Selasa, 22 September 2015

Keep Calm and Resign Soon!!!

Tiap kali bangun pagi atau bila dah last day kat kampung dan nak kene balik JB apa yang 1st ada dalam kepala otak aku is kalau lah boleh aku resign sekarang kan senang boleh cari kerja baru environment baru duduk dekat dengan hubby.....itu kalau lah kan....

Ini lah dilema yang aku tengah hadap dan tengah bertarung sekarang ni.... Aku rasa nak sangat resign sekarang dan duduk rumah sementara  dalam tempoh 2,3 bulan untuk jadi housewife. Boleh aku sediakan makan minum untuk suami lakukan kerja-kerja rumah yang lain-lain sambil-sambil tu boleh cari mood baru semangat baru untuk aku mulakan kerja baru yang aku tengah planning sekarang ni... 

Isnin, 21 September 2015

Tudung Aidijuma Giveaway by Anies

Hurmmmm lama rasanya tak join GA dari mana-mana blogger.... So ternampak GA ni macam menarik... So why not aku join kan... Hikhik....
 click banner untuk join
Cerita aku :-

Dulu masa zaman sekolah aku degil dan sangat liat nak pakai tudung.... Selalu sangat bertelagah dengan ayah... Ada je alasan aku bagi kat ayah time kalau keluar rumah nak pergi kemana-mana... Antara alasan nya yang aku selalu cakap ibu dulu muda-muda xpernah x pakai tudung ok jerk atok x bising..!! ahahah lepas tu ayah dan ibu aku cakap dulu lain sekarang ni zaman dah lain....Pakai tudung kan nampak cantik ayah cakap....Nak tak nak dengan terpaksa aku follow jugak lah cakap ayah... Mula-mula keluar rumah jerk pakai tudung, masuk kereta habis tanggal tudung sampai lah ke destinasi baru sarung balik tudung....degil kan...Tapi bila dikenang kan balik rasa agak lucu jugak lah sebab macam-macam idea nak bagi alasan kat ayah sebab tak nak pakai tudung....

Tapi lama kelamaan rasa ikhlas nak bertudung tu datang sendiri tanpa dipaksa... Start F6 aku pakai tudung dengan betul.... Dah tak main-main lagi... Rasa selamat nak kemana-mana orang tak pandang-pandang... Rasa aman je walaupun aku dah start duduk jauh dengan parents, pesanan ayah tiap kali bila keluar rumah pakai tudung aku akan ingat... Ayah kata rambut tu aurat perempuan... Kene jaga... Kalau nak heret ayah masuk neraka bukak lah aurat tu... Kalau nak ayah masuk syurga jaga lah segala aurat selagi boleh.... Pesanan ayah yang itu aku tak pernah lupakan... Walaupun kadang ayah dan ibu nampak aku kadang degil  dan tak nak dengar nasihat diaorang... Berbuih mulut diaorang nak betulkan diri aku... Tapi sebenarnya jauh dari sudut hati dan akal aku, aku dengar segala nasihat-nasihat diaorang dan semat kan betul-betul dalam kepala otak aku... IsyaAllah sampai akhir nyawa aku...Sebab nya aku sayang kedua orang tua aku....Dan aku nak diaorang masuk syurga dengan tenang.... Dan alhamdullillah aku dapat suami pun yang sangat menggalakkan aku pakai tudung... Tak pakai kene marah...Ahahahaha....

Last but not least.. Pakailah tudung kerana Allah... Bukan pakai tudung kerana fesyen atau trend... =) Daaaaa tata titi tutu...

Tudung tu one of my  favourite AJ white label yang aku suka pakai... Design chevron dia cantik..
Setakat ni aku ada 4 design AJ yang aku dah kumpul kesemuanya white lable...
Kalau ada rezeki lebih memang aku nak cari lagi AJ buat koleksi....
its me
mass-naim

Selasa, 15 September 2015

Happy Belated Birthday Sayang

Salam,

2 September ari tu hari jadi hubby... Bertambah lagi umur dia tahun ni.... Ihihihi.... Mudah-mudahan dengan penambahan umur tahun ni dapat jadikan dia seorang yang lebih bertanggungjawab lagi dalam segala hal....

