Kecantikan

Selasa, 25 Mac 2014

MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi

Salam,

Penantian yang penuh harapan,,,
Sedih,, pilu,, sayu,,
Hanya Doa dapat dikirimkan buat mereka penumpang dan anak kapal MH370,,,
Kehilangan MH370 amat dirasai dari setiap hati manusia,,,
Pengakhiran MH370 yang amat memilukan,,,
17 hari hilangnya MH370 berakhir di Samudera,,,
Di Selatan Lautan Hindi menjadi saksi,,,



Salam takziah buat semua ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370...
Di harap anda kalian semua tabah menghadapi dugaan ini...
Al-Fatihah untuk para penumpang yang beragama islam...

Al-Fatihah 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Aminnnn....


Dari ALLAH kita datang
Kepada ALLAH kita kembali
Semoga ALLAH merahmati roh
penumpang dan kru pesawat MH370
Takziah untuk keluarga.

"REST IN PEACE"
it's me
mass-naim

Rabu, 19 Mac 2014

1st GiveAway by Puan Husna


Ok ni 1st GiveAway by Puan Husna ..... "Sesi Menambah Kenalan" ..... Boley lah korang-korang yang mana nak tambah kenalan korang tu juz click banner untuk ke blog Puan Husna...... Ok daaaa...... Selamat ber'GiveAway kawan-kawan..... =)

Cadangan saya untuk blog Puan Husna hurmmmmmmmmmm juz perbanyak kan lagi input-input tentang isu semasa dan juga tips-tips yang berguna untuk bloger-bloger dan para pembaca blog......  So far blog u nice..... =)

Oppssss !!!! terlupa pulak nak inform..... =) Hadiah disediakan ok untuk giveaway ni..... Jomm jommmm beramai-ramai kita join..... =) 

it's me
mass-naim

Selasa, 18 Mac 2014

Loya & Pening

Salam,,,,,,


Last week aku balik kampung lagi macam sebelum-sebelum ni... Pantang hari minggu mesti balik........ Kat uma mertua tu duduk-duduk lah dengan hubby kat bilik...... Berbual-bual dengan dia tentang kehamilan aku..... Dan tau tak apa dia cakap.....?? Dia kata sejak dua menjak ni dia selalu rasa pening, mabuk dan rasa loya nak muntah..... And no wonder lah last two weeks aku balik then aku nampak ada asam kecut atas meja yang dia tengah buat kerja.... Aku dok tanya dia tu asam siapa yang makan??? And dia cakap asam tu dia yang punya.... Dia cakap lagi dia sekarang pantang pergi kedai kalau nampak asam mesti dia akan beli..... Hikhikhik..... Mase tu aku belum tau lagi yang aku preggy..... Then saje usik dia lah... Haaaaa ada apa2 ke nih tetibe asyik nak makan asam jerk..???? Hubby cakap mana ada biasa lah kalau dah terasa nak makan asam tu beli jerk lah.... Hikhik... Ok.... Aku tanya pasal asam tu sebab aku tak suka makan asam.... 

At last aku buat urine test and result nya positif... Aku terus teringat pasal hubby asyik makan asam jerk.... Hahahaha..... Hope masa selama aku preegy ni aku tak akan mengidam asam..... I hope.... =) Cuma kekadang aku ada jugak rasa apa yang hubby rasa,,, pening, mabuk dan loya nak muntah tu semua.... Tapi aku malas layan sangat rasa tu..... Cuma sekarang aku kuat sangat makan.... Tapi dalam kuantiti yang sikit-sikit..... =) Actually aku kerap makan ais krim..... Aku tak sure kenapa tapi pantang nampak ais krim mesti aku nak beli.... Sampai kan enam hari berturut-turut aku makan ais krim...... Aishhhhhhhh... Apakah????? Hurmmmmmmm 

Rabu, 12 Mac 2014

Rezeki aku kah???

Ya Allah speechless aku hari ni..... (^___^)

Pergi kerja pun senyum jerk... Mood baik kat ofis 1 hari ni..... Weeeeee and now baru nak hupdate.....(^_^)

Mungkinkah rezeki aku dan hubby??? 

Alhamdullillah syukur pada Mu Ya Allah.... Subhanallah sungguh tak percaya... =)

Mungkinkah????? 

