Isnin, 19 Januari 2015

Semoga Tenang Di Sana Saudara ku

Tanggal 9 Jan 2015 pukul 10.20 malam tengah-tengah sedap makan maggi goreng, aku dapat satu panggilan telefon dari ayah aku... Rasa macam pelik perasaan masa nak jawab panggilan tu... Hati rasa memang tak sedap... Macam ada satu perasaan lain yang kacau aku untuk jawab panggilan ayah aku... Berdebar, takut, risau semua ada.... Last-last gagahkan diri untuk jawab panggilan tu.... Ayah aku mengatakan yang sepupu aku terlibat dalam satu kemalangan dan keadaan beliau dalam kritikal.. Ya Allah berdebar jantung aku... Dup dap dup dap....

Aku diberitahu kemalangan tu berlaku didepan rumah dia sendiri di Taman Sri Sulong Batu Pahat... Motor sama motor... Ada yang kata dia tak salah... Ntah lah tak dapat dipastikan... Aku diberitahu lagi yang beliau akan di transfer kan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru... Jadi ayah aku mintak tolong aku datang ke hospital HSA untuk bantu apa yang patut... Ayah bagitau ambulan akan gerak setengah jam dari sekarang... Aku kira-kira dalam pukul 11.00 malam dia akan gerak dari Hospital Batu Pahat... 

Dalam pukul 12.30 malam aku masih lagi tak dapat panggilan apa-apa dari siapa-siapa yang dah sampai di HSA.... So aku call adik aku (yang mana aku dapat tau adik lelaki aku ada ikot serta bersama-sama pakcik aku (ayah arwah))... Aku dapat tau yang mereka dan ambulan dah pun nak dekat sampai di HSA.. Bergegas aku siap-siap untuk ke HSA jugak.... Nasib baik rumah aku dan HSA tak jauh.. 5 minit sampai..



Masa sampai tu terus jumpa mak cik aku dan pak cik aku yang tengah bersedih..... Terus peluk aku... Aku tenangkan mereka... Rasa sebak dalam hati mula terasa.... Dalam 5 minit aku sampai doktor panggil mak cik dan pak cik aku untuk masuk ke wad kritikal (bahagian wad kecemasan) aku pun ikot sama dari belakang... Dapat aku tengok keadaan arwah masa tu yang masih dalam keadaan lemah tak sedar.... Aku mula menitis kan air mata.... Tak sanggup aku nak hadap keadaan sepupu aku yang terlantar kaku tanpa sedar hanya bergantung pada mesin.... Aku terus keluar dari wad tu untuk dapatkan adik aku....

Selang 10 minit doktor panggil lagi mak cik dan pak cik aku.... Waktu tu aku berdiri betul-betul menghadap pintu wad kritikal tu menghadap betul-betul kat tempat dimana arwah ditempatkan.... Aku tengok mak cik aku pusingkan badan dia dalam diri dia nak rebah... Terus aku berlari untuk dapat kan dia.... Dia terus peluk aku sambil nangis dan berbisik mengatakan arwah dah tak ada lagi.... Ya Allah gugur dan terberhenti sekejap jantung aku.....Tepat jam 0125 pagi... Allah telah menjemput dia.... Ya Allah aku tengok keliling wad  rasa macam nak gelap... Terus aku nampak adik aku dan panggil dia.... Tercari-cari jugak abang arwah.... Sampai jerk abang dia depan jenazah adik dia pilu tak terkata... Allah jerk yang tau macam mana perasaan abang dia masa tu....  Aku hanya mampu sabarkan hati mereka... Aku pun tak boleh nak buat apa... Waktu tu dalam fikiran aku cuma mak ayah aku, adik adik aku, suami aku, anak-anak buah aku, dan sedara-sedara aku jerk.... Terus aku call ayah aku bagi pihak mak cik dan pak cik aku untuk sampai kan berita tu.... 

Di wechat group pun tak henti-henti msg masuk... Ada yang call aku personal bertanya kan keadaan arwah.... Ya Allah.... Aku cuma membayangkan mak cik dan pak cik aku tu adalah ibu dan ayah aku.... Betapa sedihnya mereka... Tapi kata mak cik aku... Dia redha kan pemergiaan anak bungsu dia... Ini semua kerja Allah... Allah sayang kan dia lebih... Cukuplah Allah bagi pinjam dia sebagai anak selama 15 tahun.... Ya Allah betapa kuatnya dan ikhlasnya hati seorang ibu untuk melepaskan anaknya pergi menghadap ilahi....

