Kecantikan

Jumaat, 25 Disember 2015

Tahun Dua

Tahun pertama dah berlalu
Kini masuk pula tahun dua
25 Disember 15 genap usia 2 tahun perkahwinan kami
Macam-macam dah kami tempuhi bersama
Macam-macam dugaan dah datang pada kami
Itu tandanya Allah nak menguji kami
Itu tandanya Allah sayang pada kami

Alhamdulillah kasih sayang kami berdua masih utuh berdiri
Walau terpisah jauh setiap hari
Rasa rindu saban hari tak terhitung oleh jari
Hanya gambar, pesanan ringkas dan panggilan menjadi pengubat rindu kami
Hanya minggu atau bulan menjadi pertemuan kami
Aku bersyukur kerana kami bersama berusaha bersabar menempuh setiap hari-hari kami

Tahun pertama bulan Mac berita gembira dari kami
Tahun pertama bulan Mac juga menjadi berita sedih buat kami
Hanya dua minggu dapat bersama kami
Akhirnya "anak syurga" pergi meninggalkan kami
Kami redha kerana dah tertulis itu ujian untuk kami
Itu lah berita gembira dan sedih yang pertama buat kami

Kini bulan September 2015 ada berita gembira lagi buat kami
Alhamdulillah syukur kepada ilahi
Akhirnya Allah tunaikan permintaan kami lagi
Allah dengar doa dan rintihan kami
Aku disahkan hamil lagi buat yang kedua kali
Hubby gembira dengan kehadiran "anak syurga" ini
Akan kami jaga dan tatang sepenuh hati kami

5 bulan sudah usia kandungan ku ini
Kami berdoa semoga sihat sejahtera lah "anak syurga" kami sehingga dia dapat dilahirkan nanti
Semoga dengan kehadiran "anak syurga" ini akan utuhkan lagi ikatan kami suami isteri
Semoga "anak syurga" ini menjadi penyeri hidup kami
Bahagia hingga ke hujung nafas kami

Semoga kami dapat menjadi ibu dan ayah yang penyayang serta prihatin buat "anak syurga" kami
Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kami
Semoga kami sentiasa dalam keredhaan serta rahmat ilahi
Semoga kami dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi
Semoga tahun-tahun akan datang ada keberkatan buat kami

Terima kasih kerana jadi suami penyayang buat saya
Terima kasih kerana tahan dengan kebiolan saya
Terima kasih kerana memahami saya
Terima kasih kerana sabar dengan saya
Terima kasih kerana sabar dengan hubungan jarak jauh yang kita cipta
Terima kasih kerana sudi terima baik, buruk, busuk serta comotnya diri saya

Cinta, kasih dan sayang saya untuk awak seorang Mr. Suami

Semoga hubungan kita akan terus kekal bahagia hingga ke jannah
Moga saya dapat lagi untuk :-
- bergurau
- menjerit
- menangis
- ketawa
- bergaduh
- bertengkar lagi dengan awak macam selalu -- itu cara kita **bahagia dengan cara kita

Jangan pernah tinggalkan saya kerana saya masih lagi belum puas hidup dengan awak Mr. Suami

Terima kasih atas curahan kasih sayang dan perhatian yang awak diberikan pada saya
Akan saya ingat sehingga nafas terakhir saya setiap detik memori yang kita ada bersama

Selamat Tahun Dua Jodoh ku, Imam ku, Suami ku

its me
mass-naim

3 ulasan:

  1. Hi, perkongsian yang menarik. Done follow, follow me back :)

    BalasPadam
  2. Amin2..moga2 baby lahir dgn selamat..

    BalasPadam
  3. Nice Info
    Singgah
    Salam kenal
    Saya baru belajar blog
    ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/

    BalasPadam