Khamis, 25 Disember 2014

satu tahun.

dia seorang lelaki
pencuri hati
yang pernah aku benci satu ketika dulu
yang aku tak suka satu ketika dulu

eh !! bukan kau tak suka dia ke? (tanya kawan aku..)

peduli apa dengan pandangan keliling
peduli apa orang nak cakap

apa aku kesah --- suka aku lah
benci jadi suka semua kerja Tuhan
macam lah kau tak pernah benci dan suka orang kan..!!
haha --

dia yang aku panggil awak, sayang, yang, abang --

yang terima aku walau macam mana buruk dan busuk nya aku --
yang terima aku walau tahu aku gagal jaga zuriat dia --

dia lah seorang suami kepada aku

kau kawan aku
kau bff aku
kau lawan gaduh aku
kau tahan dengan kebiolan aku
kau teman gelak, tawa, sedih, nangis aku semuanya sampai mati -- insyaAllah

kau kebahagiaan aku yang tak pernah aku tahu dari dulu ianya ada untuk aku

*terima kasih*

saya tahu kita PJJ
saya tahu kita pernah kehilangan zuriat penyambung kasih
saya tahu itu dugaan kita
saya tahu Allah menguji kita
tak lama mana pun lagi --
sabar sikit hari mungkin -- kita sabar ea -- kejap je tak lama pun

*pujuk diri sendiri*

moga kita kekal bersama
menjerit, ketawa, menangis, bergaduh, bertengkar pun bersama
sampai mati --
** InsyaAllah itu semua kerja Tuhan -

*touching*
sob-sob--

tolong jangan pernah berhenti cintai aku
tolong jangan pernah benci aku
tolong jangan pernah rapuh hidup dengan aku

selamat tahun pertama jodohku
=)

ite me
mass-naim

Selasa, 23 Disember 2014

Giveaway Calling


Masa untuk Giveaway..... (^___^)

Tepat jam 12.30am 25/12/2014 (Khamis) ini satu giveaway akan dilancarkan......

Nantikan 1st Giveaway dari saya ye.... Berdebar ni... =) errrrrrrr ~~

Harap dapat sambutan dan sokongan dari anda-anda semua =)

its me
mass-naim

Rabu, 3 Disember 2014

Night Fest 2014 di EDL Highway

Hai semua,,, Salam,,,

Ok arini tak mau citer panjang sangat..... Sekadar nak kongsikan cerita tapi biar gambar yang berbicara ye....

28 & 29 Nov hari tu (Jumaat & Sabtu) ada berlangsungnya satu program yang dianjurkan oleh Nelly_xo and team,,,, Salah satu organiser kat JB ni yang berjaya mengumpulkan beberapa vendor instagram berkumpul untuk menjayakan program ni secara tidak langsung mempromosikan jugak RnR Pandan EDL Highway =)

Antara vendor yang turun padang bagi menjayakan program Night Fest selama dua hari ni ialah :-

[Saiful Mainan] [@bellezzabysofia] [@clothinstore] [@shawanafashion] [@normicollection] [@tgjpremium] [@colourofheartcloset] [@gpmotorsportmerchandise] [@bgorlishious] [@houseofjauhari] [@thevoungestore] [@kartdy] [@scyaneecollection] [@allaboutcasing] [@gerobokshaful] [@hijabwithemma] [@finesmile] [@pangkinconcept] [@reexitcollection] [@muqmeena] [@adelovestore] [@projekbuku] [@protonedar] [@azizifoodvendor] [@sincerelybyushawls] [@dolceamera] [@byelszny] [@fabrikaclothing] [@azuerran] [@rxostore] [@gerobokami] [@bydilafauzi] [@mf_republic] [@ebypower] [@oouchuk_kidstore] [@litupofficial] [@nursyahirah] [@unguviolet] [@erystylista] [@youmeandshoes] [@fjglow] [@rbrosebella] [@shiningsshop] [@gorgeousboutique] [@lanunjohor] [@azparadise]

Ok dah tau senarai vendor2 yang ada kan.... Now jommm kita usha pulak gambar yang ada.... =)



























