Jumaat, 19 Jun 2015

Umrah Di Bulan Ramadhan : Mak & Abah

Selasa hari tu aku last kerja sebelum cuti rabu dan public holiday (1st Ramadhan) khamis... Tak larat sangat badan ni nak drive sorang-sorang since aku masih belum baik dari demam.... Makin menjadi-jadi demam aku hari selasa tu.... Badan start panas, menggigil, makan muntah... Penat member aku belanja makan mahal-mahal kat POT'S hari tu sudahnya sampai office berlari masuk toilet muntah... Hihi... Terus Whatsapp hubby mintak tolong datang JB petang tu jemput aku balik.... Kali ni betul aku tumbang.... Nasib baik hubby cakap ok dan dia sampai JB naik bas dalam pukul 7 malam... Terus balik rumah amik barang-barang, mandi pas tu terus gerak balik.... Tapi sebelum tu hubby ajak singgah makan.... Risau dia kat aku kemain lagi sebab tengok aku dah pucat habis..... Lepas makan baru gerak balik..... Sampai tangkak dalam pukul 1 pagi lebih kurang...

Esok sehari sebelum ramadhan muncul, aku, hubby dan adik beradik hubby pergi hantar mak abah ke KLIA.... Diaorang nak pergi umrah..... Rasa seronok sangat dapat sambut ramadhan kat mekah..... Buat amal ibadah kat sana pada bulan ramadhan tak dapat digambar kan keseronokan tu dengan kata-kata... =) 

Dengan mak dan adik ipar sebelum mak masuk ke balai berlepas
Dengan adik-adik ipar
Majid - Nor - Zurai - Aku

My hero
Dengan biras (Atika) n adik ipar (Amin)
Diaorang ni pengantin baru
Mak abah dah masuk ke ruangan balai berlepas
Lepas mak abah dah masuk ke balai berlepas kiteorang semua gerak lah balik.... Sampai Tangkak mahgrib macam tu.... Rehat-rehat kejap dalam pukul 10 malam terus gerak balik muar rumah parents aku.... Tidur sana malam tu... Sebelum sampai rumah parents aku, hubby dah pesan awal-awal dengan aku sahur 1st nanti dia tak nak makan apa-apa.. Dia cuma nak minum air dan makan kurma je.... Dia nak yang simple-simple.... Ok lah..... Senang kerja aku lagi pun untuk aku dan parents aku dan adik beradik aku kalau sahur memang tak da masak lauk apa-apa atau makan yang berat-berat... Kiteorang tak reti bila sahur nak kene makan nasi berlauk ke apa ke.... Kiteorang simple just air dan kurma 3,4 biji cukup... Itu lah yang ayah aku amalkan untuk kiteorang adik beradik sejak aku dari kecik lagi... Supaya kiteorang tahan lapar waktu berpuasa jika terlajak tidur dan tak sahur... =) 

So pagi tu 4.30 aku dah bangun kejutkan hubby... Kebetulan subuh tu adik bujang aku baru balik dari segamat dia duduk kat luar rumah.. Bila tengok lampu dapur menyala terus bagi salam... Terkejut jugak aku pagi-pagi buta ada orang bagi salam kat luar rumah suruh bukak pintu.... Ahahaha.... Dia masuk-masuk bawak makanan... Cup cake dan cheese cake kawan dia bagi katanya... So jamah lah sikit apa yang ada... Rezeki jangan ditolak... =) Lepas tu aku sambung tidur kejap sementara nak tunggu azan subuh... Nasib baik 1st ramadhan tu Negeri Johor cuti... Apa lagi berehat-rehat lah satu hari suntuk kat rumah... =)

Nota : 
Untuk mak & abah semoga mereka dapat menunaikan ibadah dengan tenang kat sana... 29/06/15 ni mak abah balik.... Rindu rasanya kat diorang.... Semoga segala urusan mereka disana dipermudahkan... insyaAllah...

its me
mass-naim

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (66) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (38) Kesayangan (35) Soulmate (35) Miscellaneous (28) family (28) Jerit (24) Kelahiran (21) anugerah terindah (21) Diari Mengandung (20) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) Sahabat (11) kesihatan (9) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) HangOut (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) redha (1)