Ahad, 13 Disember 2015

Diari Mengandung : Mengidam

Alhamdulillah minggu kandungan aku dah masuk 16 minggu... Syukur... Semoga bertahan lah wahai anak... =)

Aku nak cerita pasal mengidam...Biasa orang mengandung ni macam-macam dia punya mengidam kan... Ermmmmm sama lah jugak dengan aku.... Walaupun tekak aku masih rasa kosong lagi tak tau nak makan apa setiap hari... Tapi bila waktu mengidam aku sampai rasa macam nak dapatkan makanan tu time tu jugak... Tak boleh nak tunggu-tunggu... Kadang makanan yang perlu kita tunggu untuk dapat kan contoh tempat tu jauh ke kedai tu tutup ke time tu boleh jadi menangis tau.... Dia punya rasa sedih tu... Adoiii...  Sampai teresak-esak... Nampak macam mengada kan.. Hihihi... Tu lah realiti yang aku hadap sekarang ni... Kadang aku sendiri tak dapat nak faham diri aku... Tak kan pasal tak dapat nak makan apa yang aku nak makan pun boleh menangis kan... Padahal sebelum ni tak kisah pun nanti-nanti boleh dapat... Ermmmm tu lah dia emosi orang mengandung....

Senarai makanan yang aku mengidam buat setakat ni :-

1. Panini Carbonara - Pot's Kitchen (dah ditunaikan)
2. Chapati Kuah Kambing - Tehel Melaka (dah ditunaikan)
3. Satay Perut - Muar (dah ditunaikan
4. Ubi Rebus Sambal Bilis - Dari member (dah ditunaikan)
5. Ikan Goreng Selar Kuning Masak Sambal Hijau - Dari member (dah ditunaikan)
6. Satay Perut - Batu Pahat (belum ditunaikan)
7. Nasi Arab Damsyik - Senawang (belum ditunaikan)
8. Karipap Kentang - Air tangan ayah (belum ditunaikan)
9. Roti Canai Kambing 40 Hari - Yong Peng (belum ditunaikan)
10. Toffee Nut - Starbucks (dah ditunaikan)
11. Asam Pedas - Air tangan ibu (belum ditunaikan)
12. Ais Krim Malaysia Kacang Hijau - Air tangan ibu (dah ditunaikan)
13. Tempe Kacang dan Ikan Bilis Masak Sambal - Dari member (dah ditunaikan)
14. Nasi Ayam dan Kerabu Mangga - Chiken Rice Shop (dah ditunaikan)
15 &.......... belum lagi....

Yang mana ada tulisan merah tu masih belum berkesempatan nak dapat dan satu lagi jauh untuk dapatkan nya.... Tapi mesti dapat kan.... Kang tak pasal-pasal baby dalam peyut keluar ngences jerk... Hikhik...

Ermmmmmm.....

Yang aku perasan lah sejak dari awal mengandung aku teringin nak makan sushi.... Yess memang aku rasa sedap kat tekak kalau dapat makan sushi kene pulak dengan wasabi dia... Umphhhhh.... Sedap tak terkata... Tapi masa awal-awal aku tak dapat nak makan sushi sebab nya member cakap mengandung tak boleh makan sushi sebab ada cuka lah apa lah... Sushi ni makanan dia tajam lah tak elok untuk orang mengandung lah... So makanya aku tahan kan je rasa nak makan sushi tu sampai lah kandungan aku dah cecah 11 weeks... Time tu tak boleh nak bendung lagi rasa nak makan sushi... Aku mula lah google sana sini... Tanya orang yang suka makan sushi... Tanya ibu semua... Then baru lah aku dapat makan... Time tu rasa nikmat sangat... So start dari tu aku rajin lah jugak beli sushi... Dalam sebulan tu ada lah 2,3 kali beli... Nikmat rasanya... Satu lagi Subway.... Kerap sangat aku makan subway sejak-sejak mengandung ni.... Menu wajib steak & cheese (mesti nak kene extra cheese, papper n lettuce...Sos pulak mesti mayo, bbq & thousand Island)... Bila makan subway rasa laju jerk masuk kat tekak ni.... Subway ni pun hampir tiap minggu jugak aku beli... Balik keje sempat je singgah.... Tapi kalau tiap-tiap hari boleh bengkok jugak kalau 1 set dah Rm16 kan... Hurmmmm.... Sediakan duit jerk lah.... Tapi kadang tak boleh nak ikot kan sangat.... Susah nanti... 

yang ni malam tadi punya set
Kalau nasi aku tak boleh nak makan... Sebab aku perasan kalau aku makan mesti aku muntah balik... Muntah tu bukan sikit tapi semua yang aku makan keluar semula... Rasa penat je makan banyak-banyak... Tapi nanti lapar balik... Kadang tu paksa jugak diri makan nasi.... Tak makan tak boleh jugak kan... Tapi tu lah selalunya aku akan mual dan muntah.... Puas lah jugak makan nasi dengan pelbagai lauk... Tetap jugak sama hasilnya... Kadang tu aku tahan-tahan kan je diri dari nak muntah... 

Pening jugak kepala ni nak melayan selera makan yang totally 100% dah berubah.... Hurmmmmm belum lagi hubby yang kadang-kadang je ada dengan aku.... Dengan dia sekali berubah selera makan.... Mana tak nya... Makan ikut selera tekak aku... Hikhik...

Pape pun aku sangat enjoy dengan pregnancy aku.... Eiittt nak tau tak aku dah pun start rasa baby gerak-gerak sikit.... Mula tu ingat angin je dalam perut aku... Tapi pelik kenapa sebelum ni perut aku angin jugak tapi tak lah sampai gerak macam tu sekali sebab rasa geli-geli... Hikhik.... Pastu baru aku terfikir agaknya yang gerak tu baby.... Hihi.... Comel jerk dia gerak-gerak kat dalam... 

Ok next week ni balik kampung ingat nak jengah baby kejap... Nak tengok keadaan dia macam mana... Sihat ke tidak... Hihi... 15hb ni ada appointment dengan klinik... Doa-doakan lah tak ada apa-apa yang merisaukan hari aku ni ea... Daaaa  

"Dengan menyebut nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Ya Allah tambahkanlah kesejahteraan kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW Sebagai pengobat dan penawar hatiku, penyehat dan penyegar badanku. Sebagai sinar dan cahaya pandangan mata. Sebagai penguat dan santapan rohani. Dan kepada keluarganya dan para sahabatnya berikanlah keberkahan dan keselamatan.

Ya Allah semoga Engkau lindungi bayi ini selama ada dalam kandungan ibunya. Dan semoga Engkau memberikan kepada bayi dan ibunya Allah yang memberi kesehatan. Tidak ada kesehatan selain kesehatan Allah, kesehatan yang tidak diakhiri dengan penyakit lain.

Ya Allah semoga Engkau ciptakan bayi ini dalam kandungan ibunya dgn rupa yg bagus Dan semoga Engkau tanamkan hatinya bayi ini iman kepada-Mu ya Allah dan kepada Rosul-Mu. Ya Allah semoga Engkau mengeluarkan bayi ini dari dalam kandungan ibunya pada waktu yg telah ditetapkan dalam keadaan yg sehat dan selamat. Aamin, aamin aamin yaa robbal aalamin Kabulkanlah doa kami, kabulkanlah doa kami."
its me
mass-naim

1 ulasan:

cik mah berkata...

Kan2...sm mcm cik mah dulu...nangis2 beriya..yg kali ni rilek2 je pulak...amboi..pnjng senarai die..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)