Khamis, 22 Januari 2015

Interview

15/01/2015 - Aku pergi satu open interview ni.... Under PLUS.... Hubby aku lah yang suruh aku pergi... Dia dapat tau pasal open interview ni dari Whatsapp kot kalau tak silap... Then dia forward kat Wechat aku.... Bila dia dah suruh pergi kene lah pergi.... Siap amik cuti awal lagi tau.... Hikhik..... 

Aku gerak dari rumah sorang-sorang je masa tu (hubby dia kat kl) dalam pukul 8.40 pagi... Sampai-sampai ingat kan takda lah ramai sangat orang... Bila aku pusing nak pergi cari parking makkk aiii sekali tu beratur panjang lah beb.... Aduhhhh... Time tu rasa macam nak balik... Ahahahaha.... Tapi bila fikir-fikir balik aku dah sampai.... Nak cabut macam tak guna... Huhuhu.... So dengan muka slmber aku follow lah beratur panjang-panjang tu..... Beratur untuk dapatkan nombor.... Dari pukul 9 aku beratur sampai pukul 10 baru aku dapat nombor aku.... Nombor yang ke 109.... Mak aihhhh... 


Ok lepas beratur dapat nombor kene pergi satu lagi step... Aku dan yang lain-lain kene amik satu ujian matematik... (Ok ujian tu wajib ok untuk ke step seterusnya..huhu).... Aku memang dah tau dari awal bila interview dengan PLUS ni memang kene hadap satu ujian matematik.... Sebab 4 or 5 tahun lepas pun aku ada hadir jugak untuk interview ni.... Hikhik.. Bila fikir pasal ujian tu aku memang rasa malas..... Sebab aku tak suka dengan matematik..... Sambil tunggu turn nak amik ujian tu, aku berbual lah dengan hubby,,,, Hubby ketawakan aku... Dia cakap matematik nih kacang je.... Aduhhhh kacang tu bagi dia tapi bagi aku errrrrgghh aku tak suka kira-kira walaupun soalan nya senang.... Ahahaha....

Tiba turn group nombor aku masok exam tu... Exam tu ada 15 soalan dan perlu jawab dalam masa 10 minit... Huhuhu.... 10 minit dah berlalu kami semua perlu hantar kertas jawapan pada panel penilai.... 

Dalam 10 minit lepas tu panel penilai bawak keluar kertas jawapan dia sebut nama sorang sorang sampai lah ke nama aku.... Then panel penilai pon bagi tau yang kami semua lulus untuk ke peringkat seterusnya (interview)... Hikhik.... Alhamdulillah..... Aku dapat ke step seterusnya =)... Dalam 15 soalan tu aku cuma betul 11 sajaha... Tak kisah lah asalkan lulus exam tu dapat ke peringkat seterusnya dah lega rasa hati.... =)


Habis exam pukul 12.30 macam tu.... So yang mana lulus tu kene pergi ke bangunan sebelahnya.... Bila kami ke sana rupanya ramai lagi orang yang menunggu giliran intuk di interview.... Pukul berapa nak siap??? Ahahahahaha..... Jam makin lama makin petang dah pukul 1.00 tgh hari.... Pihak PLUS bagi tau siapa nak rehat boleh pergi rehat... Aku malas nak keluar dari situ sebab takut nombor giliran terlepas.... Hikhik.....

Tunggu punya tunggu dalam 6.30 petang baru aku masuk bilik penemuduga.... Aduhhhh jenuh tau (catat rekord aku lah interview dari pagi menunggu sampai nak ke senja...ihihi) Masa aku masuk tu kat luar masih lagi ramai menunggu (aku rasa sampai kemalam kot interview tu)...

Ok aku dah kat dalam bilik panel... Rata-rata orang PLUS kat situ aku kenal sebab dah nama nya satu bidang kan.... Bahagian lebuhraya so tak mustahil lah kan kalau aku kenal... Hehe.... Tapi kalau aku kenal pun tak bermakna aku interview tu guna orang dalam.... Tidak sama sekali ok.... Aku cuba sendiri... Bos aku pun tak tau aku pergi interview nih... Kalau dia tau lagi lah best boleh dia recommend kan ye tak...?? Hahahah Tapi aku malas nak susahkan orang... =) Aku nak cuba nasib sendiri.... Bak kata orang tua-tua "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa tau kan"... =) ok dah kelaut aku cerita....

Kat dalam tu dia mintak kenal kan diri... Dia tak kenal pun siapa aku... Hihi.... So aku kenalkan diri aku darimana, siapa mak ayah aku, status aku, pekerjaan aku.... Hihi... Bila kene kat bab pekerjaan aku haaaaaa.... Dia terus tanya aku ni anak buah Man Joe ke??? Adussss.... Aku cakap terus terang yup aku anak buah Man Joe tapi tu dulu masa aku report duty dengan dia tapi sekarang aku report duty bukan kat dia lagi... Hihi.... Macam-macam panel ni korek rahsia kenapa aku nak tinggalkan EDL.... Aku jawab lah nak ikut suami.... Aku bagitau suami aku kat Tangkak so kene lah korbankan kerja aku kat JB ni... Hikhik.... (Buat cerita sedih).... Ahahaha..... Bila masuk bab suami aku, dia tanya aku suami aku site supervisor kat mana kerja apa bahagian apa... Aku bagi tau detail... Lepas tu dia siap teka bengkel laki aku kat mana.... Bos laki aku naik kereta apa semua lengkap dia cakap kat aku (macam aku pulak yang interview dia) hikhik (Dalam hati macam mana pulak lah dia tau details tentang bengkel laki aku bos laki aku silap-silap dia kenal laki aku.... Sudahhhhh)..... Tapi kalau dia dah tau semua tu kira bonus lah bagi aku, mana tau kot kot dia boleh dapatkan aku kerja tu kan.... Hikhik... Boleh lah aku balik duduk dengan laki aku kat Tangkak kan... Ahahahaha..... (harap-harap angan-angan aku jadi kenyataan dan dipermudahkan) Ini jer lah harapan aku untuk aku balik duduk dengan hubby (sebab aku dah pasang impian by hook or by crook, 2015 aku mesti kene pindah duduk dengan hubby... no more PJJ lagi insyaAllah)..

Masa aku keluar dari bilik panel masih lagi ramai yang tunggu turn... Nasib baik turn aku dah lepas so boleh terus balik.... =) Harap-harap aku dapat lah kerja tu.... Tak kisah lah apa jawatan pun janji aku dapat balik Tangkak dan duduk dengan hubby mulakan kehidupan harian aku dan dia sebagai suami isteri yang normal... Boleh hari-hari masakkan untuk hubby, sediakan pakai hubby dan masa dengan hubby pun tak terhad lagi.... Ihihi.... Harap sangat-sangat.... =) Ok dah kelautttt cerita.... Kbai..

its me
mass-naim

3 ulasan:

thisni3zahata berkata...

Semoga berjaya.. PJJ mmg menyeksakan...huhu

husna yusof berkata...

Goodluck kak.. insyaallah kalau rezeki tak kemana kan.. :) fuhhh tak pernah lagi PJJ dengan husband sbb husband kite mmg tak kasi jauh dari die..

Normi Nieza berkata...

semoga berjaya..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)