Isnin, 11 Ogos 2014

1st Raya as Husband and Wife

Hari ni dah masuk raya ke-15.... Sekejap je masa berlalu kan.... =) 

Untuk raya tahun ni is 1st year aku beraya as husband & wife..... Rasa seronok dan teruja tau..... Hikhik.... Aku balik kampung hari Sabtu sehari sebelum raya.... Macam tahun-tahun lalu hubby akan turun JB jemput aku.... Dia sampai JB Jumaat malam..... Terus bawak dia pergi makan... Kesian dia berbuka dalam bas waktu dalam perjalanan... Huhu.... After that terus pergi Bazar Karat cuci-cuci mata.... Esok pagi sebelum gerak balik kampung baru kami shopping-shopping apa yang patut..... Sampai kampung dah petang konon nak berbuka umah mertua tapi dalam perjalanan ayah aku call suruh singgah kejap amik lauk diaorang masak ketupat untuk bagi pada mertua =) Tapi tak sempat... Sampai rumah mertua dah lepas waktu berbuka.... Tak pasal-pasal kami berbuka dalam kereta jerk waktu tu... Hukhuk...... Kenangan jugak tau sebab dah lama tak berbuka dalam kereta..... Weeee...... Dah jommmmmm kita #throwback....



> Masa ni kami dalam perjalanan nak balik kampung..... Member hubby ada follow kiteorang kat belakang.... Dia nak saing katanya..... Tapi sampai exit Pagoh kami keluar highway dulu.... Member hubby terus kan perjalanan sendiri sampai ke Tangkak..... =)






 > Gambar ni pulak adalah gambar pagi raya kami...... Tema 1st raya kami aku pilih hijau.... Untuk baju hubby kami beli kat Angsana jerk.... Untuk tunaikan permintaan hubby untuk pakai ala-ala jubah dan kain pelikat pagi raya.... Aku tunaikan lah... Kebetulan memang aku pun nak pakai jubah jugak raya tahun ni... So niat kami sama.... (nampak tak ada persamaan antara kami) Weeee perasan..... So, hajat dia nak pakai jubah dah pun tertunai.... Next year tak tau pulak gaya apa yang dia nak pakai.... Aishhhhhh ~~~~ Ahahaha.... Masa pagi raya ni aku raya sebelah hubby dulu.... Sebab aku kene gilir-gilir jugak dengan adik aku.... Untuk raya kali ni diaorang raya rumah parents aku.... Kalau semua nak beraya 1st raya kat rumah parents aku,, nampaknya next year rumah parents aku sunyi sepi lah kan... Hukhuk.... So kene lah bagi-bagi kalau this year aku tak beraya dengan parents aku atleast adik-adik aku ada beraya dengan diaorang... Sama jugak dengan next year giliran aku pulak beraya dengan parents aku adik aku pulak beraya dengan mertua dia.... Kan fair macam tu.... Tak ada lah berat sebelah kan... Hikhik....



 > Gambar ni aku dapat dari wasap adik aku.... Ayah aku tengah melayan cucu dia main pop pop.... Hahahaha.... Cucu sulung kan.... So segala-galanya untuk dia.... =) Geram je dengan dia.... Alahai Ikhwan..... - Gambar sebelah family aku belum dapat lagi dari adik bujang aku... This year pagi raya diaorang kat Muar.... Lepas tu mereka berlepas ke Batu Pahat rumah atok... Kat sana meriah gila... Rugi aku tak ada... Hakhak....



 > 2nd raya kami..... Sebelah petang baru gerak beraya... Konon nya nak balik beraya ke Batu Pahat dengan family aku pulak... Sekali tu call ayah aku dia cakap tengah on the way ke Kluang.... Huhu.... Terus jerk hubby masuk highway menghala ke Kluang rumah Pak Uda aku..... Family aku gerak konvoi dengan adik beradik ibu serta sepupu sepapat aku.... Lebih 10 kereta kot yang pergi... Best.... Aku sampai lewat sikit lepas maghrib,,,, Sampai-sampai rumah padat... Huhuhu.... Dah lah tersesat.... Maklumlah aku daerah Kluang xberapa reti nak jalan... Hikhik..... Tapi alhamdulillah sampai jugak akhirnya,,,, =)




  


> 3rd raya kami.... Pagi ni kami di rumah parents aku di Taman Sri Sulong Batu Pahat.... =) Nak beraya rumah sedara-mara sebelah ayah aku kat Kampung Linau Bukit Pasir..... =) Sebelum sampai rumah nak beraya ayah aku singgah sarapan.... Niat hati nak makan Nasi Lemak Sup Tahu kat Kampung Linau Bukit Pasir tu... Tapi kedai yang sedap tu tutup pulak... So terpaksa pergi kedai yang satu lagi.... Menu sama jugak Nasi Lemak Sup Tahu... Tapi kurang sikit lah rasa nya tak macam kedai yang satu lagi tu... Tapi tak pe as long as aku dapat rasa kat tekak jugak akhirnya... Ayah aku macam tau-tau jerk aku tengah terbayang-bayang kan nasi lemak sup tahu tu... Huhuhu......



