Isnin, 2 Jun 2014

Pavlova dan Resepi

Haaaaaa...... Assalamualaikum... Ehem ehem teruja nih nak hupdate blog berkenaan pavlova.... Ahahahahahah.... Kalau orang dah basi lah kot pasal pavlova ni... Tapi aku??? Ada aku kesah nak bercerita?????? Suka ati aku lew kan... Ihihihihi... =) 

Hokay cite nya begini... Ehem ehem (teruja lagi)... Last week aku balik kampung... Sebelum balik kampung aku dah niat nak buat Pavlova.... Sebab teringin sangat nak buat menggunakan air tangan sendiri kan.... Mihihhihihi... Memandangkan hubby pun suka makan pavlova... Ingat lagi masa bufday aku last year member aku celebrate untuk birthday aku d beli pavlova masa tu... Memang super sedap.... Dapat lah hubby rasa masa tu.... Ermmmmmm.......

Masa aku balik ari tu sebenarnya dah agak lewat nak buat pavlovanya sebab aku ada hadiri 1 karnival anjuran SPA hubby suruh aku pergi so kene ikot cakap lah kan.... =) Lepas balik dari karnival tu walaupun terasa dah terlewat sebab nak pergi amik hubby kononnya untuk balik rumah di Batu Pahat aku tetap berdegil nak jugak tunai kan hasrat hati yang dah seminggu pendam...... Ihihihi..... Hubby terpaksa tunggu sampai pavlova aku siap.... Hihi... =) Bahan-bahan suma dah aku beli siap2 sebelum aku nak ke karnival tuh.... Hurmmmmmm meh aku tunjuk kan bahan-bahan apa yang perlu untuk membuat pavlova nih dan cara-cara nya sekali ye... Jommmmmmm

Aku perlukan bahan-bahan ini ye kawan-kawan......


4 biji telur (ambil putihnya sahaja)
1 Cawan tepung jagung
1 @ 3/4 Cawan gula halus
1 sudu kecik aisin vanilla
1 sudu kecik cuka masakan
1 cawan @ 250 ml whipping cream Non Dairy (Bukan Tenusu)
Buah-buahan (ikot korang lah nak guna buah apa pun kan)


Cara-cara membuat :-

1) Pecahkan 4 biji telur ambil putih nya sahaja... Yang kuning telur aku tak nak.... (Ingat jangan ada sikit pun telur kuning dalam telur putih tu ye kawan-kawan).....
2) Putar putih telur menggunakan pemutar kek pada kelajuan tinggi terus dan putar sampai putih telur tu gebu (Soft Peak).

Ni hasil putih telur yang dah gebu (Soft Peak)
Kalau korang nak tau dah soft peak ke belum
bila masa korang telungkupkan mangkok tu adunan nya tak akan jatuh ke lantai
ye puan-puan akak-akak adik adik semua... =) 

3) Langkah seterunya dalam kelajuan maximum jugak sila masukkan gula halus sedikit demi sedikit... Jangan stop untuk putar adunan..... Kang aku pukul tangan tu nanti.... Ihihihi... 
4) Lepas masuk kan gula halus korang boleh masukkan tepung jagung pulak pun sama masukkan sedikit demi sedikit sambil acuan diputar dalam kelajuan yang maximum jugak.... Putar sampai adunan jadi kental     dalam 10-15 minit kemudian stop kan mesin putar.....

Ok kali ni mesin dah stop kita gunakan spatula pulak ye akak-akak adik-adik puan-puan sekalian....


5) Langkah seterusnya masuk kan aisin vanilla dan cuka masakan pula.... Gaulkan menggunakan spatula sehingga rata.....

Seterusnya --------- >>

6) Sediakan dulang pembakar,, lapikkan dulang dengan baking paper dan tuang adunan tadi ke atas baking paper....

Adunan siap untuk dibakar.....
7) Pastu masukkan lah adunan tadi dalam oven.... Suhu untuk membakar antara 100-120 darjah celcius dan dibakar dalam masa 1 jam gitu.... =)

So sambil-sambil tunggu adunan tadi siap dibakar... Korang jangan lah jadi pemalas pulak kan... Pergilah kemas-kemas apa yang patut yang berselerak tadi.... Korang jugak yang buat selerak kan... Ihihihihihi...