Result test pagi tadi (gambar kanan)
Result test kali kedua tengah hari tadi (gambar kiri)
12/03/2014
"Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat." Amin Ya Rabb.
Mungkin by next week or next two weeks aku akan buat checkup.... Sekarang ni baru jerk lagi,,,, Hantar gambar ni kat hubby,, Hubby terus call tapi dia cakap papehal tunggu dulu seminggu dua baru buat checkup... So now hubby soh berhati-hati jerk and tunggu lagi seminggu dua.... =) Hikhikhik..... Terima kasih Ya Allah dia atas kurniaan mu..... =)

it's me
mass-naim

Isnin, 10 Mac 2014

Tulisan Berdakwat

Merah???
Biru???
Hitam???
Hijau???
Purple???

Mana satu????

Itu tulisan siapa???

Suku kata silang bahasa....
Penuh puitis,,,,
Cantik tersusun rapi bait perkataan
Penuh tersurat dan tersirat isi sampaian nya....
Terkedu bila menghayati.....

Si dia yang kreatif.... Lalalalala~~~
Otak memain peranan
Hati berdetik....
Sedang jari masih menulis.....
Tulisan berdakwat siapakah????

Aku?
Kau?

Kau?
Aku?

Atau mungkinkah dia???

Siapa dia?

Hanya sipolan yang tahu....

it's me
mass-naim

Kemana hilangnya MH370???



Ya Allah...... Kemanakah hilangnya pesawat MH370???? Operasi mencari masih lagi diteruskan...... Akan tetapi sehingga sekarang masih belum ada berita mengenai pesawat tersebut....... Masih belum ada lagi penemuan yang boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370.... Tiada kata yang dapat aku ungkap dan tiada teori yang boleh aku jangkakan...... Cuma secebis doa dan harapan agar pesawat serta para penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut dijumpai berada di dalam keadaan yang selamat...... Tak dapat aku gambarkan suasana pilu seluruh ahli keluarga para penumpang yang masih setia menunggu kepulangan mereka tanpa jemu...... Sayu,,, Pilu,,, Sebak,,, Sedih,,, Dan dah tentu masih mengharapkan akan keajaiban..... Semua nya atas kuasa Allah S.W.T...... Dia lah sebaik-baik perancang...... 

Janganlah kita berputus harap..... Sama-sama lah kita berdoa agar pesawat MH370 berjaya ditemui...... #PrayForMH370......

it's me
mass-naim

Ahad, 9 Mac 2014

Pray For MH370

Aku terpanggil untuk buat entry tentang kehilangan sebuah pesawat MAS MH370 ni...... Aku dapat tau cerita ni semalam petang..... Kazen-kazen aku banyak update kat dalam group wechat kami..... Dari situ aku mula google tentang perkembangan pesawat MH370 ni.... 

Dari apa yang aku tahu,,,,,, pesawat ni telah memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pukul 12:41 pagi (Sabtu) dan dijanggka mendarat di Beijing pada pukul 6:30 pagi..... Penerbangan itu telah membawa seramai 227 penumpang, 2 bayi dan 12 anak kapal.... Akan tetapi pesawat tersebut dikatakan telah terputus hubungan dengan pusat kawalan udara di Subang kira-kira pukul 02:40 pagi (hari yang sama) di ruang udara Vietnam....

Pihak MAS melaporkan kali terakhir hubungan penerbangan MH370 adalah kira-kira 120 batu nautika timur Kota Baru di Laut China Selatan....... Bermacam-macam berita yang keluar tentang status pesawat MH370 ni...... Mostly banyak story yang susah untuk percaya..... Banyak kemungkinan telah berlaku disebalik misteri kehilangan pesawat tersebut....... Aku turut simpati pada keluarga mangsa yang mungkin sekarang ni tengah bersusah hati serta berdoa dan masih menunggu berita terkini berkenaan pesawat MH370 tersebut dan masih mengharapkan tiada perkara yang lebih buruk terjadi pada pesawat MH370 serta penumpang-penumpangnya....... 

Berita ni telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia dan juga telah mendapat liputan meluas ke serata negara atas kehilangan MH370...... Banyak bantuan dihulurkan dari beberapa buah negara yang ingin turut serta membantu mencari MH370...... Hopefully semuanya selamat...... 

Pray For MH370
Sama-sama lah kita bersatu hati mendoa dan melakukan sembahyang hajat supaya Allah berikan petunjuk pada kita berkenaan dengan kehilangan MH370 ni....... Hope miracle will happen...... In Sya Allah.......


