Kecantikan

Rabu, 25 September 2013

Cik => Puan Mastura

Merujuk pada tajuk entry kat atas tu agak macam sukar untuk ditafsirkan kan.... Tapi ianya bakal menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.... Amat sukar untuk aku percaya bahawa ia nya benar-benar akan berlaku....

Dengan siapakah aku bakal dijadikan "Puan"???

Tentulah dengan insan yang dah lama aku impikan untuk bersama dengan dia.... Dia insan yang sangat istimewa yang sentiasa ada dalam hati aku dari sejak awal perkenalan sehingga ke hari ini.... InsyaAllah untuk selama-lamanya hanya dia seorang.....

Dah lama sangat aku tunggu saat ini.... Tempoh yang bagi aku sendiri macam-macam boleh berlaku..... Kadang-kadang kusut aku fikirkan sampai bila perhubungan aku dan dia... Apakah pengakhiran hubungan kami.... Itu semua amat merisau dan merunsingkan aku.... Takut kalau kehilangan dia.... Orang nampak aku macam biasa relax takde fikir apa-apa.... Tapi dalam otak aku Tuhan je yang tau apa yang aku fikir.... Tapi aku tak dapat buat apa-apa... Aku hanya mampu sabar dan terus bersabar sehingga ke hari ini....

Tapi betul lah apa orang tua-tua cakap.... Kalau kita sabar insyaAllah miracle will happen..... Berkat kesabaran dan iringan doa yang tak putus-putus finally answered.... Jodoh kami kuat walaupun macam-macam terjadi dalam tempoh 2 tahun 4 bulan pertunangan kami... Alhamdulillah syukur keatas mu ya rabb kerana kau telah memanjangkan jodoh kami untuk kami bersatu insyaAllah untuk selamanya....

Kini hati aku berbunga riang.... Darah manis orang cakap.... Hope majlis tu nanti bejalan lancar seperti yang dirancang dan diatur.... InsyaAllah dengan izin dari-Nya... Amin....




Ku Pilih Hatimu Mohd Hafiz Abdullah
it's me
mass-naim