-sorang je kat JB ni.... Tiap weekend balik kampung sejak dari akhir bulan 5 masa adik ipar kawin sampai last week aku still berulang balik kampung tiap minggu....

Dengan keadaan kesihatan yang kurang baik diri ni gagahkan untuk drive balik kampung sebab fikir-fikir bila hujung minggu aku macam rasa bosan sorang-sorang kat JB.... Hubby pulak tengah banyak kerja kene settle kan sebelum raya ni.... Alhamdulillah rezeki dia kot kali ni ada beberapa project yang company dia dapat yang kene siapkan before raya.... Tu yang dia tak dapat nak turun JB lepak-lepak kat JB hujung minggu dengan aku macam selalu.... So makanya aku yang balik sana... Sekurang-kurang nya aku tak lah rasa bosan sangat bila balik kampung ada jugak kawan berbual bergurau boleh masak-masak dengan adik ipar untuk berbuka puasa tukar-tukar idea nak masak menu apa for berbuka.... Balik tengok mak ayah aku.... Macam-macam lah.... Kalau nak dibandingkan aku sorang-sorang kat JB banyak terperap je kat rumah... Tak ada siapa nak berbual nak bergurau budak rumah kerja balik tengah malam... Berbuka sorang-sorang.... Ya Allah bosan yang amat.... Boleh jadi gila barangkali..... Hihihi.... Serious aku tak tipu....

Hurmmm bila dah dua hari balik kampung mesti kene balik JB balik semula kan?? Bab ni memang malas ya ampunnnn..... Nak balik JB ni ternanti-nanti sudahnya sampai ke malam tak gerak-gerak lagi dari kampung.... Last-last balik jugak tapi lepas sahur time subuh baru gerak balik JB.... Kadang tu pulak hubby pulak yang beria ajak balik JB awal.... Haaa tu maknanya dia nak ikot aku balik JB....

Aku harap sangat aku cepat baik.... Batuk aku cepat hilang.... Angin medu dalam badan aku berkurang.... Aku harap sakit ni semua pergi before raya..... Banda ni semua boley buat mood aku kadang-kadang swing.... Harap sangat dapat diberikan kesihatan macam dulu.... =)


its me
mass-naim

Selasa, 23 Jun 2015

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

 CLICK BANNER UNTUK JOIN
CLICK BANNER UNTUK JOIN

Antara hadiah-hadiahnya:

Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang

 (Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)

Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)

its me
mass-naim

Ahad, 21 Jun 2015

Angin Medu

first ramadhan ari tu aku ikot ibu pergi berurut... dengar je ibu nak urut kaki kat rumah mak pah (itu nama yang mak aku sebut lah) aku pun terus laju nak follow... mana tak nya kan aku ni dekat 3 minggu nak masuk sebulan dah batuk-batuk tak baik-baik lagi... demam kejap on off... mcam selasa hari tu sebelum puasa tak pasal-pasal terasa menggigil satu badan, makan muntah, terasa otot-otot badan ni lemah longlai nak balik kampung pun malas nak drive waktu tu... itu yang hubby turun jemput aku kat jb bawak balik kampung... hurmmmmm ntah tak tau lah sakit apa yang aku dapat kali ni tak kebah-kebah... hubby risau je...

so masa hari nak urut tu malam sebelum tu aku rasa badan bahagian belakang sebelah kanan aku ni sakit yang teramat bawak sampai kedepan bahagian kiri dekat dengan tulang serangka ni... terasa macam bengkak yang teramat sangat... aku nak toleh nak gerakkan badan terasa kejang macam kene tarik-tarik segala urat sendi aku ni so masa nak urut tu aku bagitau lah mak pah tu apa masalah aku... mula dia urut ibu dulu kendian baru turn aku... dia urut mula dari bahagian badan belakang dia cakap aku ni batuk dah lama sangat sebab tegang-tegang urat aku keras katanya... aku anggukkan kepala... tiba dia urut bahagian depan badan aku pulak terus dia kata angin medu ni tebal sangat dah angin ni sebab tu kau rasa sakit sampai kebelakang badan... kalau dibiarkan je makin teruk kau jadinya... 


