Empat hari lepas sebelum masuk waktu maghrib ibu whatsapp aku bagi tau yang dia dan yang lain-lain nak ke Bandung Ahad ni seminggu kat sana makan angin,,, Aku dengar sungguh happy sebab ada chance lah aku nak ikut hikhik... Tapi ibu cakap tiket flight adik ipar aku dah beli... Kalau aku nak ikot ibu suruh adik ipar tengok kan tiket... Dia check tiket dah naik harga sorang RM600 pergi balik.... Wahhhh kecewa.... bukan tak boleh kalau setakat tiket harga gitu untuk aku dan hubby gedebak gedebuk RM1500 dalam tangan ok lah tu..... Tapi bila aku fikir-fikir kan balik kalau harga tiket mcm tu xpe lah mahal.... Sedangkan diaorang dapat tiket murah.... Huhuhu..... Kecewa memang kecewa... Diorang pergi rupa nya tak plan apa-apa.... Kebetulan adik ipar aku ada kerja kat sana... So dia nak bawak adik aku dan anak-anak dia sekali... Dah alang-alang bawak lah ibu dan adik bujang aku tu sekali.... Huntung lahhhhhh..... Ayah aku tak pergi sebab katanya ada meeting kene attend kat JB dan lagi satu kalau nak keluar negara kene report dulu kat pihak atasan semua... Maklum lah kerja gomen memang macam tu prosedur nya kalau siapa-siapa nak keluar negara... Huhu... Ibu pujuk aku then cakap next time memang ibu dan ayah ada plan nak ke Bandung lagi dengan seluruh family lengkap tak ada seorang pun yang terkecuali kata ibu.... Aku dengar yess ada chance.... Ahahahaha... Ok stop..
Masa ibu whatsapp tu aku tengah tunggu hubby kat bengkel tempat dia buat kerja kat JB ni.... Hubby masuk kereta tanya aku kenapa mulut muncung sedepa nih??? Aku jawab merajuk dengan ibu sebab frust sangat-sangat pasal ibu nak ke Bandung tak bawak B... Huhuhu... Hubby ketawa katanya macam budak kecik tak dapat gula-gula dia punya merajuk tu... Huh.... Ada ke dia cakap macam tu.... Aishhhhh....
So hari ni hari yang dinanti kan oleh mereka semua... Ibu, adik dan adik ipar aku satu family dah pun berangkat ke Kota Bandung petang tadi.... Yang aku tau flight diaorang pukul 3.20 something..... Seronok kemain diaorang semua...... Aku merajuk.... Huh (-_-") Tapi sempat kirim macam-macam barang.... Hikhik..... Diorang sempat lah selfie-selfie kat KLIA2 tu.... Dan whatsapp gambar-gambar diaorang... Saje lah tu nak bagi aku jeles terlampau.... Huhuhu.....
|
Abang Ikhwan eksen sungguh nak jugak tarik
trolley beg angry bird dia yang aku belikan tu... kemain lagi |
Dalam tengah hari tadi aku call ibu tanya dah sampai mana semua.... Ibu cakap baru sampai Cheras katanya... So dengar suara Ikhwan.... Tetiba nak bercakap dengan dia.... So dapat lah berbual kejap.... Lepas tu dia cakap Ikhwan kat dalam kereta,,, Ikhwan nak naik kapal terbang,,, Aunty Oya nak ikot?? Adussss.... Dah lah aku tengah kecewa tak dapat follow, anak buah aku boleh pulak cakap aunty Oya nak ikot??? Erkkkkkk nasib lah dia kecik lagi.... Ahahahaha....
Hurmmmm pape pun walau dimana diaorang berada sekarang.... Aku, hubby dan ayah tunggu diorang kat sini dan doakan semua selamat pergi dan selamat balik.... InsyaAllah.... Diorang balik sini 1st Raya Cina aku hubby dan ayah pergi jemput... Weeee.....
So Bandung please be nice with my family sepanjang diaorang berada kat sana hokayyy.... Huhuhu Daaaa....
its me
mass-naim