Setiap manusia yang sudah berkahwin mesti mengangankan dan menginginkan zuriat mereka sendiri... Sama jugak dengan aku.... Selalu aku doa agar aku dikurniakan sepasang zuriat kembar.... In sya Allah,, ini semua kerja Tuhan..... Dia yang menentukan segalanya.... Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa je selagi mampu..... Lagi pulak hubby aku sendiri kembar..... Mana tau kan rezeki berpihak pada kami kan kalau genetik kembar pada hubby ni kuat kan......... =) Dulu mase belajar aku selalu harapkan dapat berkawan dengan pasangan kembar tak kira lah lelaki or perempuan.... Sampai satu masa aku pasang impian agar aku diketemukan jodoh dengan kembar jugak... One day aku dapat berkenalan dengan kembar (hubby)... Aku ingat mase tu hubby main-main kan aku yang dia ni kembar..... Sekali betul rupanya......Huhuhuhu...... Suka tak terkata masa tu.... Kawan dengan hubby lama dah... Tak taupun dan xjangka pun yang hubby ni lah jodoh aku sekarang in sya Allah till Jannah lah kan........ Sampai one day dia nak masuk minang.... And last kahwin.... Syukur pada Allah sebab apa yang aku impikan selama ni tertunai..... And now tengah pasang impian niat nak zuriat kembar pulak..... Hihihihi.... Haruslahkan kene usaha lebih dan yang paling penting is haruslah kene selalu berdoa semoga dimakbulkan niat tu.... Hihihihi.... Ok jommmmmm tengok Faktor Faktor Bagaimana Nak Dapatkan Anak Kembar..... Peace !!!!!!!!!!!!!!
Faktor-faktor kebarangkalian mendapat anak kembar:-
GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang
mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak
kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait
yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.
UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi
yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita
akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih
cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana
proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan
anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat
mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info
dari kajian saintifik.
DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan
makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu
meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut
meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu
proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
its me
mass-naim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan