Ahad, 29 Mac 2015

tambat hati suami dengan masakan dari air tangan isteri serta ganjarannya

"Alhamdulillah siap masak untuk husband tersayang...walaupun masakan yang simple tapi masakan dari air tangan isteri yang penuh dengan tanda kasih dan sayang serta keikhlasan yang tulus dari hati ini telah menghasilkan rasa yang sungguh nikmat dan lazat....
Selamat menjamu selera sayang @hafizapet" ... (petikan caption dari instagram aku)

Minggu lepas Jumaat dah bosan sangat duduk sorang-sorang kat rumah sementara nak tunggu hubby balik JB macam lambat sangat sebab dia kat kolam udang.... So aku decide pergi amik dia sendiri kat kolam area Batu Pahat.... Dalam perjalanan hubby call suruh naik Tangkak terus sebab bos dia ada buat makan-makan malam tu... So on.... Boleh jenguk-jenguk orang tua sekali kan.... =) So malam sebelum amik hubby aku kirim kat hubby udang 1 kilo.... Fresh gila udang tu... =) Lepas amik hubby aku tak stay one night... Aku terus balik JB malam tu jugak....

Sabtu after balik dari Rengit malam tu tak tau nak makan kat mana.... Hikhik memandangkan dah janji dengan hubby nak masakkan untuk dia udang masak telur masin aku tunaikan jugak janji tu... Bahan semua dah beli kat Tangkak masa belanja dengan MIL Jumaat petang tu.... So sampai jerk rumah dalam pukul 9 lebih malam terus siang udang.... Rumah time tu tak da orang semua balik kampung... So hubby pun sibuk jugak duduk dapur tolong-tolong aku masak... Sakat aku macam-macam.... Yess itu ada lah quality time aku dan hubby.... =) Seronok sangat bila dapat masak sama-sama dengan hubby.... Hikhik.... Bukan senang nak dapat masa macam tu bersama maklumlah perkahwinan jarak jauh ni susah sikit... Kadang kat rumah aku ada orang hubby x keluar bilik... Kalau balik kampung pun macam segan dengan orang tua kalau kita nak bergurau-gurau kan... Hikhik... Happy nyaaaaaa.... =) Haaaaa kalau nasi tu hubby yang masak... =)

Menu Dinner (Sabtu malam) :
- Udang masak telur masin
- Telur dadar
- Air Teh O panas
Menu Lunch (Isnin) :
- Udang goreng tepung
- Sambal tumis telur

Rasa bahagia sangat dapat laksanakan tugas sebagai seorang isteri untuk suami..... Hubby makan memang menyelerakan..... Nasi masak 1 pot memang untuk dia sorang... Aku pulak memang tak makan nasi dah dekat sebulan jugak.... Diet katanya... Hikhik.... Aku juz ratah lauk..... Memang rutin aku tiap kali hubby balik JB aku akan masak untuk dia atau aku balik kampung pun tu lah rutin aku... Yang best nya aku akan tanya dia nak aku masakkan apa untuk dia hari ni...? Dia akan jawab suka hati B lah nak masak apa pun abang makan.... Dan aku yang akan fikir apa yang aku nak hidangkan untuk dia..... Tugas dia cuma bawak aku pergi beli barang jerk... Dan kalau orang dalam rumah aku tak ada dia akan kacau aku kat dapur..... Siyes seronok macam tu.... Hikhik.... Walaupun lauk yang simple aku hidang kan untuk dia, dia tetap makan dengan penuh selera....

Ganjaran Isteri Memasak Untuk Suami Dan Anak - Anak :-

Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:


"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." (Abu Hurairah r.a).


Nasib baik hobi aku suka memasak... Alhamdulillah itu kelebihan yang aku ada.... Mak ayah aku pun tak pernah ajar aku memasak dan aku tak pernah tolong ibu ayah aku kat dapur waktu diaorang masak... Sebab mak ayah aku sangat manjakan anak-anak dia, semua kerja rumah dulu diaorang yang buat... Tugas anak-anak belajar dan belajar... Tapi Alhamdulillah ia datang dengan sendiri nya sejak aku abis sekolah tingkatan 5.... =)  Cita-cita nak jadi chef sebenarnya,,,, Memang minat bab memasak ni... Tapi tak kesampaian.... Hikhik... So jadi chef untuk hubby jerk lah..... Ari tu bagitau hubby niat aku nak amik kelas memasak untuk mantapkan skill masakan aku... Hubby ok jerk... Maklum lah sebenarnya aku suka masak tapi tak suka ikut resepi yang sedia ada... Aku suka masak ikot cara aku sendiri.... Main campak-campak lepas tu jadi... Mak mertua pun selalu puji masakan aku... Kadang tu mintak resepi kat aku... Kadang tu tengok aku masak apa bahan yang aku sediakan Hikhik (bangga kejap).... Aku jenis suka pergi kedai makan dan order apa yang aku suka makan then aku rasa betul-betul apa ingredient dia dan one day kat rumah aku akan cuba.... Tapi ikut rencah aku sendiri... Hikhik.....

Hurmmmm lama dah tak kongsi resepi kat dalam blog ni kan... Haaa... Nanti lah aku kongsi resepi-resepi yang aku ada... =) Bye....

its me
mass-naim

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)