Ok itu lah dia sedikit sebanyak gambar yang ada pada aku...... So untuk event 2 malam berturut-turut tu kami memang sangat berpuas hati..... Kerjasama team yang ditunjukkan oleh setiap anggota memang memuaskan..... =)

Hope lepas ni kami dah boleh join mana-mana event yang nak buat kat tapak R&R Pandan.... =) Pada siapa-siapa organiser yang nak buat event kat R&R Pandan ni boleh lah datang terus berjumpa dengan pihak pengurusan R&R di office EDL sendiri di Pandan atau terus call di talian 07-3301000 (Cik Laila) untuk keterangan lanjut...... =)

Ok daaaaaa....... Salam....

its me
mass-naim

Isnin, 24 November 2014

zuriat

semua orang soal aku n suami tentang zuriat
dah mengandung?
bini kau dah ada isi belum?
berapa lama korang kawin?
kenapa tak mengandung lagi?
korang merancang ke?
tak cuba ea?

satu tahap aku fedup
apa harus aku jawab?

*stress*

jangan disoal tentang sensitif seorang manusia
senyum diluar dihati siapa peduli?

zuriat dan rezeki itu kerja Tuhan
Dia yang catat perjalanan hidup aku dari aku masih merah lagi --
siapa yang menidakkan kuasa Tuhan?
fikir-fikirkan lah bawakkan mengucap banyak-banyak kali
apa yang Dia nak bagi pada setiap umat Nya cuma dengan petik jari

kun faya kun -- jadi maka jadilah

aku mungkin diberikan nikmat untuk rasai naluri seorang ibu cuma seketika
Allah tarik balik nikmat tu bersebab bukan kosong
bukan masanya lagi Allah nak bagi aku nikmat tu semula

tapi....
mungkin esok mungkin lusa atau mungkin tulat siapa sangka?
kuasa Allah kita tak jangka

tersiat hati aku bila ramai manusia sibuk bertanyakan itu dan ini
bukan tak boleh langsung bertanya
cuma bait soalan perlu ada lapik

tengok insan lain gembira dengan khabar kedatangan orang baru
aku cuma senyum dan berdoa syukur mereka diberi peluang rasai nikmat itu
sedangkan aku masih lagi berusaha sebaik mungkin

soal rezeki manusia berbeza
ada dikurniakan zuriat tapi kurang dari segi kebahagiaan
ada dikurniakan kehidupan mewah tapi kosong didalamnya
ada dikurniakan kesusahan tapi mewah dengan zuriat dan kebahagiaan
ada dikurniakan zuriat sihat walafiat
ada dikurniakan zuriat tapi diduga dengan kedatangan penyakit

ada yang kawin bertahun masih tidak berzuriat
adakah mereka tidak berusaha berdoa?
sampai satu tahap mereka redha dan tawakal
insyaAllah masanya akan tiba
tapi bila itu belum pasti

jangan dipersoalkan urusan Allah
itu semua kerja Allah

bila disoal aku lagi tentang zuriat
diam.
bangun.
pusing.
senyum.
jalan.

tak banyak cakap jangan cakap aku biadap.

its me
mass-naim

Ahad, 23 November 2014

Tanpa Tajuk

Salam semua,,

Wahhhhhh lama gilosssss aku x update apa2 entry kat blog aku nih... Dah bersarang nampaknya.... Hikhik..... Aku tak update bukan apa.... Lately ni sangat2 sibuk dengan urusan kerja yang bertimbun-timbun.... Tak menang tangan rasanya,,, Tambah dengan office mate cuti awal untuk bersalin lagi..... Memang busy tahap melampau sampai aku malas nak pergi kerja... Tiap pagi bangun mata ketat jerk nak bukak.... Hahaha..... Sampai macam tu sekali.... Tapi sebab tanggungjawab masih aku gigihkan lagi tulang 4 kerat untuk gerak ke pejabat.... Hukhuk..... =)

