Rabu, 13 Mei 2015

Desaru

Cuti Hari Buruh hari tu aku dan family pergi bercuti kat Desaru.... Ayah yang plan semua.... Sehari sebelum hari buruh lagi hubby dah sampai JB naik lori udang hokay... Kebetulan ada lori amik udang kat kolam n nak bawak masuk ke Singapore so dia tumpang sekali n kebetulan pulak uncle tu memang drive lori sorang... So aku amik dia kat tol senai... Excited sangat nak jumpa dia since 3 minggu tak balik kampung n x bersua muka dengan hubby... So rindu yang teramat kat insan tu... =)  

Hari Buruh tu sebenarnya jatuh pada hari lahir yang ke-3 tahun anak buah aku... Anak adik aku Mohd Ikhwan.... Dia lahir tepat jam 0007 pagi... Kiteorang 1 family gelarkan dia anak 007... Ahahaha.... So Happy Birthday untuk dia... =) Sebab tu ayah plan nak sambut kat Desaru this year... Kebetulan cuti panjang campur dengan wesak day sekali kan.... Hurmmmm Ibu call pagi tu kata nak gerak dari Muar pukul 9.30 pagi.... So dalam perancangan aku akan gerak dari JB dalam pukul 11.30 pagi.... JB-Desaru dekat je kalau ikot highway Senai-Desaru (SDE)... Perjalanan amik masa dalam 1 jam jerk.... Tapi...... Masa aku nak gerak tu aku call ibu... Dia cakap dia still kat Muar lagi... Makkkk aii... Ingat kan dah separuh jalan... So aku ajak hubby keluar pergi cari hadiah untuk birthday boy.... Sempat lagi kau nak berjalan-jalan cari hadiah... Ahahaha... =) 


Aku gerak dari JB dalam pukul 2.00 ptg.... Terus naik Highway SDE.... Sampai kat tol Desaru dalam pukul 3.00 petang mcm tu... Aku yang drive sebab hubby tak berapa tau sangat jalannya... So tunggu ayah n lain-lain kat Petronas jalan masuk ke Desaru... Call ayah, ayah cakap dah sampai area Cahaya Baru Pasir Gudang.... Owhhh dah dekat.... Lagi 30minit sampai lah diaorang... Weeee.... Aku dah makin excited.... Excited nak main air.... Excited nak berenang.... Lama gila tak pergi swimming... Ihihihi..... 



Tak lama tu diaorang sampai.... =) Ayah terus tuju ke rumah penginapan kiteorang.... Ok kami duduk kat Kompleks Rakan Muda Sukan Air & Udara.... Bersebelahan dengan Lotus Desaru Resort... Tepi pantai okay... Kiteorang duduk situ 3H2M.... Mana tak nya, rumah tu ayah aku dapat free jerk... Apa lagi seronok kemain lah kiteorang dapat main air lama-lama... Betul-betul lepas gian... Ahahahaha.... Rumah tu besar... Ada 6 bilik 3 bilik air 2 hall dan 1 dapur.... Kat rumah tu kiteorang buat macam rumah sendiri... Aku siap bawak kuali rice cooker cawan untuk extra pinggan makan extra... Aku rasa macam pindah rumah baru pulak dengan environment baru tenang dan damai jauh dari hiruk pikok kota yang bising tu... Hikhik.... 

Gambar Ihsan : Pok Cik Google
Hari 1st lepas check-in kiteorang keluar pergi cari makan... Semua kebulur... Ayah nak masak pun tak sempat.... Hikhik Ayah sempat masak malam jerk.... Lepas makan kiteorang pergilah ronda-ronda area Bandar Penawar tu..... Mengimbau kenangan zaman aku kecik-kecik dulu ayah rajin bawak aku adik beradik bercuti kat area Tanjung Balau, Tanjung Leman & Batu Layar Hikhik... Memang sesi throwback sangat.... Penat ronda-ronda kami semua balik dan tunggu ayah n ibu masak... Ibu siap bawak dapur gas yang 1 tungku tu lagi... Hikhik... 

2nd day pagi tu pagi-pagi lagi anak buah aku dah ketuk pintu bilik ajak g swim kata dia... Hahahaha "uncle uncle" dia panggil sambil ketuk pintu... Bukak-bukak pintu tengok dia dah siap pakai swimming suit lagi... Lepas tu cakap "uncle Ikhwan nak swim..jom lah pergi swim.." Ishhh tak menyabar... tau lah kecik-kecik dah pandai berenang... Huh!! Pagi tu ayah bawak kiteorang pergi kat public beach... Kat Desaru ni lecehnya sebab banyak pantai dia tak boleh nak mandi... Ada tempat-tempat yang boleh ada tempat yang tak boleh... Sebab pantainya landai kedalam... Kalau nak mandi ketengah laut tu agak tak berani... Rasa macam kita kine makan dengan laut.. Huhu.. Seram..... Kiteorang mandi kat public beach tu kejap je tak sampai 2 jam dah naik.... Sebab air tengah kuat... lagi satu tak best sebab main kat gigi air jerk... Huhuhu.... Aku yang duduk kat gigi air tu bila ombak datang boleh terpusing 360 darjah tau... Lepas tu ombak tu tarik kita sekali ketengah laut.... Bahaya... Kite orang naik dan nak bilas.... Masa aku n hubby nak pergi toilet untuk bilas badan yang penuh dengan pasir... Tetiba terjumpa biras aku punya abang (Erza)... Sempat abang dia nak snap gambar... Kenangan katanya... Tetiba boleh terserempak kat sini... Nampak tak kecik je dunia ni kan... Pergi mana-mana pun boleh terserempak... Ahahahaha....