Birthday dia tahun ni aku buntu nak belikan hadiah apa untuk dia....penat fikir, jenuh memilih google sana sini cari idea... Kebanyakkan nya yang aku google banyak keluarkan idea bagi husband wallet, kalau wallet masa hantaran kawin ari tu wallet dia masih elok lagi... Kulit lagi wallet dia...Nak bagi kasut last year birthday dia dah bagi kasut converse untuk dia...Nak belikan dia set Xbox Game atau Iphone yang dia idamkan macam belum mampu nak belikan...Belikan dia jam tangan masa aku dapat bonus aritu dah belikan dia swatch satu....Baju macam dah biasa sangat nak bagi kat dia....Hari-hari biasa pun boleh belikan dia baju...Terfikir nak belikan dia bunga satu jambak tapi nanti dia kata aku buang tebiat...Ahahahaha.... Ntah tak tau nak belikan apa...Sebulan sebelum birthday dia fikir-fikir, sudahnya ada lah satu hari tu malam dia call aku so berbual panjang lah....Tetiba dia cakap macam nak pergi bercuti dan check-in hotel mana-mana lah janji bercuti dan jalan-jalan.....Nak rehat-rehat kan kepala katanya....Cuti dekat-dekat je katanya...Aku cakap a'a kan dah lama tak bercuti dengan check-in hotel tu semua...Fikir-fikir boleh lah bagi dia surprise macam tu...Idea tu pun datang daripada idea dia sendiri...Mula lah aku search mana-mana hotel yang dekat-dekat yang budget pun ikot pada budget aku....

Dah dapat terus online booking seminggu awal...Aku booking hotel tu pada 28/8/2015 5 hari sebelum tarikh birthday dia tiba...Kata surprise kan... Dia pun tak aspect apa pun masa aku suruh dia amik cuti tarikh tu...Aku cuma cakap nak spend time berdua jerk dengan dia tanpa hp n gangguan dari sape-sape...Hp memang tutup terus...Ihihihihi....Sebelum balik kampung petang balik keje rushing singgah CS kejap pergi cari hadiah salingan...Dapat lah jugak yang simple-simple untuk dia lebih rasa happy on birthday dia  nanti walaupun hadiah tu murah...Seminggu sebelum balik kampung sempat D.I.Y card untuk dia.....Aku lukis sendiri...Ihihihi...Memang hobi aku tu... =) Dah lama tak mengasah bakat...

So....Haaa ni dia hotel yang menjadi pilihan aku for birthday dia >>

Rabu, 9 September 2015

OST Drama Mencintaimu (Lirik Lagu Setia-Elizabeth tan ft Faizal Tahir)

 (Lirik Lagu Setia-Elizabeth tan ft Faizal Tahir)


Selamat pagi sayang ku
Apa khabar diri mu
Maafkan andai mengganggu lena mu
Andai pernah melukakan

Maafkan ku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara
Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya
Kau dah aku mungkin tak sempurna
Kau dan aku tahu takkan mudah

Kau dan aku mahukan sempurna
Kau dan aku mengharap bahagia
Setia aku demi diri mu
Setia aku hanya pada mu

Andai hati mu berubah
Pasti ku cuba fahami
Tetap ku melangkah terus berani
Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dah aku mungkin tak sempurna
Kau dan aku tahu tak semudah
Kau dan aku mahukan sempurna
Kau dan aku mengharap bahagia

Setia aku demi diri mu
Setia aku hanya pada mu
Terima seadanya
Perbezaan kau dan aku

Biar pun apa saja
Ku percaya kau setia
Kau dan aku mengharap bahagia
Setia aku demi diri mu
Setia aku hanya pada mu

Setia ku demi diri mu
Setia ku hanya pada mu
Selamat pagi sayang ku
Apa khabar diri mu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)