Sini aku nak sharekan serba sedikit tips Percintaan @ Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).... Aku pasti tak ada orang yang hendakkan situasi yang macam tu kan.... Sentiasa berjauhan dengan insan yang tercinta...?? Betul tak?? Contohnya macam diri aku sendiri.... Dari awal kenal hubby dulu sampai lah dah kahwin kami melalui percintaan jarak jauh dan perkahwinan jarak jauh.... Dulu kenal hubby dia kerja kat KL aku study kat Muar (masa tu aku F6 upper),,, Aku abis study dia still kat KL,, Aku kerja dai mula balik kampung kerja kat Tangkak,,, Muar-Tangkak bagi aku masih jauh lah juga... Makan masa 30minit kalau nak ke Tangkak tu... Akhir tahun 2011 aku pindah JB sebab dapat better offer kat JB hubby plak masa tu kat Tangkak,,, Sampai lah aku dah nak masuk 7 bulan kahwin still lagi jauh... Aku kat JB dan hubby kat Tangkak.... Macam-macam dugaan dah kami tempoh dari awal kami kenal sampailah bertunang dan sampai lah sekarang ni..... Alhamdulillah segala dugaan kami dapat atasi dengan akal dan fikiran yang waras...... Pokok pangkal hati..... Kalau hati kuat dan sentiasa berdoa insyaAllah Allah akan pelihara hubungan yang terjalin dengan mudah....
Ok panjang dah aku melalut.... Sekarang nak sharekan apa yang patut tentang PJJ ni ye.... =)
#1 SALING MEMPERCAYAI CINTA MASING-MASING
Dalam setiap percintaan, kepercayaan antara anda dengan si dia amatlah penting. Tambah-tambah lagi sekiranya anda berdua terpaksa berjauhan. Akan ada ketika dan waktu anda dan si dia diuji bila berjauhan dan kekuatan cinta serta kepercayaanlah yang memainkan peranan yang besar pada waktu ini. Andainya sudah tiada kepercayaan dalam cinta, maka musnahlah sebuah perhubungan yang terbina.
p/s :- Ingat ye, jangan pernah ada wujud perasaan ragu akan cinta si dia.
Aku :- Ada kala hati tak sedap maybe sebab terlampau ikot kan perasaan ada jugak terasa ragu dengan hubby.. Tapi aku cepat-cepat buang perasaan ragu tu... Takut nanti perasaan ragu tersebut buat kan aku dan hubby bergaduh... Tak nak lah sampai macam tu kan... Ini semua demi keharmonian rumah tangga aku.... So far jarang nak ada perasaan ragu kat hubby sebab aku percaya akan keikhlasan hati dia terima aku seadanya... =)
#2 BERDOA AGAR HUBUNGAN DIREDHAI DAN KEKAL BAHAGIA
Selepas menunaikan solat, sentiasalah berdoa kepada-Nya agar si dia yang jauh nun disana sentiasa sihat dan gembira serta hubungan cinta akan diredhai dan kasih sayang antara anda makin bertambah. Walaupun si dia tidak mengharapkan doa anda itu, tapi InsyaAllah si dia tahu anda sentiasa mendokan kesejahteraannya dan cinta anda berdua.
p/s :- Ingat ye kawan-kawan doa tu penting untuk mendapat keberkatan.
Aku :- Bagi aku doa itu penting supaya hubungan yang terjalin mendapat keredhaan dari-Nya... Aku tak pernah lupa untuk berdoa pada Allah agar selamatkan ikatan hubungan aku dan hubby...Selain dari tu aku jugak berdoa agar kami sentiasa saling sayang menyayangi dunia dan akhirat... Walaupun kami nampak rock jerk pada mata insan lain tapi kami bahagia dengan cara kami sendiri...... =)
#3 SETIA DAN JUJUR DENGAN SIDIA
Berjauhan bukanlah satu tiket untuk anda bebas berpacaran dengan sesiapa. Ia juga bukan sebagai sebab untuk mengatakan anda masih single/bujang kepada kawan-kawan anda.
Banyak perhubungan yang kecundang disebabkan ketidakjujuran antara satu sama lain bila berjauhan. Mereka jatuh cinta kepada orang yang terdekat yang cuba bertindak sebagai pengganti pasangan dengan mula menunjukkan sikap mengambil berat kepada mereka.