Family biras aku punya abang....

Lepas siap bilas-bilas badan kiteorang terus balik rumah n tunggu ayah siap kan lauk untuk makan tengah hari.... Tengah hari tu ayah masak ikan masak sambal tumis... Superb sedap... Hahahaha..... Aku dan yang lain-lain siap tidur bangun-bangun dah pukul 2.30 ptg... Hurmmmm Petang tu dalam 3.30 aku n hubby turun ke swimming pool.... Kat situ ada swimming pool tapi untuk orang buat latihan scuba.... Tinggi swimming pool tu dalam nya 5 kaki kalau tak silap dengar lah kawan ayah bagi tau... Huhuhu... Dalam lah jugak aku terpaksa jinjit... Ahahaha.... Swimming pool dia best... tu swimming pool kami yang punya memang tak ada orang langsung.... Tak lama lepas tu ayah n ibu dan adik pulak turun bawak si kecik dua orang.... Memang puas lah berenang kehulur hehilir swimming pool tu luas... Dari hujung ke hujung aku berenang... Kuak lentang kuak kupu-kupu gaya bebas semua aku buat... Ahahaha....


Hurmmmmm dah puas mandi kiteorang balik rumah.... Tapi sempat jugak pergi jenguk bahagian bawah kat area Lotus... Nampak ramai yang mandi kat pantai... So aku n hubby bincang esok pagi-pagi nak mandi kat pantai pulak bawak si Ikhwan tu.....

3rd day.... Pagi tu hujan renyai-renyai.... Sebelom balik aku n hubby nak turung jugak mandi kat tepi pantai belakang tu.... Hurmmmmm ibu suruh aku bawak ikhwan.... Kebetulan kolam renang gate nya belum bukak so bawak ihkwan g mandi kat pantai.... Kemain seronok lagi dia siap tak nak pakai pelampung... Huhuuu... Tapi hubby tak bagi risau takut jadi apa-apa so dia kene jugak pakai pelampung.... Ada lah dalam 2 jam mandi pantai Ikhwan nak balik... Aku bawak dia sekali tu tengok kolam ada orang mandi tetiba Ikhwan nak mandi kolam... Layan kan je budak kecik sorang tu.... Huuhuh... Lepa tu hubby pulak naik atas tengok kiteorang tengah berendam dalam kolam... Huhuhu.... Hubby pun ikot join sabar jerk lah.... Bila Ikhwan dah penat kiteorang pun balik untuk siap-siap kemas barang nak balik Muar... Huhuhu

Dalam pukul 3 petang kiteorang gerak balik lepas makan tengah hari lah kira nya.... Ayah masak kari ayam waktu tu.... Ayah punya kari memang superb sedap... Huhuhu... Masa nak gerak balik tu sayu jerk hati aku nak tinggalkan rumah tu nak tinggalkan moment yang indah-indah kat situ nak tinggalkan suasana cantik kat situ.... Sedih yang amat... Huhuhu Ikhwan siap cakap nak balik rumah atok yang kat situ tak nak balik rumah atok yang kat sana... (maksudnya taknak balik Muar nak duduk kat rumah baru tu) Apa pon tak boleh... Huhu... Balik tu tak naik highway... Kiteorang ikot Bandar Kota... Saja jalan-jalan kebetulan ada event super bike kat Kota... Ayah, hubby n aku memang peminat super bike.... Ibu tolong support jerk... Hikhik... Tapi malang ingat nak berenti tapi takada parking... Huhuhu Lepas tu terus gerak balik Muar ikot Kulai.... Turun Batu Pahat cari makan... Ahahaha....

Overall percutian kali ni memang sangat-sangat best.... Banyak kenangan yang indah-indah kita kat sana... Huhuhu..... 

Panjang kan cerita aku... Hurmmmm Aku pun dah penat nak menaip... Sampai sini jerk lah ye.... Hikhik... Gambar banyak pada adik aku... So tak banyak gambar nak aku kongsikan kat sini... Daaaaa...

its me
mass-naim  

1 ulasan:

Maria Firdz berkata...

Seronoknya...best cuti bersama keluarga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) Sahabat (11) kesihatan (9) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) HangOut (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)