Jumaat, 25 Disember 2015

Tahun Dua

Tahun pertama dah berlalu
Kini masuk pula tahun dua
25 Disember 15 genap usia 2 tahun perkahwinan kami
Macam-macam dah kami tempuhi bersama
Macam-macam dugaan dah datang pada kami
Itu tandanya Allah nak menguji kami
Itu tandanya Allah sayang pada kami

Alhamdulillah kasih sayang kami berdua masih utuh berdiri
Walau terpisah jauh setiap hari
Rasa rindu saban hari tak terhitung oleh jari
Hanya gambar, pesanan ringkas dan panggilan menjadi pengubat rindu kami
Hanya minggu atau bulan menjadi pertemuan kami
Aku bersyukur kerana kami bersama berusaha bersabar menempuh setiap hari-hari kami

Tahun pertama bulan Mac berita gembira dari kami
Tahun pertama bulan Mac juga menjadi berita sedih buat kami
Hanya dua minggu dapat bersama kami
Akhirnya "anak syurga" pergi meninggalkan kami
Kami redha kerana dah tertulis itu ujian untuk kami
Itu lah berita gembira dan sedih yang pertama buat kami

Kini bulan September 2015 ada berita gembira lagi buat kami
Alhamdulillah syukur kepada ilahi
Akhirnya Allah tunaikan permintaan kami lagi
Allah dengar doa dan rintihan kami
Aku disahkan hamil lagi buat yang kedua kali
Hubby gembira dengan kehadiran "anak syurga" ini
Akan kami jaga dan tatang sepenuh hati kami

5 bulan sudah usia kandungan ku ini
Kami berdoa semoga sihat sejahtera lah "anak syurga" kami sehingga dia dapat dilahirkan nanti
Semoga dengan kehadiran "anak syurga" ini akan utuhkan lagi ikatan kami suami isteri
Semoga "anak syurga" ini menjadi penyeri hidup kami
Bahagia hingga ke hujung nafas kami

Semoga kami dapat menjadi ibu dan ayah yang penyayang serta prihatin buat "anak syurga" kami
Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kami
Semoga kami sentiasa dalam keredhaan serta rahmat ilahi
Semoga kami dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi
Semoga tahun-tahun akan datang ada keberkatan buat kami

Terima kasih kerana jadi suami penyayang buat saya
Terima kasih kerana tahan dengan kebiolan saya
Terima kasih kerana memahami saya
Terima kasih kerana sabar dengan saya
Terima kasih kerana sabar dengan hubungan jarak jauh yang kita cipta
Terima kasih kerana sudi terima baik, buruk, busuk serta comotnya diri saya

Cinta, kasih dan sayang saya untuk awak seorang Mr. Suami

Semoga hubungan kita akan terus kekal bahagia hingga ke jannah
Moga saya dapat lagi untuk :-
- bergurau
- menjerit
- menangis
- ketawa
- bergaduh
- bertengkar lagi dengan awak macam selalu -- itu cara kita **bahagia dengan cara kita

Jangan pernah tinggalkan saya kerana saya masih lagi belum puas hidup dengan awak Mr. Suami

Terima kasih atas curahan kasih sayang dan perhatian yang awak diberikan pada saya
Akan saya ingat sehingga nafas terakhir saya setiap detik memori yang kita ada bersama

Selamat Tahun Dua Jodoh ku, Imam ku, Suami ku

its me
mass-naim

Rabu, 23 Disember 2015

Diari Mengandung : Terserlah Keterujaannya

Sabtu hari tu balik JB dari kampung... Macam biasa lah hubby yang hantar... Memang rutin dia sejak-sejak dapat tau aku mengandung tiap kali aku nak balik kampung dia datang jemput dan hantar balik JB...

Ok back to the story, pagi tu aku pergi scan baby tengok entry yang lepas KAT SINI ... Petang tu kiteorang gerak lah balik ke JB... Dalam perjalanan nak sampai area exit senai tetiba dia ajak pergi jalan-jalan jusco... Aku terus je lah keluar exit senai pergi ke jusco bukit indah... Sebab rasanya situ je lah jusco yang tak berapa crowded...