Mungkin anda berkata, "Alaaa si dia jauh. Bukannya si dia tahu apa yang aku buat". Andai kata si dia pula yang bertindak sedemikian kepada anda, apakah yang anda akan rasa? Cuba letakkan diri anda dalam situasi itu. Apakah perasaan anda ketika mengetahui si dia berpacaran dengan orang lain dibelakang anda? Semestinya anda tidak mahu kan?
p/s :- Elakkan lah berlaku curang dan hilangkan kepercayaan dia pada anda.
Aku :- Untuk setia dan jujur dengan si dia memang dah sebati dalam diri aku..... Aku dari dulu jenis suka berkawan dan bercinta pada yang satu... Mak aku selalu pesan jangan memainkan perasaan orang.... Kalau orang dah sakit hati macam-macam boleh terjadi.... Hihi =)
#4 SELALU BERKOMUNIKASI
Komunikasi adalah salah satu aspek elemen yang penting dalam sesebuah perhubungan. Miscomunication @ salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan anda.
Zaman sekarang sudah ada pelbagai komunikasi - whatsapp, mesej, call, internet, webcam, video call, YM dan macam-macam lagi. Ini menunjukkan bahawa anda meningatinya walaupun berjauhan di samping dapat mengubati rindu di hati masing-masing.
Dan kalau anda rasa nak lebih romantis, anda boleh menggunakan cara lama untuk berhubung iaitu dengan mengutus surat. Mungkin nampak kurang relevan untuk zaman sekarang tapi percayalah, ianya akan membuat pasangan anda merasa lebih dihargai dan sangat istimewa buatnya. =)
p/s :- Berkomunikasi tu penting ye kawan-kawan bagi mengelakkan rasa ragu dan syak prasangka.... Bayangkan kalau tanpa berkomunikasi macam-macam akal kita boleh fikir ye tak... Satu lagi, berkomunikasi ni salah satu cara untuk kita lepas kan rindu pada si dia.
Aku :- Bagi aku berkomunikasi wajib untuk aku lakukan setiap hari dan pada masa-masa tertentu.... Kalau nak berkomunikasi pada setiap masa alamat tak siaplah kerja nanti kan... Hikhikhik.... =) Dan hubby yang selalu dan rajin call aku,,, Sebab dia pakai bill aku pulak pakai topup... So,, hubby suggest biar dia yang buat call kat aku,,, Aku pulak juz msg jerk lat dia,,, tapi bila kredit aku full aku lah yang akan call dia... give n take orang cakap.... =) Selain dari tu aku dan hubby akan bertukar-tukar gambar melalui whatapp.... Barulah hilang rasa rindu tu sikit kan.... Hikhik... =)
#5 LUAHKAN PERASAAN ANDA
Mungkin anda malu untuk meluahkan perasaan bila berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam sewaktu dengan si dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk meluahkan perasaan anda kepadanya.
"Abang, ayang sayang kat abang sangat2"
"B, sebenarnya kita rinduuuuuuu sangat2 dah kat B =( "
Dan bagi suami isteri pula, anda boleh mesej kepada si dia dengan fantasi-fantasi seks yang mungkin anda malu nak bercakap sewaktu bersama. Ini akan membuatkan si dia tidak sebar untuk pulang dan berjumpa anda nanti =) Hikhik
p/s : Luahkan jangan dipendam.... Jika pendam diri sendiri juga yang meranakan... Hikhik.... Jika tak diluahkan,, Si dia pun tak tau apa yang anda pendamkan betul tak???
Aku :- Bagi aku, aku menganggap meluahkan perasaan ini satu perkara yang sangat penting menambahkan lagi perasaan rindu yang sedia ada..... yeeeeeee :)
#6 BERTEMU JANJI
Sudah pasti berjauhan, masing-masing merindu satu sama lain.
