Alhamdulillah apa yang di rancang menjadi jua.....
Aku last kerja on 24 Dec 2014 sehari sebelum anniversary aku... So aku balik kampung pada 25 Dec 2014 iaitu pada hari 1st anniversary aku & hubby.... Aku balik hari pada tarikh tu sebab aku dapat invitation Tiket Wayang Free dari pihak Teras Tecknologi iaitu salah satu kontraktor kat company aku dan konsesi-konsesi lebuhraya lain di bawah Wilayah Selatan =) Kebetulan hubby pun kat Kajang lagi buat kerja untuk projek MRT... Dia dapat satu kerja kat dalam tu yang perlu dia siapkan.... =) So jumpa hubby khamis malam sejam selepas aku sampai kampung hubby pun sampai... Fuhhhh 2 minggu tak jumpa 2 minggu memang la rindu rindu jerk.... Ok dah ke laut aku cerita... Hikhik....
Nak dijadikan cerita sebulan sebelum anniversary kami... Hubby tanya aku nak sambut anniversary kat mana....??? Aku dengar wow.... Ahahahaha macam tak percaya hubby tanya soalan macam tu... Aku just say tak tau... Kihkih... So hubby terus suruh aku pilih mana tempat peranginan yang aku nak pergi.... 1st aku dalam kepala aku nak pergi Gambang Resort Water Park... Duduk sana 3H2M tapi masa nak dekat tarikh kiteorang nak pergi tu dapat tau Kuantan dah banjir,,,, Terus tukar plan aku bagitau hubby kita ke PD jerk... Hubby cakap ok... Tengok hubby macam hampa tapi nasib baik dia memahami keadaan cuaca yang melanda sekarang ni... Huhuhu...
Hari yang kiteorang nak pergi tu hujan daripada pagi tak henti.... Alang-alang hujan masa ondaway tu hubby cakap kita naik KL jerk lah jejalan kat KL... Aku follow jerk... Dah puas jalan kat KL tetiba hubby ubah fikiran nak ke PD semula... Hohoho terkejut aku... So hubby punya pasal layankan jerk... Ahahaha.... Dah sampai sana lapar pas tu teringat kedai King's Char Kuew Tiaw bawah pokok besar depan pantai PD tuh... So terus pergi sekali tu kedai tu tutup.... Gila kecewa habis.... Huh !!!
Lepas dari PD terus balik JB sebab ceritanya aku kene naik keje 1/1/2015 pasal tarikh tu aku tak apply cuti pun... Sebelum sampai rumah tu singgah JPO jap shopping apa-apa yang patut.... Dapat lah grab apa yang diimpikan... Huhuhu.... Esok nya naik keje tengok office kosong.... Macam pelik takkan public holiday kot sebab setau aku Negeri Johor antara negeri yang amik Awal Muharam bukan New Year... Huhuhu.... Nak sedapkan hati terus call member... Dowg cakap dowg kat RSA tengah sarapan... Fuhhh lega hati... Hikhik... Tapi aku keje tak lama setengah hari jerk.... Lepas tengah hari aku cabut balik amik hubby yang tinggal sorang-sorang kat rumah tu... Kesian hubby... Ihihi =)
Kali ni aku rasa cuti aku dan hubby yang paling panjang kot.... Kalah cuti masa wedding aku dulu... Huhuhu..... Dua minggu cuti bagi kami sangat bermakna.... =) Mana tidaknya kali ni kami cuti tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak..... Hikhik..... Aku rasa aku dapat cerita setakat ini jerk dulu... Sebab kalau nak cerita semua memang panjang lebar tak cukup tangan aku dengan nak buat kerja yang berlambak lagi kan... Next time aku story lagi ok.... Ihihi... Maklumlah sekarang aku tengah cover kerja orang bersalin, orang pergi umrah 4 orang aku kene cover kerja termasuk kerja aku... Acane tuh... Kusut... Tapi aku tolong seikhlas hati.... Kawan punya pasal.. =) So aku tempek satu gambar kat bawah nih ye... =)
Kbai !!
its me
mass-naim
1 ulasan:
happy anniversary
Catat Ulasan