Ahad, 19 April 2015

Luahan Hati (Aku Sedih)

Aku tak tau nak mula kan dari mana dulu cerita ni... Hurmmm macam ni lah,,,, Aku ada suggest kat budak-budak rumah pasal nak kemas rumah yang kiteorang duduk paling penting ruang dapur dan ruang luar dapur... Nak clearkan apa yang patut... Kalau nak kemas sama-sama macam tak dapat lah sebab waktu kerja masing-masing yang halang untuk kiteorang kemas sama-sama... So aku bagi cadangan aku panggil orang datang kemas... Then kita bagi upah... Kebetulan aku ada tanya cleaner kat tempat aku,,, So semua setuju dengan cadangan aku....


So semalam harinya,,, Aku pergi sendiri amik budak-budak cleaner opis bawak balik rumah aku,,, Sampai-sampai dorang terus jer buat kerja tanpa disuruh... Aku pun tolong-tolong lah apa yang patut... Cara diorang buat kerja sangat pantas.... diaorang tak bagi aku buat kerja,,, Its ok aku tak buat,, Aku cuma memantau cara kerja diaorang... aku tengok dorang siap basuh semula semua pinggan, mangkuk, periuk, kuali yang belum digunakan... Aku cakap tak payah basuh... Dia jawab tak apa kak saya basuh aja,,, Ok lah aku biarkan... Then aku tengok  diorang berus dapur aku sental pintu kat dapur basuh beranda luar sental cermin tingkap dan dinding dapur... Dan buang sampah sekali...


Lepas settle bahagian dapur diorang ke ruang tengah rumah... Sapu dan mengemop lantai dan bersihkan beranda luar tempat sidai baju sekali..... Tak lupa jugak siap basoh sliding door kat depan tu.... Kalau orang tengok pun memang rasa tak sia-sia amik dan upah diorang.... Lagi sorang pulak basoh toilet pertama rumah tu.... Berus bagai sental apa yang patut... Bila dah siap semuanya hasilnya sangat tip-top... Lepas ni boleh panggil diaorang lagi if rumah bersepah maybe sebulan sekali... =)


Lepas settle semua aku hantar diorang balik... Apa yang aku nak luahkan ni sebenarnya aku sedih sangat bila usaha aku panggil orang untuk bersihkan rumah untuk kesenangan bersama tetiba dapat marah dari sorang housemate ni... Malam-malam buta dalam 1.30 pagi wasap aku marah-marah tanya siapa basuh toilet dia lah apa lah... Tak perlu lah aku mention siapa sedangkan dah tau siapa yang aku panggil untuk mengemas kan.. Ye tak?? Hurmmmm dia tak puas hati sebab baju dia cleaner tu hempap kan dengan baldi... Actually benda tu bukan disengajakan pun... Adat lah bagi aku benda ni boleh lebih kurang tak payah lah nak melalak malam-malam buta tanda protes sebab baju kotor dia yang ada dalam toilet makin kotor... Aku balas simple je kalau dah tau baju tu kotor nak basuh baru bawak masuk toilet basuh... Belum nak basuh letak longgokkan dulu dalam bilik sendiri.. So senang orang tak fikir baju tu kain buruk ke atau baju memang ko nak pakai lagi... Dan puas aku slow talk cakap apa susah kalau dah kotor basuh jerk bagi bersih... Pas tu bagi aku alasan dia basuh baju pakai tangan... Aku dah mula fedup dengan manusia macam ni... So nak stopkan dia bercakap melalak malam buta... Aku tanya dia berapa harga baju dia biar aku bayar biar aku ganti... Bila aku cakap macam tu dia cakap tak mintak aku ganti... Bukan pasal duit... So apa sebenarnya yang ko nak?? Aku nak gantikan dengan rela hati tak nak terima tapi tak habis-hais nak melalak... Tak reti ke aku nak tidur esok pagi nak bangun pergi kerja... Huh!!!! Bila aku tak layan nak mintak no fon cleaner tu pulak... Memang aku tak akan bagi lah.... Kalau aku bagi bodoh lah aku... Bagi kau semata-mata untuk ko marah cleaner tu... Abis air muka aku nak letak mana pulak..??  Aku betul tak faham dengan manusia jenis macam ni... Kalau aku lebih kurang jerk dah lah tak payah panjang lebar cerita.... Baju kotor amik basoh kasi bersih... Senang je prinsip aku,,,, Hati memang geram tengok baju kita orang buat macam tu.. Tapi kalau ada otak fikir logik fikir positif maybe orang tu tak sengaja benda boleh settle tepi... Ini tak... Nak melalak jugak malam-malam buta ganggu orang tidur... Sedih sangat aku orang marah-marah aku malam-malam... Dan tak hargai usaha aku untuk buat rumah tu bersih.... Adat orang bekerja lah mesti ada cuai bukan semua nya nak perfect.... Diri kau pun tak perfect... Ko buat kerja pun belum tentu ada yang perfect... Ada otak tu fikir lah... Jangan ada otak simpan kat lutut... Nasib baik lah malam tadi jugak hubby sampai dari BP... Dia lah yang tenangkan perasaan bengang aku yang kene hentam malam-malam buta oleh manusia yang tak da otak... Dia jugak lah yang lembutkan hati aku yang tetiba panas.... Thanks sayang sebab ada disisi untuk buat hati ni sejuk... =)


