Khamis, 28 Mac 2013

Mr. B ^....^

Alhamdulillah rezeki pada pagi ini...... Terima kasih Mr. B kerana telah membuat saya tersenyum lebar di pagi hari.. Masuk-masuk opis dah dapat good news... Hoyeyyyyy hoyeyyyy....... ^__^ Seronok rasanya... Bertuah badan =) !!!! Seronok rasenya bila dapat Mr. B yang besar-besar ni..... Ehehehe..... Nak cakap besar tu xlah besar sangat tapi beza dengan apa yang aku dapat masa time keje klinik dulu lah..... Dah dekat 1 year x dapat jumpa dengan Mr. B.... But this year kami bersua kembali.....

Apa tu ek Mr. B?? Mr. B tu BONUS... Ehehehehe... =)... Apa lagi memandangkan aku kat JB dan x balik kampung kali ni, aku wat keputusan untuk bank in kan separuh dari yang aku dapat tu kat parents aku.... Bukan selalu kan aku dapat besar-besar macam ni.... Ngeeeee :D Mood aku happy sangat kali ini.... Apa yang aku harap membuah kan hasil...... Dan gaji aku juga akan dinaik kan sebanyak tutttttttttttttttttttttttttt %... Mane boley tau berapa percent gaji aku naik.... Itu adalah rahsia kerajaan hati aku.... Cewahhh... Tapi alhamdulillah aku syukur... Berkat kesabaran aku dan dorongan dari orang-orang yang aku cinta Ibu, Ayah, n jugak Mr. Debab aku yang tak putus-putus mendoakan kejayaan aku.... Terima kasih pada kamu semua... Jasa kamu tak mungkin aku lupa =)

Hari yang sama aku dapat Mr. B tu boss aku ajak semua staff dia lunch sesama.... Meraikan Mr. B yang kami terima...... Thanks kepada yang belanja aku dan yang lain-lain....

Warung Siput Sedut Wak Dol Kampung Pasir
Marvelesssssss !!!!!!!!!!!!

Kali ini aku betul-betul tak sabar nak tunggu Mr. Debab aku turun JB esok.... Nak meraikan apa yang aku dapat sesama dengan dia n housematte aku serta boyfriend dia.... Ok..... XoXo :D Peace yallllll!!!!!!!!!!! and Publish !!! (^_____^)


it's me
mass-naim

Selasa, 19 Mac 2013

1st step done!!!

Hye,,, Terasa sangat lama tak update ini blog..... Busy mengalahkan Perdana Menteri la plak yerk aku nih.... Hehehehe,,,,!!! ('',) Verangan jerk lebih kan... Nak jadi perdana Menteri konon... Cermin lah muka tu sikit cik mass oiiiii....... Ermmmm alaaaaa tak salah kan kalau verangan... Ngeeeee :D

Ok entry kali ni nak update sikit about 1st step bila orang nak masuk alam rumah tangga ni..... Erkkkkkkk terasa cuak kan kalau sebut-sebut tentang alam berumah tangga ni... Macam-macam benda kene improve dari segi mental dan fizikal.... Maklum lah... Alam berumah tangga ni bukan sesenang A,B,C atau 1,2 dan 3...... Ia agak rumit jugak sebenarnya.... Nampak simple but complicated.... Kenapa aku cakap complicated??? Sebab nya 1st kahwin kita berdua, tanggung jawab tidak terlalu berat... Bila ada rezeki Allah bagi zuriat dan rezeki melimpah ruah tambah lagi dan tambah lagi sorang... Alhamdulillah syukur... Akan tetapi tanggung jawab menjadi semakin berat.... Bergantung kepada kita pasangan suami dan isteri menguruskan hal-hal yang sedemikian....!!!!!!

Aku suka tengok parents aku menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak.... 3 orang anak sudah cukup untuk memeningkan kepala mereka dengan perangai yang ntah apa-apa...... Tapi mereka still lagi bersabar dan berganding bahu untuk menjadikan hubungan mereka bahagia selamanya...... Ayah aku seorang yang tegas akan tetapi dia sering memanjakan anak-anak nya... Terutama sekali aku yang sulung dalam keluarga...... Macam-macam karenah aku dia turutkan even sampai sekarang pun still dia turut kan karenah aku.....Anak sulung tapi macam anak bungsu..... Ramai yang cakap aku anak yang paling last tapi pada hakikatnya TIDAK........ Kekadang ada tersimpan rasa simpati pada dia bila melihat wajah nya.... Betapa sayang nya dia pada aku dan adik-adik yang lain..... Tanggung jawab dia sungguh berat.... Mencari nafkah untuk pakai,makan dan minum untuk anak-anak dan isteri sentiasa mencukupi..... I'm proud of you dad...... (^__________^)

Tentang ibu aku pula,,, Dia sentiasa memberi sokongan dan dorongan pada ayah dan setiap anak-anak nya..... Adakala dia berleter... Berleter bukan bermakna marah... Tetapi mengingat.... Dia sayang pada kami itu sebab dia berleter.... Dia juga sering menjadi pendengar dan teman yang setia pada anak-anak dan suami.... Bila mana anak-anak ada masalah dia lah yang memujuk si suami untuk mengembirakan hati anak-anak nya..... Dia lah yang mengingat kan segala benda dalam rumah tu.... Dan ibu adalah seorang Ibu, Sahabat dan Teman paling istimewa buat aku... Yang mungkin aku tak akan jumpa di mana-mana... Nilai kasih sayang yang ibu dan ayah beri tak boleh aku jual beli....... I want to be like you mom..... I love you so much..... (^________^)