Okay adunan tadi aku dapat dua (2) set.... So tak payah aku buang masa untuk buat adunan satu lagi kan.... Ye lah aku kene buat 2 set sebab 1 set untuk famly aku rasa... 1 set lagi haruslah untuk family hubby rasa kan.... Aku harus adil..... Ihihihi kalau tak adil nanti takut ada yang kecik ati aku jugak yang susah.... Bahahahahahah =)

Ok..... Untuk buat whipping cream pulak.... Korang jangan salah guna whipping cream tau.... Setau aku dia ada 2 jenis whipping cream iaitu tenusu & bukan tenusu (Non Dairy)..... Bukan semua whipping cream ni sesuai tau.... Pegi jerk korang cari kat bakery shop confirm ada.... Ihihihi..... Aku guna brand Value Pride Soft Blend macam dalam gambar kat bawah ni...... Sedap whipping cream nih.... =)

Brand Whipping Cream yang aku guna
Ok untuk whipping cream ni putar kan ia pada kelajuan yang paling maximum.... Putar kan sampai gebu-gebu kental tau..... Putar dalam 10-15 minit mcm tu lah....

Lepas tu korang boleh lah potong-potong buah untuk dihias kan kat pavlova korang tu ye.... =) Untuk potong buah korang potonglah ikot suke ati korang..... Hurmmmmmm 

Bila adunan tadi dah siap bakar biarkan dulu dalam oven 10 minit dengan keadaan pintu oven sedikit terbuka.... Kemudia keluarkan lah dia dari oven tu... Tunggu sampai dah betul2 sejuk baru lah korang selet kan whipping cream korang tadi tu kat atas adunan yang dah di bakar tadi..... Kemudian korang hiaslah apa yang patut kat atas cream tadi tu.... Ihihihihihihihi.......

Hasil dari air tangan sendiri

Haaaaaaaa........ Nampak tak gambar atas tu.... Itu lah hasil air tangan aku sendiri..... Menarik tak kawan-kawan????? Hurmmmmmmm teruja tau bila dah siap sepenuhnya... Sayang nak makan..... Ok gambar atas tu untuk aku bawak balik rumah mak mertua..... Yang untuk family aku punya ada tapi lupa nak snap..... Ngeeeeee... =D 

Bila dah siap semua dah kemas-kemas apa yang patut dalam pkol 9 malam baru siap aku terus cabut ke rumah mak mertua sian hubby tunggu dah lama untuk balik Batu Pahat at last tak balik pun sebab esok nak g antar sepupu jadi pengantin awal pagi takut tak larat nak bangun pagi nanti.... Last-last tidur lagi uma mertua... Ihihihihihi.....

Sampai rumah mertua terus bagi pavlova ni..... Mak terus suruh adik ipar amik piring dan sudu n pisau untuk potong.... Aku pun selit jugak nak merasa sebab tak sempat nak rasa kat rumah parents aku... Hihihihi... Adik ipar rasa terus tanya macam mana nak buat sebab dia cakap sedap gila.... Mak mertua pun cakap sedap... Terus mak mertua soh adik ipar tu amik resepi dari aku... Ahahahahaha..... Tak lama lepas tu adik-adik ipar yang laki-laki terus serbu pavlova tu sampai licin.... Tak sampai 1/2 jam atas meja dah abis licin... Nasib baik sempat aku simpankan sikit untuk hubby dan bapak mertua dan anak saudara hubby.... Kalau tak, tak merasa lah dowg pavlova aku tu kan.... Ihihihihihi.......

Hubby masa tu keluar tengok bola masa aku sampai.... So dia balik aku terus bagi kat dia pavlova tu.... Teruja lah katakan... Ahahahahah....... Tanya dia amcam jadi x pavlova B buat..??? Dia terus cakap jadi dan sedap.... Mak mertua yang duduk sebelah hubby senyum jerk dan puji aku depan hubby yang pavlova aku tu sedap.... Ahahahahahah maluuuuuu jap time 2..... Hubby cakap boleh buat lagi nanti....... Dah tentu lah untuk hubby apa jerk boleh sayang..... Ihihihihihi...... Chilllllll =)

Ok lah...... kalau ada resepi lain nanti aku hupdate hokayyyyy..... Bye.... Selamat mencuba semua...... =) Peace yall (^_____^) !!!!

its me
mass-naim

1 ulasan:

Mar Mansor berkata...

terliur lak baca entri pavlova ni...suka gak makan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (66) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (38) Kesayangan (35) Soulmate (35) Miscellaneous (28) family (28) Jerit (24) Kelahiran (21) anugerah terindah (21) Diari Mengandung (20) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) Sahabat (11) kesihatan (9) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) HangOut (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) redha (1)