Sampai-sampai je terus dia ajak pergi tingkat atas sekali... Aku ingat kan kenapa lah... Fikir time tu dia nak cari barang dia ke apa... Sekali dah sampai tingkat atas terus dia menonong pergi kat bahagian pakaian baby dan alat peralatan kelengkapan baby... Time tu aku tengok muka dia Ya Allah sangat teruja... Macam-macam di beleknya... Satu-satu barang dia pegang itu cantik ini cantik dia kata... Ada barang yang dia tanya mana perlu aku beli dan mana yang tak perlu aku beli... So kebetulan aku memang ada buat checklist untuk barang-barang baby ni... So aku ada bawak 1 salinan dalam handbag aku... Tunjukkan kan kat dia dan terangkan apa yang perlu dan apa yang tak perlu... Then dia cakap ok... Lepas tu dia pergi kat bahagian stroller n car seat baby pulak... Duduk kat situ belek satu per satu ada lah dekat setengah jam kat situ je... Macam biasa dia dah rambang mata... Dia cakap semua cantik-cantik... Macam nak beli time tu jugak kata dia... Duit dah ada bla bla bla dia cakap... Aku cakap sabar banyak tempat lain lagi kita boleh survey... Baru lah dia kata ok... Hubby aku ni jenis dia dah nampak barang yang dia berkenan terus je nak beli... Tak ada nak survey-survey tempat lain... Itu lah dia dari dulu aku kenal sampai sekarang...

Kat jusco tu nampak kedai jual barang baby semua kedai tu dia nak masuk... Excited dia kata... Dulu kalau pergi beli barang baby untuk hadiah kawan-kawan baru dapat anak tak ada lah terasa teruja sangat, biasa-biasa je... Tapi kali ni rasa tu lain macam sikit... Lagi-lagi dah nampak baby masa scan pagi tu dah lengkap anggota... Hikhik... Anak sendiri kan mau nya tak teruja mamat tu... Dah puas pusing-pusing dalam tu aku cakap aku lapar... Boleh ke dia pegang perut aku kat tengah-tengah ramai orang lepas tu tanya kat baby nak makan apa?? Sabar je lah aku... Terus blusher-blusher muka aku time tu... Tengah makan pun still bercerita tentang barang-barang baby... Aku harap hubby akan jadi seorang yang lebih penyayang dan prihatin dengan cara dia sendiri... 



its me
mass-naim

Isnin, 21 Disember 2015

Trimester Ke-Dua : Checkup

Salam,

15/12/2015, Selasa lepas aku ada appointment checkup untuk yang ke-3 kali... 5 minit sebelum pukul 8 dah sampai... Sangat lengang... Ada lah dalam 4,5 orang yang datang awal untuk checkup pagi tu... Hikhik... Macam biasa lah prosedur 1st cek urin & cek hb (hemoglobin)... Bacaan hb aku normal... Nurse cakap apa yang aku makan selama aku mengandung ni zat-zatnya cukup sampai kat baby... 2nd prosedur timbang dan amik bacaan bp (blood pressure)... Masa timbang tu aku takut sangat... Takut berat badan naik melampau-lampau... masa naik menimbang tu aku siap tutup mata lagi... ahahaha... Punya lah cuak... Takut kene marah pun ye... Mana tak nya kandungan baru masuk 4 bulan berat dah naik mendadak... Tapi syukur lah berat badan masih lagi maintain sama macam masa sebelum pregnant dan masa 2 kali pergi checkup sebelum ni... So far nurse tak ada cakap apa-apa... Bacaan bp pun cantik...

Lepas dah settle tu semua tak sampai 10 minit tunggu nama dah kene panggil... Masuk dalam terus disuruhnya aku baring... Nurse pegang-pegang perut aku... Then dia ukur tinggi rahim aku... Lepas tu dia cakap nak dengar degupan jantung baby tak dapat sebab dia tak dapat nak rasa kedudukan baby... Tapi dia pesan suruh aku pergi scan untuk cek degupan jantung baby... Untuk pasti kan baby sihat sejahtera kat dalam... Kebetulan pulak aku memang nak pergi scan baby bila aku kat kampung nanti...


Dalam pukul 9 appointment aku settle... Rasa macam sekejap sangat... Dah 2 kali aku datang selalu kene tunggu lama... Tapi kali ni terasa lega sebab tak payah nak tunggu lama-lama...