Ok lah dah membebel panjang lebar sebenarnya nih...... Ok cenggini...... 1st step aku untuk ke alam rumah tangga dah pon settle..... Maksud aku,,, Aku dah pun menghadiri kursus pra-perkahwinan yang berlangsung semalam (16 & 17 Mac 2013) bersama si debab di Hotel Sri Malaysia Larkin anjuran Pulai Perdana..... Alhamdulillah kursus tersebut yang berlangsung 2 hari berlalu dengan jaya nya tanpa ada gangguan mana-mana pihak..... Syukur..... Banyak input yang berguna yang aku perolehi..... Penceramah-penceramah pun best... Meraka banyak berkongsikan cerita berdasarkan kes-kes yang mereka kendali kan.... So far aku dan si debab enjoy dengan kursus tu.... =)

Bila 1st step done aku terasa lega separuh hati.... Bermakna lepas ni aku akan uruskan step-step yang lain pula..... Seperti isi borang nikah, buat HIV test, pergi interview kahwin..... Hope semua nya sempat aku lakukan sebelum tiba masa....... Sangat-sangat suntuk aku rasa kan saat ini...... Mudah-mudahan semuanya dapat dilaksanakan..... Amin........ Hati dah mula rasa berdebar....... Itu je lah yang aku nak coretkan kat entry kali ni...... =)

Peace (^__________________^)!!!!

-kami di pagi hari kedua kursus-
=chilll=
it's me
mass-naim

Jumaat, 1 Mac 2013

Wedding Shoes | Kasut Kahwin

Tadi tangan ni tetiba gatal lah pulak nak meng-google kasut kawen.... Almaklum lah kan dah nak kawen so, saja cuci mata kat encik google kita nih.... Eheheh (^_^) !!! Loikessssss... So memandangkan mase majlis aku nanti aku tak da amik pakej apa-apa pon kat bridal.... Kebanyakkan nya dari segi pakaian pengantin aku, aku lebih prefer tempah sendiri ikot design dan cita rasa aku sendiri.... Lebih memuaskan hati aku... Ikot kehendak hati aku sendiri.... So tak da lah istilah tak puas hati / susah nak cari size or susah nak wat pemilihan dari segi warna mahupun design yang disediakan kat bridal bridal yang ada..... Maybe aku agak cerewet dalam hal-hal macam ni... Tapi ini semua untuk diri aku dan pasangan aku masa majlis aku nanti.....

Lepas aku dah buat keputusan dari segi pemilihan warna dan design, ibu aku terus ke Medan Indonesia cari kain kat sana..... After that dia tunjuk kan kat aku dan aku sangat berpuas hati dengan pemilihan corak pada kain tersebut.... Ibu aku sentiasa update dengan cita rasa aku... Sebab itu lah aku sayang sangat dia.... Belum tentu lagi ada ibu-ibu yang lain dapat memahami cita rasa aku......

Ok da terlebih aku cerita nih... So berbalik pada cerita K.A.S.U.T K.A.H.W.I.N aku sangat teruja untuk memilih kasut kawen sekarang ini... Kasut yang aku perlu pilih mestilah bersesuaian dengan baju dan tema majlis aku nanti..... Dan kasut kawen aku nanti metilah yang boleh bagi keselesaan pada aku untuk aku menggayakan nya bersama dengan baju nikah/sanding/bertandang (side lelaki )..... Mesti classsssss kau jahhhhh....... Ahhahahaha...... (^______<) Peace!!!!!!

Ok jom review pic kasut jom....... >>>>>'''''''






Aku paling suka lah dengan kasut yang macam 5 gambar kat atas tu..... Siap ada blink blink you...... Sangat sesuai dengan baju yang di ilhamkan melalui imaginasi aku sendiri.... Mesti sweet macam cinderella dan puteri raja kan.... Hahahahahaha Tapi  aku xnak yang terlampau tinggi lah kan sebab nanti pengantin lelaki plak yang tenggelam....... Ahahahaha........ (^__________________^)!!! Jangan marah abang...... Peace =)





Kasut yang macam dalam 3 gambar kat atas ni plak aku tak berapa berkenan sangat lah kan.... Sebab nya tak tau lah kenapa..... Bukan dari segi design dia... Tapi dari segi pemakaian nya kot aku tak sesuai dengan kasut jenis-jenis macam nih...... =)
Tapi sure antara gambar-gambar kasut kat atas tu... Aku lebuh suka dengan gambar kasut yang 5 teratas tu.... Aku akan dapat kan jugak.... So far aku dah jumpa 2,3 design harga pon not bad boleh tahan lah.... Dah tunjuk kan dah pada si debab.... Dia ok ajerk..... Eehehehehehe..
K da aku nak chow........... Lalalalalalala peace yalllllll !!!!!!!!!!!!!!!!! =)



it's me
mass-naim 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)