Isnin, 6 Mei 2013

Sekejap je

Dalam sedar atau tidak.... Ikatan pertunangan aku dan si debab lagi 2 hari nak mencecah 2 tahun... Iaitu 8 May ni.... Alhamdulillah syukur nikmat pada mu Ya Allah kerana telah memelihara ikatan hubungan antara aku dan dia sehingga ke hari ini... Dan aku harap sehingga ke hari-hari yang seterusnya..... Terasa masa begitu pantas berlalu.... Tak lama jek lagi aku akan jadi yang halal untuk dia.... Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan bagi aku dan dia untuk mengecapi kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna.... InsyaAllah..... 8 May itu jugak jatuh pada tarikh dimana aku dilahirkan didunia ini..... Sehingga hari ini aku masih lagi mampu untuk bernafas.... (^_______^) Alhamdulillah.....

Ok Sabtu 4/5/2013 ari tu aku balik kg.... Maklum lah kan orang sebuk balik mengundi... Aku jugak tak lepas kan peluang tu untuk balik ke kg.... Jumaat malam aku sampai,,,, Hari Sabtu ari tu aku dapat surprise dari famly aku.... Dowg wat majlis doa selamat sempena Hari Jadi aku, anak buah aku Mohd Ikhwan Izzudin dan juga ayahanda aku yang tercinta En. Naim Bajuri..... Sungguh terharu saat itu.... =) Anak buah aku dah pun mencapai umur 1 tahun pada 1 May ari tu... Alhamdulillah syukur....

Sebelah malam pergi uma si debab hantar lauk majlis tu sikit.... Memandangkan parents dia tak dapat datang masa majlis tu... So aku pegi hantar lah kat rumah dowg.... Lepak jap dengan mak dia n bual-bual tentang majlis aku dan si debab.... =) Lepas tu si debab dah panggil ajak keluar.... Nak ajak g Melaka katanya.... Dengan member dia Gemok.... So apa lagi angkat kaki lah aku dah orang ajak... Hihihihi.... Sampai Melaka sangkut pulak dengan jam sana-sini orang berkempen.... Adoiiiii..... Sabo jerk lah kan..... !!!!!! Kat Melaka g kat Uptown jerk sebab member dia nak g cari barang... Then terus g makan.... Aku dah kebulur lapo.... Huh (-__-")!! Masa makan ramai pulak mat-mat rempit yang usung bendera parti kehulur kehilir nak berkempen.... Kalau setakat lalu je xde hal... Tapi buat bingit telinga park kat depan kedai makan tu dengan preng sane preng sini..... Nak berkempen tu berkempen jerk lah... Tak payah lah nak tunjuk siapa hebat siap berlumba-lumba press minyak nak tunjuk kan moto siapa paling kuat bunyi.... Xde sape nak dengar lah buat sakit telinga adalah.... Adeiiiiii budak-budak.......... !!!!!!!!!!!!!!! ..... Macam dah tak ada akal..... Hurmmmmmmmmmmmmmmm (-____-")

Lepas makan kiteowg terus balik,,,, Si debab tak berani nak lepas kan aku balik sorang2... Takut apa-apa jadi nanti maklum lah kan risau...... Ermmmmmm sampai rumah dia,, Dia bagi member dia kunci kereta mintak tolong member dia follow kiteowg sampai Muar,,, Dia pulak drive kereta aku.... Dalam kereta kiteowg bincang banyak perkara.... Bincang pasal wedding kami,,,,, Rasa macam tak percaya.... Sungguh sekejap masa berlalu,,,, 2 Tahun ikatan pertunangan dah pun semakin hampir..... Dup dap dup dap rase jantung ni..... Aisyhhhhhhhhhhhhhhhh...... Bual punya bual dah pun sampai Muar...... Macam tak puas pulak berbual dengan si debab tu...... Malam tu dia sangat banyak mulut.... Ada jerk cerita yang nak di kongsi dengan aku..... Erkkkkkkkkkkkkkkkk...... Lepas dia hantar aku dia pun gerak dengan member dia balik Tangkak n aku terus balik rumah.... Terus membongkang.... Keletihan... Hahahahaha..... !!!!!

Ahad nya semalam aku jumpa dia lagi.... Rindu katanya.... Boley gitu???? Jejalan dengan dia... Ronda-ronda tengok orang mengundi.... Lepas tu dia ada bagi kat aku 1 barang yang dia beli dari Pulau Redang ari tu.... Lama kot dia balik dari Redang baru ni dia bagi aku... Selama ni asyik terlupa nak bawak jerk bila dia turun JB jumpa aku... Huh.... But aku suka barang tu... Nice..... Pandai dia pilih..... Hihihihihi..... Ok lah... Sampai sini jerk.... Len kali aku update lagi... Banyak benda nak story..... Ok daaaaaa =) PEACE YAWNNNNNNN !!!!!!!!!!!!!!!!!!

-bahagia kami hanya kami yang rasa-


it's me
mass-naim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)