Ahad, 14 Jun 2015

Kurang Sihat

Dekat dua minggu dah keadaan diri aku macam ni.... Batuk-batuk body kejap panas kejap normal.... Not sure sebab apa.... Maybe faktor cuaca kot dah nak dekat-dekat tiba Ramadhan ni kan.... Actually aku mula dari sakit gigi masa hujung Mei ari tu that time nak hantar pengantin (adik ipar) ke Bentong (side perempuan)... Time tu lah gigi aku sakit sebab gigi berlobang... Ohh my... Tuhan je yang tau masa tu.... Sekali gus hubby pun lepak habis sebab demam time yang sama.... Tu lah 1st time kiteorang berjalan tapi kita orang dua-dua sakit.... Lepak sangat-sangat... Hubby pun banyak tidur lepas makan ubat.... Pergi ke Bentong pun aku yang drive sebab aku masih larat... Alaaaa aku just sakit gigi je... Ok je kalau nak drive ke sana kan... Ahahaha.... Tu pun masa kesana hubby kene bawak pengantin lelaki maksudnya naik kereta pengantin tu sendiri.... Dia gigihkan juga diri dia.... Mana boleh pengantin drive kan masa hari bahagia dia... Harus lah nak kene layan macam putera raja kan.... Hikhik.... Balik dari Bentong baru dia naik dengan aku....

Balik dari Bentong aku terus balik JB.... Masa ondaway balik ke JB aku dah rasa lain kat diri aku... Macam nak demam.... Yess sampai JB aku dah start batuk-batuk malam tu jugak.... Batuk-batuk melarat sampai sekarang.... And aku xsure bila boleh baik... Memang demam berjamaah dengan hubby kali ni..... And dia sampai sekarang ni pun on off demam nya dan katanya badan rasa bisa-bisa... Huhuhu.... 

Last week balik kampung lagi majlis side lelaki.... Ada kenduri sedara-mara malam sebelum majlis adik ipar tu.... So ada sorang mak cik hubby aku panggil dia mak ngah.... Duduk dengan dia masa kenduri tu.... Keadaan diri aku lemah batuk-batuk, muntah jangan cakap lah kan.. batuk je mesti nak muntah.... Mak ngah ni dok perati jerk.... Lepas tu dia cakap "aku tengok ko ni lain macam ni... bukan demam biasa-biasa.... Aku tengok ko macam ada isi.... masih baru lagi ni..." kata mak ngah.... Aku cuma cakap kalau ada rezeki macam mak ngah kata tu insyaAllah amin... Syukur sangat-sangat.... So dia nasihat kan aku... Pantang larang semua dia bagi.... Hubby pun kene nasihat sekali dengan mak ngah... Hikhik... Sengeh jerk lah hubby tu... Masa mak ngah nak balik dia pegang-pegang perut aku..... Lepas tu dia kata lagi "insyaAllah ada rezeki untuk korang dapat baby..... tengok gaya macam ada ni... doa banyak-banyak.." insyaAllah mak ngah....

Esok masa majlis dah jalan ramai lah sedara mara hubby datang.... Mak ngah pun ada.... Dia pesan lagi kat aku jangan buat kerja-kerja ni semua... Ramai lagi yang ada yang boleh buat kerja-kerja ni.... Dia mintak aku baring dan rehat je.... Tapi memang pun masa majlis tu aku terus lepak banyak kali berlari masuk toilet dan muntah.... Sampai hubby bekejar ke toilet tunggu depan toilet risaukan aku... Sedangkan dia pun keadaan diri masih lagi belum stabil... Batuk-batuk aku sampai terbongkok-bongkok.... Perut sakit, batuk sampai nak menangis pun ye.... Mak mertua kau berapa kali datang bilik tengok aku dan tanya aku ok ke tidak... Dah makan ubat ke belum.... Risau dia tengok aku macam tu agak nya... Ihihi.... Lepas tu mak ngah cerita kat mak pasal aku... So mak pun pesan yang sama kat aku.... =)

Lepas majlis balik JB ingat boleh recover lah kan batuk ni kurang lah sikit... Tapi hampeh... Masuk keje 2 hari... 2 hari lagi dapat MC.... Jumpa doktor 1st doktor tanya "awak pregnant tak? " aku jawab x sure belum berani nak test lagi.... So doktor tanya bila last LMP aku.... Aku bagitau doktor details... Katanya kalau nak cek sekarang belum nampak lagi... Dia suruh tunggu lagi seminggu dua.... Dah tak pasal-pasal lepas tu doktor suruh aku amik nebulizer.... Tapi betul malam sebelom aku jumpa doktor aku rasa dada aku kene block.... Ya Allah tuhan je yang tau aku bangun 3,4 pagi tak boleh tidur sebab dada kene block.... Nak menangis rasa... Mana taknya aku dah fikir yang bukan-bukan dah.... Hubby pulak jauh..... Tak ada orang yang boleh bawak aku ke hospital in case jadi apa-apa kat aku time tu... Tapi alhamdulillah aku boleh control nafas.... Walaupun aku dapat ubat dari doktor... Aku masih tak berani lagi nak makan apa-apa ubat yang doktor bagi.... Hikhik.... Cuma ada lah 2 kali je aku makan itu pun ubat semput dan paru-paru dan cair lendir.... Untuk bagi aku selesa bernafas... Ubat batuk aku tak sentuh langsung...

Ermmmmmm mungkin kah ada hikmah disebalik condition kesihatan aku dan hubby ada news yang baik?? InsyaAllah.... Berkata yang baik-baik.... Fikir yang baik-baik.... Doa yang baik-baik..... Untuk mengharap berita yang baik tu memang ada berdasarkan apa yang ramai kata pasal keadaan diri aku.... Tapi aku tak boleh terlampau gembira.... Benda belum confirm.... So follow je hari-hari macam biasa..... Kalau ada rezeki aku dan hubby kami bersyukur.... Kalau masih belum ada.... Kami berusaha lagi.... =) InsyaAllah semua yang baik-baik.... 



its me
mass-naim

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)