Pagi ini aku terasa jari jemari aku terajin untuk menaip dan otak aku berputar ligat untuk mencari ayat yang sesuai untuk aku paparkan di blog aku nih. (^____*")
Orang kata kalau ikot hati mati...Ikot badan binasa....!!! Aku dah tak peduli dengan pepatah macam tu....Dia fikir diri dia cinderella ke yang perlu aku kesian pada dia....Sorry i'm not like who u think!!! Kalau dulu aku masih boleh berdiam....Kalau dulu aku masih lagi boleh tolak ansur dengan kau even kau buat cerita tentang aku,,aku masih lagi mampu tersenyum depan kau....Tapi tak lagi sekarang....Kau tak akan dapat kenal diri aku lagi lepas kau buat macam-macam pada aku....Dan aku tak mampu untuk jadi baik macam dulu lagi pada kau....(>____<")
Bagi aku kau ular yang sangat bisa dan merbahaya....Sekali kau buat aku....Hati aku masih lagi mampu untuk tersenyum sebab aku fikir kesian pada kau....Kerana akal fikiran aku yang waras ni lah menjadi ubat untuk aku terus senyum dan ikhlas berkawan dengan kau....Tapi bukan untuk yang kedua kali....Kali ke-2 kau buat aku....Hati aku terus mati tanpa ada sebarang dos ubatan bila bisa yang kau bagi dah mula menyelinap ke saluran darah sampai ke otak lalu menghentikan akal fikiran aku yang waras untuk terus berfikir secara rasional....Aku dah tak mampu untuk tersenyum pada kau lagi....Pandang muka kau juga aku dah tak nak....(>.<")!
Aku bukan kejam macam kakak tiri cinderella malah bawang merah yang suka membuli tanpa ada perasaan...Tapi aku cuma hanya mahu menghindar dari aku terus dipatuk ular yang berbisa dan merbahaya seperti kau.....(>.<)...Dan kau tak perlu untuk memaksa diri aku terima semula diri kau kerana kau sendiri yang rosakkan semuanya....Cukup sampai detik ini sahaja aku kenal diri kau yang sebenar....Dan bermula saat ini waktu ini aku dah tak nak kenal lagi siapa kau......(-______<")
Nota kaki :- Kepada yang berkenaan berubahlah.....Tak ada apa lagi aku nak cakap pasal kau.....Hati aku kecewa dengan sikap kau....(Y___Y")!
Not easy for me to believe a traitor like you!!!!
It's me
mass-naim