Ahad, 21 Jun 2015

Angin Medu

first ramadhan ari tu aku ikot ibu pergi berurut... dengar je ibu nak urut kaki kat rumah mak pah (itu nama yang mak aku sebut lah) aku pun terus laju nak follow... mana tak nya kan aku ni dekat 3 minggu nak masuk sebulan dah batuk-batuk tak baik-baik lagi... demam kejap on off... mcam selasa hari tu sebelum puasa tak pasal-pasal terasa menggigil satu badan, makan muntah, terasa otot-otot badan ni lemah longlai nak balik kampung pun malas nak drive waktu tu... itu yang hubby turun jemput aku kat jb bawak balik kampung... hurmmmmm ntah tak tau lah sakit apa yang aku dapat kali ni tak kebah-kebah... hubby risau je...

so masa hari nak urut tu malam sebelum tu aku rasa badan bahagian belakang sebelah kanan aku ni sakit yang teramat bawak sampai kedepan bahagian kiri dekat dengan tulang serangka ni... terasa macam bengkak yang teramat sangat... aku nak toleh nak gerakkan badan terasa kejang macam kene tarik-tarik segala urat sendi aku ni so masa nak urut tu aku bagitau lah mak pah tu apa masalah aku... mula dia urut ibu dulu kendian baru turn aku... dia urut mula dari bahagian badan belakang dia cakap aku ni batuk dah lama sangat sebab tegang-tegang urat aku keras katanya... aku anggukkan kepala... tiba dia urut bahagian depan badan aku pulak terus dia kata angin medu ni tebal sangat dah angin ni sebab tu kau rasa sakit sampai kebelakang badan... kalau dibiarkan je makin teruk kau jadinya... 


aku? angin medu tu apa?? ahahaha... mak pah kata angin medu ni angin kotor yang tak keluar/terperangkap dari dalam badan kita yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain atau dari sistem pencernaan makanan kita... dia tanya ada tak rasa badan cepat letih lesu, makan apa-apa terasa macam tak lepas tersangkut kat bahagian dada, terasa loya nak muntah, mudah mengantuk, mudah sakit kepala, susah bernafas dll dan aku jawab ye semua simtom-simtom tu semua aku rasa... owhhhh ok dah tau dah... so aku pun cuba google cari info lebih lagi berkenaan dengan angin medu ni... so kat bawah ni apa yang aku dapat dari hasil carian google... jom cek...

Jumaat, 19 Jun 2015

Umrah Di Bulan Ramadhan : Mak & Abah

Selasa hari tu aku last kerja sebelum cuti rabu dan public holiday (1st Ramadhan) khamis... Tak larat sangat badan ni nak drive sorang-sorang since aku masih belum baik dari demam.... Makin menjadi-jadi demam aku hari selasa tu.... Badan start panas, menggigil, makan muntah... Penat member aku belanja makan mahal-mahal kat POT'S hari tu sudahnya sampai office berlari masuk toilet muntah... Hihi... Terus Whatsapp hubby mintak tolong datang JB petang tu jemput aku balik.... Kali ni betul aku tumbang.... Nasib baik hubby cakap ok dan dia sampai JB naik bas dalam pukul 7 malam... Terus balik rumah amik barang-barang, mandi pas tu terus gerak balik.... Tapi sebelum tu hubby ajak singgah makan.... Risau dia kat aku kemain lagi sebab tengok aku dah pucat habis..... Lepas makan baru gerak balik..... Sampai tangkak dalam pukul 1 pagi lebih kurang...

Esok sehari sebelum ramadhan muncul, aku, hubby dan adik beradik hubby pergi hantar mak abah ke KLIA.... Diaorang nak pergi umrah..... Rasa seronok sangat dapat sambut ramadhan kat mekah..... Buat amal ibadah kat sana pada bulan ramadhan tak dapat digambar kan keseronokan tu dengan kata-kata... =) 

Dengan mak dan adik ipar sebelum mak masuk ke balai berlepas
Dengan adik-adik ipar
Majid - Nor - Zurai - Aku

Selasa, 16 Jun 2015

Ramadhan datang lagi....

Alhamdulillah tinggal lagi satu hari kita akan bertemu dengan RAMADHAN..... Alhamdulillah juga ini tahun yang ke-dua aku berpuasa sebagai seorang isteri..... Dan dapat sambut puasa pertama dengan suami tercinta nanti.... =)

Dikesempatan ni aku nak ucap kan SALAM RAMADHAN pada semua sahabat handai, rakan-rakan blogger, pembaca-pembaca blog aku yang tak seberapa ni, dan tak lupa jugak pada followers aku kat blog ni.... Maaf andai  karya-karya penulisan aku kat blog ni ada yang aku terguriskan hati, terkecik kan hati... Aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.... 

Diharapkan bulan ramadhan kali ni penuh dengan barakah.... Aku harap dapat tunaikan tarawih tahun ni pada setiap malam insyaAllah andai diizinkan dan semoga dipermudahkan....

Haaaa..... Tak lupa juga parents in-law aku esok insyaAllah akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah kat sana.... Aku harap semua urusan diaorang dipermudahkan insyaAllah dengan izinNya..... Doa yang baik-baik untuk diorang dan semua umat islam yang menunaikan umrah kat sana..... Best rasanya dapat puasa kat tanah suci.... Kalau lah aku dapat pergi sama bahagia rasanya diri ni..... =) InsyaAllah suatu hari nanti akan aku pastikan aku dapat jejak kan kaki kat sana dengan orang-orang yang aku cinta..... =)

SALAM RAMADHAN


its me
mass-naim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)