Aku tak tau kenapa aku boleh jumpa orang jenis macam tu.... Tu satu hal lah pasal tak puas hati... Satu lagi hal selama ni aku tengok dan perhatikan perangai dia n akak dia.... Masing-masing besar kepala..... Memang buat hal sendiri-sendiri... Aku pun buat hal aku sendiri... Tapi kalau rasa tak friendly tak payah duduk rumah tu pun tak pe... Pergilah cari rumah sewa lain dan duduk lah korang adik beradik... Aku cakap macam ni sebab diorang memang sombong sangat.... Akak dia lagilah baru masuk rumah tu last year... Tegur kenalkan diri kat aku pun tak... Harap aku yang tegur dulu... Tapi bila tegur pun buat muka tak puas hati pandang aku atas bawah macam aku musuh..?? Masalahnya aku kenal kau ke sebelum ni yang ko nak pandang aku atas bawah macam tu?? Dah lah budak baru atleast hormatlah aku sikit sebagai orang paling lama yang menetap kat rumah tu tak boleh ke?? Atleast kalau terserempak pun tak nak tegur senyum pun dah cukup... Ni kalau keluar bilik lalu sebelah selisih bahu macam musuh... Lepas tu kalau bab bayar duit sewa rumah aku yang kumpumpul kan duit... Nak mintak duit rumah dari diorang ni macam mintak sedekah sangat... Ya Allah.... tak tau lah aku apa macam lah perangai manusia ni.... Sangat banyak bersabar.... Tak faham kenapa diorang perangai macam tu.... Satu lagi kalau masak dah lah boleh dikatakan hari-hari memasak... Tupun tak reti nak mengemas bersihkan dapur lap minyak yang percik lepas masak... Biarkan tonggang langgang dapur tu... Aku yang jarang masak sesekali nak masak bila hubby ada nak masuk dapur pun kekadang geli... Hubby sampai kadang marah cakap aku tak reti nak kemas dapur.... Orang lain kotorkan aku jugak yang kene... Puas dah explain kat hubby last-last dia faham sendiri perangai orang-orang dalam rumah tu... Hurmmm



Siyes aku rindu duduk dengan geng-geng lama... Yang satu kepala yang boleh tolak ansur yang boleh lebih kurang yang boleh kongsi masak sama-sama kemas sama-sama... Hujung minggu bersihan rumah sama-sama... Menjerit sama-sama.... Weekend ada masa keluar jalan-jalan sama-sama.... Siyes rindu diorang... 

Hurmmmm.... Ini semua sekadar luahan.... Bila dah luahkan rasa lega hati ni....

its me
mass-naim



1 ulasan:

Cik Nor berkata...

sabar jer la..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)