Selasa, 8 November 2016

resign ~~


Akhirnya 1 november 16 hari tu aku dah letak notis... agak lama sebenarnya aku fikir kan tentang hal ni... actually dari tahun 2014 dah ada niat untuk berenti kerja untuk duduk sama-sama dengan husband dan cari kerja yang berdekatan dengan area sana... tapi tu lah asyik tak jadi je... ada je benda yang menghalang...

And now bila dah difikirkan sedalamnya... dah ditimbang tara... mungkin dah tiba masanya untuk aku resign sekarang... since ada yang tau aku ni pjj dengan husband walaupun dah ada malaika still jugak hubungan kitaorang ni pjj... hari tu niat hati lepas abis pantang naik keje sebulan lepastu tender... tapi tak sangka pulak naik je cuti bersalin kerja berlambak... tu yang postpone dari sebulan ke sebulan sampai lah kali ni memang dah tak boleh nak postpone lagi dah... malaika pun dah masuk 5 bulan 3 november haritu... dia dah bijak sekarang ni...dia dah pandai cari papa dia... tiap kali aku balik kampung, malaika memang duduk melekat je dengan papa dia... dengan aku?? hihi kejap-kejap je dia nak... selebihnya memang dengan papa dia... kesian jugak dengan dia... asyik kene berjauhan dengan papa dia... mesti dia rindu... budak makin besar makin bijak... makin kenal orang... sekarang ni pun dia asyik demam je... mungkin demam rindu kot... mana tak nya, jumpa papa kejap-kejap je kan...

keputusan untuk resign ni keputusan yang paling berat aku buat dalam hidup aku... aku sayang kerja aku... tapi tu lah mungkin jugak keputusan ni adalah keputusan yang terbaik untuk aku demi keluarga... antara kerjaya (yang perlukan aku dan anak berjauhan dengan husband/papa) dan family, bagi aku dua-dua sangat penting... dua-dua ni aku sayang... tapi bekorban untuk kebahagiaan aku, anak dan keluarga itu lebih utama dan lebih baik daripada pentingkan diri sendiri... dan aku harap pengorbanan yang aku buat ini adalah sangat berbaloi untuk kami... aku redha dan aku percaya rezeki Allah itu luas... insyaAllah ada rezeki yang lain untuk aku lepas ni... insyaAllah... janji Allah itu pasti untuk setiap hambaNya... walaupun aku tau nak cari kerja bukan senang sekarang ni... tapi Allah tu ada... insyaAllah Allah bantu...



sedih?? tipu kalau aku cakap tak sedih... type surat resign haritu pun dah meleleh air mata laju je keluar dari kelopak mata... 5 tahun aku dekat company ni, macam-macam kenangan pahit manis suka duka ada... tapi tu lah apa yang kita sayang tak semestinya kekal lama untuk kita... sampai masa kita perlu move on jugak perlu cari ilham baru, cari kerja baru, cari pengalaman baru, belajar benda baru kat tempat baru dapat kenal ramai kawan baru... hihi... apa yang aku belajar dekat company ni selama mana aku wujud dekat sini akan aku jadikan benda tu semua sebagai satu kenangan terindah dan pengalaman yang paling manis untuk aku kenang sampai bila-bila... 

bila dah resign ni, rasa tak sabar pulak nak balik duduk dengan husband dan jadi housewife sebulan dua besarkan malaika sementara dapat peluang pekerjaan lain kan... perancangan tu ada macam-macam dalam kepala otak ni... cuma tak tau dapat direalisasi kan ataupun tak... hihi... wish me luck!!

ok nak sambung settlekan kerja yang berbaki sebelum habiskan cuti yang ada and lepas tu free... =)

bye.

its me
mass-naim

1 ulasan:

HeNRieTTa JoSe berkata...

ketentuan ALLAH itu lebih baik...insyALLAH nnti boleh jadi housewife sekejap smbil besarkan anak sendiri, then boleh juga cr kerja yang dekat dengan suami....apa2 pown...gud luck yea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)