aku? angin medu tu apa?? ahahaha... mak pah kata angin medu ni angin kotor yang tak keluar/terperangkap dari dalam badan kita yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain atau dari sistem pencernaan makanan kita... dia tanya ada tak rasa badan cepat letih lesu, makan apa-apa terasa macam tak lepas tersangkut kat bahagian dada, terasa loya nak muntah, mudah mengantuk, mudah sakit kepala, susah bernafas dll dan aku jawab ye semua simtom-simtom tu semua aku rasa... owhhhh ok dah tau dah... so aku pun cuba google cari info lebih lagi berkenaan dengan angin medu ni... so kat bawah ni apa yang aku dapat dari hasil carian google... jom cek...

Jumaat, 19 Jun 2015

Umrah Di Bulan Ramadhan : Mak & Abah

Selasa hari tu aku last kerja sebelum cuti rabu dan public holiday (1st Ramadhan) khamis... Tak larat sangat badan ni nak drive sorang-sorang since aku masih belum baik dari demam.... Makin menjadi-jadi demam aku hari selasa tu.... Badan start panas, menggigil, makan muntah... Penat member aku belanja makan mahal-mahal kat POT'S hari tu sudahnya sampai office berlari masuk toilet muntah... Hihi... Terus Whatsapp hubby mintak tolong datang JB petang tu jemput aku balik.... Kali ni betul aku tumbang.... Nasib baik hubby cakap ok dan dia sampai JB naik bas dalam pukul 7 malam... Terus balik rumah amik barang-barang, mandi pas tu terus gerak balik.... Tapi sebelum tu hubby ajak singgah makan.... Risau dia kat aku kemain lagi sebab tengok aku dah pucat habis..... Lepas makan baru gerak balik..... Sampai tangkak dalam pukul 1 pagi lebih kurang...

Esok sehari sebelum ramadhan muncul, aku, hubby dan adik beradik hubby pergi hantar mak abah ke KLIA.... Diaorang nak pergi umrah..... Rasa seronok sangat dapat sambut ramadhan kat mekah..... Buat amal ibadah kat sana pada bulan ramadhan tak dapat digambar kan keseronokan tu dengan kata-kata... =) 

Dengan mak dan adik ipar sebelum mak masuk ke balai berlepas
Dengan adik-adik ipar
Majid - Nor - Zurai - Aku

Selasa, 16 Jun 2015

Ramadhan datang lagi....

Alhamdulillah tinggal lagi satu hari kita akan bertemu dengan RAMADHAN..... Alhamdulillah juga ini tahun yang ke-dua aku berpuasa sebagai seorang isteri..... Dan dapat sambut puasa pertama dengan suami tercinta nanti.... =)

Dikesempatan ni aku nak ucap kan SALAM RAMADHAN pada semua sahabat handai, rakan-rakan blogger, pembaca-pembaca blog aku yang tak seberapa ni, dan tak lupa jugak pada followers aku kat blog ni.... Maaf andai  karya-karya penulisan aku kat blog ni ada yang aku terguriskan hati, terkecik kan hati... Aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.... 

Diharapkan bulan ramadhan kali ni penuh dengan barakah.... Aku harap dapat tunaikan tarawih tahun ni pada setiap malam insyaAllah andai diizinkan dan semoga dipermudahkan....

Haaaa..... Tak lupa juga parents in-law aku esok insyaAllah akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah kat sana.... Aku harap semua urusan diaorang dipermudahkan insyaAllah dengan izinNya..... Doa yang baik-baik untuk diorang dan semua umat islam yang menunaikan umrah kat sana..... Best rasanya dapat puasa kat tanah suci.... Kalau lah aku dapat pergi sama bahagia rasanya diri ni..... =) InsyaAllah suatu hari nanti akan aku pastikan aku dapat jejak kan kaki kat sana dengan orang-orang yang aku cinta..... =)

