Isnin, 25 Ogos 2014

Kerang Masak Hijau

Demam-demam macam ni tetibe tekak aku rasa macam nak makan lauk kerang masak hijau lah pulak...... Harus masak hujung minggu nih... Memandangkan hujung minggu ni cuti agak lama sikit lah sebab 31 Ogos jatuh pada hari Ahad... Hikhik... Boleh stay lama sikit kat kampung..... Wahhhhhh Excited sungguh aku nih....

Kerang masak hijau ni aku pernah kongsikan entry nya dulu kat sini.... Tapi entry tu masa tu aku takda taip pasal resepi pun..... Hikhik.... So memandangkan hujung minggu ni aku nak masak lauk Kerang Masak Hijau tu.... So aku kongsikan kat sini resepinya ok.... Ni resepi aku sendiri tau.... =) Jom usha ===>>

KERANG MASAK HIJAU 

Bahan-bahan nya :-

1. 3Kg Kerang tanpa dibuang kulit (ikot suka korang nak masak kerang tu berapa kilo ok)
2. Cili Padi Hijau 
3. Cili Padi Merah
4. 5 Ulas Bawang Merah
5. 4 Ulas Bawang Putih
6. Asam Keping (ikot pada korang nak rasa masam tahap yang macam mana ok)
7. Santan (aku pakai santan kotak... ikot korang nak pakai santan berapa banyak sukatan)
8. Serai 3 batang
9. Sedikit kunyit hidup (sebesar ibu jari)
10. 2 Helai Daun Kunyit

Penyediaan bahan-bahan :-

- Kerang perlu dibasuh terlebih dahulu
- Kemudian blender kan bahan-bahan seperti CILI PADI HIJAU, CILI PADI MERAH, BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH dan 2 BATANG SERAI dan KUNYIT HIDUP dengan sedikit air.....

Cara memasak :-

1. Panas kan sedikit minyak terlebih dahulu
2. Tumiskan bahan-bahan yang dah di blender tadi tu sehingga naik bau
3. Masukkan pula asam keping, daun kunyit (dipotong urat tengahnya), 1 batang serai (yang dah dititikkan) dan garam (garam tu letak sikit jerk ye sebab nanti bila kerang dah dimasukkan air kerang yang keluar akan jadi masin)
4.Gaulkan sehingga rata... 
5. Masukkan kerang yang dah siap dibasuh... Gaulkan juga sehingga rata kemudian tutupkan periuk / kuali dengan penutup periuk selama 5 hingga 10 minit.
6. Selepas itu baru masukkan santan (santan ni lagi pekat lagi sedap)... Kemudian gaulkan lagi sehingga rata keseluruhan kerang tersebut dengan bahan-bahan yang diatas... Biarkan selama 10 hingga 15 minit sampai santan betul-betul dah masak kemudian tutupkan apinya...

Daaaaaa.... Siap.... Horeyyyy boleh lah korang hidangkan untuk orang yang korang sayang,,, Hubby ke family ke kawan-kawan ke kan.... =) 

Itu jerk setakat ni resepi yang aku boleh kongsikan kat sini.... =) 

Selamat mencuba kawan-kawan..... (^______^)

Opssss ada pesanan :- if dah mencuba resepi ni dan dah menjadi sila-sila lah tinggalkan komen dibawah ini ye.... Byeeee....

its me
mass-naim

3 ulasan:

Iola berkata...

mesti sedap :D by the way, suka lagu dekat blog ni..lama tak dengar hii

TunSha Ayunie berkata...

first time tahu masakan ni.... mesti best !!

MNH SASTERA MELAYU berkata...

sedapnya... boleh cuba ni. Btw, terima kasih sebab follow saya. saya dah follow awak balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (66) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (38) Kesayangan (35) Soulmate (35) Miscellaneous (28) family (28) Jerit (24) Kelahiran (21) anugerah terindah (21) Diari Mengandung (20) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) Sahabat (11) kesihatan (9) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) HangOut (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) redha (1)