Ya Allah Ya Tuhanku,,,,
Engkau berikan lah petunjuk kepada orang-orang yang terlibat dalam misi mencari pesawat MH370 tersebut,,,,
Engkau selamatkan lah para penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut,,,,
Jika benar pesawat tersebut telah terhempas jatuh ke bumi,, Kau permudahkan lah misi mencari nya....
Jika mereka kesemua penumpang terselamat kau pulangkan lah mereka ke pangkuan keluarga mereka....
Ya Allah,,,, Kau berikanlah petunjukmu.... Sesungguhnya Engkau lah yang Maha mengetahui segala apa yang terjadi dilangit dan dibumi......
Ya Allah Ya Tuhanku.... Engkau perkenankan lah doaku ini..... Amin Ya Rabb... 

it's me
mass-naim

Rabu, 5 Mac 2014

Test : Ujian Bahagian Otak Anda Yang Manakah Lebih Dominan???

Hikhikhik..... Tadi tengok-tengok facebook.... Scroll punya scroll terpandang 1 post ni tentang " Ujian Bahagian Otak Anda Yang Manakah Lebih Dominan....???" Aku pun try lah benda alah ni... Saje suka-suka....... Ujian nya senang je..... Cuma jawab beberapa soalan yang diberi... Simple.... And after jawab beberapa soalan yang diberikan dapat lah result nya time tu jugak sama ada korang-korang ni semua banyak menggunakan otak sebelah kanan atau sebelah kiri ataupun seimbang..... Simple kan.... =)

Ok kat bawah ni result yang aku dapat setelah menjalani ujian-ujian tersebut..... (^^,)

Ini result yang aku dapat....... Menggunakan Otak
secara sama rata...... =) Tapi lebih sikit pada
Otak sebelah Kanan....

Ermmmmmm pada korang-korang yang nak try........ Pergi lah lakukan ujian korang dekat SINI..... Selamat menjalani ujian ye................ Daaaaaaaa (^_______^) !!!!

it's me
mass-naim

Selasa, 4 Mac 2014

RINDU

Mungkin ada "R" mungkin ada "I" mungkin ada "N" mungkin ada "D" dan mungkin ada "U"...... Kalau tak ada salah satu word kat atas tu tak akan lengkap lah perkataan R.I.N.D.U tu kan.... Hihihihihi....... =)

Ini lah yang aku alami sekarang..... Terasa RINDU yang amat dekat hubby.... Bila weekend balik kampung jumpa hubby rasa masa tu sekejap sangat.... Tak hilang lagi RINDU tambah RINDU yang baru bila saat nak naik bas balik ke JB..... Tinggalkan dia kat kampung..... Terasa sedih sangat.... Tambah-tambah sedih saat dia hantar aku ke bastand dan dia terus gerak tanpa tunggu aku naik bas..... Pernah tanya dia kenapa dia terus jalan lepas drop aku kat bastand.... Jawapan dia cuma dia tak nak tengok aku menangis depan dia sebab dia pun rasa apa yang aku rasa.... Rasa sedih dalam hati masing-masing bila saat jumpanya sekejap dan kemudian kena berpisah lagi..... Bila dah naik bas,, bas dah mulakan perjalanan dia akan call aku... Saat tu sebak jerk dada ni.... Cakap pun tersekat-sekat macam orang sakit tekak..... =) Tuhan yang tau.... Hubby lah yang selalu pujuk kan hati ni..... (-__-")

Tapi ini jalan yang kami pilih berjauhan selepas kahwin atas tiket tanggungjawab kerja masing-masing yang harus diselesaikan.... Situasi ini aku dan hubby kene redha dan tawakal mudah-mudahan hubungan kami suami isteri tetap bahagia dan kekal hingga ke Jannah.... Cuma hati kami kena lah kuat dan berdoa sentiasa.... Ntah sampai bila lah agaknya kami kene berjauhan....... Tapi aku percaya disebalik kami suami isteri berjauhan ada 1 hikmah yang wujud...... Mungkin kami akan lebih bahagia dan lebih banyak masa bersama lepas ni.... Siapa tahu kan..... Hihihihi (pandai-pandai jerk aku ni kan...nak sedap kan hati lettewww!!!!) Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu segalanya..... Aishhhhhhhhh tacing pulak aku kali ni.... =) Tapi serius aku RINDU hubby saat ni..... Tak sabar nak balik kampung hari Khamis ni... Nak jumpa dengan hubby.... =) Rasa nak jerit kuat-kuat biar 1 dunia tau yang aku tengah RINDU kan dia yang amat..... =) Tapi cukup lah sekadar aku jerit dalam hati jerk.... Hihihihi (^____^)

Ya Allah,
Sampaikan salam rinduku kepada suami ku
Mohd Hafiz Bin Abdullah,
Sehingga aku menjadi kerinduannya.
Amin Ya Rabb.
(doa diatas pernah dilafazkan oleh Nabi Yusuf untuk Zulaikha (isterinya)

it's me
mass-naim