Isnin, 27 April 2015

Rindu nak kerja klinik

Tengah duduk-duduk depan pc mencari ilham nak berceloteh kat sini tetiba terimbau kenangan waktu zaman kerja kat klinik dulu dalam tahun 2008-2011....  Tu lah timbul entry ni....

Dulu aku pernah cakap tak suka nak kerja klinik jadi nurse or apa-apa yang seangkatan lah sebab aku tak suka dan aku rasa diri kurang kesabaran dengan karenah pesakit-pesakit dan paling penting aku takut pada darah... 

Aku mula masuk kerja kat klinik sejak tahun 2008 bff aku yang tarik aku untuk masuk kerja klinik ni... Jangkanya sebab aku dah berhenti kerja di lawyer firm kebetulan sister (wife doctor owner klinik) tengah cari kerani sebab kerani dia berhenti kerja jugak... Nak pakai orang cepat kata member aku... So aku pergi interview terus dapat... Alhamdulillah rezeki aku waktu tu... Dua hari lepas tu aku masuk kerja... Ingat betul lah jadi kerani time tu sekali tu tak jadi sebab kerani dia tak jadi berhenti.. Pulak dah... So sister suruh aku jadi nurse assist doctor macam bff aku dan staff lain... Hari 1st tu jugak suruh pergi ukur baju untuk buat uniform... =) 

Hari 1st tu rasa macam bodoh sangat ye lah aku tak tau apa-apa pasal ubat assist doktor apa doktor nak, buat x-ray semua tu aku tak tau... Memang rasa bodoh sangat-sangat waktu tu... Hari 1st kene hafal segala jenis nama ubat... Penat nak hafal and last aku berjaya.... Dari situ lah timbulnya rasa tak suka nak jadi nurse bertukar minat nak jadi nurse.... Hikhik.... Dan bermula lah episod baru dalam hidup aku untuk belajar ilmu dalam bidang perubatan.... Amik darah, amik x-ray, buat urine test, (untuk medical check-up)... Sangat-sangat enjoy dan seronok dengan kerja sebagai seorang nurse...

Lepas dua tahun jadi nurse kat klinik tu aku dapat naik pangkat (kononnya lah kan) jadi kerani... Buat kerja bahagian akaun submit claim segala bagai submit fomema segala... Sesekali jerk aku turun padang jadi nurse... Hikhik tapi sayang jodoh aku dengan klinik tu tak panjang... Hujung tahun 2011 aku dapat offer kerja di company MRCB... Masuk bidang jurutol untuk highway EDL di JB (cawangan MRCB di JB)... Sebagai jurutol pun jodoh tak panjang aku belum sempat nak belajar apa-apa pun lagi aku ditarik untuk masuk bahagian admin jadi clerk kat EDL Office... Konon nak terjun bidang baru lah kan sebagai jurutol tapi tak dapat.... Memang aku tak boleh lari dari jawatan sebagai clerk... Hikhik... Tapi aku rindu nak jadu nurse.... (T_T) hurmmmm

Apa-apa pun syukur sampai sekarang masih di EDL.... Cuma nak cari kerja lain kalau dapat nak duduk sama-sama dengan hubby.... Hihi... 

Doakan aku dapat jodoh pekerjaan lain yang lebih dekat dengan hubby... Yang sentiasa ada depan mata hubby.... PJJ ni bukan tak best... Sangat best sebenarnya PJJ ni.. Tapi nak PJJ sampai bila kan... =)



Gambar ni diambil masa tahun 2010...  Masa ni kurus sangat aku...
 Berat badan pun masa tu dalam 55kg kot tak silap sebelum aku kene denggi... 


Ok jap jeles tengok gambar waktu dulu-dulu yang berat cuma 55kg... Huaaaaa... Now tengah berusaha sedaya upaya untuk dapat berat badan n BMI yang cun macam dulu.... Hikhik....

Its me
mass-naim

1 ulasan:

cik mah berkata...

Moga2 ada rezeki dpt duduk skali..wah..bnyk pengalaman ek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)