Kecantikan

Selasa, 8 Julai 2014

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ha,,,,, Nak cerita nih.... Petang-petang macam ni time-time nak balik keje harus lah fikir apa nak masak for berbuka puasa petang nih kan.... Hokayy,,,, Ari ni aku nak kongsikan lah satu resepi air tangan aku sendiri Ayam Masak Lemak Cili Padi..... Semalam aku rajin plak nak masak lauk lemak tuh.... Lincah tengah hari keluar office jap g jusco beli barang... Wakakakaka.... Ok jom usha resepi yang aku nak kongsikan nih.... =)

hasil nya

Ayam - Ikot suka korang nak masak berapa ketol
Kentang - 2 biji di potong 4
Bawang merah - 3 biji
Bawang putih - 3 biji
Cili padi - Ikot korang nak pedas tahap mana... (Aku semalam guna 20 batang cili padi)
Kunyit hidup 
Daun kunyit - 1 helai di potong urat tengah nya 
Belacan - sedikit sahaja
Serai - 2 batang di titik
Santan - 1 kotak kecik
Garam
Air - 1 1/2 cawan
Asam jawa - sedikit

Cara menyediakan bahan :-

1. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili padi dan belacan dengan sedikit air.

Cara memasak :-

1. Panas kan minyak.
2. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi dan kacaukan nya sehingga naik bau.
3. Masukkan serai yang telah dititikkan kemudian kacau dan biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan pula kentang, kacau dan biar kan seketika dengan api yang sederhana.
5. Masukkan daun kunyit beserta sedikit air supaya bahan yang ditumis tidak kering.
6. Setelah itu masukkan pula ayam, kacau sebati beserta 1 1/2 cawan air.
7. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan garam untuk sedapkan rasa dan biarkan seketika sehingga ayam betul-betul masak dan kentang menjadi empuk dan lembut.
8. Akhir sekali masuk kan santan 1 kotak kecil kemudian kacaukan nya dengan api sederhana besar... (ingat ye jangan sampai santan pecah dan naik minyak ye kawan-kawan).
9. Setelah kesemua bahan dah dimasak boleh lah dihidangkan untuk dijamu.

p/s :- Ayam masak lemak cili padi ni aku buat memang pekat.. Baru sedap nak makan siap hirup lagi tau.... Member aku siap tambah nasi 3 kali katanya sedap... Wallahualam lah dia yang cakap macam tu... Tapi tekak aku pun cakap sedap... Wakakakaka.... =)

Ok kawan-kawan selamat mencuba resepi dari saya ni ye... =) Bye...

its me
mass-naim

2 ulasan:

  1. memang suka ayam masak lomak cili padi nak nak lagi kalau kuahnya pekat kuning macam tu... ^_^

    BalasPadam
  2. @Farah Waheda Wahid

    ye kew???sama lah dengan saya..kalau kuah pekat macam ni baru boley layan nak makan....hihi.....jom kongsi2 resepi lain kalau ada... =)

    BalasPadam