Isnin, 1 September 2014

Jom masak =)

Hye semua... Hari ni aku kembali untuk mengarang membebel yang ntah apa-apa kat blog aku nih setelah beberapa hari menyepikan diri disebab kan faktor kesihatan.... So far alhamdulillah aku kembali sihat walaupun sometimes aku muntah-muntah sampai keluar muntah hijau..... Ada masa tu pukul 3 pagi aku masih lagi muntah..... Huhuhu..... Tapi insyaAllah aku masih lagi kuat untuk melakukan rutin harian aku seperti biasa..... Rasa loya nak muntah cuma ada masa-masa yang tertentu sahaja..... Doakan aku kembali sihat macam selalu ye =)

Ok...... Last week aku ada share resepi ini kan (KERANG MASAK HIJAU)..... Ok aku balik kampung Khamis hari tu.... Sampai dah malam.... Malam tu jugak hubby cakap dia ada beli kerang, sotong dan ikan siakap petang tu... So aku cakap kat hubby macam tau-tau jerk esok aku nak masak kerang... So tak payah lah nak pergi pasar cari kerang.... Weeeee =) Hubby cakap ye lah dah boleh baca apa yang ada dalam fikiran aku..... Wahhhhh laki aku nih.... Kemain lagi boleh x-ray apa yang ada dalam fikiran aku.... Terorrrr Ahahahaha.....

So esok pagi-pagi bangun tanya mak mertua nak pergi kedai tak... Hikhik ofcoz lah nak kan.... So mak mertua aku follow aku g kedai cari lah sayur-sayur ke apa ke kan... Aku pulak cari bahan-bahan untuk aku masak kerang masak hijau aku tu... Memang gila excited nak makan kerang tu..... Dah tak boleh nak tunda-tunda lagi masak kerang tu... Ahahahaha.... Terukkkk......

Balik dari kedai terus sediakan bahan-bahan nya,,,, Lepas tu terus masak.... Lagi pun aku kene masak awal sebab sebelah petang nak pergi tengok bola kat Stadium Selayang ATM vs JDT.... Pergi dengan bos hubby dan wife dia dan anak-anak dia.... Hukhuk...... Mereka-mereka tu memang fanatic bola.... Ikotkan hubby dia malas nak pergi.... Tapi wife bos dia mintak no.fon aku sebab nak pujuk aku konon kalau dia ajak aku confirm aku nak pergi so hubby mesti tak boleh nak elak.... Hahahaha..... Trick wife bos dia... Nampak tak permainan nya di situ..... Ahahahaha.....

Ok berbalik pada cerita kerang masak hijau tadi tu..... Bila dah siap mak mertua pulak excited nak makan... Tak sabar masing-masing.... Sambil masak lauk lain sambil ratah kerang... Huhuhuhu..... Tapi still lagi ingat orang belakang.... Hasilnya :-



Lepas sembahyang Jumaat baru lah kami semua makan.... Hubby siap puji lagi sedap katanya..... Dia cakap tak boleh makan kerang banyak sangat takut sakit kaki tapi masalahnya dia kata makan kerang aku masak ni tak boleh berhenti.... Sedap sangat-sangat.... (Wahhhhhh kembang kejap rasanya...merah pipi tahan malu kene puji masakan sedap) =) Mak mertua pun puji sedap katanya siap tanya apa bahan-bahan nya.... Hikhik..... (^______^) Ok itu jerk nak membebel setakan ni.... Pada siapa-siapa yang nak cuba resepi KERANG MASAK HIJAU ni.... Korang boleh tengok resepinya DEKAT SINI ye..... k bye.....

its me
mass-naim

1 ulasan:

TunSha Ayunie berkata...

yeyyyyy ada resepi.... memang pencinta kerang ni ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (66) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (38) Kesayangan (35) Soulmate (35) Miscellaneous (28) family (28) Jerit (24) Kelahiran (21) anugerah terindah (21) Diari Mengandung (20) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) Sahabat (11) kesihatan (9) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) HangOut (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) redha (1)