Dalam pukul 2.00 pagi arwah dibawa ke bilik mayat.... Aku dan yang lain-lain menunggu di luar bilik mayat dengan suasana pilu.... Masa arwah dibawa masuk ke bilik mayat.... Ada dua bidadari syurga di kanan dan kiri beliau menjadi peneman (baby kecil yang tidak cukup bulan) Allah... Pembantu hospital memberitahu yang arwah akan dibuat post mortem pada keesokkan pagi jam 8.00.... Tepat pukul 5.00 pagi kami balik... Aku bawak mak cik dan pakcik aku dan yang lain-lain ke rumah aku.... Bagi mereka rehat sementara tunggu hari esok terang.... (Pengalaman pertama aku duduk kat bilik mayat) .... 

Keesokkan hari jam 8.00 pagi kami semua dah berada di bilik mayat untuk menunggu proses yang diberitahu oleh pembantu hospital.... Tapi jangkaan kami salah... Doktor akan datang pada pukul 10.00 pagi... Kami menunggu dengan penuh kesabaran... Sahabat pak cik dan mak cik aku silih berganti datang melawat kat bilik mayat tersebut....

Tepat jam 11.00 pagi selepas proses post mortem siap dilakukan, beliau dimandikan dan dikapankan dan disembahyangkan.... Tepat jam 11.30 pagi van jenazah bergerak membawa jenazah ke kampung halaman beliau di Batu Pahat.... Kami dan yang lain-lain follow dari belakang.... Alhamdulillah perjalanan kami lancar...... Aku drive ditemani sepupu arwah.... Adik aku pulak bawak mak cik dan pak cik aku...

Sampai di kampung halaman, suasana menjadi semakin pilu.... Kakak arwah yang sentiasa menunggu dirumah sehingga jenazah adiknya sampai, hanya mampu menangis, sehingga van jenazah sampai baru lah dia bukak mulut.... Suasana diperkarangan rumah penuh dengan orang-orang kampung, cikgu-cikgu arwah, rakan-rakan arwah dan saudara-mara arwah.... Arwah dikenali sebagai seorang yang suka membantu orang, seorang yang menceriakan suasana, dan seorang yang baik hati dan seorang anak yang taat pada kedua ibu bapanya.... Allah...... (Hubby masih tak percaya yang beliau dah tak ada... Hubby antara orang yang rapat dengan arwah)

Di tanah perkuburan, rata-rata yang kebumikan beliau selain dari ayah dan pak cik-pak cik beliau ialah rakan-rakan beliau sendiri dan dibantu sikit oleh orang-orang kampung... Waktu kebumi hubby aku tak da... Dia masih di KL.... Malam tu ada bacaan yasin dan tahlil untuk arwah...

Esok harinya aku amik hubby kat Tangkak untuk hubby ziarah pusara beliau dan ziarah kedua orang tua arwah.... Di kubur hubby sebak dan kata hubby masih lagi dia terbayang-bayang yang dia baru jerk berbual dengan arwah.... Tak sangka arwah pergi dulu dalam usia masih terlalu muda.... Hubby nangis.... Aku turut sebak.... Selepas menzirah kubur, kami ke rumah arwah.... Belum sempat hubby masok ibu arwah dah panggil hubby dan cakap kat hubby arwah selalu sebut-sebut hubby... Arwah selalu puji hubby baik dan suka senyum.... Arwah rapat sangat dengan hubby kata mak cik aku.... Hubby tak dapat menahan air mata terus nangis sama-sama dengan mak cik aku.... Allah..... Pak cik aku pula gagahkan diri untuk kuat supaya anak-anak dia yang lain serta mak cik aku pun kuat menerima ujian dari Allah...... Tak lama kami kat rumah mak cik aku, kami pun balik tak sanggup nak lihat kesedihan yang mereka sekeluarga lalui....

Ya Allah tempat kan lah sepupu aku di kalangan orang-orang yang beriman dan tenang disana...

Al- Fatihah...

Aturan Allah itu cantik untuk setiap umatnya....
Yang pergi biarlah ia pergi....
Yang masih hidup teruskan kehidupan dan perbayakkan amal ibadah kepada Allah SWT....
Ajal kita datang tanpa kita rancang....
Macam mana kita mati juga berbeza....
Bahagian masing-masing juga berbeza-beza....
Entah esok entah lusa....
Mana tau !!
Itu semua kerja Allah....
Hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap inci cerita umatNya


Muhammad Syafiq Bin Zakir Husein
Dalam Kenangan
Semoga Tenang Disana
November 1999 - Januari 2015
100115
0125 pagi
its me
mass-naim

2 ulasan:

Cik karmila berkata...

salam takziah...

mila berkata...

takziah dear...semoga arwah tenang di sana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)