Khamis, 10 Januari 2013

Istanbul Aku Datang =)

BEST !!!

Wahhhh Istanbul Aku Datang (^_____^) !!!!!! Actually cerita ini sangat best really tak tipu ~lalalalala !!!! Aku tengok cerita ni dah banyak kali kot. Weee ~~ Nak tengok cerita ni kat wayang that time tapi xberkesempatan sebab terlalu busy punya pasal.. Tapi disebabkan nak tengok sangat cerita nih punya pasal aku fikir-fikir nak beli CD jerk dan tonton kat rumah sambil makan kentang goreng yang digoreng sendiri oleh aku dengan pekena sekali air coke secawan dua....Tapi usaha untuk beli CD masih tidak berkesempatan sampai lah housemate aku si budak tudung yang comel tu sendiri yang pegi beli. Weeehuuuu akhirnya bila tau jerk cerita tu dah ada kat rumah wah excited giler nak tengok dulu... ~lalalala So misi nya kita layan ini cerita dulu bersama dengan housemate yang lain.. Gelak sakan aku tengok cerita ni dengan gelagat comel Lisa Surihani yang mencuit hati.. Siyes dia sangat comel macam saya ~~eh terperasan plak...kihkihkih malu ah (>.^)

Actually cerita ni ada part-part yang I think is the same as who I am.. Why aku cakap macam tu??? Sebab nya cuba uolls tengok part yang Lisa Surihani gelabah dan gabra tak tentu hala bila terjumpa dengan kucing..**weng weng** Aku gelak gila bila tiba kat part macam tu sebab aku nampak diri aku sendiri kat situ (>.^") !!! Sambil aku tengok dan gelak bila cerita tu sampai kat part tu aku berfikir.... Agaknya macam ni lah gelagat aku bila aku terjumpa or terserempak dengan kucing kat mana-mana aje terutama sekali masa makan kat gerai-gerai atau restoran yang banyak dengan kucing...Lagi-lagi kalau kucing tu main-main or berjalan or bergaduh bawah meja makan memang aku tak akan bergerak dan terpaku macam batu kat meja makan tu dan memang aku tak akan makan dan akan duduk diam walaupun makanan dah ada depan mata sebab aku dah macam fobia ~~Alamak kan dah kantoi...**Weeeeeee!!! Aku sanggup lagi-lagi kalau tengah makan dengan si chenta hearty, aku sanggup tunggu dia habiskan makanan dia dulu untuk dia layan kucing-kucing tu.. Dan lepas dia makan dan baru lah aku boleh makan dengan aman dan tenteram.. Weeee (>.<") sama juga bila aku tengah makan dengan kawan-kawan aku dan family aku... Huhuhu sungguh buruk perangai kan.. !!!!

