Ahad, 30 Disember 2012

end of december 2012

Pejam celik pejam celik da hampir penghujung tahun 2012..(>.<)..2013 pulak mendatang (^___^). Masa sangat suntuk sekarang ni. Terasa macam baru setengah tahun 2012.. Dalam tak sedar banyak benda yang dah kita lakukan dalam tahun 2012 yang bakal kita tinggalkan menjadi sejarah dan kenangan manis serta pahit buat kita..

Seperti aku... Banyak kenangan aku dalam tahun 2012 ni (=,=') antaranya ialah genap setahun aku duduk n menetap di Johor Bahru kerana aku mempunyai tugasan yang perlu aku laksanakan dengan rapi untuk menyara kehidupan aku dan untuk menjamin masa depan aku..yeahhhhh (^__^).. Tahun 2012 ni jugak lah banyak mengajar aku erti hidup berdikari atas kaki sendiri.. Mana tak nya aku duduk jauh dari family aku.. Semua benda aku kene buat sendiri.. Masak sendiri (bila time rajin aku datang la..hihi), basuh baju sendiri, sidai baju sendiri, lipat baju sendiri dan juga kemas rumah sendiri.. Senang cakap semua yang aku lakukan adalah sendiri tanpa menggunakan khidmat ibu dan ayah aku untuk membantu.. Sangat seronok bila semua benda kita buat sendiri.. Terasa macam dah terlalu matang..hihihi....(>.<) malu ah....!!

Dalam tahun 2012 juga si chenta hearty dah mula menunjukan perubahan yang ketara dalam hidup dia dan diri dia...Thanks God aku bersyukur amin !! (^__*) Kenapa aku cakap dia ada perubahan?? Sebabnya bila aku dan dia terpisah jauh walaupun jarak antara kami cuma ambil masa 2 jam untuk sampai ke JB dari tempat tinggal dia.. Dia mula dapat rasa erti menghargai sesuatu yang sangat bernilai.. Maksud aku dulu kami  sering berjumpa pantang ada masa free jerk asyik nak jumpa tak habis-habis dan ada masa pulak sering bergaduh tak tentu pasal....Hurmmmm (>,<")!! Apa nak jadi tak tau lew.... Tapi bila berjauhan pula jarak yang menyebabkan kami jarang dan susah untuk berjumpa.. Hanya msg dan call menjadi penghubung antara kami setiap hari setiap masa setiap detik dan setiap saat.. (^__^)/// Dan untuk lebih menghargai sesuatu yang bernilai si chenta hearty sanggup untuk turun ke JB setiap bulan semata-mata nak jumpa dengan aku.. Aku sangat hargai usaha dan pengorbanan dia.. Perubahan dia menunjukkan dia seorang yang lebih prihatin dan lebih penyayang dalam hubungan kami.. (^_____^) !! Walaupun kami jauh tapi usaha dia dan pengorbanan dia demi aku menjadikan hubungan kami semakin erat dan penuh dengan kasih dan sayang.. Layanan dia pada aku tak lagi seperti dulu.. Mungkin tempoh pertunangan kami yang kini hampir mencecah 2 tahun seperti yang dijanjikan juga menjadi punca kebahagiaan kami untuk menanti saat diijabkabulkan semakin hampir membuatkan cara layanan dia pada aku juga turut berubah.. (^______________^)... Aku bahagia saat ini dan harap untuk selamanya bahagia aku dan dia akan kekal.. InsyaAllah dengan izin dari-Nya.. (>___*)....

Tahun 2012 jugalah yang telah menemukan aku dengan ramai kawan baru yang datang nya dari setiap negeri kerana tahun 2012 merupakan tahun aku bekerja dalam bidang yang baru iaitu sebagai jurutol dan beralih arah pula ke bahagian admin sebagai kerani dalam syarikat yang sama... (>.<") Ramai kawan-kawan yang aku sayang antaranya Dila,kak Nur,Ika,Zana,Kamal,Haziq,Al-fiz nan,Aidil,Meon,Nas,Faiz (Bob) ni semua geng-geng gila karok.. Banyak kenangan aku dengan diaorang.. Tapi end 2012 ni jugak lah yang telah memisahkan kami kerana nasib tidak menyebelahi mereka dimana bahagian jurutol telah dibuang keseluruhan nya.. (-___-") Aku sangat simpati dengan nasib mereka semua.. Tak ada lagi gurau senda dari diaorang.. Tak ada lagi suara-suara karok diaorang.. Nasib aku di syarikat itu juga masih belum dapat dipastikan sama ada kekal atau mengikut nasib yang sama seperti mereka........ Aku buntu mengenagkan nasib aku lepas ni (>.<")!! Aku sayang kawan-kawan aku semua.. Aku akan rindu kat korang.. Hope kita masih lagi still contact.. Bila majlis kawen aku tiba aku akan jemput korang-korang semua k.. (Y____Y") Kenangan dengan korang tak mungkin aku lupakan selamanya... Sayang korang (-_____-')


Bagi aku untuk story tentang 2012 ni memang banyak nak shared.. Tapi bukan semua yang kita boleh shared kan... Biar lah yang lain-lain tu menjadi memori segar yang terpahat dalam ingatan aku.... (>.<")!!

SELAMAT TINGGAL 2012

SELAMAT DATANG 2013

Nota kaki :- Setiap kenangan yang hadir dalam diri kita simpan lah ia sebagai satu koleksi peribadi kita yang tak semudah a,b,c dan 1,2,3 untuk melupakannya dan melenyapkan nya dari memori kita kecuali ajal dan maut yang dapat memadamkan segala kenangan terindah milik kita.. (^_________^)


it's me
mass-naim



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)