Walaupun si dia berada jauh di utara dan anda pula berada di selatan, carilah masa lapang atau pada waktu cuti yang sesuai. Ambillah kesempatan untuk berjumpa atau melawat si dia. Korbankan sedikit kepenatan untuk berjumpa dengan si dia tercinta seketika. Jadikanlah pertemuan seketika itu sebagai salah satu lagi kenangan terindah antara anda berdua. Namun sekiranya anda masih belum berkahwin, jagalah batas pergaulan masing-masing sewaktu berjumpa.
p/s :- Ingat ye luangkan lah sedikit masa untuk berjumpa ok...
Aku :- Bertemu janji wajib bagi aku dan hubby,, biasanya kami selalu bergilir-gilir untuk buat temu janji.... Ada masa aku yang balik ke kampung,,, Bila dah kat kampung tuh terpaksa tunggu hubby settlekan kerja dia... Sebelah malam kami luangkan masa keluar tengok movie, jalan-jalan or apa-apa yang berfaedah.... Ada masa pula hubby yang akan turun ke JB dengan menaiki bas,,, Aku yang akan jemput dia kat sentral.... Kebiasaan nya kalau hubby ada kat JB banyak masa untuk bersama bergurau,,kesana dan kesini dan ada masa masak bersama.... Barulah harmoni rumah tangga.... =)
#7 BERIKAN HADIAH DAN KEJUTAN
Sesekali selitkanlah elemen kejutan dalam perhubungan anda bagi mengelakkan hubungan anda berasa bosan. Berikan hadia atau apa-apa kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh-tarikh penting seperti harijadi dan ulangtahun perkahwinan. Dan lihatlah reaksi si dia sewaktu si dia menghubungi anda kemudian. Pasti anda akan merasa bangga dengan apa yang anda lakukan untuk si dia.
p/s :- Orang kata "Walau jauh dimata tapi dekat dihati". Kejutan... Wowwwwww !!! Spechless =)
Aku :- Selalu dapat kejutan dari hubby dari segi bila masa dia turun JB diam-diam,,, Dah sampai sentral baru dia call,,, Ada satu kali tu masa perlawanan bola JDT vs Sime Darby pada entry yang ini klik sini macam tak percaya yang dia dah ada kat Stadium waktu tu... Masa tu hubby call tanya nak tengok bola ke tak nak... Kalau nak datang stadium cepat... Rasa macam tersalah dengar waktu tu... Ahahahah gembira tak terkata..... Cepat-cepat balik rumah dari tempat kerja salin baju dan sebagainya dan rushing ke stadium.... Hubby dah tunggu kat sana.... Hihihi..... Aku pulak selalu akan belikan dia something kalau aku keluar shopping dengan member-menber.... Sama ada dia balik JB or aku balik Tangkak aku akan bagi dia barang yang aku beli tu... And terus dia kucup dahi aku and say thanks Bie... =) Your welcome dear... =)
#8 WUJUDKAN PERSEFAHAMAN DAN TOLAK ANSUR
Ramai orang mengabaikan point ini. Tanpa persefahaman dan tolak ansur antara anda dan si dia, hubungan anda berdua akan kecundang ditengah jalan. Contoh yang paling mudah adalah banyak pasangan yang bergaduh bila mesej ataupun panggilan mereka tiada respons sedangkan yang sebenarnya adalah si dia ada kerja/kelas.
p/s :- Harus ada persefahaman barulah aman damai sesebuah perhubungan.
Aku :- Untuk point yang ini, Aku dan hubby kerap wujudkan situasi persefahaman dan tolak ansur... Sebab nya aku dan hubby sering berkongsi jadual masa kerja bersama.... Andai kata kalau hari esok aku ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan or meeting aku akan text hubby awal-awal or andai kata aku keluar dengan member-member aku,,, Aku akan text dia terlebih dahulu dan hubby akan balas text jangan balik lewat sangat.... And aku say yess aku akan cuba balik awal.... Macam hubby ada masa dia akan keluar minum pada waktu malam dia akan call or text aku.... Or kerja macam dia as side supervisor contractor memang sentiasa busy memanjang.... If malam dia ada kerja or kene follow bos dia jumpa orang,, Dia akan call aku inform pada aku.... So aku ok jerk dan faham kerja diadan tak ganggu dia.... Sebab skop kerja aku pun dikelilingi oleh engineer-engineer, orang-orang technical dan kontraktor2... Hoho bonus bagi aku untuk bertolak ansur dengan hubby.... =)
#9 JANGAN MENGONGKONG
Di Korea, ada seorang wanita yang terlalu mengongkong pasangannya disebabkan jarak mereka yang jauh. Wanita tersebut memasang CCTV di tempat pasangannya bekerja bagi memantau aktivitinya. Dan pasangannya juga perlu mengambil gambar setiap masa setiap kali bekerja di luar ofis sebagai bukti bahawa dia sedang bekerja di luar. Dan walaupun pasangannya berasa terkongkong dan rimas, tetapi dia mampu berbuat apa-apa kerana terlalu sayang dan cinta akan wanita tersebut.
