Selasa, 25 Februari 2014

Resepi Spaghetti

Ok aku nak shared dengan korang-korang Resepi Spaghetti yang aku buat khas untuk hubby last week... Hihihi... Actually resepi tu dari kawan satu office dengan aku..... Hari tu dia bawak spaghetti kat office.... Aku rase sedap.... So aku mintak dia resepi tu...... So lets shared :-

Bahan-bahan yang perlu ada :-
  • 3 biji bawang besar (ikot lah size bawang yang korang pakai ye) 
  • 4 biji bawang putih 
  • 20 batang cili padi (ikot lah pada korang nak pedas or kurang pedas)
  • 1 botol Sos Prego (aku guna sos prego mushroom yang label hijau)
  • 1 bungkus Spaghetti (aku guna yang jenama San-Remo yang halus)
  • 1 tin cendawan butang 
  • 400g daging kisar
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 1 cawan air kosong
Cara sediakan bahan untuk dimasak :-
  • Blander/hiris bawang besar bawang putih serta cili padi
  • 1 tin cendawan butang di potong nipis
Cara memasak :-
  • Panas kan minyak
  • Tumis kan bahan yang dah blander tadi sampai naik bau / pecah minyak
  • Masukkan daging kisar dan gaulkan sehingga sebati
  • Masukkan 1 botol Sos Prego dan gaulkan sehingga sebati dan tambah 1 cawan air
  • Bila dah sebati daging dan sos Prego tu...Masukkan cedawan yang dah dipotong nipis
  • Tambah 1 cawan air
  • Masukkan sedikit garam dan gula (bergantung lah pada korang nak masin or manis or sesedap rasa)
  • Masukkan sedikit serbuk lada hitam
Cara rebus Spaghetti :-
  • Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih
  • Masukkan sedikit minyak (tak kisah minyak apa pun asal jangan minyak tuti or minyak kereta dah la.)
  • Masukkan spaghetti dan tunggu sehingga menjadi lembut
  • Toskan spaghetti 
So,,,,, Siap lah untuk dihidang =) Selamat mencuba kawan-kawan...... (^____^) !!!!!!!!! Resepi ni simple jerk..... Aku buat untuk 4,5 orang punya makan........ Hihihihihi..... =)

Hasil dari air tangan aku =)
Percubaan yang pertama berhasil.......
Sedap or tak hubby jerk yang menentukan..... (^__^)


Ok daaaaaaaaaaaaaaa.....!!!!!!!! Peace !!!!!!!

it's me
mass-naim

6 ulasan:

wafacw berkata...

Emmmm... nampak sedap tuuu... hahahaha...nak kena suruh wife buatkan jugaklah...lama x makan spagheti

Pha Is berkata...

tengok gambar tu terus rasa lapar..

Sis Vee berkata...

wah ! saya klu msk spggetti still nak hot n spicy gak . dah lidah melayu . tak cukup dgn papper , masuk juga cili padi ... heheheee

Mn berkata...

@wafacw

Hihihi nampak sedap kan???ha.....apa tunggu lagi cepat-cepat mintak wife masakkan nanti jgn lupa shared ok... =)

Mn berkata...

@Pha Is

kan.....saya tengok pun terasa nak masak lagi.... ari tu macam tak cukup jerk... =)

Mn berkata...

@Sis Vee

itu lah sis vee.....kalau dah namanya lidah melayu mesti nak pedas...lagi pedas lagi sedap...betul tak??? hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)