Isnin, 24 November 2014

zuriat

semua orang soal aku n suami tentang zuriat
dah mengandung?
bini kau dah ada isi belum?
berapa lama korang kawin?
kenapa tak mengandung lagi?
korang merancang ke?
tak cuba ea?

satu tahap aku fedup
apa harus aku jawab?

*stress*

jangan disoal tentang sensitif seorang manusia
senyum diluar dihati siapa peduli?

zuriat dan rezeki itu kerja Tuhan
Dia yang catat perjalanan hidup aku dari aku masih merah lagi --
siapa yang menidakkan kuasa Tuhan?
fikir-fikirkan lah bawakkan mengucap banyak-banyak kali
apa yang Dia nak bagi pada setiap umat Nya cuma dengan petik jari

kun faya kun -- jadi maka jadilah

aku mungkin diberikan nikmat untuk rasai naluri seorang ibu cuma seketika
Allah tarik balik nikmat tu bersebab bukan kosong
bukan masanya lagi Allah nak bagi aku nikmat tu semula

tapi....
mungkin esok mungkin lusa atau mungkin tulat siapa sangka?
kuasa Allah kita tak jangka

tersiat hati aku bila ramai manusia sibuk bertanyakan itu dan ini
bukan tak boleh langsung bertanya
cuma bait soalan perlu ada lapik

tengok insan lain gembira dengan khabar kedatangan orang baru
aku cuma senyum dan berdoa syukur mereka diberi peluang rasai nikmat itu
sedangkan aku masih lagi berusaha sebaik mungkin

soal rezeki manusia berbeza
ada dikurniakan zuriat tapi kurang dari segi kebahagiaan
ada dikurniakan kehidupan mewah tapi kosong didalamnya
ada dikurniakan kesusahan tapi mewah dengan zuriat dan kebahagiaan
ada dikurniakan zuriat sihat walafiat
ada dikurniakan zuriat tapi diduga dengan kedatangan penyakit

ada yang kawin bertahun masih tidak berzuriat
adakah mereka tidak berusaha berdoa?
sampai satu tahap mereka redha dan tawakal
insyaAllah masanya akan tiba
tapi bila itu belum pasti

jangan dipersoalkan urusan Allah
itu semua kerja Allah

bila disoal aku lagi tentang zuriat
diam.
bangun.
pusing.
senyum.
jalan.

tak banyak cakap jangan cakap aku biadap.

its me
mass-naim

3 ulasan:

Khai♥Rin : anies berkata...

mulut manusia mmg begitu. x kawen tanya bla nk kawen. bla da kawen tanya bla nak ada ank. diorg igt kita ke yg tentukan semua tu?? sabar je laa

najiah shaharain berkata...

saya juga diuji bgini.sabar na.Allah itu Baik

timm bill berkata...

org sntiasa xkn brhenti brckp kan..pekakkan telinga je..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (66) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (38) Kesayangan (35) Soulmate (35) Miscellaneous (28) family (28) Jerit (24) Kelahiran (21) anugerah terindah (21) Diari Mengandung (20) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) Sahabat (11) kesihatan (9) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) HangOut (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) redha (1)