Isnin, 14 Disember 2015

emosi ibu mengandung : kecik hati

aku ni susah nak kecik hati dengan orang... apa lagi kalau kene mengata ke apa ke lantak kau lah nak kata apa kan... yang penat mulut korang bukan mulut aku pun... daripada dulu memang aku suka pekak kan telinga jer apa orang nak kata nak kutuk... so dah sangat terbiasa... bila dah terbiasa so xde lah istilah kecik ati ke termakan hati ke terasa hati ke...(ehhh sama je kan tu semua).. hihihi...

tapi yang kali ni aku sangat tak boleh nak pekak kan telinga... benda ni jadi memang betul-betul tegak someone yang "budget bagus" ni bagi kat aku... 

kisahnya macam ni... satu hari aku xde rasa nak keluar pun nak pergi beli breakfast... so aku dengar lah orang main order-order makan ni kat sorang ni... so aku pun selit lah order aku + dengan air 1... siap bagi duit semua yang amik order ni tanya aku nak air apa... aku jawab lah dengan tak ada rasa apa-apa kat tekak ni waktu tu... order makan pun main pulun je apa-apa menu... so aku order lah teh ais... tetiba someone "budget bagus" yang kat sebelah dia sampuk perbualan kita orang... 

Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif

 click banner untuk join
click banner untuk join

END : 26 DECEMBER 2015 

Jom support member.... (^_^)

its me
mass-naim

Ahad, 13 Disember 2015

Diari Mengandung : Mengidam

Alhamdulillah minggu kandungan aku dah masuk 16 minggu... Syukur... Semoga bertahan lah wahai anak... =)

Aku nak cerita pasal mengidam...Biasa orang mengandung ni macam-macam dia punya mengidam kan... Ermmmmm sama lah jugak dengan aku.... Walaupun tekak aku masih rasa kosong lagi tak tau nak makan apa setiap hari... Tapi bila waktu mengidam aku sampai rasa macam nak dapatkan makanan tu time tu jugak... Tak boleh nak tunggu-tunggu... Kadang makanan yang perlu kita tunggu untuk dapat kan contoh tempat tu jauh ke kedai tu tutup ke time tu boleh jadi menangis tau.... Dia punya rasa sedih tu... Adoiii...  Sampai teresak-esak... Nampak macam mengada kan.. Hihihi... Tu lah realiti yang aku hadap sekarang ni... Kadang aku sendiri tak dapat nak faham diri aku... Tak kan pasal tak dapat nak makan apa yang aku nak makan pun boleh menangis kan... Padahal sebelum ni tak kisah pun nanti-nanti boleh dapat... Ermmmm tu lah dia emosi orang mengandung....

Senarai makanan yang aku mengidam buat setakat ni :-

1. Panini Carbonara - Pot's Kitchen (dah ditunaikan)
2. Chapati Kuah Kambing - Tehel Melaka (dah ditunaikan)
3. Satay Perut - Muar (dah ditunaikan
4. Ubi Rebus Sambal Bilis - Dari member (dah ditunaikan)
5. Ikan Goreng Selar Kuning Masak Sambal Hijau - Dari member (dah ditunaikan)
6. Satay Perut - Batu Pahat (belum ditunaikan)
7. Nasi Arab Damsyik - Senawang (belum ditunaikan)
8. Karipap Kentang - Air tangan ayah (belum ditunaikan)
9. Roti Canai Kambing 40 Hari - Yong Peng (belum ditunaikan)
10. Toffee Nut - Starbucks (dah ditunaikan)
11. Asam Pedas - Air tangan ibu (belum ditunaikan)
12. Ais Krim Malaysia Kacang Hijau - Air tangan ibu (dah ditunaikan)
13. Tempe Kacang dan Ikan Bilis Masak Sambal - Dari member (dah ditunaikan)
14. Nasi Ayam dan Kerabu Mangga - Chiken Rice Shop (dah ditunaikan)
15 &.......... belum lagi....

Yang mana ada tulisan merah tu masih belum berkesempatan nak dapat dan satu lagi jauh untuk dapatkan nya.... Tapi mesti dapat kan.... Kang tak pasal-pasal baby dalam peyut keluar ngences jerk... Hikhik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)