Pejam celik pejam celik dah pertengahan bulan 11..... Bila dihitung hari dah nak hampir hujung tahun 2014.... So, baru-baru ni aku ada terfikir nak lancarkan 1st Giveaway sempena anniversary aku tak lama lagi..... So aku harap ada lah yang support giveaway aku tu nanti..... Berdebar-debar sebenarnya nih nak lancarkan....... Hikhik..... Ermmmmm aku rase sampai takat ni jerk dulu entry aku.... Akan aku update next entry nanti tentang 1st Giveaway aku tu ye... =) Bye....

its me
mass-naim 

Isnin, 13 Oktober 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Sabtu, 11 Oktober 2014

CPUV Nuffnang : Dapat lagi rezeki

Alhamdulillah rezeki lagi.... Tadi saje cek acc nuffnang... Sekali tu tengok alhamdulillah rezeki Allah nak bagi.... Ada banyak iklan CPUV yang tengah on going dalam blog aku... hikhik... So tak nak cakap panjang lebar sebab update pun  guna hp jerk... So pada kalian-kalian yang singgah ke blog ni dan nampak iklan CPUV tengah berlegar-legar melayang-layang sila sudi-sudikan lah diri anda semua klik pada iklan tersebut ye.... :) aku akan lakukan perkara yang sama jugak jika berkunjung ke blog korang nanti.... hikhik....



Daaaaaa....

Its me
mass-naim

Rabu, 8 Oktober 2014

Teruja =)

Hye,,,,, Lama dah tak update blog kan... So hari ni aku nak update juz nak cakap aku happy dan teruja sangat-sangat....

Nak tau kenapa????

Haaaa..... Sebab aku dapat dua orang anak buah sekali gus dalam tahun ni pada bulan yang sama..... Rasa teruja sangat...... Hikhik...... Tahniah pada adik perempuan aku yang telah selamat melahirkan baby girl seberat 3kg pada 1st hari raya aidil adha hari tu secara normal...... Dah sepasang dah dia dapat....hikhik..... Dan juga pada kembar hubby punya wife Eirza yang dah pun selamat melahirkan baby boy pada pagi tadi secara czer...... Dua hero dah dia ada.... Hikhik.... Seronok kan...!!! Hurmmmm tahniah dan selamat berpantang pada ibu-ibu semua yerk.... Dan alhamdulillah semoga ibu dan anak masing-masing sihat sejahtera....... InsyaAllah......

Aku bila lagi????

Hurmmmmm insyaAllah masih dalam usaha.... Hikhik.... Doa kan untuk aku ye semoga cepat dikurniakan zuriat pulak lepas ni..... =) Hikhikhik

Apa???? Gambar baby..???

Hahahah gambar baby kene tunggu dapat permission dari ibu masing-masing ye.... Maaf =)

Ok daaaaa bye..... =)

its me
mass-naim

Khamis, 2 Oktober 2014

Precious Giveaway

tekan banner untuk join

1. Perkara yang paling berharga dalam hidup aku yang paling utama bila mana aku dapat luangkan masa aku bersama-sama dengan seluruh family aku ibu, ayah, adik beradik, anak buah dan jugak hubby tercinta serta "anak-anak" (jika aku diberikan rezeki oleh-Nya) ..... Tak lupa jugak pada ibu n bapa mertua aku..... Dan yang paling best dapat berkhidmat pada kedua orang tua aku n orang tua hubby selama mana mereka masih hidup..... Sebab bagi aku ibu, ayah, adik beradik, anak buah dan hubby yang tercinta serta "anak-anak" dan ibu bapa mertua tak dapat digantikan dengan nilai wang ringgit.... Bagi aku mereka-mereka ni is my biggest support system yang aku ada dunia akhirat.

2. Perkara kedua bilamana aku dapat hargai dan sayang diri aku sendiri....

3. Perkara ketiga yang berharga bila ada kawan-kawan yang aku sayang sentiasa ada dengan aku bila waktu aku susah dan senang dan sentiasa memahami perangai aku dan tak pernah lupakan aku...... 