 Kalau tak silap aku kat tempat lain tak ada kot menu Nasi Lemak Sup Tahu ni.... Hanya di Kampung Linau Bukit Pasir jerk yang ada.... Kedai yang aku cakap sedap tu pun sedara-mara dengan ayah aku jugak... Tapi kedai nya tutup.... Yang aku makan ni kedai nya pun area tempat yang sama jugak... Huhu.... Boleh lah asal dapat makan hilang ngidam aku... Hakhak..... Waktu ni adik perempuan aku dah tak ada dia dah beraya ke rumah mertua dia.... Huhu.....


 Ni pulak sebelah malam raya ke-3... Kami beraya ke rumah sepupu aku kat Bandar Baru Tangkak..... Huhuhu...... Gambar kami tak ada.... Yang ada gambar parents aku.... Ha.... Ayah aku memang peminat motor-motor besar...Sanggup pergi Morib hari tu sebelum puasa... Huhu... Sebabtu dia test superbike sepupu aku tu........ 


Itu dia motor kesayangan ayah aku... Legend.... Daripada dia bujang sampai dah kahwin sampai dah ada aku dan adik-adik aku... Sampai dah ada cucu dah nak masuk 2 orang cucu.... Motor ni masih berfungsi dengan baik...... Hihihi....... Kenangan motor tu pada aku yang tak boleh aku lupa... Aku pernah kene hempap dengan motor tu... Sakit wooooo..... Erkkkkk (-_-")




> Raya ke-5.... Mereke kejam..... Fotoshoot tanpa aku... Hukhuk....... Itu lah dia sebahagian sepupu sepapat aku...... Bergambar tanpa aku.... Actually ramai lagi yang tak ada..... This year tak macam tahun-tahun lepas ..... Ada BBQ family, Bowling tournament family (wajib semua family masok... Pakcik aku sponsor semuanya) dan midnight movie beramai-ramai kasi pecah panggung.... Lepak sampai kesubuh beramai-ramai sampai mamak dah nak tutup kedai air bercawan-cawan order.... Huhuhu... This year yang aku tau mereka-mereka ni buat aktiviti sendiri berfotoshoot dan midnight movie jerk...... Tak ada BBQ tak ada tournament.... Huhuhu..... Lain tahun lain ceritanya kan.... Hikhik


  > Ok last gambar raya ke-6 aku..... Waktu ni aku dah nak balik JB... Tapi sebelum tu kami follow family hubby beraya ke Segamat.... Waktu tu pulak kereta aku kene sebat menyebabkan side mirror kanan aku pecah.... Ingat tak entry ni NASIB RAYA KURANG BAIK THIS YEAR .... Nasib baik waktu tu tak ada kemalangan jiwa berlaku pada kami.... Alhamdulillah syukur... Allah masih panjangkan umur kami.... =) Lepas beraya di Segamat kami terus gerak balik JB ikot jalan Segamat-Yong Peng.... Alhamdulillah kami selamat sampai ke JB....

Itu lah cerita raya kami.... Ada yang happy... Dan ada juga dugaan buat kami.... Apa-apa pun kami seronok beraya bersama untuk tahun ni.... Yeehaaaaa.... =) Next year maybe kami dah bertiga... Siapa tau kan..... Hihi... InsyaAllah kalau ada rezeki kami.... Doakan untuk kebaikan dan kesejahteraan kami ye kawan-kawan.... Ok da..... Selamat Hari Raya.... 

its me
mass-naim


5 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

Alhamdulillah, seronok kan raya bila dah bersuami ni? ^_^

Mn berkata...

Alhamdulillah kak... Memang seronok..lain rasanya raya bila dah bersuami ni... Hikhik

Abam Kie berkata...

best kan dpt beraya dgn suami? moga kekal ke akhir hayat...

Hanaeyo berkata...

hye saya admin dari segmen mencari 20 bloglist bertuah dan anda boleh check senarai blog anda http://dunia-iekafarhana.blogspot.com/2014/08/senarai-blog-segmen-mencari-20-bloglist.html

Ana Jingga berkata...

masih dalam mood raya, salam lebaran, selamat hari raya ke 17.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)