Ahad, 6 Julai 2014

King's Char Kuew Teow

Salam dan salam ramadhan ye kawan-kawan semua....

Hurmmmmmm tengah-tengah puasa nih.... Cuaca kat luar pulak hujan tengah lebat... Perut krak kruk krak kruk macam-macam bunyi..... Dugaan bulan puasa kan orang cakap..... Hihi... Sabar jerk lah.....

Tadi aku tengah fikir-fikir petang nanti nak masak apa for berbuka.... Tetiba tekak terasa plak char kuew teow... Automatik kepala teringat kat char kuew teow yang aku penah makan dengan hubby dan anak jiran aku yang kat Port Dickson tuh.... Nama kedai tu King's Char Kuew Teow..... Aduiiiihhh meleleh lah kalau ingat kan rasa char kuew teow nya.... Super dupper sedap..... Astaghfirullahaladzim (boleh terbatal puasa aku macam nih tau....sabar mass) dan yang paling penting harganya untuk satu pinggan pun tidak lah mahal sangat.......

gambar hasil belas ihsan dari en.google
sebab masa aku makan kat situ... terlupa nak snap gambar...pasal dah lapar sangat..

Masa aku singgah kedai nih... Secara kebetulan jerk... Masa tu satu hari lepas hari buruh.... Aku dari KL singgah PD konon nak mandi manda bawak anak jiran aku tu... Konon upah dia lah sebab dah temankan dan jadi kawan dengan anak buah aku yang kene sunat masa pagi tu kat klinik private kat Sri Kembangan.... Lepas sunat tuh anak jiran aku tak dapat nak naik satu kereta dengan parents aku n adik aku sebabnya tak muat.... Budak kecik sunatkan banyak ragam meronta lah menangis lah kan maklumlah sakit dan fobia agaknya..... So anak jiran aku naik kereta aku.... Kami ke KL lepas sunat tuh.... Saje round-round KL,,, Petang sikit baru turun PD.... Dah mandi manda semua dah kepenatan dan kelaparan terus g cari kedai kat area-area PD tuh... Tapi tak jumpa yang selera di tekak.... Sampai satu trafik lite ternampak lah signboard besar kat kedai sebelah trafik lite tu tertera King's Char Kuew Teow tanya anak jiran aku nak ke??? Dia cakap boley kak de kan suka char kuew teow... Ha masa tuh dah terlepas trafik lite,, Hubby patah balik lah...


Sampai kedai tu order 2 pinggan char kuew teow untuk aku dan kak de dan 1 pinggan mee goreng untuk hubby.... Dah makan bagi habis clear,,, Tetiba aku cakap kat hubby nak lagi... Siyes aku makan 1 pinggan tak cukup... Hahahaha..... So order 1 pinggan lagi.... Siyes tak tipu,,, Char kuew teow kat sini memang sedap..... Tempat dia pun ala-ala santai macam kat tepi pantai gitu.... Bawah pokok besar.... Masa aku pegi dah maghrib.... Tapi ramai lah jugak yang singgah kedai tu... Super duper  sedap.....Layanan nya pun mesra alam... Cuma aku tabik kat abang tukang masak tu... Sebab masok waktu azan maghrib lepas dia settle kan masak untuk last order dia terus behenti seketika untuk solat...... Aku tau dia pergi solat sebab masa nak order yang kali kedua tuh,, pekerja dia cakap "tunggu jap ye tukang masak tengah solat!!".... Memang aku tabik sebab tengah masak-masak masih sempat stop untuk menunaikan fardhu yang wajib..... Patutlah masakan dia sedap sebab bila buat kerja dengan hati yang ikhlas dan ingat pada Allah tepat pada waktu dan ketika,,, InsyaAllah segala urusan menjadi lancar dan orang pun suka datang ke kedai ini.... Memang lepas maghrib masa kami nak gerak tu orang makin ramai datang silih berganti.... MasyaAllah rezeki Allah bagi untuk brother tuh..... =) Kalau tanpa doa tanpa usaha dan tanpa keihklasan rezeki pun tak akan masuk betul tak??? Hikhik...

Belas ihsan dari en. google jugak...
Ini real picture King's Char Kuew Teow (foursquare)
Terasa macam nak pergi PD hari ni jugak nak berbuka kat kedai King's Char Kuew Teow nih...... Aduhhhhh....... 

Hurmmmmmm ok lahhh aku rasa sampai sini jerk story nya... Nak story banyak nanti takot terbayang-bayang depan mata dan terasa kat tekak nih.... Dugaan tu kang takut terbatal puasa... Sia-sia jerk..... Ok, salam semua.... Bye.....

its me
mass-naim

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)