Jika ditanya apa yang berharga untuk aku... Ini lah dia mereka-mereka yang sangat berharga untuk aku.... Tanpa mereka mungkin aku akan lebih pecah..... =) Peace...

its me
mass-naim

3000 Followers Giveaway

jom click pada banner untuk join

Secara rasminya, giveaway ini dianjurkan oleh Nadratul Syazwana dengan kerjasama Nana Ameer, Norihan Yusof, Khairunnisa Hassan, Ayue Idris, Emi Amira, Miera Shafie, Annie de Yantie, Asha Hana, Nurul Imaniah, Farhana Ibtisam, Sya Nissa, Izwani Eliyana, Stylez Store House, Alsa Haslinda  dan Etique 


its me
mass-naim

Rabu, 1 Oktober 2014

Menang TopUp Rm5

Hoyeahhhhhhh  Alhamdulillah rezeki pagi ni di awal October.... 
Pagi tadi bukak email office dapat satu email dari pihak sponsor Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia! (Natasya Zainuddin) dan klik >> SINI << jugak Hikhik


Thank you darling =)

Thanks juga pada tuan yang menganjurkan giveaway tersebut... Lain kali buat giveaway dan segmen banyak-banyak lagi ye,,, hihi =) 

its me
mass-naim

CPUV Nuffnang : RHB Now - Let's Transaction

Alhamdulillah CPUV datang lagi pada awal October ni.... Tengok bawah ni...


Untuk hari ni CPUV datang dari RHB Now - Let's Transaction..... Merupakan CPUV ke-4 aku =)

So sekarang ni aku ada 2 CPUV yang tengah On Going melayang-layang menari-nari kat blog aku.....

1. SenHeng Online Store One 
2. RHB Now - Let's Transaction

So, pada kawan-kawan yang singgah dan nampak iklan dari SenHeng & RHB melayang-layang kat blog aku tu sudi-sudi lah menabung.... Jangan risau,,, Aku akan laku kan perkara yang sama jika aku blogwalking ke blog korang nanti,,,, =) 

Peace Yall !!!!!

its me
mass-naim

Welcome October


its me
mass-naim

Isnin, 29 September 2014

Next Aim



big rushmore Jack Purcell LP L/S
Nampak tak kasut tu.... Next aim aku lepas ni is sandal Birkenstock wajib untuk gantikan Birkenstock warna merah aku tu.... Hihihi..... dan New Balance or Jack Purcell... Aku minat kasut-kasut ni sebab keselesaan aku menggunakannya.... =) Macam Birkenstock yang aku ada sekarang ni sangat-sangat selesakan aku untuk berjalan sana sini..... Bagi aku biar mahal sikit asal aku selesa dan satu lagi tahan lama dan tahan lasak.... Macam Birkenstock merah aku dalam gambar tuh aku pakai dah lama.... Quality still dalam condition yang baik =) Hikhik..... Macam Jack Purcell pulak boleh mengingatkan aku pada zaman aku sekolah dulu... Itu lah kasut yang aku pakai untuk pergi sekolah sampai lah menurun ke zaman adik-adik aku hihi... Sangat tahan lasak.... Untuk New Balance aku pilih tersenarai dalam next aim aku sebab kasut nya sangat ringan.... Hihi.... Bagi aku harga tak jadi masalah insyaAllah aku akan dapat apa yang aku nak... =) 

Ok End.....

its me
mass-naim

Shawl | Skull


Nampak tak gambar skull atas tu.... Hihihi..... Itu cuma sehelai shawl, gift dari Pn. Fifie.... Shawl ni hasil carian semalam punya pasal pergi teman budak bujang kat office ni nak cari kasut New Balance semata-mata..... So Pn. Fifie jumpa shawl ni kat JBCC... Terus rembat 2 helai.... Tetiba dia dah bayar terus bagi kat aku 1 paper beg yang ada kat tangan dia huhuhu.... So, 1 helai untuk aku,, 1 helai untuk dia... Hihihi....

So pagi ni pergi office dah janji dengan Pn. Fifie nak pakai shawl yang dia beli dan bagi kat aku tu..... Hihihi.....

Masuk yang ini aku dah ada 4 helai dah shawl corak skull dalam koleksi peribadi aku... Hikhik...