Bukan waktu makan jerk aku takut dengan kucing.. Kalau pergi rumah orang yang ada bela kucing pun aku akan berhati-hati sebab takut. Macam-macam aku bayangkan ehehehe =) Kalau duduk di kerusi aku akan pastikan aku naik kan kaki aku dan bersila di atas kerusi.. Heheheh... (^__^) Pernah one day aku stay rumah kawan aku dan terpaksa tidur kat rumah dia sebab malam tu dah malam sangat untuk aku balik rumah lepas balik dari kenduri arwah ayah bf dia.. So parents dia paksa aku tidur kat rumah dia lah kan...Nak tak nak kene lah ikut cakap orang tua.. Kat rumah dia ada seekor kucing parsi comel sangat nama dia pun comel macam tuan punya badan.. Aku tidur di atas katil milik member manakala member aku ni tidur kat bawah dengan beralaskan tilam. Dia sedia maklum yang aku takut dengan kucing so kebiasaan nya ikot cerita dia kucing comel dia memang tidur dengan dia. So malam tu disebabkan aku yang penakut kucing ni tidur di bilik dia so dia tak bagi kucing dia masuk bilik tu.. Jadi aku tidur dengan aman dan nyenyak sekali sampai lah satu masa tengah dok lena tidur aku nak pusingkan badan mengiring jadi tangan aku nk pun beralih lah jugak kan..Tiba-tiba aku terasa lain macam kat tangan aku ni. Aku pun bukak mata Ya Allah kucing tu ada tengah duduk sebelah aku sambil perhatikan aku. Aku terus cepat-cepat bangun dan jauhkan diri aku dari kucing comel tu.. Aku nak menjerit tak boleh sebab nanti ganggu seluruh isi rumah tu tidur huru hara jadi nanti.. So aku kejut member aku pelan-pelan cakap kat dia ada kucing.. Member bangun terus keluarkan kucing tu dari bilik dia.. Punya lah cuak aku.. Lepas tu member aku bantai gelak kat aku... Hampeh !!!! (>.<") ~~~  Gugur jantung aku rasa masa aku nampak kucing tu duduk sebelah aku.... Haisshhhhhhh (-_-") fuhhhhhh !!! Dan satu lagi masa aku tengah makan dengan family aku kat satu gerai ni.. Tengah sedap-sedap aku makan ni tibe-tibe kucing melompat kat atas kaki aku mase tu aku tak perasan ada kucing.. Apa lagi mase tu melompat aku habis lintang pukang makanan atas meja dengan tumpah semua air dan kerusi aku pun terbalik.. Malu gila time tu.. Famly aku bantai gelak jerk...Hushhhhhh ~~ 

Aku memang fobia kucing....siapa-siapa yang tau aku takut dengan kucing suka sangat sakat aku... Hampeh betul (>.<') Terutama sekali si chenta hearty dia suka sangat sakat aku dengan kucing... Errrrrkkkk geram je aku..... Sabar jerk kalau dia sakat aku dengan kucing... Tapi kekadang dia bg isyarat kat aku kalau masa makan dia ternampak ada kucing nak datang ke arah meja kite orang dia akan cakap "B ada kucing nak kesini.. B buat tak nampak jerk buat macam biasa" Aku pun berlagak tenang tapi dalam hati aku nauzubillah kencang jantung aku... Erkkkkk ~~~~ Buruk kan perangai aku.... Kan dah kantoi yang aku fobia dengan kucing... Oh God.... Hurmmmm ( ^_-") !!

Itu lah kisahnya sebab apa aku suka sangat tengok cerita Istanbul Aku Datang ni... Sebab nya tu lah yang aku story panjang lebar kat atas tu.... Huhuhu (#_^") Aku sebenarnya suka dengan kucing sebab dia comel tapi dalam masa sama aku fobia dengan kucing... Acane tu??? Aku akan jadi gabra dan kelam kabut kalau nampak kucing yang aku rasa kucing tu akan serang aku... Dan aku boleh buat slumber bila aku nampak kucing tapi aku rasa kucing tu jinak... Walaupun jinak aku tetap takut tapi boleh still relax... Erkkkkkkkkkkkkkkk..... Kalau nak tau dulu aku ada seekor kucing nama dia "Bonyok" sebab ayah aku jumpa dia kat dalam enjin kereta ayah aku.. Tapi bila aku dan famly pindah kucing tu aku tinggalkan... Aku sayang kucing tu sebab dia selalu kejut aku bangun pagi.. Sweet kan (^___^) Rindu kat Bonyok hurmmm (-_____-")!!! Tapi beberapa tahun lepas tu aku terus jadi fobia dengan kucing.. !!!!!

So panjang dah aku story.. Jari aku pun dah letih sangat nak menaip... Ermmmmmm cukup kot untuk ari ni story sampai kat sini jerk ek... Len kali story lagi... Eehehehe (^____^) !!!!!!!

Nota kaki :- Apa-apa pun cerita Istanbul Aku Datang Best.. Aku bagi two thumbs up kat movie ni ~~ Weeeee ****

    

it's me
mass-naim




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)