Lidah memang tiada bertulang....Bermacam jenis lidah yang kita dengar hanya perlu berhati-hati.....Pandai menutur percakapan....Omong kosong tidak henti dengan imaginasi akal fikiran yang polos turun ke hati menentukan niat yang entah kan baik entahkan tidak....Lidah tajam umpama pisau yang menusuk ke hati menembusi jantung lalu mati tidak percaya lagi.....Kerana lidah banyak mengkucar kacirkan manusia zaman kini yang sememangnya bijak menggunakan akal untuk berfikir tetapi tewas di tangan lidah dan bodoh menggunakan akal....Hanya manusia yang mempunyai akal berfikir dengan waras mampu menepis dan menangkis omong kosong lidah yang tajam lagi bercabang...Mereka mampu menggunakan akal dan lidah ciptaan Tuhan yang indah dengan sempurna lalu mereka berjaya menggapai impian sendiri menongkah arus mengejar kejayaan demi masa depan keturunan anak bangsa....Tanpa mempedulikan omong kosong lidah tajam lagi bercabang yang acapkali memberi impak yang negative....Kita manusia yang mempunyai akal dan fikiran positive mampu membuat anjakan paradigma dan terus maju menempa kejayaan tanpa ada sedikit pun sekatan....
Zaman kini buat kita berwaspada...
it's me
mass-naim