Rabu, 16 November 2016

keep calm & counting days


wahhhhh tak sabar nya rasa... sekarang ni tengah counting days... kurang dari 5 hari je lagi tolak jumaat & sabtu (hari minggu untuk JB), ahad & isnin (amik cuti untuk checkup malaika 5 bulan) dan naik keje kejap 2,3 hari dan selebihnya habis kan terus cuti sampai hujung bulan aku akan meninggalkan office ni... meninggalkan kawan-kawan yang baik-baik kat office ni... terasa sedih pun ada ni...

tapi bila dah tau nak resign, masa-masa sekarang ni nak pergi kerja pun terasa malas... bagun pagi tengok malaika tidur terasa macam nak sambung tidur semula... hihihi... ni lah masa yang aku tunggu-tunggu sekain lama... cepat lah 5 hari tu berlalu... hurmmm...

its me
mass-naim

hunting food processor

bila dah jadi mak-mak ni semua benda nak utama kan anak dulu...aishhh...

sekarang ni memandangkan malaika dah pun 5 bulan lebih... next month dia dah officially boleh makan solid food... dan aku pun dah officially resign end of this month dan dah jadi fully housewife next month sementara belum dapat kerja baru... so, aku terasa teruja dan tak sabar nak sediakan/buat solid food untuk malaika... macam mana lah agaknya ek cara proses penyediaan makanan untuk dia... macam-macam aku dok bayangkan depan mata ni... risau sangat-sangat... bukan risau apa... risau aku kelam kabut nanti... ahahaha

sekarang ni sibuk tengah hunting food processor... tengah tengok review magic baby bullet macam dalam gambar bawah ni...

gambar : ihsan google

comel sungguh magic bullet ni... tengok gambar senyum-senyum kat storage tu terasa macam jatuh cinta pulak... lagi macam bertambah semangat nak buat solid food untuk malaika... 

harga magic baby bullet ni not bad lah... masih dalam range bajet aku... tapi ada lagi banyak pilihan dan masih ada masa lagi untuk memilih... 

kalau korang ada pendapat tentang food processor untuk baby ni boleh lah tinggal-tinggalkan komen kat bawah ni... saja nak tau boleh lah aku compare kan harga... hihi

daaaa ~~

its me
mass-naim

Ahad, 13 November 2016

yang mana satu papa damia?

ada yang dah tau tu, tau lah kan...

hubby ni dia kembar... seiras betul... semua sama... suara sama... cara ketawa sama... kekadang pakai baju keluar dari bilik pun boleh sama warna... corak je yang berlainan... kekadang cara posisi duduk pun boleh sama...

mula-mula aku kenal hubby dulu pun gitu jugak... time nak keluar pergi dating... masuk kereta mesti jauh kan dulu posisi duduk aku sambil pandang muka hubby dengan pelik sebab nak telitikan betul-betul adakah itu boyfriend i... ahahaha lepastu kene jerkah dengan hubby... dan selalu cakap kat dia tak ada pape just nak pastikan sebelah kita tu betul ke boyfriend kita... pastu dia cakap mengarut... ahahaha... aku slumber lah jawab "yelah, mana tau nak menguji kita ke apa kan..." hurmmm...

teringat waktu mula kawin dulu... malam tu hubby pakai baju warna kuning seluar jdt... nampak kembar dia pun pakai yang sama... corak pada baju je lain... esok pagi bangun nak kejut hubby ajak pergi beli sarapan... nampak hubby tidur tiarap kat depan pintu rumah atas kerusi panjang... aku pun menonong lah pergi ke arah pintu tu... dah sampai betul-betul sebelah hubby tetiba batalkan niat nak kejut dia... aku pun masok lah rumah semula... sekali tu ya Allah... nasib baik aku tak kejut orang yang dekat luar tu sebab aku pusing kan badan nak masuk rumah tengok hubby aku terlentang kat hall depan rumah... korang rase?? malu weiii kalau salah kejut... hihi...

hari yang sama jugak MIL nampak anak kembar dia tengah bukak ice box dari arah belakang... MIL panggil lah nama kembar hubby, sekali tu yang toleh hubby... pastu yang ada kat dapur tu semua tergelak termasuk aku... MIL cakap "eh aku ingat kan wan..apet rupanya...baju seluar pakai nak sama..."aku jawab kat MIL aku "aiii mak pun keliru ke?" masing-masing gelak...

now turn damia pulak... ada satu malam tu hubby ada keje kejap,,,malam tu kembar dia satu family balik rumah MIL... kembar ni kehulur kehilir lah kat depan damia... aku perati je si damia ni tiap kali cik wan dia lalu mesti dia toleh-toleh... mesti dia cakap kenapa la papa lalu je depan dia tapi tak angkat dia... ahahaha kesian damia... kalau hubby dokong damia pastu duduk berbual dengan kembar dia mulut si damia ni memang melopong lah... mata terkebil-kebil... (tak ada pulak icon mata kat sini..hihi)

bawah ni ada satu gambar aku sempat snap...hihi...

cuba teka mana satu papa damia??

tapi ada la part-part yang dapat membezakan mereka berdua ni... so boleh lah kenal/cam diorang... hihi

doa kan aku dikurniakan baby kembar lepas ni ye... hihi... teringin... dah lama berdoa... dah lama simpan hasrat dari sebelum kenal hubby lagi... 

its me
mass-naim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (66) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (38) Kesayangan (35) Soulmate (35) Miscellaneous (28) family (28) Jerit (24) Kelahiran (21) anugerah terindah (21) Diari Mengandung (20) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) Sahabat (11) kesihatan (9) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) HangOut (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) redha (1)