Pakai shawl ni sangat selesa dan tak panas =) Hihi



Thanks Fie..

its me
mass-naim

Ahad, 28 September 2014

CPUV Nuffnang : SENHENG Online Store One

Tergerak hati tadi nak cek akaun nuffnang..... Sekali tu Alhamdulillah masuk 1 lagi iklan CPUV dimana ini kali ke tiga iklan CPUV by Nuffnang yang aku terima.... Syukur hihihi..... Kalini CPUV datang dari SENHENG Oneline Store One......



Senheng 25th Anniversary Youtube Ads

So,, pada siapa-siapa yang berminat dengan tawaran istimewa iklan SENHENG ini boleh lah usha dengan klik kat sini ye.... =)

Selain dari tu aku mohon jasa baik daripada korang jemput-jemput lah terjah banner Nuffnang di dalam blog ini ye hihi.... =)

its me
mass-naim

Konjac Sponge


Hari tu member ada perkenalkan satu product dari hasil semula jadi.... Dia cakap konjac sponge.... Dia tanya nak order tak... Aku fikir-fikir lah nak order ke tak sebab memandangkan kulit muka aku xpernah ada masalah.... Jerawat lagi lah tak pernah timbul setakat ni alhamdulillah.... Tapi pasal member kan so aku order lah satu untuk cuba-cuba hihihi..... So aku mula lah google pasal benda alah ni.... 
So hasil google macam kat bawah ni...

Entah Kenapa......


Gambar atas tu untuk stock hari ni... Ntah kenapa tekak ni rasa nak makan asam dan minum susu choclate... Huhuhu... Pelik kejap.... Kbaiiiii !!!!!

its me
mass-naim

Sabtu, 27 September 2014

Paris Souvenirs Giveaway by Me!

Best nya Paris... Angan-angan nak pergi kesana tu memang ada.... Hikhik.... Tapi entah bila lah dapat jejak kat sana tu..... Hikhikhik..... =)

So kali ni nampak giveaway ni..... Menarik.... Hadiahnya pun menarik..... Pada siapa-siapa nak join sila join click pada banner kat bawah tu jerk ye.... Mana tau korang terpilih untuk dapatkan hadiah dari Paris ni kan... =)

3 blogger yang aku pilih untuk tag is :-


So jommm support member...


click sini untuk join

Hadiah nya seperti dibawah... Jom usha.... =)

Hadiah Utama          : 20 x keychain Eiffel Tower

Hadiah Sampingan  : 3 x poskad Eiffel Tower

Hadiah Saguhati      : 3 x maps Paris 2014

its me
mass-naim

Jumaat, 26 September 2014

tayar oh tayar



Tayar ohhh tayar.... Time-time macam ni lah kau nak buat hal.... Bengkak sana bengkak sini.... Huh..... Aku tau lah ari ni gaji keluar..... Macam tau-tau jerk kan... Haiii sabar jerk lah..... 

Dah tiba masa nya tayar ni nak kene tukar.... Pagi tadi baru perasan tayar dah bengkak tepi... Boleh meletop kalau lenjan kan jugak kehulur kehilir..... Huhuhu.... Lepas raya hari tu baru jerk tukar 2 biji tayar baru sebelah belakang.... Kopak duit.... Ni pun nak kene kopak kan duit lagi... Aishhhhh tapi tak pe kereta ni dah banyak berjasa.... So memang dah tiba masa dia untuk mintak tukar baru... Huhuhuhu...

Nasib baik perasan masa datang kerja buat OT pagi tadi huh.... So xde lah risau nak tukar tayar ke apa kan... Boleh jerk tukar sendiri... Aku memang expert bab tukar-tukar tayar nih... Tapi Exec bahagian ronda aku suruh aku mintak tolong kat budak-budak ronda EDL Highway..... Hihhi..... Terima kasih kawan-kawan... =)
Nasib baik ada korang... Kihkihkih....




So jap lagi kene cari kedai tayar... Harus tukar tayar..... Hihihi..... Ok end

Bye.....

its me
mass-naim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)