Selasa, 14 Julai 2015

Raya : Apa Yang Paling Dirindui Time Raya?

haaaa,, masing-masing sekarang tengah mood nak raya kan... mood kerja pun ntah dah kemana-mana dah pergi ye tak??... sama lah dengan aku ni ha... tunggu hubby datang jemput jerk kat jb bawak balik kampung ntah bila dia sampai tak tau lah nak cakap... lagi dua hari lagi kita nak sambut raya kan,,mesti ramai yang dah start cuti hari ni... yang dah start nak balik kampung pun mesti ada kan... excited gitu... apa-apa pun rancang perjalanan korang semoga lancar pergi dan balik... ingat orang tersayang yang tengah tunggu korang kat kampung tu ye...tahun ni aku beraya kat side aku pulak...gilir-gilir lah kan...macam biasa family aku akan pulang ke batu pahat pada petang last day puasa tu untuk berbuka beramai-ramai dengan adik beradik ibu...tapi untuk this year tak sure pulak balik batu pahat time last day puasa or pada 1st raya... dan tidur kat rumah kiteorang yang kat parit sulong tu....aku follow ibu dan ayah je..gerak konvoi sama-sama best...

ok,, aku nak cerita pasal apa yang paling dirindui time-time raya ni...

1. sambal kacang
haaaa.... aku paling rindu dengan sambal kacang yang atok aku buat,, sambal kacang dia memang superb sedap,,kacang halus je atok aku blender,,kalau ibu aku yang masak pun sebiji rasa dia sama macam atok aku masak...aku suka makan ketupat dengan sambal kacang jerk plus dengan ayam tak kisah lah masak apa pun ayam tu atau pun dengan rendang daging...tapi yang penting sambal kacang tu memang berladong (melimpah) dalam pinggan aku...itu wajib... sebab lepas habis ketupat aku makan sambal tu aku akan hirup atau makan dengan ayam/danging yang ada lebih kat pinggan aku... hikhik...aku tak suka makan ketupat dengan kuah apa-apa pun jenis kuah samaada kuah kari ke lemak lodeh ke aku tak suka,,,tak boleh terima kat tekak aku...nampak macam ngada-ngada,,,tapi itu reality nya...aku tak tau lah kenapa....even hari biasa kalau order lontong pon aku tak suka makan lontong kuah...aku tak akan makan...aku lebih suka lontong darat / lontong kering.... 

Gambar : ihsan pak cik google
2. rendang daging
ini antara yang aku rindu time raya... aku suka rendang daging yang mak mertua aku masak...very superb...memang melting habis lah kalau terbayang-bayang rendang yang mak mertua aku masak...macam last year raya 1st raya aku kat rumah mak mertua...masa mak masak aku tolong-tolong lah kat dapur...hoby aku kan...kihkih...so bila rendang dah siap aku yang over excited tak sabar nak makan...rasanya sangat-sangat...owhhhhh sedap lah sampai menjilat jari...dagingnya pun yaAllah lembut ya ampun...memang aku balun jerk lah rendang tu masa 1st raya...siap ratah-ratah...tapi still ingat orang belakang walaupun aku rasa macam tak cukup jerk nak ratah kan...hikhik...

Gambar : ihsan pak cik google

3. berkumpul adik beradik/saudara-mara/sepupu-sepapat
ini yang dinanti-nantikan setiap kali raya...dapat kumpul ramai-ramai daripada last day puasa berbuka ramai-ramai after that main mercun bunga api kat luar rumah atok tak kira dari sekecil-kecik budak sampai ke bapak mak budak pun dua kali lima jerk perangai...layannn...yang mana lama dan susah nak jumpa tu berkumpul dalam bilik bergosip sana-sini (bagi perempuan lah) yang mak-mak pulak duduk berbual adik beradik ntah apa yang diborakkan tak tau ler...bapak-bapak pulak dengan cerita diaorang...dah puas dengan tu semua....mula lah ada yang start kereta ajak lepak minum kat luar pulak....tengok gelagat orang ramai pada malam raya yang masih mencari itu dan ini untuk tambah mana yang tak cukup....meriah weiiii tengok gelagat orang....and selalunya bila raya kiteorang side ibu lah, pak cik mak cik sepupu sepapat akan rancang beberapa aktiviti...antara aktiviti biasa kiteorang buat is BBQ pada raya ke-dua, main bowling semua keluarga kene turut serta (wajib), tengok wayang (sepupu sepapat), sesi outing photoshoot (sepupu sepapat)....konvoi beraya rumah saudara-mara...macam-macam aktiviti kiteorang....memang havoc sangat...

Gambar : raya tahun 2013
Gambar : raya tahun 2012
Gambar : raya tahun 2012
itu lah antara yang paling aku rindu sangat-sangat time raya....meriah sangat kat rumah atok aku side ibu...memang situ lah tempat berkumpul semua adik beradik ibu...yang jauh yang dekat semua tak ketinggalan lepak kumpul kat rumah atok...meriah bak angg....tapi untuk this year rumah atok dah berwajah baru...hikhik....beraya dengan suasana rumah baru lah gamaknya kiteorang...rumah atok siap sepenuhnya renovate dalam bulan 6 hari tu...kalau tak silap lah....lagi lah tambah-tambah berseri rumah tu time raya...tak sabarnya....

haiii lah hubby cepat lah datang amik saya kat jb ni....hati ni dah melonjak-lonjak nak balik kampung....tak boleh nak ditahan-tahan kan lagi rasa ni excited ni....kalau tahan-tahan mau kebaboooommmm meletup hati ni....aishhhhh....

ok lah pesanan :- pada yang balik kampung tu berhati-hati dijalan raya...jalan dah start jammed...rancang perjalanan korang dengan baik semoga semua lancar....

aihhhh..... balik kampong....ooo ooo ooo balik kampung... ooo ooo ooo balik kampung.... hati girang..... abangggggg cepat lah datang amik saya kat jb ni......ohooooooohooooiiiiiii tak sabar nak beraya..........

last word :-

SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN
PADA SEMUA YANG KENAL DIRI INI.

its me
mass-naim

1 ulasan:

yoorinmelacolea berkata...

yoorin memg gila sambal kacang.. kadang kalau beli sate ke kan, kuah sate tu boleh hirup macam tu je..suami sampai perli, nak abg mintak kan straw tak? hahahaha..keji..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)