Kita sama tapi tak serupa.. Aku seorang manusia.. Kau pun juga seorang manusia.. Tiada beza antara kita.. Manusia ada hati bukan?? Manusia juga ada perasaan bukan?? Dan manusia juga mempunyai akal fikiran bukan??
Akan tetapi kerana hati,perasaan dan akal fikiran buat kita tidak serupa.. Rambut sama hitam tetapi bila soal hati tak seorang pun tau apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati kita manusia kecuali diri manusia itu sendiri.. Begitu juga tentang soal perasaan dan juga akal fikiran..
Soal darah??
Apa ada pada darah?? Sedangkan darah kita sama merah sama pekat nya.. Kenapa?? Adakah darah boleh membezakan kita setiap manusia?? Perbezaannya adakah dengan pangkatnya atau dengan keturunannya ataupun dengan darjatnya?? Dimanakah perbezaan itu wahai manusia??
Fikirlah sejenak..
it's me
mass-naim