SALAM RAMADHAN


its me
mass-naim

Ahad, 14 Jun 2015

Kurang Sihat

Dekat dua minggu dah keadaan diri aku macam ni.... Batuk-batuk body kejap panas kejap normal.... Not sure sebab apa.... Maybe faktor cuaca kot dah nak dekat-dekat tiba Ramadhan ni kan.... Actually aku mula dari sakit gigi masa hujung Mei ari tu that time nak hantar pengantin (adik ipar) ke Bentong (side perempuan)... Time tu lah gigi aku sakit sebab gigi berlobang... Ohh my... Tuhan je yang tau masa tu.... Sekali gus hubby pun lepak habis sebab demam time yang sama.... Tu lah 1st time kiteorang berjalan tapi kita orang dua-dua sakit.... Lepak sangat-sangat... Hubby pun banyak tidur lepas makan ubat.... Pergi ke Bentong pun aku yang drive sebab aku masih larat... Alaaaa aku just sakit gigi je... Ok je kalau nak drive ke sana kan... Ahahaha.... Tu pun masa kesana hubby kene bawak pengantin lelaki maksudnya naik kereta pengantin tu sendiri.... Dia gigihkan juga diri dia.... Mana boleh pengantin drive kan masa hari bahagia dia... Harus lah nak kene layan macam putera raja kan.... Hikhik.... Balik dari Bentong baru dia naik dengan aku....

Balik dari Bentong aku terus balik JB.... Masa ondaway balik ke JB aku dah rasa lain kat diri aku... Macam nak demam.... Yess sampai JB aku dah start batuk-batuk malam tu jugak.... Batuk-batuk melarat sampai sekarang.... And aku xsure bila boleh baik... Memang demam berjamaah dengan hubby kali ni..... And dia sampai sekarang ni pun on off demam nya dan katanya badan rasa bisa-bisa... Huhuhu.... 

Last week balik kampung lagi majlis side lelaki.... Ada kenduri sedara-mara malam sebelum majlis adik ipar tu.... So ada sorang mak cik hubby aku panggil dia mak ngah.... Duduk dengan dia masa kenduri tu.... Keadaan diri aku lemah batuk-batuk, muntah jangan cakap lah kan.. batuk je mesti nak muntah.... Mak ngah ni dok perati jerk.... Lepas tu dia cakap "aku tengok ko ni lain macam ni... bukan demam biasa-biasa.... Aku tengok ko macam ada isi.... masih baru lagi ni..." kata mak ngah.... Aku cuma cakap kalau ada rezeki macam mak ngah kata tu insyaAllah amin... Syukur sangat-sangat.... So dia nasihat kan aku... Pantang larang semua dia bagi.... Hubby pun kene nasihat sekali dengan mak ngah... Hikhik... Sengeh jerk lah hubby tu... Masa mak ngah nak balik dia pegang-pegang perut aku..... Lepas tu dia kata lagi "insyaAllah ada rezeki untuk korang dapat baby..... tengok gaya macam ada ni... doa banyak-banyak.." insyaAllah mak ngah....

Esok masa majlis dah jalan ramai lah sedara mara hubby datang.... Mak ngah pun ada.... Dia pesan lagi kat aku jangan buat kerja-kerja ni semua... Ramai lagi yang ada yang boleh buat kerja-kerja ni.... Dia mintak aku baring dan rehat je.... Tapi memang pun masa majlis tu aku terus lepak banyak kali berlari masuk toilet dan muntah.... Sampai hubby bekejar ke toilet tunggu depan toilet risaukan aku... Sedangkan dia pun keadaan diri masih lagi belum stabil... Batuk-batuk aku sampai terbongkok-bongkok.... Perut sakit, batuk sampai nak menangis pun ye.... Mak mertua kau berapa kali datang bilik tengok aku dan tanya aku ok ke tidak... Dah makan ubat ke belum.... Risau dia tengok aku macam tu agak nya... Ihihi.... Lepas tu mak ngah cerita kat mak pasal aku... So mak pun pesan yang sama kat aku.... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (66) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (38) Kesayangan (35) Soulmate (35) Miscellaneous (28) family (28) Jerit (24) Kelahiran (21) anugerah terindah (21) Diari Mengandung (20) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) Sahabat (11) kesihatan (9) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) HangOut (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) redha (1)