p/s :- Kawan-kawan,,,korang jangan lah sampai menongkong pasangan korang macam situasi wanita dan pasangan kat atas tu.... Tak boleh nak bernafas siot..... So korang boley menongkong tapi berpada-pada lah jangan sampai korang merana sendiri dek kerana sifat mengongkong korang tu sendiri....hihi =)
Aku :- Tipu kalau aku cakap xde mengongkong hubby or hubby mengongkong aku.... Hihihi.... bagi aku tak salah kalau nak mengongkong ke apa... Cuma jangan terlampau mengongkong sampai ikot perasaan korang.... Kesian lah kat pasangan korang kan... Untuk aku dan hubby istilah mengongkong kami selalu praktikkan ialah just inform melalui msg or call mana kiteorang nak pergi,,,dengan siapa dan kat mana tempat nak tuju thats all,,,simple.... Yang penting kepercayaan tu harus ada dan... Jangan musnahkan kepercayaan pasangan kita... Bagi aku dan hubby,,kami masih lagi boleh bernafas dengan cara macam tu... Tidak merumitkan diri masing-masing dan one more things harus balik tepat pada masa... Kalau dapat awal lagi bagus atleast hubby or aku sendiri tak lah rasa was-was nak benarkan keluar lagi lepas tu... Hihihi..... Pandai-pandailah adjust masa kan.... =) Dan hati masing-masing pun kene jaga jugak.... Hihihi....
#10 JANGAN CEMBURU BUTA
Mungkin ada ketika akan tersebar khabar angin mengatakan si dia telah mendapat pasangan baru. Jangan sesekali mempercayainya dengan mudah kerana ia boleh memudaratkan perhubungan. Mungkin ada pihak tertentu yang cuba mengganggu hubungan anda. Seelok-eloknya bawalah berbincang. Tanyakan tentang khabar angin itu adakah ianya benar. Sekiranya si dia cuba menipu anda, anda akan dapat detect kerana anda mengenali si dia kan... =)
p/s :- Ingat ye cemburu buta ni bahaya kalau silap cemburu.... Cemburu tu memang ada pada sifat setiap pasangan kan... Tapi jangan sampai membawa padah ye... =)
Aku :- Sudah tentu aku ada sifat cemburu tu dalam diri aku sama jugak dengan hubby... Tapi aku cuba elakkan dari sifat tu wujud dalam diri aku.... Antara aku dan hubby sifat cemburu hubby lagi kuat tapi tak lah sampai jadi cemburu buta kan.... =) Hubby kalau cemburu dia akan diam jerk untuk beberapa jam after that dia akan ok balik bila dia tau keadaan sebenar.... Tapi hubby nampak comel kalau cemburu dia datang.... Hikhik..... =)
**********
Percintaan jarak jauh amatlah menguji kesetiaan dan kasih sayang sesebuah perhubungan. Berjauhan juga bukanlah satu alasan untuk tidak bercinta lagi. Semaikanlah cinta anda dengan baja kasih-sayang, percaya satu sama lain dan tolak ansur, InsyaAllah cinta anda akan berkembang dengan bekar di dalam hati walaupun masing-masing jauh di mata.....
Walaupun jodoh itu rahsia Allah, tapi kita kenalah berusaha dan menjaga cinta kita. InsyaAllah.
Credit to zoncinta sebab kongsi kan tips Percintaan Jarak Jauh (PJJ) ni... Berguna sangat buat saya.... Dan saya Re-Post semula dalam blog saya untuk kawan-kawan lain... Terima kasih. =)
its me
mass-naim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan