Isnin, 25 Mei 2015

Susu Segar / Susu Segar Legend

1st day susu sampai....
Susu Segar / Susu Segar Legend.... Siapa kat sini penggemar susu ni?? Hikhik..... Macam aku memang aku suka susu... Suka sangat-sangat.... Tak kisah lah susu apa pun... Kambing or lembu still aku suka... Kadang tu sampai mencari..... =) Kalau korang pulak macam mana??

Aku ada satu story dan mungkin jadi pengalaman yang best buat aku dan mungkin jugak buat partner aku....

8,9,10 Mei hari tu ada event lagi kat R&R Pandan Johor Bahru... Pengunjung dijangka lebih ramai dari event Night Fest yang aku pernah join sebelom ni... So kiteorang pun rancang lagi last minute pulak tu nak bukak jualan ataupun tak.... Bincang lebih kurang jerk... Partner aku mintak order 600 botol terus untuk 3 hari event... So dijangka untuk 1 hari 200 botol boleh terjual... Fuhhhhh banyak tu bagi aku.... Dalam hati aku boleh ke habis dalam masa 3 hari...? Tapi nekad jerk lah 600 botol tu insyaAllah boleh tapau habis... =)

8 Mei petang tu stock sampai... Adjust lebih kurang jerk terus letak kat booth... =) Jualan petang tu kurang lah... Aku dah mula risau macam tak ada orang nak beli je... Tapi cepat-cepat fikir positif (tak apa kalau petang tak ada malam mungkin ramai)... Malam dah tiba alhamdulillah dalam 80 botol terjual... Muka pun ada sikit happy lah risau pun kurang kalau nak dibandingkan risau pada petang tu.... Malam tu sebelum balik kiteorang topupkan lah air batu dan susun masukkan lagi susu tu dalam kotak yang dah kurang.... Untuk buat jualan esok pagi... Kiteorang rancang nak try jual kat luar dari kawasan... Sebab fikir-fikir balik macam susah jugak nak harapkan event tu boleh habis terjual 600 botol... Sebab kiteorang tengok pengunjung tak berapa nak ramai.... Walaupun ada artis dijemput untuk event tu...

Esok 9 Mei  pagi, pagi-pagi lagi kiteorang gigih keluar pergi amik stock kat office dan bawak jual kat luar dari kawasan seperti yang dirancang malam tu... So open jualan kat Tasik Merdeka kebetulan TNB ada buat Jogathon.... Peluang tu.... Hikhik..... So seperti dijangka memang dapat sambutan... Alhamdulillah.... Stay kat situ sampai tengah hari.... Lepas tu kiteorang rehat aku pergi amik hubby kat Larkin.... Petang tu start semula open jualan kat tasik tu lagi... Kali ni hubby tolong turun padang... Wahahaha.... 


2nd day... Jualan kat Taman Tasik Merdeka
TNB Jogathon 
2nd day
Sebelah malam pulak kiteorang balik ke booth event.... Jual macam biasa.... Ahlamdulillah jualan agak laris
jugak lah... Hati dah kurang rasa risau.... Hikhik...

2nd day malam
2nd day malam
 Lepas habis event kiteorang balik office susun stock tambah ais untuk jualan esok..... En. Hubby tolong bagi idea macam mana nak simpan susu tu.... Thanks sayang.... Hikhik... Kiteorang sampai rumah hari tu pukul 4.30 pagi.... Esok ahad aku patutnya kerja tapi tak larat nak kerja... Hihi.... Cuma aku sambung jualan pagi tu... Pergi kat area Jakel Angsana... Kat taska anak partner aku.... Wife dia beli 80 botol untuk sedekahkan kat anak-nak kawan dia.... Bila budak-budak tu balik parents diaorang tanya beli kat mana so cikgu tunjuk kat kami.... Hahahaha pas tu parents diaorang borong lah banyak-banyak... Ada yang dah balik rumah pas tu call partner aku tanya ada stock lagi x... Patah balik kat kiteorang beli.... Sebab anak-anak diaorang suka katanya.... =) dan daripada Yayasan Pelajaran Johor pun tak kurang jugak memborong.... Hampir 50 botol diaorang borong... Thanks ye.... =)

3rd day... Jualan di Jakel Angsana
Sebelah malam nya pulak kiteorang punya stock cuma tinggal 15 botol sahaja.... So tak tau lagi mana nak pergi... Fikir punya fikir last-last kiteorang jual kat perkarangan Istana Bukit Serene.... Itu pun ada yang berebut nak.... Sampai aku kene jual bahagian aku 3 botol... Huhuhu.... Niat nak minum-minum kat rumah nanti... Tapi customer dah nak so jual lah.... Kesian diaorang... Sampai ada yang datang balik tanya next time ada jual lagi tak... Ahahahaha.... InsyaAllah ada tapi bukan jual kat tempat-tempat macam ni...Akan ada satu tempat yang sesuai untuk kami jual susu ni lagi.... =)

3rd day malam.... Di Istana Bukit Serene
Antara adik-adik taska yang suka susu ni
Salah seorang anak di taska
Pengalaman berniaga macam ni memang sangat-sangat memenatkan.... Tak larat rasa... Sampai terasa nak demam pun ada.... Mana tak nya.... Bangun pagi-pagi buta pergi menjual... Balik subuh-subuh... Pagi esok bangun lagi tidur cuma dapat 3,4 jam jerk....  Hurmmmm..... Tapi tu semua pengalaman.... Pengalaman banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar... Dalam menjual tu aku terfikir macam ni rupanya orang-orang yang susah berniaga dari bawah bangun seawal pagi balik lewat malam untuk dapatkan sumber rezeki.... Allahuakhbar sangat tersentuh hati bila fikir nasib orang-orang yang susah.... Pengalaman macam tu tak semua orang dapat merasa.... Dan pengalaman  tu jugak aku jadikan kenangan manis dalam hidup aku.... Aku tak pernah rasa susah untuk mencari duit... Tapi pengalaman menjual berniaga macam ni buat aku sedar dan rasa sangat bersyukur dikurniakan dalam golongan keluarga yang senang.... 

Muka gembira hasil jualan habis bersih....
Alhamdulillah....

its me
mass-naim

6 ulasan:

fariza rahman berkata...

dulu masa kecik2, sekolah rendah...
selalu ada orang datang jual kat sekolah.. :)

Farrah MF berkata...

Suss ni memang best! Nyummmm nyummm!

Nurzakiah Hanum berkata...

sedapnya
skrg susah nk dapt

Farah Waheda Wahid berkata...

macam menarik ni...

ikhwan yusuff berkata...

best saya suka...dah lama xminum last rasanya time skolah rendah dulu..hihihiihhi

TunSha Ayunie berkata...

Susu feveret ni.. dulu kalau takde duit sanggup curik duit arwah opah semata2 nak minum susu ni... waktu kecik2 dulu laa... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) Sahabat (11) kesihatan (9) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) HangOut (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)