Isnin, 5 Oktober 2015

Review : Hotel Avillion Legacy Melaka

HOTEL AVILLION LEGACY MELAKA
Gambar depan hotel ihsan dari pak cik google...
Baru nak review tentang hotel ni... Hikhik... Masih ingat lagi tak entry ini ... 

Aku booking hotel ni melalui AGODA... Mula tu macam tak berapa nak confident lah sebab xsure dapat bilik yang macam mana... Hikhik.... Jarang nak booking hotel thru online ni... Biasa memang walk in terus... Tapi untuk kali ni sebab nak buat surprise birthday hubby so terpaksa lah booking online.... Pasrah jerk masa tu...

Mula-mula sampai biasa lah hubby asyik tanya je nak pergi mana lah hotel nya mana lah sebab bagi tau hubby nak jumpa orang je kat situ.... Aku turun sorang untuk check-in... hubby tunggu dalam kereta... Lepas check-in aku ke kereta mintak hubby pergi parking kereta kat sebelah atas hotel... Hikhik... Dia blur-blur masa tu...Dah parking dia pelik kenapa lah aku keluarkan semua beg baju... Aku senyum je.... Masa tu dia dah bebel-bebel yang ntah apa-apa ntah.... Kata nak jumpa orang tapi kenapa bawak turun beg semua lah apa lah... Ahahahaha sabar aje lah laki aku ni... Malas layan aku terus naik bilik... Hubby follow jerk kat belakang... 1st bilik aku dapat 2 katil single... Nak jadi apa kan dapat katil single... So aku decide nak mintak tukar bilik itu pun kalau ada bilik kosong yang katil size king ke queen ke xkisah lah... Kalau takde jugak pasrah lah duduk double single.... Hubby pula dah rasmikan dulu katilnya dok baring-baring.... Dia masih belum dapat tau lagi agenda aku kenapa aku bawak dia ke hotel ni... Aahahah.... Aku pulak dok review bilik tu... Not bad lah bilik besar.... Tetiba bell bunyi aku bukak pintu ada orang tanya nak tukar bilik kan?? Akhirnya dapat jugak aku tukar bilik.... So cepat-cepat amik beg semua g kat bilik 1 lagi... Jom review gambar biar gambar yang berbicara...



Lobby dia cantik kan?? Avillion sangat tau... Hikhik
Sebahagian "artifak" yang ada kat ruang lobby
Ni bilik 1st yang kiteorang dapat...
Tengok lah hubby masih blur-blur lagi...
itu lah nombor bilik kami... abaikan hubby tu yang tengah baring-baring bergumbira dapat hadiah dia... ahaha
Ini baru lah betul bilik kami... Puas hati dapat tukar bilik =)
Tengok hubby tu tak menyabar nak buat coffee...
Masa tengah baring-baring ni lah aku terus terang apa tujuan aku booking hotel ni...
mintak maaf kat dia sebab terpaksa tipu kata nak jumpa orang... Hikhik baru lah muka blur dia ada senyum girang..
ahahaha...suami siapa?? suami aku lah... hakhakhak
toiletries & coffee maker
toilet siap dengan bath up sekali... =)
wefie-wefie sikit... tengok tu aksi hubby... ahahahaha...
excited dapat selipar bilik... sabar je lah...
time ni amik gambar guna go-pro.. DSLR simpan kejap.
Ni pulak view luar bilik aku kitaorang...
bagun pagi nak pergi breakfast bukak pintu ada plastik tergantung..
rupa nya dapat paper lah... hikhik
ni pulak coffee house dia... penuh orang pagi tu...
makanan tak banyak sangat choice..
rate aku boleh bagi 3/5
tapi aku suka pancake dia..sedap
ni je sempat snap gambar...time lain melantak makan...ahahahaha
dalam lift...cermin dia pun cantik ada ukiran-ukiran lukisan lagi
gambar ni ihsan dari pak cik google...sebab masa sampai sini batery camera dah haus...ahahahaha
time ni dah nak check out...
cantik kan lobby dia... ihihihi

ok last..... hotel ni sangat puas hati... layanan staff dia pada tetamu sangat friendly... 
cuma satu jek yang tak berapa nak best...wifi kene bayar kalau tak silap aku... aku bagi 4/5 bintang untuk hotel ni.... =)

So next ke mana pulak?? wehehehehe... tunggu anniversary bulan 12 ni... daaaa =)

its me
mass-naim 

1 ulasan:

dear anies berkata...

sy x menginap tp penah mkn kt sini ms persaraan GB... dulu namanya bukan avillion...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)